BAB 11: ORANG YANG DITELAN IKAN BESAR

Mesej Untuk Guru:  

Kepada guru yang dikasihi, telah sampai giliran Yunus yang amat berpersonaliti. Pada masa ini, diharapkan anda segera membuka Kitab Yunus dan membaca sehingga habis sekali gus. Anda pasti akan tergelak ketawa dan berasa kejut serta kagum. Ataupun, mungkin anda ialah Yunus zaman kini! Dalam kisah hari ini, kita hanya menceritakan Yunus pergi memberitakan amaran, sehingga kota Niniwe mendapat kesudahan yang amat baik. Namun jika anda sudah habis membaca kitab ini, anda pasti tahu bahawa walaupun cerita kota Niniwe telah berakhir, tetapi cerita mengenai Yunus belum lagi selesai. Dia masih merajuk dan bertentang dengan Tuhan. Namun demikian, guru-guru yang dikasihi, dapat kamu lihat di manakah kasih Tuhan benar? Dapat kamu lihat kasih dan kesabaran Tuhan yang tidak mampu diukur, bahkan Yunus juga tidak mampu menerimanya. Sama juga, dapat lihat bahawa ketika Tuhan berhadapan dengan pekerja yang kecil hati seperti Yunus, Dia tidak menyuruh orang lain untuk menyelesaikan tugasnya dan Dia tidak meninggalkan Yunus. Tuhan sentiasa menunggunya,  menunggunya untuk bertenang, menunggunya untuk merendahkan diri dan taat, menunggunya belajar maksud Tuhan, menunggunya belajar untuk bersabar. Pada beribu-ribu tahun yang lalu, Tuhan sudah melayan pemberang seperti Yunus. Apatah lagi hari ini, selepas beribu-ribu tahun berlalu Tuhan menghantar Yesus untuk disalib demi kita, bukankah kasih Tuhan lebih sabar? Mengapa? Ini kerana Dia masih tetap menunggu, menunggu kita bertenang, menunggu kita merendahkan diri dan taat, menunggu kita memahami maksudnya, dan menunggu kita belajar bersabar. Dia asyik tidak datang, bukannya berlengah, tetapi supaya kita bertaubat, mengejar kesucian, agar manusia dapat diselamatkan! Marilah kita saling berusaha menerusi kisah Yunus! Ini kerana tahu untuk “bersabar” adalah kasih yang terbesar!

 

Nas Alkitab: Yunus fasal 1 – 3

 

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran: 

Mengetahui bahawa manusia tidak dapat menyembunyikan diri daripada mata Tuhan, mengawasi baik dan jahat.

 

Ayat Hafalan: 

Penuh kasih mesra dan saling mengampuni (Efesus 4:32).

 

Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran: 

Lukis sebuah gambar seekor ikan besar yang membuka mulut untuk menelan Yunus.

 

Doa: 

Dalam nama Tuhan Yesus berdoa: Tuhan Yesus yang dikasihi, Engkau suka akan orang yang membuat perkara baik dengan bersungguh-sungguh, juga ingin setiap orang dapat diselamatkan. Oleh itu, saya ingin menjadi orang baik, melakukan perkara baik dan membantu orang dengan bersungguh-sungguh. Jika terserempak orang yang membuat perkara tidak betul, saya akan memberitahunya dan membawanya untuk datang mengenali-Mu. Haleluya. Amin. 

 

Isi Pelajaran:

Pendahuluan

Adik-adik, pada minggu lalu, cikgu telah menceritakan seorang yang dilemparkan ke dalam gua singa, tetapi dia selamat dan tidak dimakan singa. Siapakah itu? Sangat baik! Dia Daniel. Ada sesiapa boleh beritahu saya, mengapakah dia dilemparkan ke dalam gua singa? (Beri kanak-kanak menjawab) Ya! Kerana dia tidak menyembah raja, sebaliknya dia berdoa kepada Tuhan di tepi tingkap setiap hari. Oleh itu, dia ditangkap dan dibuang ke dalam gua singa. Daniel memang amat berani. Dia tahu bahawa tidak mengapa jika menimbulkan murka raja, yang paling penting tidak boleh menimbulkan murka Tuhan. Justeru, Tuhan menyelamatkannya daripada gigitan singa. Hari ini, kita akan membincangkan suatu cerita baharu. Terdapat satu orang yang tidak mendengar perintah Tuhan. Kemudian, seekor ikan besar (keluarkan gambar perbandingan skala ikan dan manusia), “Bloop”! Menelannya ke dalam perut. Wah! Sungguh mendebarkan!

 

Nabi Yang Melarikan Diri Daripada Perintah Tuhan

Suatu ketika dahulu, terdapat seorang yang khususnya bekerja untuk Tuhan, dia sama seperti pendeta kita. Semua orang memanggilnya “Nabi Yunus”.

Pada suatu hari, Tuhan berfirman kepada Yunus: “Yunus, kamu pergilah ke Niniwe, beritakan kepada orang di sana bahawa mereka telah melakukan banyak kejahatan, hendaklah tekad bertaubat. Jika tidak, Aku akan membinasakan mereka dan kota itu selepas 40 hari.” Setelah nabi Yunus mendengar firman Tuhan, dia enggan pergi kerana orang di sana sangat jahat. Yunus mengingini mereka dihapuskan oleh Tuhan. Dia tidak harap mereka diselamatkan. Oleh itu, dia segera mengambil pakaian dan barang-barangnya, dengan curi-curi melarikan diri ke tempat lain. Dia lari dan terus lari! Apabila sampai di tepi pantai, dia menaiki sebuah kapal, dia berfikir: “Ya! Kapal ini akan membawa saya ke tempat yang sangat jauh. Dengan ini, Tuhan tidak akan mencari saya lagi.” Selepas dia menaiki kapal, dia bersembunyi di ruang kapal yang paling bawah. Hatinya sangat gembira dan tertidur di sana dengan tenang.

 

Yunus Yang Diundi

Tidak pasti berapa lama masa telah berlalu, tiba-tiba “Huu! Huu!”, timbullah angin kencang di atas laut, sehingga air laut ditiup tinggi. Kapal dalam badai seperti daun yang terumbang-ambing, air laut juga termasuk ke dalam kapal. Setiap orang menggigil ketakutan kerana kapal hampir terbalik. Orang dewasa mula meneriak meminta pertolongan, kanak-kanak menangis sambil memanggil ibu, semua orang tidak tahu apa yang harus dilakukan. Demi mengelakkan kapal daripada terbalik, nakhoda menyuruh semua orang membuang muatan ke dalam laut supaya kapal menjadi ringan. Namun demikian, angin dan badai masih kencang, kapal seakan-akan hampir karam. Pada masa ini, ada orang berkata: “Marilah kita segera berdoa, setiap orang meminta pertolongan Tuhan masing-masing, mungkin cara ini berguna!” Semua orang rasa idea ini masuk akal, maka bermulalah mereka berdoa bersungguh-sungguh. Kamu memohon Tuhanmu menyelamatkan kamu, dia memohon Tuhannya menyelamatkannya. Namun, ombak besar memukul kapal secara tiba-tiba. Semua orang berteriak ketakutan. Alamak! Tidak berguna! Tiada Tuhan sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka! Pada ketika itu, ada seorang datang berkata kepada nakhoda: “Nakhoda! Nakhoda! Terdapat seorang yang masih tidur di bawah kapal!” Lalu nakhoda pergi membangunkan Yunus. Setelah Yunus bangun, barulah dia sedar bahawa dia telah melakukan kesalahan besar akibat melarikan diri daripada Tuhan. Tuhan murka akan Yunus. Dia berasa sangat takut. Kerana Tuhan telah tahu segala perkara. Angin semakin kencang, Yunus menyuruh semua orang mengangkatnya dan mencampaknya ke dalam laut. Semua orang berasa hairan, ada orang berkata: “Apa kata kita membuang undi, lihat siapakah yang menimbulkan malapetaka ini?” Selepas membuang undi, adik-adik, siapakah yang diundi? Betul, Yunus! Yunus memberitahu mereka tentang kesalahannya, barulah mereka tahu sebab timbulnya badai ombak, lalu mencampak Yunus ke dalam laut seperti yang disuruh Yunus. Ketika Yunus dicampak ke dalam laut, hei! Perkara yang hairan berlaku. Angin ribut benar-benar berhenti. Mereka saling memandang dan berkata: “Wah! Tuhan Yunus ini ialah Tuhan yang benar. Kita patut takut akan-Nya.”

 

Ditelan Ikan Besar

Setelah Yunus dicampak ke dalam laut, dia terus tenggelam ke bawah sehingga hampir tidak dapat bernafas, barulah hatinya mula berdoa memohon Tuhan menyelamatkannya. Pada ketika itu, Tuhan menghantar seekor ikan besar berenang ke sana (tunjukkan gambar perbandingan skala) lalu membuka mulut dengan besar-besar, kemudian menelan Yunus “Gluupp!” Menelannya ke dalam perut sekali gus. Yunus berasa sedih semasa berada dalam perut ikan besar! Dia tahu dia tidak patut mengingkari perintah Tuhan untuk pergi bekerja. Jadi, dia tidak henti-henti berdoa kepada Tuhan untuk mengaku kesalahannya: “Ya Tuhan! Minta maaf, saya telah berbuat salah! Mohon Engkau mengampuni saya! Tolonglah!” Dia berdoa tanpa henti di dalam perut ikan. Selepas tiga hari, Tuhan menyuruh ikan besar pergi ke darat, kemudian memuntahkan Yunus ke pantai.

 

Melunaskan Amanat

Yunus bangkit semula dan segera pergi ke kota Niniwe. Setelah masuk ke pintu kota, dia berseru dengan suara nyaring: “Kalian dengar baik-baik ya! Tuhan berfirman bahawa kalian telah melakukan terlalu banyak perbuatan jahat. Oleh itu, selepas 40 hari, kota ini akan dimusnahkan!” Raja Niniwe mendengar kata-kata Yunus lalu memerintah setiap orang meninggalkan tugas masing-masing, tidak makan dan tidak minum, lebih-lebih lagi tidak melakukan perbuatan jahat, sama-sama berdoa bertaubat, mohon Tuhan mengampuni mereka. Dengan itu, Tuhan benar melihat mereka sungguh-sungguh bertaubat, maka mengampuni mereka dan tidak lagi membinasakan mereka.

 

Kesimpulan

Adik-adik, nabi Yunus tidak mendengar firman Tuhan, lalu menyembunyikan diri, adakah perbuatan ini berguna? Ya! Langsung tidak berguna. Tidak kira kita sembunyi ke bawah tanah pun, Tuhan masih dapat melihat kita. Tentunya, perkara yang kita fikir dalam hati, tidak ada satu hal yang Tuhan tidak tahu. Justeru, tugas yang dihantar oleh Tuhan kepada kita, kita haruslah melakukannya dengan patuh dan serius. Cuba kamu lihat, seperti nabi Yunus, dia mendengar firman Tuhan dan pergi menyebarkan amaran, akhirnya orang jahat di kota Niniwe menjadi baik. Pada asalnya orang yang ingin dibinasakan oleh Tuhan, akhirnya semua terselamat. Bukankah itu sangat baik? Diharapkan kita dapat menjadi pekerja baik yang mematuhi firman, memberitakan injil demi Tuhan, supaya lebih ramai orang diselamatkan. Minggu depan, setelah Yunus tahu bahawa Tuhan tidak memusnahkan kota Niniwe, dia memberang dan merajuk terhadap Tuhan! Dia memang berani! Marilah kita datang mendengar cerita ini pada minggu akan datang.