BAB 11 : HADIAH YANG DIPERSEMBAHKAN KEPADA TUHAN
Nas Alkitab : Keluaran 25:1-9; 35:4–35
Ayat Bacaan : Keluaran 25:1-2
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
- Bangsa Israel rela mempersembahkan segala harta benda demi khemah pertemuan Tuhan.
- Rela hidup bergaul dengan Tuhan: Rela mempersembahkan apa yang ada pada kita.
Ayat Hafalan :
Allah mengasihi orang yang memberi dengan sukacita. (2 Korintus 9 : 7)
Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran :
Kertas putih, pensel, gambar-gambar pengajaran dan pembelajaran. (Gambar yang berkaitan disediakan oleh guru.)
Doa :
Dalam nama Tuhan Yesus berdoa. Syurkur kepada Tuhan kerana menjaga dan melindungi kami setiap hari. Kami tahu bahawa gereja adalah rumah-Mu, Kami suka datang ke gereja untuk berkebaktian dan beribadah kepada-Mu, kami juga rela memberikan persembahan untuk rumah Tuhan kerana kami mengasihi-Mu. Haleluya. Amin.
Isi Pelajaran :
Tuhan menjaga dan menyertai Musa, Musa menjadi pembantu Tuhan yang baik, memimpin umat Israel keluar dari Mesir. Umat Israel berjalan mengikut tiang awan dan tiang api. Mereka tidak berasa takut langsung kerana mereka bersandar kepada Tuhan. Tuhan mengasihi umat Israel, memberi daging burung dan manna untuk dimakan oleh mereka serta air mengalir keluar dari gunung batu untuk diminum oleh mereka.
Rela Memberi Persembahan demi Rumah Tuhan
Tuhan berfirman kepada Musa untuk mendirikan khemah pertemuan, Khemah Pertemuan adalah gereja, juga adalah rumah Tuhan, tempat di mana umat Israel menyembah kepada Tuhan. Bangsa Israel berjalan kaki kembali ke tempat tinggal nenek moyang mereka iaitu Tanah Kanaan. Mereka tidak dapat mendirikan bangunan gereja untuk Tuhan seperti bangunan gereja kita sekarang. (Sila keluarkan gambar gereja). Oleh kerana itu, Tuhan menyuruh bangsa Israel untuk mendirikan Khemah Pertemuan dengan menggunakan kain, sama seperti khemah yang kita gunakan semasa perkhemahan. Terdapat banyak peralatan dalam Khemah Pertemuan, sama seperti di dalam aula gereja kita, contohnya ada mimbar, piano, papan tulis, kerusi dan sebagainya. Dengan itu, ia memerlukan banyak bahan, dan banyak tenaga manusia untuk membantu dalam pekerjaan pembinaan. Musa berkata : “Siapa yang mengasihi Tuhan dan rela bekerja demi Tuhan, sila datang untuk mendaftarkan nama.”
Setelah umat Israel mendengar kata-kata Musa, mereka berasa sangat gembira! Mereka hormat dan kasih akan Tuhan, rela mempersembahkan hadiah demi rumah Tuhan, rela mempersembahkan wang dan tenaga untuk rumah Tuhan, sama seperti ketika kita mahu mendirikan bangunan gereja, ada orang yang mempersembahkan wang, ada yang mempersembahkan barang-barangan, tiap-tiap orang mempersembahkan wang dan tenaga. Umat Israel kembali ke khemah masing-masing, ada yang membawa cincin emas, anting-anting emas, ada yang mahir menenun kain yang sangat cantik, ada yang mahir menjahit pakaian upacara, ada yang membuat meja, ada yang membuat peti, ada yang membuat meja untuk meletakkan kandil (Lilin). Semua orang melakukan kerja dan memberikan persembahan demi Tuhan dengan gembira. Ketika adik-adik melihat ibu bapa sibuk mendirikan khemah pertemuan demi Tuhan, mereka berkelakuan baik dan tidak berani mengganggu ibu bapa mereka.
Khemah Pertemuan Siap Dibina
Satu hari, dua hari… masa berlalu hari demi hari. Wah, Khemah Pertemuan telah dah siap dibina! Kemuliaan Tuhan memenuhi Khemah Pertemuan, semua orang berkata bersama-sama: “Ini adalah rumah Tuhan”. Umat Israel suka pergi ke rumah Tuhan, mereka memuji dan beribadah kepada Tuhan di dalam Khemah Pertemuan. Tuhan menjaga umat Israel, memimpin mereka dengan tiang awan pada waktu siang dan menerangi jalan mereka dengan tiang api pada waktu malam.
Rela Mempersembahkan apa yang ada pada Diri Sendiri
Adik-adik, terdapat banyak jenis hadiah yang kita persembahkan kepada Tuhan, sama seperti tetamu yang datang ke rumah adik-adik, hadiah yang dibawa oleh tetamu masing-masing adalah berbeza. Ada yang menghadiahkan kek, ada yang menghadiahkan kapal terbang mainan, ada yang menghadiahkan buku cerita dan ada orang menghadiahkan anak patung. Ada yang menghadiahkan wang sebagai persembahan kepada Tuhan: contohnya, semasa melakukan kerja pembinaan bangunan gereja, melaksanakan kebaktian kebangunan rohani dan penginjilan, membeli peralatan, membayar bil air, bil elektrik, bil telefon, membawa adik-adik keluar untuk aktiviti berkelah, kesemua perkara ini memerlukan wang. Ada yang mempersembahkan masa sebagai hadiah: contohnya, memasak di gereja, menyapu, menggubah bunga, mengajar adik-adik, koir, mendoakan pendeta dan adik-adik. Ada yang melakukan kerja Tuhan pada waktu siang, waktu malam, sepanjang hari, sepanjang bulan, sepanjang tahun dan juga ada yang bila-bila masa. Ada yang memberikan buku, ada yang memberikan makanan. Adik-adik masih belum pandai mencari nafkah, tetapi boleh berjimat cermat menggunakan wang saku yang diberikan oleh ibu bapa supaya dapat memberikan persembahan. Adik-adik juga boleh membantu doa untuk jemaat, pendeta, guru-guru, dan adik-adik. Yang paling penting adalah harus menumpukan perhatian semasa mendengar cikgu bercerita, sentiasa menghadiri kebaktian beribadah kepada Tuhan di gereja, sesudah dewasa nanti menjadi seorang pekerja Tuhan Yesus yang baik.
Adik-adik, apakah yang hendak kamu persembahkan? Senaraikan dalam kertas ini kemudian hantar kepada cikgu. (Guru mengedarkan kertas dan pensel kepada kanak-kanak).
Sesi Aktiviti :
- Nama aktiviti : Hadiah Yang Dipersembahkan kepada Tuhan Yesus
- Objektif aktiviti: Supaya adik-adik rela mempersembahkan benda yang paling disukai dan mengerti untuk bersyukur atas pemberian Tuhan.
- Persediaan sebelum aktiviti: pensel dan pensel warna
- Isi kandungan aktiviti:
- Membimbing adik-adik rela memberikan persembahan
Saksian: Ada sebuah gereja mahu membina bangunan gereja, namun jumlah wang simpanan belum mencukupi. Ada seorang adik kecil lelaki mempersembahkan semua wang dalam tabung kesayangannya (tabung bentuk babi), sehingga terharulah hati semua orang, lalu semua orang giat memberi persembahan, akhirnya dapat mengumpulkan wang yang mencukupi sehingga dapat menyiapkan bangunan gereja.
-
- Soalan:
- Apakah benda kesayangan kamu?
- Adakah kamu rela mempersembahkan benda itu kepada Tuhan Yesus? Mengapa?
- Disampaikan secara melukis atau bertulis : bimbing adik-adik menulis atau melukis di dalam buku teks pelajar.
- Soalan:
- Hal-hal yang perlu diperhatikan: Meminta beberapa adik menyatakan pendapat mereka mengikut kesesuaian masa, tidak perlu minta setiap adik menjawab, asalkan mendapat hasil bimbingan sudah mencukupi.