Nas Alkitab : Kejadian fasal 29,32,33
Ayat Rujukan : Kejadian 33:3-4
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
- Mengetahui bahawa Tuhan membantu Yakub supaya berdamai dengan Esau.
- Mampu melayani orang lain dengan kasih.
- Membuat refleksi kendiri dan memaafkan orang lain.
Ayat Hafalan :
Janganlah membalas kejahatan dengan kejahatan; lakukanlah apa yang baik bagi semua orang. (Roma 12:17)
Persediaan Prapengajaran & Pembelajaran :
Blok kayu, buku cerita, kertas warna, bola
Doa :
Dalam nama Tuhan Yesus berdoa. Syukur kepada Tuhan Yesus melindungi kami supaya kami mendapat damai sejahtera setiap hari. Semasa di rumah, ibu bapa menjaga dan menyayangi kami. Jadi kami haruslah mendengar kata-kata ibu bapa dan saling menyayangi di antara adik-beradik. Kami mendengar kata-kata guru ketika berada di gereja dan saling menyayangi di antara rakan-rakan yang lain serta menjadi seorang kanak-kanak yang mampu membuat refleksi diri, memaafkan orang lain. Haleluya. Amin.
Isi Pelajaran :
Menuang Minyak Ke Atas Batu
Pada minggu yang lalu, kita telah mendengar cerita tentang Yakub. Apakah yang digunakannya sebagai alas kepala untuk tidur? Semasa dia tidur, apakah yang dimimpikannya? Dia telah bermimpi tentang satu tangga panjang, ada malaikat naik dan turun dari tangga itu. Yakub telah melihat siapa lagi? Yakub melihat malaikat dan juga Tuhan. Tuhan berkata kepadanya : “Tidak kira engkau pergi ke mana-mana pun, Aku akan melindungimu.” Setelah Yakub bangun awal pagi pada keesokan harinya, dia mendirikan satu tugu dengan menggunakan batu yang digunakan sebagai alas kepala itu. Kemudian dia menuangkan minyak di atasnya dan berkata kepada Tuhan : “Ya Tuhan! Pimpinlah saya supaya saya selamat tiba di rumah bapa saudaraku dan memohon juga kepada Engkau agar membantu aku supaya selamat pulang ke tempat ayah ibuku pada masa kelak. Amin.”
Yakub Sampai Ke Rumah Bapa Saudaranya
Yakub membawa bagasinya (beg pakaian) dan terus berjalan lagi. Akhirnya dia sampai ke tempat tinggal bapa saudaranya setelah menempuh perjalanan yang jauh. Di luar pintu gerbang kota terdapatnya sebuah perigi. Dia bertemu dengan adik sepupu perempuannya di sana. Adik sepupu perempuan itu pulang ke rumah dan memberitahu hal ketibaan Yakub di sana kepada bapa saudaranya. Bapa saudaranya mengalu-alukan Yakub supaya tinggal bersama. Yakub merupakan seorang anak yang baik. Dia bekerja di rumah bapa saudaranya dengan bersungguh-sungguh. Dia membantu bapa saudaranya untuk menuntun domba-domba makan di padang rumput. Tuhan memberkati Yakub di mana memberkati domba-dombanya membesar dengan cepat, bertambah gemuk, dan melahirkan lebih banyak anak domba. Yakub pula dikurniakan ramai anak.
Yakub Ingin Pulang Ke Rumah
Yakub telah tinggal di rumah bapa saudaranya selama dua puluh tahun. Pada suatu malam ketika Yakub sedang tidur, dia bermimpi dan melihat Tuhan. Tuhan berkata kepadanya : “Sudah sekian lama kamu datang ke rumah bapa saudaramu . Sekarang bersiap sedialah untuk pulang!” Yakub menuruti kata-kata Tuhan dan bersiap sedia dengan segera. Dia membiarkan isteri dan anak-anaknya menunggang unta dan membawa sekumpulan besar lembu dan domba pulang.
Ketika Yakub datang pada dua puluh tahun yang lalu, hanyalah dia seorang diri sahaja tanpa sebarang domba atau lembu. Namun sekarang ketika dia pulang, dia sudah memiliki isteri, sebelas orang anak dan pasangan mereka serta memiliki banyak unta, lembu dan domba. Tuhan memberkati Yakub sehingga dia memiliki begitu ramai anak, lembu dan domba ketika bekerja di rumah bapa saudaranya.
Adik-adik, semasa kamu bermain di luar, adakah kamu merindui ibu kamu di rumah? Setelah malam menjelang, adakah kamu berfikir : “Ayah, cepatlah pulang!” Yakub telah berjauhan dengan ibu bapanya dan pergi ke rumah bapa saudaranya selama dua puluh tahun. Dia amat merindui ibu bapanya yang berada di rumah. Sudah pasti dia ingin cepat-cepat berjumpa dengan ayah dan ibu yang disayangi, memeluk ibunya sekali lagi dan duduk di kaki ayahnya serta mendengar ayahnya bercerita. Yakub berkata : “Kakiku! Kakiku! Cepatlah berjalan! Ibu bapa sedang menunggu saya di rumah!”
Semasa dalam perjalanan, Yakub berasa sangat gembira. Ketika hampir sampai di Kanaan, Yakub menghantar pembantu ke tempat di mana abangnya Esau tinggal untuk melihat dan bertanya khabar kepada abangnya Esau. Pembantu itu kembali dan memberitahunya : “Kami telah pergi ke tempat abangmu Esau dan dia datang ke sini bersama empat ratus orang sekarang.”
Adik-beradik Bertemu Semula
Setelah Yakub mendengar berita itu, dia segera menyediakan 440 ekor domba, 50 ekor lembu dan banyak unta serta keldai. Yakub membahagikan hadiah ini kepada beberapa pasukan dan meminta pembantunya supaya menghantar hadiah ini kepada abangnya terlebih dahulu. Manakala Yakub, isterinya dan anak-anaknya berjalan di belakang mereka. Yakub terkenang kembali bahawa sebelum ini dia tidak menghormati abangnya, hatinya berasa sangat sedih. Dia memohon Tuhan membantunya agar dia dapat memohon maaf daripada abangnya ketika berjumpa abangnya nanti. (Mari kita berdiri dan membantu Yakub menyanyikan sebuah kidung memohon Tuhan membantu dia! Lagu kanak-kanak ‘Yesus Menolong Aku’).
Esau datang berjumpa Yakub dengan empat ratus orang. Yakub berasa sangat gembira melihat abangnya telah datang ke sini. Ketika melihat adiknya telah pulang, abangnya Esau berlari mendapatkannya. Kedua-dua mereka saling memeluk leher dan menangis kerana berasa sangat gembira.
Abangnya Esau melihat perempuan dan anak-anak yang mengikuti di belakang Yakub lalu dia bertanya kepada Yakub : “Siapakah mereka ini?” Yakub berkata : “Abang, mereka ialah isteri dan anak-anak yang diberikan Tuhan kepada saya.” Isteri Yakub dan anak-anaknya bergegas bertanya khabar dengan pak cik mereka. Abangnya Esau bertanya : “Siapakah empunya lembu, domba, unta, dan keldai yang saya temui dalam perjalanan?” Yakub berkata : “Itu adalah sedikit hadiah yang saya ingin berikan kepada abang, harap abang dapat menerimanya.” Esau berkata : “Adik, saya sudah memiliki banyak harta, biarlah harta ini kekal padamu untuk kegunaan anda sendiri.” Yakub memegang tangan abangnya dan berkata : “Abang, saya sangat gembira dapat melihat kamu lagi! Sebelum ini, saya tidak menghormati kamu dan saya berasa sangat bersalah. Terimalah hadiah saya!” Yakub terus merayu abangnya Esau untuk menerima hadiah itu. Abangnya Esau tidak berdaya menolak lalu menerima semua hadiah tersebut.
Tuhan Merupakan Pertolongan Kita Setiap Waktu
Adik-adik, berapa lamakah Yakub telah meninggalkan kampung halamannya? (20 tahun). Dalam tempoh masa dua puluh tahun ini, bagaimanakah Tuhan memberkati Yakub? (Mendapat ramai anak, lembu dan domba) Ketika Yakub hampir sampai ke rumahnya, apakah hal yang telah diselesaikan Tuhan untuk Yakub? (Berdamai dengan abangnya, Esau). Adakah Tuhan telah menggenapi kata-kata-Nya, iaitu akan melindungi Yakub sehingga pulang ke rumahnya dengan selamat? (Ya). Pada hari ini Tuhan juga berjanji untuk melindungi setiap anak yang percaya kepada -Nya untuk kembali ke rumah syurgawi dengan damai sejahtera. Dalam perjalanan kembali ke syurga, kita mungkin juga menghadapi masalah seperti Yakub. Asal kita menumpukan perhatian untuk berdoa kepada Tuhan dan memohon bantuan daripada Tuhan, nescaya Tuhan akan membantu kita menyelesaikan semua masalah yang kita hadapi.
Membuat Refleksi Diri
Adik-adik, Esau dan Yakub akhirnya berdamai atas bantuan Tuhan. Sekiranya kita melakukan kesalahan, maka kita harus belajar daripada Yakub dan memohon maaf daripada orang lain. Apabila orang lain meminta pengampunan daripada kita, maka kita juga harus belajar daripada Esau iaitu bersedia mengampuninya. Jangan bertengkar dengan orang lain demi sesuatu perkara yang kecil sahaja. Sekiranya bertengkar dengan orang lain, kita juga harus membuat refleksi diri dan tidak mengkritik orang lain di belakang. Seseorang yang mampu memaafkan orang lain dan melayani orang lain dengan kasih, bukan sahaja merupakan murid yang baik, bahkan juga merupakan anak-anak Tuhan yang baik.
Sesi Aktiviti :
- Nama aktiviti : Tenggelam ke laut dalam
- Objektif aktiviti : Tuliskan kesalahan orang lain terhadap kita di bawah ‘air laut’ dan kemudian selubungikannya (tutup). Biarkan kanak-kanak belajar memaafkan orang lain.
- Persiapan sebelum aktiviti : buku teks murid, pensel, dan pensel
- Kandungan aktiviti :
- Tuliskan nama dan kesalahan orang lain terhadap kita di bawah “air laut”. Gunakan simbol fonetik atau lukisan bulatan untuk penjelasan.
- Kemudian warnakan air laut untuk menutupi orang dan benda-benda tersebut. Jangan memperhitungkan lagi selepas itu.
- Catatan : Ingatkan kanak-kanak supaya menulis atau melukis terlebih dahulu dan kemudian warnakan untuk menutupinya. Ini melambangkan pengampunan buat selama-selamanya.