BAB 13 : ULANG KAJI
Mesej Untuk Guru :
Kepada guru yang dikasihi, penggal ini bakal berakhir. Ini boleh dikatakan sebagai satu penggal yang sangat menarik. Bermula dari pengalaman Yusuf yang ajaib sehingga Musa yang pengecut, dan sepuluh tulah Tuhan yang diturunkan untuk menghukum Firaun yang berkeras hati, serta akhirnya berlaku mukjizat besar di Laut Teberau, sehingga orang Israel dapat memulakan perjalanan kembali ke tempat mereka dengan selamat, membina Khemah Pertemuan, menetapkan hukum taurat dan mendirikan negara. Ia jelas menyatakan kebodohan dan kelemahan sifat manusia, serta kasih dan kelapangan hati Tuhan. Diharapkan melalui kelas pada penggal ini, kita juga dapat menyedari kuasa Tuhan, menguatkan iman kita kepada Tuhan, dan jangan sesekali berjalan dalam perjalanan yang bodoh sama seperti orang dahulu kala.
Nas Alkitab : Keluaran 1 – 35
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
Membuat adik-adik mempelajari teladan baik Yusuf dan Musa yang taat, dan dapat bertekad untuk mencontohi mereka.
Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran :
Gambar (Gambar yang berkaitan disediakan oleh guru.)
Doa :
Dalam nama Tuhan Yesus berdoa. Bapa syurga yang dikasihi, kami bersyukur kepada Engkau, kerana mengizinkan kami melalui seminggu dengan selamat, dapat datang ke kelas dan menyembah-Mu dengan sukacita, saya ingin mempersembahkan tangan saya, berdoa untuk orang lain, mempersembahkan mulut saya, untuk menyanyikan kidung puji-pujian dan memuji-Mu, dan semua orang dapat bermain bersama-sama dengan saling mengasihi, demikianlah doa kami, kiranya Tuhan mendengar dan membantu. Haleluya, amin.
Isi Pelajaran :
Pendahuluan
Beberapa minggu lepas, cikgu telah menceritakan kisah Musa dan umat Israel keluar dari Mesir. Hari ini, cikgu telah menyediakan banyak gambar tentang cerita-cerita ni. Kita akan mulakan permainan bercerita. Sekarang cikgu akan membahagikan adik-adik kepada dua kumpulan. Adik-adik boleh mendapat satu markah asalkan keluar dan bercerita. Cikgu lihat kumpulan adik-adik yang mana satu merupakan Raja Bercerita. (Guru membahagikan kumpulan untuk adik-adik, namakan kumpulan, lukiskan lembaran markah. Gunakan gambar gantung sebagai latar belakang, supaya adik-adik bercerita secara bergilir-gilir, guru membantu memberikan penjelasan di tepi sambil berfokus kepada objektif pengajaran dan pembelajaran setiap bab).
Isi Pelajaran
Bab 5 : Putera Mesir
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
Memahami bahawa hidup kita berada di dalam tangan Tuhan.
- Perintah Raja
- Musa dilahirkan
- Bayi diletakkan ke dalam bakul
- Puteri menyelamatkan bayi
- Kakak yang bijak
- Bayi Musa kembali ke pangkuan ibunya
Bab 6 : Semak Duri Terbakar
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
Memahami bahawa Tuhan akan memberi kita kekuatan ketika memberikan kerja kepada kita. Oleh itu, kita harus bersyukur dan berusaha melakukannya.
- Melarikan diri
- Semak duri terbakar
- Tongkat menjadi ular, tangan tumbuh kusta
- Harun dipanggil untuk ikut bersama
Bab 7 : Bermulanya Sepuluh Tulah
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
Memahami bahawa kuasa Tuhan sangat besar, sehinggakan dapat menurun dan menghalau bencana, apatah lagi kesusahan kecil yang kita hadapi!
- Musa menghadapi Firaun
- Air menjadi darah
- Tulah katak
- Tulah kutu (nyamuk)
Bab 8 : Firaun yang Tidak Menepati Janji
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
Mengetahui bahawa Tuhan menyukai anak-anak yang setia.
- Tulah lalat pikat
- Tulah penyakit sampar pada ternak
- Tulah barah
- Tulah hujan es
Bab 9 : Tulah Anak Sulung yang Dahsyat
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
Mengenali kemurahan dan kuasa Tuhan.
- Tulah belalang (belalang juta)
- Tulah gelap gelita
- Semua anak sulung dibunuh
- Tuhan menetapkan perayaan Paskah
Bab 10 : Laut Teberau Terbelah
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
Mengetahui bahawa kita perlu banyak berdoa apabila berada dalam kelemahan.
- Tiang awan dan tiang api
- Tentera Mesir sedang mengejar
- Orang Israel berjalan di dasar laut
- Tentera Mesir lemas dalam air laut
Bab 11 : Makanan Yang Jatuh Dari Langit
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
Tahu bahawa manusia sentiasa kurang beriman kepada Tuhan, tetapi Tuhan yang pengasih tetap akan memelihara kita.
- Umat bersungut-sungut
- Tuhan mengaruniakan daging puyuh kepada umat untuk dimakan
- Tuhan menurunkan manna lagi
- Memukul batu untuk mendapatkan air
Bab 12 : Rela Memberi Persembahan Untuk Membina Kemah Pertemuan
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
Mengetahui bahawa cara terbaik untuk membalas anugerah Tuhan adalah dengan mempersembahkan kemahiran dan kekayaan seseorang.
- Tuhan menurunkan perintah untuk membina Khemah Pertemuan
- Memberi dengan sukacita demi rumah Tuhan
- Khemah Pertemuan siap dibina