BAB 5 : ULANG KAJI
Nas Alkitab : Kejadian 37 – 46
Ayat Bacaan : Kejadian 46:29
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
- Mengulang kaji bahan pengajaran bab 1 hingga 4.
- Mengulang kaji objektif Pembelajaran amalan baik bab 1 hingga 4.
Doa :
Dipimpin oleh murid.
Ulang Kaji Isi Pelajaran Cerita :
Adik-adik diminta duduk dalam bulatan, gunakan gambar-gambar bahan pengajaran dan pembelajaran mengikut jalan cerita setiap bab.
Cerita hari ini boleh menggunakan kaedah penyampaian ringkasan cerita (isi penting) atau dengan kaedah soal jawab.
- Yusuf ada berapa orang abang? (10 orang)
- Yusuf ada berapa orang adik? Siapakah Namanya? (1 orang; Benyamin)
- Siapakah bapa Yusuf? (Yakub)
- Yusuf sangat mendengar cakap bapanya, bapa sangat suka padanya, lalu menghadiahkan benda yang sangat indah kepadanya. Apakah benda itu? (Jubah)
- Semasa mengiring kambing damba pergi memakan rumput, apakah yang dipegang dalam tangan abang-abang Yusuf? (Tongkat)
- Dalam mimpi Yusuf, dia dan abang-abangnya sedang bermain permainan apa di ladang? (Permainan mengikat berkas-berkas gandum)
- Yusuf bermimpi lagi, apakah benda yang di langit yang sujud menyembah kepadanya? (Matahari, bulan dan sebelas bintang)
- Yusuf dijual oleh abang-abangnya ke mana? (Dijual kepada orang yang melewati tempat itu, dan kemudiannya dijual lagi ke Mesir)
- Yusuf bekerja di rumah seorang pegawai istana Mesir, siapakah pegawai tersebut? (Potifar)
- Yusuf selalu bekerja sambil buat apa? (Berdoa)
- Yusuf tidak mendengar cakap isteri tuannya untuk melakukan kejahatan, apakah yang dibuat oleh tuannya terhadap Yusuf? (Memasukkan Yusuf ke dalam penjara)
- Terdapat seorang juru minuman raja, apakah mimpinya? (Dalam mimpi, dia nampak ada satu pohon anggur, pohon anggur itu tumbuh tiga cabang yang penuh dengan tandan-tandan buah anggur yang ranum. Dia mengambil buah anggur lalu memeraskannya ke dalam piala raja dan menyampaikan piala itu ke tangan raja.)
- Apa yang dilakukan oleh Yusuf terhadap juru minuman raja? (Yusuf mentafsirkan erti mimpinya)
- Setelah Yusuf menerangkan erti mimpi kepada raja, bagaimana raja melayan Yusuf? (Melantik Yusuf menjadi mangkubumi raja)
- Apakah yang dilakukan oleh Yusuf dalam tujuh tahun kelimpahan? (Menyuruh orang membina banyak bangunan, untuk mengumpul dan menyimpan segala bahan makanan yang boleh disimpan lama dan yang tidak mudah rosak)
- Bagaimanakah orang Mesir melalui tujuh tahun yang tidak ada hujan? (Membeli makanan dengan wang)
- Orang Mesir membawa wang dan membeli makanan daripada siapa? (Yusuf)
- Semasa raja Mesir tidak ada makanan, adakah tempat tinggal bapa dan abang-abang Yusuf ada makanan? (Tidak ada)
- Bapa Yusuf menyuruh abang-abangnya pergi ke mana untuk membeli makanan? (Mesir)
- Adakah abang-abang tahu bahawa mangkubumi raja ialah Yusuf? (Tidak tahu)
- Adakah Yusuf tahu bahawa sepuluh orang yang datang membeli makanan itu adalah abang-abangnya? (Tahu)
- Apabila Yusuf melihat abang-abangnya datang membeli makanan, adakah dia memarahi mereka? (Tidak)
- Adakah Yusuf menjual makanan kepada abang-abang? (Ada)
- Yusuf menyuruh abang-abangnya membawa siapa datang bersama semasa mereka datang membeli makanan pada kali kedua? (Adik bongsu, Benyamin)
- Ketika Yusuf melihat adiknya Benyamin, apakah responnya? (Dia berasa gembira dan juga sedih, dia tidak dapat menahan perasaan lalu masuk ke biliknya dan menangis di situ)
- Bagaimana Yusuf tahu bahawa abang-abangnya menyayangi adik bongsu, Benyamin? (Memasukan abang-abang ke dalam tahanan, mendengar isi perbualan abang-abang)
- Apabila abang-abang tahu bahawa mangkubuni raja ialah Yusuf, mereka berasa amat takut. Bagaimanakah Yusuf menghiburkan mereka? (Janganlah kamu rasa takut, kita tetap bersaudara, kerana Tuhan mengasihi kita, barulah mengatur kamu untuk menjual aku ke Mesir)
- Apakah yang dikatakan oleh raja semasa mendengar abang-abang dan adik Yusuf datang membeli makanan? (Raja bertitah kepada Yusuf supaya dia menjemput abang-abang dan adiknya berpindah dan tinggal di Mesir. Raja juga mahu memberikan barang yang paling indah dan baik kepada mereka)
- Apakah yang diberi oleh Yusuf kepada bapanya? (Sepuluh ekor keldai jantan yang dimuatkan dengan benda yang terbaik dalam Mesir, sepuluh ekor keldai betina yang dimuatkan dengan roti, sayur-sayuran dan buah-buahan)
- Apabila abang-abang memberitahu kepada bapa bahawa Yusuf telah menjadi mangkubumi raja di Mesir, adakah bapanya percaya? (Tidak)
- Mengapakah kemudiannya dia menjadi percaya? (Melihat hadiah dan kereta)
- Di manakah Tuhan berfirman kepada Yakub, bapa Yusuf? (Bersyeba)
- Bagaimanakah Yusuf mentaati bapanya? (Membawa bapa tinggal di tempat yang paling indah, memberikan makanan yang paling enak kepada bapa)
- Tuhan Yesus suka akan anak yang macam mana? (Anak baik yang mendengar cakap ibu dan bapa)
- Bagaimanakah kita dapat menjadi seorang anak yang baik? (Kanak-kanak memberikan pendapat secara bebas)
- Bagaimanakah kita dapat menjadi pembantu ibu yang baik di rumah? (Kanak-kanak memberikan pendapat secara bebas)
- Bagaimanakah kita menjadi pembantu cikgu yang baik di gereja? (Kanak-kanak memberikan pendapat secara bebas)
- Tuhan mengasihi kita, ibu bapa juga mengasihi kita, bagaimana dengan kita? (Mengasihi orang lain)
- Apabila kita sudah meningkat dewasa, bagaimanakah kita mentaati ibu bapa? (Kanak-kanak memberikan pendapat secara bebas)
Ulang Kaji ayat hafalan
- Hormatilah ayahmu dan ibumu – inilah suatu perintah yang penting, seperti yang nyata dari janji ini, supaya kamu berbahagia dan panjang umurmu di bumi. (Efesus 6:2-3)
- TUHAN membuat miskin dan membuat kaya; Ia merendahkan, dan meninggikan juga. (1 Samuel 2:7)
- Kasihilah musuhmu, berbuatlah baik kepada orang yang membenci kamu. (Lukas 6:27)
- Tetapi hendaklah kamu ramah seorang terhadap yang lain, penuh kasih mesra dan saling mengampuni (Efesus 4:32)
Memeriksa Objektif Pembelajaran : (Menyelidiki bab yang telah diajar dengan kaedah perbincangan)
- Rela menjadi anak-anak Tuhan yang baik
-
- Rela mendengar nasihat ibu bapa dan guru
- Berusaha belajar menjadi seorang pembantu yang baik.
- Memaafkan kesilapan orang lain.
- Menjadi anak baik yang mentaati ibu bapa
-
Pembacaan alkitab (membaca ayat kitab yang telah dibaca secara bergilir-gilir)
- Kejadian 37:13-14
- Kejadian 39:22-23
- Efesus 4:31-32
- Kejadian 46:29
Hal-hal yang Perlu Diperhatikan :
- Peruntukkan masa semasa bercerita. Gunakan kaedah penyampaian ringkasan cerita atau kaedah soal jawab, guna dan pilih kaedah yang paling senang dan bersesuaian dengan kebolehan guru dan tahap penguasaan kanak-kanak.
- Sekiranya menggunakan kaedah soal jawab, apabila adik-adik tidak dapat menjawab, maka guru haruslah segera memberikan petunjuk dengan sikap ramah, jangan biarkan adik-adik berasa gementar, sehingga mereka tidak berani bersuara pada masa yang akan datang.
Sesi Aktiviti :
- Nama aktiviti: Jubah Maha Indah Yusuf
- Objektif aktiviti: Ulangkaji keseluruhan, supaya adik-adik dapat mengingat isi kandungan beberapa bab mengenai cerita Yusuf.
- Persediaan sebelum aktiviti: Krayon (warna lilin)
- Isi kandungan aktiviti:
- Membimbing adik-adik mencari setiap jawapan pada jubah maha indah.
- Setelah mendapat jawapan, warnakan jawapan dengan krayon, setiap jawapan warnakan satu jenis warna, barulah dapat menunjukkan kesan jubah berwarna-warni yang indah.
- Petak yang tidak ada jawapan, boleh warna secara bebas.