BAB 11: AKIBAT KETAMAKAN
Mesej Untuk Guru:
Guru yang dikasihi, cerita dalam bab ini adalah tentang akibat yang ditanggung oleh hamba Elisa iaitu Gehazi kerana ketamakannya. Gehazi ialah seorang hamba yang telah mengikuti Elisa untuk suatu jangka masa. Nama Gehazi ini telah muncul dalam ayat suci tentang perempuan Sunem. Selepas anak lelaki perempuan Sunem mati, perempuan itu memeluk kaki Elisa dengan sedihnya. Lalu datanglah Gehazi ingin menolaknya ke tepi tetapi dihalang oleh Elisa. Perkara yang menyedihkan sekali adalah dia mengikuti Elisa untuk melakukan kebajikan dan memberitakan injil tetapi tidak pernah memperoleh hikmat rohani daripada Elisa. Mungkin kehidupan nabi yang serba ringkas menyebabkan timbulnya niat tamak yang ingin mendapatkan wang dan baju daripada Naaman sehinggakan akhirnya dia dihukum. Oleh itu, sifat hawa nafsu ialah punca kepada tragedi dalam hidup manusia. Walaupun kita tidak sama seperti Gehazi yang menerima akibat dengan serta-merta disebabkan nafsu ketamakan, tetapi dalam godaan dunia yang kuat, keputusan yang dibuat disebabkan ketamakan selalunya akan mendatangkan kecelakaan kepada generasi. Maka hendaklah kita berjaga-jaga! Semoga kita merenung dan mengingati pengajaran Gehazi sebagai dorongan bersama.
Nas Alkitab: 2 Raja-raja 5:15-27
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran:
Mengeatahui bahawa sikap tamak seperti Gehazi akan mendatangkan kedudahan yang tidak baik.
Ayat Hafalan:
Kerana akar segala kejahatan ialah cinta uang (1 Timotius 6 :10)
Doa:
Dalam nama Tuhan Yesus berdoa. Bapa kami yang di syurga, kami berterima kasih kepada Engkau yang menolong kami, agar kami mempunyai hati yang berani memberi kesaksian demi-Mu. Kami bersyukur kepada-Mu kerana kami dapat membuat persembahan dengan jujur, tidak mencuri, tidak berbohong serta menjadi anak kesayangan-Mu. Syukur kepada Tuhan, Haleluya, Amin.
Isi Pelajaran:
Pendahuluan
Adik-adik, dalam bab yang lalu, guru meminta adik-adik untuk memohon kepada Tuhan supaya berani melakukan apa? (Berani menyampaikan kesaksian). Ya, keberanian itu sangatlah penting, Asalkan ada keberanian, kita dapat membantu seseorang. Adakah orang yang selalu menangis merupakan seorang yang berani ? Sudah tentu dia bukan seorang yang berani. Oleh itu, orang yang berani pasti tidak suka menangis sebaliknya suka membantu. Tetapi sikap berani itu harus digunakan dengan baik. Jangan seperti Gehazi dalam cerita pada hari ini. Dia melakukan perkara yang jahat dengan berani. Sekarang guru akan mula menyampaikan cerita ini.
Hadiah Panglima
Selepas panglima Naaman mendengar kesaksian daripada seorang anak perempuan kecil Israel, barulah dia pergi mencari nabi Elisa untuk mengubati penyakitnya. Dia menurut kata nabi Elisa dengan beriman dan mandi sebanyak tujuh kali di sungai Yordan. Akhirnya penyakit kustanya telah disembuhkan. Oleh itu, panglima Naaman telah membawa banyak hadiah untuk diberikan kepada nabi Elisa. Panglima Naaman dan hambanya telah tiba di depan pintu rumah Elisa, lalu keluarlah Elisa berjumpa dengannya. Naaman pun berkata “Nabi! hari ini barulah aku tahu bahawa hanyalah Tuhan Allah yang benar di dalam dunia. Terimalah hadiah daripada aku”. Lalu nabi Elisa menjawab, “Panglima Naaman, Tuhanlah yang menyembuhkan penyakitmu, bukannya aku. Oleh itu aku tidak boleh menerima hadiahmu”. Kata panglima Naaman, “Terimalah hadiahku, bolehkah?”. Tetapi tidak kira apa jua yang dikatakan oleh panglima Naaman, Elisa tetap tidak menerima hadiahnya. Naaman pun menyimpan semula hadiahnya ke dalam kereta kuda lalu mengucapkan terima kasih kepada Elisa. Kemudian dia berpatah balik dan pulang ke rumah.
Orang Yang Tamak
Hamba Elisa, Gehazi sedang memerhatikan peristiwa itu di sebelah Elisa. Hatinya timbul rasa tamak ketika dia melihat nabi Elisa enggan menerima hadiah dan mengembalikan hadiah itu kepada panglima Naaman. Selepas panglima Naaman meninggalkan tempat itu, dia pun mengikuti kereta kuda panglima Naaman tanpa disedari oleh Elisa. Panglima Naaman melihat Gehazi dari jauh. Dengan cepatnya dia menghentikan kereta kudanya dan memberi salam kepadanya. Gehazi berkata kepada panglima Naaman, “Panglima, tuanku menyuruh aku untuk menyampaikan hal ini kepadamu. Tadi ada dua orang muda yang datang dari tempat lain mencari nabi Elisa dan dia berharap tuan dapat memberi hadiah kepada mereka, iaitu dua pasang pakaian dan sedikit wang”. Selepas panglima mendengarnya, dia cepat-cepat menyuruh hambanya menyediakan dua pasang pakaian dan menyimpan wang yang lebih ke dalam dua pundi-pundi lalu mengutus dua orang hambanya menghantar Gehazi. Dengan gembiranya, Gehazi menyembunyikan pakaian dan wang tersebut dengan baik lalu masuk ke rumah nabi Elisa.
Gehazi Berkusta
Apabila melihat Gehazi, nabi Elisa pun terus bertanya, “Dari manakah engkau datang?” Gehazi menggelengkan kepalanya dan berpura-pura tidak tahu lalu berkata “Tiada, aku tidak pergi ke mana-mana pun!” Elisa tahu bahawa Gehazi sedang berbohong, maka dia berkata “Tadi engkau telah keluar dan mengejar panglima Naaman. Tuhan telah memberitahu aku sejak awal lagi. Engkau ini tamak dan suka bercakap bohong. Oleh itu penyakit panglima Naaman ini akan menjangkiti engkau, dan juga anak kelahiranmu serta cucu kepada anakmu. Semuanya akan mendapat penyakit ini.” Adik-adik, masih ingatkah apa penyakit panglima Naaman? (Biarkan kanak-kanak memberi pendapat dahulu kemudian berkata) Ya, borok yang berbintik-bintik tumbuh di permukaan kulit dan terdapat satu lapisan yang berwarna putih. Penyakit kusta akan menyebabkan kulit berbau, sakit dan gatal. Doktor pun tidak dapat mengubatinya. Ini ialah sejenis penyakit yang menakutkan. Sebaik saja Elisa habis berbicara, badan Gehazi terus dijangkiti penyakit kusta yang menakutkan sehingga dia melarikan diri dari tempat itu dengan segera.
Kesimpulan
Kasihan betul Gehazi! Disebabkan dia tamak dan berbohong, maka Tuhan tidak mahu dia. Elisa pun tidak mahu dia. Kawan yang melihat penyakit kusta yang menakutkan pada tubuhnya juga tidak berani bermain dengannya. Alkitab memberitahu kita bahawa orang yang tamak dan berdusta adalah tidak baik. Walaupun kita tahu bahawa mengambil barang-barang kepunyaan orang lain dan juga bercakap bohong tidak sepatutnya dilakukan, namun kadangkala adik-adik masih melakukan kesalahan ini. Oleh itu, dalam minggu ini, marilah kita menyiapkan satu tugasan, iaitu berdoa memohon kepada Tuhan untuk membantu kita menjadi seorang yang tidak tamak, tidak bercakap bohong iaitu menjadi seorang yang berkenan kepada Tuhan. Bolehkah? Sekali lagi guru bertanya “Dalam minggu ini, kita berdoa memohon Tuhan membantu kita melakukan apa? Baik! Pada minggu hadapan, guru ingin melihat siapa yang ada berdoa kepada Tuhan. Saya akan meminta adik-adik yang lain bertepuk tangan dengannya kerana dia adalah pelajar model kita. Minggu yang lalu, guru telah meminta semua teka sama ada Naaman ada mendengar perkataan nabi atau tidak. Marilah kita lihat tekaan siapa yang betul? (Biarkan murid-murid yang meneka dengan betul berdiri dan semua berikan tepukan kasih).