BAB 10: MULUT SINGA TIDAK DAPAT DIBUKA

Mesej Untuk Guru: 

Kepada guru yang dikasihi, Daniel ialah orang bijaksana yang mempunyai kuasa istimewa dan penuh hikmat. Dalam kitab Daniel, selain daripada beberapa tanda mukjizat yang belum pernah dilihat, terdapat juga peristiwa yang menarik. Semua ini terkandung dalam mimpi yang diberikan oleh Tuhan kepadanya dan ketika dia mentafsir mimpi bagi raja. Daniel telah mengalami pemerintahan empat orang raja kerajaan Babel, namun setiap raja amat menghormatinya dan tidak menghujat Tuhannya. Selain itu, dalam masa melebihi 50 tahun dalam jawatannya, kita dapat lihat sifatnya yang termulia, iaitu “rendah hati”. Sifat mulia ini wajar kita pelajari. Tuhan menghamparkan kesudahan sesuatu perkara terlebih dahulu melalui mulut Daniel. Seperti yang dikatakan dalam Kitab Suci, manusia tidak mampu terlepas daripada tangan Tuhan. Hikmat Tuhan tidak mampu diukur oleh manusia. Perintah yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia sangat mudah, iaitu percaya kepada-Nya. Namun demikian, ini dipandang hina oleh manusia. Justeru, hanya kumpulan orang yang percaya dengan tulus dan bertahan akan menerima berkat. Daniel seorang pahlawan dalam doa. Dia melanggar undang-undang hanya kerana dia berdoa tiga kali sehari. Doanya tidak berubah kerana faktor manusia dan hanya demi ada hubungan intim dengan Tuhan. Doa merupakan sumber kekuatannya. Peristiwa ini berlaku selepas zaman Nebukadnezar dan anaknya Belsyazar. Raja pada masa itu ialah raja Darius. Demi meringkaskan struktur cerita, kita menyebut “raja Babel” secara selaras supaya kanak-kanak mengingati pengajaran utama.

 

Nas Alkitab: Daniel fasal 6

 

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran: 

Mempelajari semangat ketahanan berdoa Daniel.

 

Ayat Hafalan: 

Janganlah takut, sebab Aku menyertai engkau. (Yesaya 41:10)

 

Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran:

Gambar atau model singa, kad galakan

 

Doa: 

Dalam nama Tuhan Yesus berdoa. Syukur atas pertolongan Tuhan, kerana membolehkan kami tahu menjadi anak yang baik. Kami juga tahu bahawa hanya dengan menjadi anak baik, barulah dapat memperoleh berkat. Kami harus menjadi seperti Daniel, mendengar kata supaya guru-guru dan ibu bapa gembira. Kami juga harus sentiasa berdoa agar Tuhan benar di Syurga gembira. Haleluya. Amin.

 

Isi Pelajaran:

Pendahuluan

Adik-adik, minggu lalu kita pernah berkata bahawa Tuhan boleh buat apa-apa sahaja. Jadi, asalkan kita percaya bahawa Tuhan akan membantu kita, maka Tuhan pasti membantu kita, sama seperti Tuhan membantu Daniel dan tiga sahabatnya. Ada sesiapa masih ingat bagaimanakah Tuhan membantu mereka? (Kanak-kanak mengisahkan “Orang Yang Berjalan Di Dalam Api”, mengulang kaji cerita minggu lalu) Wah! Menariknya cerita ini! Memang sungguh ajaib Tuhan benar ini. Cerita pada hari ini lebih menarik, iaitu berkaitan dengan sejenis binatang yang sangat ganas dan memakan manusia. Cuba kamu lihat (tunjukkan gambar binatang buas), apakah ini? (Mengaum seperti singa) Singa. Di manakah kamu pernah melihat singa? (Zoo) Adakah kamu takut akan singa? (Takut) Kenapakah takut? (Sebab mereka menggigit dan memakan orang) Hari ini cikgu akan bercerita tentang seorang. Dia bersama dengan banyak singa yang kelaparan, tetapi tidak dimakan oleh singa-singa. Sangat menghairankan! Cuba kamu teka, mengapakah begitu? (Biarkan kanak-kanak teka, jika tiada yang menjawab, boleh tanya: Kerana dia telah lama tidak mandi dan berbau busuk, betul? Kerana dia tahu Kung Fu Cina, jadi dia mengikat kaki singa? Kerana dia halimunan? Atau Tuhan menolongnya? Betul? Baiklah! Jangan kita teka lagi, marilah mendengar cerita ini!

 

Perintah Penganiayaan 

Demi menghukum rakyat yang tidak mendengar kata, raja Babel telah memelihara banyak singa. Sekiranya ada orang yang tidak mematuhi perintah raja, dia akan melemparkan orang itu ke dalam gua singa. Dengan itu semua orang sangat mendengar kata dan tidak menaikkan kemarahan raja. Terdapat orang yang ingin mendapat kesukaan raja, jadi mereka berkata kepada raja: “Raja yang dikasihi, tuanku ialah raja yang terunggul di seluruh negara, jadi setiap orang harus menyembah tuanku. Jika ada orang yang tidak menyembah tuanku, ini bermaksud dia tidak patuh akan kata-kata raja, haruslah melemparkannya untuk dimakan singa”. Raja berasa gembira setelah mendengar! Dia melihat kerajaannya, begitu besar sekali. Dia melihat rakyat jelatanya, begitu ramai sekali. Dia mengira emas dan peraknya, wah! Bertimbun tinggi seperti gunung. Semakin dia berfikir, semakin dia merasakan dirinya luar biasa. (Guru meninggikan dagu dan berkata dengan sombong): “Ya! Ini ialah idea yang bagus. Dengan ini, bolehlah beta tahu siapa yang tidak menghormati beta.” Maka raja Babel menyuruh menterinya menurunkan titah: Rakyat seluruh negara hanya boleh menyembah raja, tidak boleh memohon apa-apa daripada orang lain. Jika tidak, orang itu akan dilemparkan ke dalam gua singa untuk dimakan singa.

 

Daniel Tetap Tidak Sembah

Sejurus perintah ini diturunkan, tiada orang yang berani melawannya, hanya Daniel yang berlainan. Dia amat menghormati dan mengasihi Tuhan. Dia berdoa kepada Tuhan tiga kali sehari: Pagi sekali, tengah hari sekali dan malam sekali. Adik-adik, berapa kali kamu berdoa dalam sehari? (Guna peluang ini untuk mengkoreksi keadaan doa kanak-kanak, agar mereka dapat merasai kesolehan Daniel). Selepas Daniel tahu tentang ketetapan ini, dia langsung tidak takut. Dia berdoa tiga kali sehari seperti biasa, dan berlutut di hadapan tingkapnya serta berdoa syukur kepada Tuhan dengan menghadap ke langit. Terdapat orang jahat yang tahu bahawa Daniel ada kebiasaan berdoa kepada Tuhan, mereka curi-curi mengekorinya. Kemudian, mereka nampak Daniel berdoa kepada Tuhan, lalu mereka melaporkan hal itu kepada raja dengan marah: “Ya raja! Daniel tidak menghormati tuanku, tidak mematuhi ketetapanmu, dia masih berdoa tiga kali sehari kepada Tuhannya. Dia memang patut mati”. Setelah raja mendengar: “Siapa? Daniel? Ia Daniel!” Raja amat dukacita sehingga tidak dapat berkata-kata. Ini kerana raja sangat suka akan Daniel, Daniel telah membantu raja melakukan banyak perkara, Daniel juga berkelakuan baik! Raja ingin menyelamatkan Daniel. Namun semua orang jahat itu membantah dan berkata: “Raja! Perintah tuanku telah dikeluarkan, tidak boleh menukarnya sesuka hati kerana Daniel!” Raja tiada jalan lain lalu menurunkan perintah untuk membawa Daniel ke mari. Raja berkata kepada Daniel dengan berat hati: “Ya Daniel! Tuhanmu pasti akan menyelamatkan kamu!” Selepas itu, tentera-tentera menangkap Daniel dan melemparkannya ke dalam gua singa.

 

Selamat Dan Damai Sejahtera

Setelah Daniel dilempar ke dalam gua singa, raja Babel berasa sangat dukacita! Dia tiada selera untuk makan dan tidak dapat tidur semalaman. Dia asyik berfikir: tidak tahu apa yang terjadi kepada Daniel. Ketika waktu pagi, raja terus berlari ke mulut gua singa. Dia berteriak dengan sedih: “Ya Daniel! Daniel!” Pada ketika itu, ada suara dari gua singa berkata kepadanya: “Ya raja! Saya di sini!” Raja sangka bahawa dia telah salah dengar, raja bertanya dengan lantang lagi: “Daniel! Adakah itu kamu? Tidakkah kamu dimakan singa?” Suara itu menjawab: “Raja! Allahku telah mengutus malaikat-Nya untuk mengatupkan mulut singa-singa itu, sehingga mereka tidak mengapa-apakan aku!” Aha! Adik-adik, suara siapakah itu? Betul! Itu Daniel! Raja sungguh gembira dan menyuruh tentera: “Cepat! Cepat! Cepat gunakan tali untuk menarik Daniel! Dengan cepat, Daniel telah ditarik naik. Raja amat sukacita melihat Daniel, dengan segera raja memeriksa badan Daniel. Hairan! Sedikit luka pun tiada, bahkan bajunya juga tidak dicengkam oleh singa! Raja segera berkata: “Tangkaplah orang yang menuduh Daniel, lemparlah mereka ke dalam gua singa.” Wah! Ketika orang yang menganiaya Daniel dihantar ke mulut gua singa, terus dimakan oleh singa-singa yang ganas. Sesudah itu, raja memerintah menterinya: “Pergi beritahu umat seluruh negara, haruslah menghormati Tuhan Daniel, kerana Tuhannya adalah yang benar!”

 

Kesimpulan

Adik-adik, betapa agungnya Tuhan benar yang dipercayai Daniel! Adakah Tuhan yang kita sembah sama dengan Tuhan benar yang disembah oleh Daniel? (Sama) Ya! Kita sangat bahagia! Daniel berdoa bersyukur kepada Tuhan setiap hari, jadi Tuhan benar melindunginya agar tidak dimakan singa. Jika kita juga ingin Tuhan melindungi kita, apakah yang harus kita buat? Betul! Harus berdoa tiap-tiap hari. Selain berdoa setiap hari, apakah yang harus kita buat supaya mendapat banyak berkat seperti Daniel? (Bagi kanak-kanak meluahkan pendapat, kemudian lukis di papan hitam mengikut susunan pendapat) Bijaknya adik-adik semua! (Guru boleh membuat tambahan: Berdoa pagi dan malam, bersyukur sebelum makan, membaca Kitab Suci, menghafal ayat Kitab Suci, kuduskan hari Sabat, memberi persembahan, tidak makan makanan yang disembah kepada berhala, tidak berdusta, mematuhi peraturan, kasihi sahabat, patuh akan kata-kata ibu bapa……) Asalkan kita mematuhi firman Tuhan dengan sungguh-sungguh, kita akan ada damai sejahtera dan sukacita seperti Daniel. Minggu depan ada seorang yang ditelan ikan besar, apakah yang harus kita dilakukan untuk membantunya? Kita fikirkan cara untuk menolongnya lain kali.