Nas Alkitab : Hakim-hakim 13 – 16
Ayat Bacaan : Hakim-hakim 16:28
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
- Mengetahui bahawa Simson mempunyai kekuatan yang besar adalah karunia daripada Tuhan, tetapi sayangnya dia tidak tahu bagaimana untuk menumpukan kerjanya sehingga gagal.
- Bersedia melakukan apa yang berkenan kepada Tuhan.
- ※ Belajar bersungguh-sungguh dan tumpukan perhatian pada kerja.
Ayat Hafalan :
Jadilah teladan bagi orang-orang percaya, dalam perkataanmu, dalam tingkah lakumu, dalam kasihmu, dalam kesetiaanmu dan dalam kesucianmu. (1 Timotius 4:12)
Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran :
- Gambar pengajaran. (Gambar yang berkaitan disediakan oleh guru.)
- Obor digunakan semasa membuat persediaan mengajar.
- Pembuatan obor :
Bahan : kertas kalendar, kertas krep, gam damar.
Cara membuat :
-
- Gulungkan kertas kalendar menjadi bentuk silinder dan kertas krep menjadi teras api.
- Selepas selesai menggulung, gamkan antara muka dengan resin dan masukkan teras api ke dalam silinder. (Seperti yang dilampirkan)
- Gunakan gunting untuk memotong teras api yang terdedah kepada bentuk jejari.
Doa :
Dalam nama Tuhan Yesus berdoa. Syukur kepada Tuhan Yesus kerana memberi kami hari yang damai dan bahagia. Apabila kami menghadapi kesukaran, kami tidak perlu risau, kerana Engkau akan sentiasa membantu kami. Terima kasih kerana membantu kami, memberi kami tubuh yang sihat dan kuat di mana dapat sering membantu ibu dan ayah lakukan sesuatu kerja. Haleluya. Amin.
Isi Pelajaran :
Pada masa dahulu ada seorang ayah dan ibu yang tidak memiliki anak. Mereka teringin sangat hendak mendapat seorang bayi. Pada suatu hari, seorang malaikat datang kepada ibunya dan berkata : “Engkau akan melahirkan seorang bayi dan bayi ini akan dipersembahkan kepada Tuhan.”
Beberapa hari kemudian, ibu itu sedang berehat di jalan sawah dan malaikat datang menemui ibu. Ibu lalu bergegas mencari ayah. Ayah bertanya kepada malaikat: “Awakkah yang bercakap dengan isteri saya hari itu? Bolehkah awak beritahu kami, bagaimana cara kami menjaga bayi selepas dia dilahirkan?” Malaikat itu berkata : “Isteri kamu mesti melakukan apa yang saya katakan. Pertama, tidak boleh makan anggur. Kedua, tidak boleh minum arak. Ketiga, tidak boleh makan sesuatu yang haram. Selepas bayi dilahirkan, tidak boleh menggunting rambutnya. Ini kerana bayi itu akan menjadi pekerja Tuhan selepas dewasa nanti dan dia perlu melakukan banyak perkara untuk Tuhan!”
Adik-adik, tahukah tidak siapakah bayi kecil ini? Dia adalah lelaki yang tegap bernama Simson. Mari kita sebut “Simson” bersama-sama.
Tuhan Mengurniakan Kekuatan Besar Kepada Simson
Apabila Simson dewasa tubuhnya sangat sihat, tegap dan kuat. Dia mencabikkan singa dengan tangannya dan membawa pulang madu yang terdapat pada singa mati itu kepada ibu bapanya untuk dimakan. Pada masa itu orang Filistin sering menindas orang Israel. Tuhan menghukum orang Filistin melalui kekuatan ada pada Simson. Pada suatu ketika dia menangkap tiga ratus ekor musang. Dia mengikat ekor dua musang bersama-sama, dijadikan sepasang-pasang .kemudian ikatkan obor pada bahagian ekor musang tadi. Lalu nyalakan api, dan membakar segala habis segala yang ditanam oleh orang Filistin. Apabila orang Filistin memasang perangkap dan menangkap Simson, dia mengangkat tulang keldai dari tanah dan membunuh seribu musuh. Pernah sekali lagi, Simson dikurung oleh orang jahat tetapi Simson merobohkan pintu dan meletakkan pintu yang berat itu di atas bahunya dan membawanya ke atas gunung dengan kekuatan yang ada padanya. Oleh sebab Simson beriman, Tuhan menolongnya mengalahkan musuh dan Simson menjadi pemimpin orang Israel dan mengurus bangsa Israel.
Simson Memutuskan Tali Busur
Orang Filistin ingin membunuh Simson, tetapi Simson begitu kuat sehingga orang Filistin tidak dapat menangkapnya. Apa yang harus dilakukan mereka? Mereka memikirkan satu cara. Adik-adik, tahukah tidak kaedah apa yang digunakan orang Filistin untuk menangkap Simson? Ternyata Simson sering pergi ke rumah seorang kawannya untuk bermain. Jadi orang Filistin meminta pertolongan daripada kawan itu untuk mengetahui sebab-sebab Simson mempunyai kekuatan yang besar. Kawan itu berjanji akan mencari punca Simson mempunyai kekuatan yang besar.
Pada suatu hari Simson datang lagi dan kawannya bertanya kepada Simson mengapa dia mempunyai kekuatan yang begitu besar. Kata Simson : “Seandainya aku diikat dengan tujuh tali hijau yang belum kering, aku tidak akan mempunyai kekuatan seperti orang biasa.” Sahabat ini benar-benar menggunakan tujuh tali hijau yang belum kering mengikat Simson ketika dia sedang tidur. Simson diikat dan mereka berteriak : “Simson, orang jahat telah datang untuk menangkap kamu.” Simson bangun dan memutuskan semua tujuh tali. Rakan baik ini bertanya lagi kepada Simson, kenapa awak mempunyai kekuatan besar? Simson berkata : “Ikatlah aku dengan tali baharu yang belum digunakan dan aku tidak akan mempunyai kekuatan.” Sahabat ini mengikat Simson dengan tali baharu, tetapi Simson memutuskan tali itu lagi.
Rambut Simson Dicukur
Rakan itu sangat marah dan berkata kepada Simson : “Saya berbuat baik kepada awak, mengapa awak menipu saya? Saya tidak akan berkawan baik dengan kamu lagi.” Simson berkata : “Oh! Jangan marah bah! Saya katakan saja perkara sebenar. Sejak kecil, Tuhan menyuruh supaya jangan menggunting rambut saya dan Dia akan memberi saya kekuatan. Jika saya menggunting rambut saya, kekuatan saya akan hilang!” Rakan ini mengambil kesempatan sewaktu Simson tidur. Lalu menggunting rambut Simson sepenuhnya. Apabila Simson bangun, dia telah diikat oleh orang jahat itu dan tidak dapat bergerak lagi. Simson berfikir : “Tidak mengapa. Saya hanya perlu berusaha keras, dan talinya akan putus.” Simson cuba sedaya upaya untuk berusaha lebih keras lagi. Hei! Tali itu tidak putus. Sekeras mana sekalipun, tali itu tidak putus juga. Lebih keras! Talinya masih belum putus! Simson menangis, dia tahu dia bersalah dan Tuhan tidak lagi memberi kekuatan kepadanya lagi. Simson berfikir dalam hatinya : “Aku ingin berdoa kepada Tuhan dan meminta Tuhan mengampuni aku.” Walau bagaimanapun, sudah terlalu lambat.
Simson Diusik
Orang Filistin menangkap Simson dan mencungkil mata Simson dan Simson menjadi seorang buta yang malang. Orang Filistin mengunci Simson dengan rantai tembaga, memasukkannya ke dalam penjara dan memintanya melakukan kerja berat. Pada suatu hari, apabila orang Filistin ingin mengadakan sembahyang besar mereka membawa Simson keluar sebagai alat mainan.
Tuhan Benar Sekali Lagi Membantu Simson
Simson berdiri di antara dua tiang besar di dalam kuil. Simson berasa sangat sedih. Dia sungguh menyesal kerana tidak mendengar kata Tuhan dengan penuh perhatian. Disebabkan suka bermain, dia bergaul dengan kawan yang jahat. Dia berdoa kepada Tuhan : “Ya Tuhan! Aku salah. Tolong ampunilah aku. Tolong bantu aku sekali lagi dan berikan aku kekuatan supaya aku dapat menghukum musuh, orang Filistin lagi.” Tuhan mengabulkan doa Simson lalu menolongnya. Simson menggegarkan tiang itu dengan sekuat tenaga. Kuil itu runtuh dan membunuh semua orang Filistin yang sedang menyembah berhala, makan dan minum di dalam kuil itu.
Belajar Bersungguh-Sungguh Dan Tumpukan Perhatian Pada Kerja
Tuhan mengaruniakan Simson kekuatan yang besar supaya dia dapat mengalahkan musuh, menjadi pemimpin orang Israel dan mengurus bangsa Israel. Malangnya kerana keseronokannya, Simson tidak menumpukan perhatian untuk melakukan pekerjaan yang dikehendaki oleh Tuhan dan bergaul dengan kawan jahat. Sayangnya dia mencelakakan dirinya sendiri.
Terdapat banyak hal yang boleh kita lakukan di mana berkenan kepada Tuhan. Ada perkara yang lebih mudah untuk dilakukan, ada perkara yang memerlukan banyak masa, banyak usaha dan kita boleh melakukannya dengan baik setelah memikirkannya selama beberapa hari. Marilah kita fikir bersama, apakah kerja yang berkenan kepada Tuhan? (Tuliskan pendapat adik-adik di papan tulis dan bincangkan sama ada ia betul atau tidak). Tuhan mahu kita melakukan begitu banyak perkara, jadi apabila adik-adik berada di dalam kelas, anda harus mendengar dengan teliti, belajar dengan penuh perhatian, sentiasa membaca alkitab dan berhati-hati serta bersungguh-sungguh membuat kerja yang dipesan guru. Jika adik-adik tidak faham, adik-adik harus berbincang dan mengkaji dengan kanak-kanak lain. Jika adik-adik menghadapi kesukaran, adik-adik harus berbincang dengan ibu bapa, guru atau abang dan kakak anda. Selagi kita tumpukan perhatian untuk belajar, kebolehan kita akan meningkat dari hari ke hari. Apabila kita dewasa, kita akan dapat berusaha melakukan perkara yang berkenan kepada Tuhan dengan segenap hati dan segenap jiwa .
Sesi Aktiviti :
- Nama Aktiviti: Cari teman
- Matlamat aktiviti: Dapat menggunakan permainan padanan untuk membiasakan diri dengan watak dan isi kandungan cerita.
- Persediaan sebelum aktiviti:
- Bahan: Beberapa helaian kertas warna bertulis termasuk dua warna, pen berwarna
- Kaedah pembuatan:
- Gunting kertas bertulis menjadi segi empat tepat kira-kira 10cm×30cm
- Tulis tajuk pada satu helaian: Hercules, Simson; Akhan, Tamak; Bileam, Keledai; Rambut Panjang, Kekuatan; Ular Api, Ular Gangsa, dan sebagainya.
- Isi Kandungan aktiviti:
- Dedahkan topik satu persatu. Minta adik-adik membacanya dan memberi penerangan jika terdapat kata nama yang kurang jelas.
- Bahagikan kanak-kanak kepada dua kumpulan, masing-masing memegang kad warna.
- Guru memberi arahan supaya kanak-kanak mula mencari kad padanan yang berlainan warna.
- Standard skor adalah berdasarkan kelajuan dan sama ada anda boleh menceritakan kandungan cerita yang berpadanan.
- Perkara yang perlu diberi perhatian:
- Dua soalan setiap pasangan hendaklah ditulis pada kad yang berlainan warna.
- Adalah lebih baik untuk menulis notasi fonetik pada kad.