BAB 1 : DUNIA YANG INDAH

Nas Alkitab :  (Kejadian 1 : 1-13)

Ayat Bacaan : (Kejadian 1 : 3-5)

 

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :

  1. Mengetahui hasil penciptaan pada tiga hari yang pertama sewaktu Tuhan Benar menciptakan langit dan bumi.
  2. Dapat mengakui keagungan Tuhan : “Berikan contoh perbezaan di antara hasil penciptaan Tuhan dan hasil penciptaan manusia”

 

Ayat Hafalan :

Pada mulanya Tuhan menciptakan langit dan bumi. (Kejadian 1:1)

 

Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran :

  1. Gambar planet,betik, sebilah pisau, tanaman pot asli dan palsu, gambar pengajaran dan pembelajaran. (Gambar yang berkaitan boleh disediakan oleh guru)
  2. Satu beg plastik, beberapa jenis sayuran.

 

Doa :

Dalam nama Tuhan Yesus berdoa. Syukur kepada Tuhan Benar yang menciptakan langit dan bumi yang berwarna-warni, memberikan matahari yang terang kepada kami, bulan yang comel dan bintang-bintang yang berkelip-kelip, juga memberikan kami pokok bunga yang cantik dan pelbagai sayur-sayuran yang enak dimakan. Terima kasih kepada Engkau sentiasa melindungi kami, agar kami dapat menjalani kehidupan setiap hari dengan damai sejahtera dan sukacita. Haleluya, Amin.

 

Isi Pelajaran :

(Keluarkan gambar planet untuk diperhatikan oleh kanak-kanak) Adik-adik, beritahu cikgu, apakah yang anda lihat ? (Biarkan kanak-kanak memberi pandangan, guru  tidak memberi komen secara langsung). Cuba kalian fikirkan, bagaimanakah semuanya ini dibentuk? (Selepas kanak-kanak memberi pandangan, guru masih tidak boleh memberi komen secara langsung). Sesiapa yang ingin menceritakan tentang Tuhan menciptakan langit dan bumi kepada semua ? (Ajak seorang kanak-kanak yang mempunyai respon  mampu memberi pandangan semasa di kelas Tadika untuk memberi pandangan).

Hmm! Apa yang dikatakan oleh adik kecil ini betul. Semasa anda berada di kelas tadika, adakah anda pernah mendengar kisah Tuhan mencipta langit dan bumi? Hmm! syukur kepada Tuhan kerana memberi kepintaran kepada adik-adik. Cikgu ada beberapa gambar di sini. Mari kita lihat. Apa yang dilukis dalam gambar ini? (Gambar ditunjukkan bersama dengan kandungan kuliah isi. Sekiranya ada masa selepas kelas, sila perlihatkan gambar ini  kepada  kanak-kanak dan bercerita).

 

Pada Hari Pertama Tuhan Menciptakan Siang dan Malam

Gambar 1 ditunjukkan : Dunia dahulu seperti bola hitam, tidak ada matahari yang merah, tidak ada bulan; tidak ada bintang yang bersinar, tidak ada rumput, bunga, pokok, atau pelbagai haiwan. Sudah tentu, tidak ada orang, hanya ada seorang yang paling agung. Siapakah dia itun? Hmm! Dialah Tuhan Benar. Tuhan Benar melihat bahawa bumi itu hitam dan kosong, sangat hodoh! Maka berfirman, “Jadilah terang di sini.” Maka jadilah terang di bumi yang hitam dan kosong. Minta kanak-kanak memejamkan mata. Apa yang anda lihat?  Hmm! Tidak dapat melihat apa-apa.

Baiklah! Buka mata anda, (tanya seorang kanak-kanak) Apa yang anda lihat? Ya?

Dengan adanya cahaya, adik-adik baru dapat melihat cikgu, melihat aula gereja yang indah, bahkan dapat melihat gigi yang sudah gugur dalam mulut  dalam mata ibu yang hitam itu . Ah! Betapa baik dan cerah terang itu! Tuhan telah memisahkan terang dari kegelapan. Apabila ada terang di bumi, digelar sebagai ? (Siang), ketika tidak ada terang, digelar sebagai ? (Malam) Tuhan Benar menciptakan siang dan malam adalah supaya kita dapat membaca buku dan bermain di bawah cahaya terang dan tidur berehat pada waktu malam. Itulah hari pertama , Tuhan Benar menciptakan terang, pagi dan malam.

 

Tuhan Menciptakan Udara Pada Hari Kedua

Gambar 2 digantungkan :  (Tunjuk ke langit biru dan bertanya kepada kanak-kanak). Apakah ini? (Tunjuk ke awan putih dan bertanya). Apakah ini? Betul! Betapa cantiknya langit biru dan awan putih! Adakah adik-adik menyukainya? Jadi siapa yang menciptakan langit biru dan awan putih? (Biarkan kanak-kanak menjawab, kemudian keluarkan beg plastik, bukakan mulut beg plastik, hembuskan udara ke dalamnya dan ketatkan mulut beg plastik tersebut. Lalu bertanya kepada kanak-kanak). Adik-adik, apa yang ada di dalam beg plastik yang mengembang ini? Betul! Itu adalah udara. Cikgu meminta adik-adik mencubit hidung dengan jari. Apakah perasaan adik-adik? Hmm! Rasanya sesak nafas, bukan? Bukan sahaja manusia memerlukan udara, tetapi anak anjing, anak kucing, anak lembu, dan anak domba juga memerlukan udara. Bunga, rumput dan pokok semuanya memerlukan udara! Siapakah yang menciptakan udara yang begitu penting ini? Betul! Sudah tentu adalah Tuhan Benar yang agung. Ini adalah hari kedua, Tuhan Benar menciptakan udara, dan membenarkan awan putih terapung-apung di langit biru.

 

Tuhan Menciptakan Laut, Darat dan Sayur-sayuran Pada Hari Ketiga

Gambar 3 : Tuhan menjadikan semua air berkumpul pada satu tempat. Ini adalah … (Tunjuk pada gambar laut). Tempat yang kering adalah darat iaitu tempat kita tinggal sekarang.  Ada (Bunga) di darat (Arahkan ke objek berikut dan biarkan kanak-kanak  menjawabnya) Ada (Rumput), ada (Pokok besar), dan ada (Gunung). Adik-adik, lihat lagi apa yang dipegang oleh cikgu? Ini kubis Cina, ini tomato dan betik. Semua ini  ditanam oleh siapa? Hmm!  Petani. Siapa yang membesarkannya? Ya!  Tuhan Benar yang agung. Dia membolehkan matahari memancar buah-buahan dan sayur-sayuran, membiarkan hujan membasahi buah-buahan dan sayur-sayuran, sehingga buah-buahan dan sayur-sayuran bertumbuh secara perlahan-lahan! (Guru memotong buah betik, biarkan kanak-kanak memperhatikannya, dan kemudian agihkan seorang kanak-kanak sebiji benih, sambil bahagikannya sambil berkata). Selepas kita memakan betik, membuang biji benih betik ke atas tanah, benih akan tumbuh menjadi pokok betik, dan kemudian menghasilkan banyak sekali buah betik bagi kita untuk dimakan, Ya! Syukur kepada Tuhan Benar. Ini adalah hari ketiga. Tuhan menciptakan laut, darat, dan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.

 

Syukur Kepada Tuhan Benar (Cikgu Akan Menerangkan Isi Penting Bagi Setiap Gambar)

Dunia yang hitam dan kosong sekarang mempunyai terang, ada siang dan malam; ada langit biru dan awan putih, ada juga  udara; ada laut, darat, dan pokok bunga serta pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran di darat. Maka, dunia ini menjadi dunia yang berwarna-warni. Betapa indah dan comelnya dunia ini! Adik-adik, bukankah kita harus bersyukur kepada Tuhan Benar? Marilah kita jabatkan tangan kita, berucap dengan suara yang lantang : Syukur kepada Tuhan Benar!

 

Membezakan Ciptaan Tuhan dan Ciptaan Manusia

(Keluarkan tanaman pasu). Adik-adik, perhatikan dua pokok yang dipegang oleh cikgu. Cuba kalian berfikir, yang mana akan tumbuh menjadi pokok besar? Hmm! Ini adalah pokok yang asli, yang diciptakan oleh Tuhan. Maka ia akan bertumbuh dengan perlahan-lahan. Beberapa tahun kemudian, ia akan tumbuh menjadi pokok besar. Ini adalah pokok palsu yang merupakan buatan manusia. Ia tidak bernyawa. Maka ia tidak akan tumbuh menjadi pokok besar. Mari kita lihat lagi, banyak sekali bintang-bintang di langit.  Adakah bintang-bintang ini dipandu-pandu seperti kereta di atas jalan raya? Lalu terlanggar sehingga menjadi satu longgokan? Tentu sekali tidak! Ini kerana Tuhan memerintahkan mereka hanya boleh berjalan di atas landasan sendiri sahaja. Tidak boleh pergi ke tempat lain. Mereka mendengarkan kata Tuhan dengan taat. Tiada seorang pun yang berani memberontak. Sebaliknya kereta buatan manusia pula, walaupun kita dapat memandunya ke sana ke sini, tetapi kadang-kadang kita memintanya ke timur, ia tidak mendengar cakap, sebaliknya ke barat dan melanggar  kereta lain. Adik-adik cuba fikirkan,  apakah perbezaan di antara hasil ciptaan Tuhan dengan hasil ciptaan kita? Contohnya, patung asli dan patung palsu … (biarkan kanak-kanak memberi pandangan)