Mesej Untuk Guru :
Kepada guru yang dikasihi, dalam Kita Suci terdapat banyak perbualan yang mulia. Antara perbualan yang tidak akan kita lupakan, adalah perbualan Rut dengan mertuanya: “Janganlah desak aku meninggalkan engkau dan pulang dengan tidak mengikuti engkau; sebab ke mana engkau pergi, ke situ jugalah aku pergi, dan di mana engkau bermalam, di situ jugalah aku bermalam: bangsamulah bangsaku dan Allahmulah Allahku, … jikalau sesuatu apapun memisahkan aku dari engkau, selain daripada maut!” Perbualan itu mencatatkan seorang janda yang rela mengorbankan kebahagiaan pernikahannya demi mertuanya, dan kasihnya yang tidak berubah seumur hayat terhadap mertuanya.
Oleh itu, Tuhan telah mencucurkan rahmat dan berkat ke atas Rut dengan berkelimpahan kerana Rut mempunyai hati yang menghormati mertuanya. Keseluruhan buku Rut dipenuhi dengan kasih, iaitu “kasih mertua” yang sentiasa mengambil berat akan menantu perempuannya, dan “kasih menantu perempuan” yang mengorbankan diri sendiri, “kasih Boas” yang berbesar hati dan menunjukkan belas kasihan, serta “kasih Tuhan” yang membolehkan perempuan kafir masuk ke dalam rumah Daud kerana iman. Hati yang tahu untuk menghormati orang tua telah mengubah ketiadaan menjadi sorak sorai dan hidup yang berkelimpahan! Oleh itu, hanyalah hati yang jujur dan murni, merupakan satu-satunya jalan yang diberkati.
Nas Alkitab : Buku Rut
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
- Mendorong kanak-kanak mengetahui bahawa Rut diberkati kerana sikapnya yang tahu menghormati orang tua.
- Mendorong kanak-kanak untuk menghormati ibu bapa.
Ayat Hafalan :
Hormatilah ayahmu dan ibumu, supaya kamu berbahagia dan panjang umurmu di bumi (Efesus 6:2-3).
Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran :
- Gambar (Gambar yang berkaitan disediakan oleh guru.)
- Gambar menuai, gambar padi, gandum dan sebagainya.
Doa :
Dalam nama Tuhan Yesus berdoa. Bapa syurga yang pengasih, kami bersyukur kepada Engkau kerana memberikan kami datuk, nenek, bapa dan ibu. Mereka mengasihi dan menjaga kami supaya kami dapat melalui hari-hari kami dengan gembira. Engkau berkenan kepada kanak-kanak yang menghormati ibu bapa. Kami akan mencontohi teladan Rut untuk menghormati ibu bapa, supaya kami dapat menerima berkat-Mu. Haleluya. Amin.
Isi Pelajaran :
Pendahuluan :
Adik-adik, dalam penggal ini, kebanyakan cerita adalah mengenai watak lelaki. Dalam Kitab Suci juga banyak tercatat peristiwa mengenai lelaki. Jadi, adakah perempuan yang dipuji ramai orang? Ada! Dalam Kitab Suci terdapat satu buku yang bernama “Rut”. Heroin Rut juga merupakan seorang menantu perempuan yang harus kita pelajari. (Menantu perempuan merupakan isteri bagi anak lelaki. Sama seperti nenek kamu haruslah memanggil ibu kamu “Menantu perempuan!”) Dia penuh dengan kasih dan tahu untuk menghormati orang tua. Hari ini dalam bab 12, kita akan bercerita mengenai menantu perempuan baik yang menghormati orang tua—Rut.
Pengalaman Naomi
Pada zaman para hakim, tanah Betlehem-Yehuda telah mengalami kelaparan yang hebat. Terdapat seorang Israel yang membawa isteri dan dua orang anak lelakinya untuk berpindah ke tanah Moab untuk menetap di sana. Tidak disangka-sangka, orang Israel ini meninggal dunia dan dua orang anak lelakinya juga telah mati. Akhirnya, hanya tinggal isterinya Naomi dan dua orang menantu perempuannya. Menantu perempuan yang pertama bernama Orpa dan yang kedua bernama Rut. Nenek ini telah lanjut usia. Suaminya dan dua orang anak lelakinya juga telah meninggal dunia. Hatinya sangat sedih, maka dia ingin berpindah semula ke kampung asalnya yang bernama Betlehem. Tidak lama kemudian, Naomi berkata kepada dua orang menantu perempuannya: “Ya menantu perempuan! Pulanglah kamu masing-masing ke rumah ibu bapa kamu! TUHAN kiranya menunjukkan kasih-Nya kepadamu. Kamu boleh pergi mengahwini orang lain, dan menjalankan kehidupan yang bahagia. Tuhan kiranya menunjukkan kasih-Nya kepadammu.” Demikianlah mertua Naomi mendesak menantu perempuannya untuk pulang ke rumah mereka masing-masing, dan pergi berkahwin dengan orang lain. Oleh itu, menantu perempuan yang pertama itu pun pulang ke rumahnya dengan berat hati. Tetapi, menantu perempuan yang kedua, Rut, tidak ingin meninggalkan mertuanya kerana dia merupakan seorang menantu perempuan yang penuh kasih dan menghormati orang tua. Dia tidak sanggup membiarkan mertuanya hidup berseorangan tanpa sesiapa yang menjaganya. Oleh itu, dia ingin menyara hidup mertuanya.
Rut yang Menghormati Orang Tua
Naomi lanjut usia dan tidak bertenaga. Oleh itu, Rut ingin mengikuti mertuanya untuk menjaganya. Maka dia berkata kepada mertuanya: “Ke mana engkau pergi, ke situ jugalah aku pergi, dan di mana engkau tinggal, di situ jugalah aku tinggal, bangsamulah bangsaku dan Allahmulah Allahku. Hanya maut yang dapat memisahkan kita.” Naomi sangat terharu, maka dia telah membawa Rut pulang ke kampung halamannya di Betlehem.
Rut Memungut Jelai di Ladang
Semasa Naomi dan Rut pulang ke Betlehem, ia merupakan musim menuai (tunjukkan gambar). Rut berfikir: “Saya ingin menyara hidup mertua saya. Biarpun susah, saya tidak takut.” Maka dia pun pergi ke ladang untuk memungut jelai, dan membawanya pulang rumah untuk dimasak. Setiap hari, dia terpaksa berjalan suatu perjalanan yang jauh. Dia harus disinari matahari yang terik di ladang dan berhati-hati memungut jelai yang dijatuhkan oleh pekerja di belakang mereka. Dia memungut jelai itu satu demi satu dengan membongkokkan badannya dan dengan berpeluh. Memang sangat susah!
Mendapat Penjagaan Daripada Boas
Dalam kalangan saudara-mara suami Naomi, terdapat seorang yang bernama Boas. Dia merupakan seorang yang kaya. Pada masa itu, kebetulannya Rut sedang memungut jelai di ladang Boas. Secara kebetulan, Boas bertemu dengan Rut dan berkata kepadanya dengan ikhlas: “Ya Rut! Sejak suami kamu meninggal dunia, peristiwa mengenai penghormatan kamu terhadap mertuamu telah diberitahu oleh orang lain kepada saya. Pada hari kelak, datanglah ke ladang saya untuk memungut jelai.” Boas juga berpesan kepada pekerjanya supaya jangan membuli Rut. Apabila mereka makan tengah hari, mereka akan menjemput Rut untuk makan bersama-sama. Apabila Rut haus, mereka juga akan menjemputnya untuk minum air. Adik-adik, Boas merupakan seorang yang penuh kasih sayang. Dia bukan sahaja tidak menindas janda seperti yang dilakukan oleh orang lain, dia juga tahu untuk menjaga Rut. Rut sangat terharu dan dia segera berterima kasih kepada Boas. Apabila dia pulang ke rumah, dia memberitahukan peristiwa penjagaan Boas kepada Naomi.
Boas Mengambil Rut Sebagai Isteri
Mertua Naomi sangat mementingkan kebahagiaan Rut. Dia sangat berharap Rut dapat berjumpa dengan seorang lelaki baik yang akan mengahwini dan mengasihinya. Adik-adik, adakah kamu tahu? Berdasarkan adat istiadat orang Israel, jika terdapat seseorang yang telah meninggal dunia, saudara-maranya bertanggungjawab untuk mengambil isterinya menjadi isteri. Anak lelaki pertama yang dilahirkan hasil perkahwinan ini merupakan anak bagi orang yang telah meninggal dunia itu. Naomi mengajar Rut untuk mencari Boas demi membantu dan memperisterinya mengikut peraturan orang Israel. Boas melayan Rut dengan baik, maka dia pergi bertanya kepada saudara-mara yang terdekat dahulu sama ada mereka ingin memperisteri Rut berdasarkan peraturan itu. Tetapi orang itu tidak mahu, maka Boas telah memperisteri Rut yang cekap. Dia menjaga dan mengasihi Rut.
Wah! Adik-adik, bukankah ini sangat baik sekali! Rut yang tahu menghormati orang tua dapat berkahwin dengan seorang suami yang penyayang. Ini memang berkat yang indah daripada Tuhan benar. Perempuan-perempuan dalam kampung itu datang dan memberitahu Naomi: “Terpujilah TUHAN, dialah perempuan yang lebih berharga bagimu dari tujuh anak laki-laki.” Kemudian, Rut dan Boas telah melahirkan seorang anak lelaki dan menamakannya Obed. Dia merupakan datuk kepada Daud yang terkenal itu. Oleh itu, Rut merupakan nenek moyang bagi Daud. Hal ini merupakan suatu perkara yang sangat sangat bangga! Ini disebabkan selepas 1000 tahun, Tuhan Yesus telah dilahirkan daripada keluarga Daud ini.
Kesimpulan
Adik-adik, asalnya Rut merupakan seorang perempuan kafir dan dia bukan orang Israel. Selepas itu, disebabkan kesetiaannya terhadap suaminya, usahanya dalam memungut jelai, serta yang paling penting, iaitu kasih sayang dan penghormatannya kepada mertuanya, maka Tuhan dengan khususnya telah memberkatinya supaya dia dapat berkahwin lagi dengan seorang suami yang baik. Dia juga telah menjadi seorang perempuan yang dipuji dalam Kitab Suci. Kita juga harus mencontohi kesetiaan dan kerajinan Rut. Kita juga harus menghormati datuk, nenek, bapa dan ibu, kerana ini merupakan perintah Tuhan Yesus. (Minta adik-adik berikan pendapat, apakah contoh tingkah laku menghormati orang tua?)