BAB 10 : MAKANAN YANG BERKELIMPAHAN

BAB 10 : MAKANAN YANG BERKELIMPAHAN

 

Nas Alkitab : Keluaran fasal 16–17:8

Ayat Bacaan : Matius 6:30-31

 

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :

  1. Tuhan menurunkan makanan dari langit kepada orang Israel untuk makan dan minum.
  2. Rela hidup bergaul dengan Tuhan: Bersabar dan bersyukur dalam segala hal.

 

Ayat Hafalan :

Menurunkan kepada mereka hujan manna untuk dimakan, dan memberikan kepada mereka gandum dari langit. (Mazmur 78:24)

 

Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran :

Gambar-gambar pengajaran dan pembelajaran. (Gambar yang berkaitan disediakan oleh guru.)

 

Doa :

Dalam nama Tuhan Yesus berdoa. Bapa syurga yang dikasihi, Engkau mengasihi kami, memberi kami sinaran matahari, air hujan, burung-burung yang terbang ke sana sini dan bunga-bunga yang cantik. Engkau membolehkan mata kami melihat, telinga kami mendengar, mulut kami menyanyi. Kami mahu selalu berdoa dan bersyukur kepada-Mu, Haleluya. Amin.

 

Isi Pelajaran :

Tuhan menjaga Musa semasa dia kecil, mengatur supaya dia menjadi anak puteri. Musa sangat pintar dan mendengar cakap, semua orang suka akannya. Tuhan menyertai Musa yang dewasa, Tuhan menghendaki supaya dia menjadi pembantu yang baik. Musa sangat mendengar cakap Tuhan, maka Tuhan menyuruh dia menuntun umat Israel keluar dari Mesir untuk beribadah kepada Tuhan, namun raja Mesir enggan membiarkan bangsa Israel meninggalkan Mesir, maka Tuhan telah melakukan sepuluh perkara yang ajaib. Apakah sepuluh perkara yang ajaib itu? adik-adik sila beritahu cikgu (Keluarkan gambar, sebut nama kanak-kanak supaya menyatakannya, sekiranya jawapan tidak lengkap, cikgu boleh berikan petunjuk). Ya, sepuluh perkara ajaib itu telah menakutkan raja, maka segeralah raja menyuruh bangsa Israel meninggalkan Mesir. Selepas bangsa Israel meninggalkan Mesir, tidak ada orang melakukan kerja-kerja berat lagi, maka raja Mesir mengutus tentera dan kereta kuda pergi menangkap bangsa Israel kembali ke Mesir untuk melakukan kerja berat. Tetapi umat Israel tidak berasa takut kerana mereka bersandar kepada Tuhan. Tuhan mengasihi umat Israel, lalu membuat air laut melemaskan semua tentera Mesir.

 

Umat Bersungut-sungut

Umat Israel telah melihat Tuhan yang telah melakukan banyak kerja untuk mereka, mereka berasa sangat gembira, maka mereka bernyanyi memuji dan bersyukur kepada Tuhan.  Umat Israel berjalan mengikut tiang awan dan tiang api.  Mereka berjalan dan berjalan. Setelah berjalan selama satu bulan lebih,  semua tepung dan bekalan yang dibawa dari Mesir hampir habis dimakan. Ada di antara umat Israel berasa marah lalu berkata kepada Musa dengan suara yang kuat : “Kamu membawa kami keluar ke padang gurun yang tidak didiami orang untuk membunuh kami semua dengan kelaparan?” Mereka bersungut-sungut sehingga Musa berasa sakit kepalanya.   

Tuhan yang benar telah mendengar kata-kata umat Israel kepada Musa dan Harun, maka Tuhan berkata : “Aku akan menurunkan makanan dari langit untuk kamu, kamu hanya perlu keluar dan memungutnya tiap-tiap hari dan kamu boleh memakannya. Tetapi pada hari Jumaat harus memungut lebih supaya boleh dimakan pada hari Sabtu. Pada waktu senja, kamu akan dapat makan daging dan pada waktu pagi, kamu akan ada makanan untuk dimakan.” Adik-adik, cuba anda beritahu cikgu, mengapakah harus memungut lebih pada hari Jumaat? (Minta kanak-kanak memberikan pendapat secara bebas).

 

Tuhan Memberi Umat Memakan Daging Burung

Tuhan berkata kepada umat Israel bahawa pada waktu senja, mereka akan makan daging, umat Israel pun menanti di tempat tinggal mereka. Pada waktu senja hari itu, tiba-tiba datanglah berduyun-duyun burung puyuh menutupi perkemahan orang Israel. Orang Israel sangat gembira dan menangkap burung-burung untuk dibawa balik sebagai makanan. Semua orang makan dengan gembiranya. (Tunjukkan gambar).

 

Tuhan Memberi Manna

Pada keesokan pagi, sebelum matahari terbit, sewaktu bunga masih ada titisan embun, di permukaan padang gurun ada banyak benda yang putih, halus dan bulat, umat Israel tidak pernah melihat benda ini, lalu bertanyalah mereka kepada Musa : “Apakah ini?” Jawab Musa : “Inilah benda yang diberikan oleh Tuhan kepada kamu untuk dijadikan makanan. Tiap-tiap hari, kamu harus memungutnya menurut keperluan diri dan ahli keluarga, berapa yang dapat dimakan, pungutlah menurut keperluan itu.”

Umat Israel berkata, benda kecil ini manis seperti roti, maka mereka menamakan ia manna. Man….na (Guru sebut dengan perlahan dan jelas). Umat Israel memakan manna selama 40 tahun di padang gurun.  Wah, 40 tahun, lama betul! Adik-adik pun sudah menjadi dewasa dan sudah jadi ibu bapa. Ibu bapa pula sudah jadi datuk dan nenek. Dalam masa 40 tahun ini, umat Israel perlu berjalan dengan pantas. Mereka berjalan dan berjalan mengikut tiang awan dan tiang api. Mereka tidak ada masa untuk menanam padi dan sayur. Mereka tahu bahawa Tuhan akan menyediakan makanan untuk mereka, mereka hanya perlu bersandar kepada Tuhan, maka pastilah mereka akan dapat makan dengan kenyang.

 

Pukul Gunung Batu dan Mendapat Air

Musa dan umat Israel berjalan sampai di satu tempat yang tidak ada air. Mereka berasa sangat haus, tetapi tidak ada air untuk diminum. Apakah yang harus mereka lakukan? Ada sebahagian orang Israel yang tidak baik mula bertengkar dengan Musa dengan suara yang kuat : “Berikan kami air, berikan kami air, kami hampir mati kehausan.” Mereka bising seperti adik-adik yang bising meminta aiskrim daripada ibu.  Sungutan mereka sungguh merimaskan Musa. Musa pun berdoa kepada Tuhan. Tuhan yang benar berfirman kepada Musa untuk membawa tongkat beserta beberapa orang dari antara para tua-tua Israel,  berjalan sampai ke tempat yang ada satu gunung batu yang sangat besar, lalu memukuli gunung batu itu dengan tongkat, maka dari dalamnya akan keluar air untuk bangsa itu minum. Musa melakukan menurut apa yang difirmankan Tuhan. Wah! Benar-benar gunung batu besar itu mengeluarkan air sehingga bangsa Israel dapat minum dengan sepuas-puasnya.

 

Bersyukur kepada Tuhan dalam Segala Hal 

Adik-adik, bangsa Israel berjalan di padang gurun selama empat puluh tahun. Mereka tidak menanam padi dan tidak menanam sayur, mereka hanya bersandar kepada Tuhan. Tuhan yang benar memberikan daging burung dan manna kepada bangsa Israel sebagai makanan, juga mengeluarkan air minum dari gunung batu besar untuk mereka. Betapa agungnya dan besar kasihnya Tuhan. Tuhan yang benar mengasihi kita, menjaga kita, menyediakan banyak makanan untuk kita. Dengan tujuan supaya kita tidak perlu khuatir tentang apa yang perlu dimakan, apa yang akan kita minum dan apa yang akan kita pakai. Asalkan kita berjalan dengan Tuhan, maka Tuhan akan memberikan semuanya itu kepada kita! Marilah kita fikirkan bersama-sama, dengan cara apakah kita harus bersyukur kepada kasih Tuhan. (Minta adik-adik bebas menyatakan pendapat mereka secara lisan, bertulis ataupun melalui tingkah laku).

 

Sesi Aktiviti :

  1. Nama aktiviti : Mari mencari
  2. Objektif aktiviti : supaya adik-adik faham makanan adalah pemberian daripada Tuhan, haruslah sentiasa bersyukur.
  3. Persediaan sebelum aktiviti: pensel warna
  4. Isi kandungan aktiviti:
    1. Membimbing adik-adik mencari dan mewarnakan makanan yang tersembunyi dalam gambar.
    2. Membimbing adik-adik bersyukur dan mengenang keagungan ciptaan Tuhan.
    3. Perkara tambahan: Kesemuanya sepuluh benda : topi, pisang, pensel, jam tangan, payung, buku, epal, gaun(skirt), kayu hoki.