BAB 12 : ORANG BUTA DAPAT MELIHAT
Mesej Untuk Guru :
Kepada guru yang dikasihi, Yesus pernah menyembuhkan beberapa orang buta semasa Dia berada di dalam dunia ini. Namun kali ini, telah mengundang perasaan tidak puas hati dari kalangan orang Farisi yang ramai di mana mereka ini tegaskan perihal memegang hukum Musa. Dalam ayat kitab suci ini, kita dapat melihat konflik antara tindakan (jejak langkah) Yesus dengan Hukum Musa. Kita dapat melihat kejutan yang dibawa oleh Yesus kepada orang-orang pada waktu itu. Namun orang Farisi yang fasih dengan hukum Taurat itu tidak setanding dengan penilaian yang dibuat oleh seorang buta terhadap Yesus. Ini disebabkan kata-katanya.“Saya tidak tahu dari mana dia datang tetapi dialah yang telah membuka mataku. Jika orang ini bukan datang dari Tuhan, dia tidak akan dapat berbuat apa-apa pun.” Akhirnya, selepas orang buta yang dapat melihat semula ini dihalau oleh orang ramai; Tuhan Yesus mengambilnya. Sesungguhnya kasih Tuhan Yesus adalah yang sempurna. Iman kepercayaan perlu ada pengalaman. Dengan demikian barulah kita dapat benar-benar melihat Tuhan di mana tidak akan menjadi orang buta dalam iman kepercayaan. Semoga ini dapat dijadikan dorongan untuk kanak-kanak.
Nas Alkitab : Yohanes 9: 1- 41
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
Mengetahui bahawa Tuhan Yesus amat berkuasa. Harus berdoa dan memohon kepada Tuhan ketika menghadapi kesusahan.
Ayat Hafalan :
Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap kekuatanmu dan dengan segenap akal budimu, dan kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri. (Lukas 10: 27)
Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran :
- Beberapa penutup mata ( Eyeshade) atau boleh digantikan dengan sapu tangan kecil untuk menutup mata kanak-kanak.
- Sebatang tongkat.
Doa :
Dalam nama Tuhan Yesus berdoa. Syukur kepada Tuhan kerana Engkau mengaruniakan saya mata yang terang agar dapat melihat segala ciptaan Tuhan yang cantik. Saya percaya bahawa Tuhan amat berkuasa, dapat membangkitkan orang mati dan menjadikan orang buta dapat melihat. Saya mahu menolong mereka yang tidak dapat melihat dengan mata saya .. Semoga Engkau juga menolong mereka. Haleluya, Amin.
Isi Pelajaran :
Adik-adik, cuba kamu lihat apa yang ada di tangan cikgu ini? (mengambil sebarang benda dan kanak-kanak menjawab) Adik-adik semua, tahukah tidak apa yang ada di tangan cikgu? tahu kita dapat melihat segala benda kerana kita mempunyai sepasang mata yang cantik dan dapat melihat. Namun ada sesetengah orang…… (Guru mengambil tongkat, tutup mata dan berjalan meniru cara orang buta berjalan.) Apa yang terjadi pada mereka ini? Pernahkah kamu melihat orang seperti ini? Siapakah mereka? (Orang buta) Orang buta adalah orang yang matanya tidak dapat melihat. Sekarang, marilah kita alami bagaimana orang yang tidak dapat melihat berjalan? (memberikan kanak-kanak penutup mata dan memakai penutup mata itu atau menutup mata menggunakan sapu tangan). Wow, sangat susah bukan? Jika tidak berhati-hati akan terjatuh pula. (Boleh bergilir-gilir mengalami perasaan tidak dapat melihat dan meminta kanak-kanak mengongsikan perasaan mereka.) Jadi, orang yang tidak dapat melihat ini perlukan bantuan daripada kita dan kita juga haruslah menjaga mata kita dengan sebaik-baiknya . Pada hari ini, kita akan menyampaikan satu cerita tentang seorang yang buta di dalam kitab suci .
Orang Buta Yang Kasihan
Dalam kitab suci adanya seorang yang buta sejak lahir. Dia sangat kasihan. Matanya tidak dapat melihat. Tidak dapat melihat bunga yang cantik, pokok yang hijau, anjing dan kucing yang comel dan bermain di merata tempat seperti kanak-kanak yang lain. Disebabkan matanya tidak dapat melihat maka dia perlukan pertolongan daripada orang lain biar berjalan pun. Oleh yang demikian, apa-apa perkara pun tidak dapat dilakukannya. Dia tidak dapat bekerja mencari nafkah dan hanya dapat duduk di tepi jalan untuk meminta sedekah daripada orang lain setiap hari. Orang yang baik hati akan memberinya sedikit makanan dan wang, Maka ia pun menjalani kehidupannya dengan sedikit makanan itu.
Tuhan Yesus Menyembuhkan Orang Buta
Pada suatu hari, Tuhan Yesus melewati tempat itu. Ketika murid-murid Yesus melihat orang yang buta sejak lahirnya itu, mereka bertanya kepada Tuhan Yesus: “Guru, orang ini tidak dapat melihat sejak dilahirkan . Apakah dia telah berbuat salah dan melakukan dosa ? Atau ibu bapa sehingga dia dihukum?” Jawab Yesus: “Bukanlah orang ini berbuat salah atau melakukan dosa, juga bukan kerana ibu bapanya yang berbuat sedemikian. Ini kerana Tuhan ingin nyatakan perbuatan Tuhan yang sedemikian agung dalamnya. Yesus melihat orang buta ini sangat kasihan maka Dia meludah ke tanah. Kemudian gaulkan ludah dengan tanah lalu sapukan pada mata orang buta tadi. Lalu berkata kepadanya, “ Pergilah ke kolam dalam kota yang dinamai Kolam Siloam , kemudian cucikan dan bersihkanlah matamu.” Adik-adki, hairankah tidak? Apabila gaulkan ludah dan tanah kemudian sapukan pada mata orang buta itu, ianya juga dapat membuat orang buta melihat ? Jika kamu adalah orang buta itu, adakah kamu akan percaya?
Orang Buta Dapat Melihat
Orang buta itu berbuat menurut kata-kata Tuhan Yesus. Dia membasuh matanya di dalam kolam Siloam. Apabila orang buta itu membasuh matanya,alangkah terperanjatnya dia. Adik-adik, mengapakah orang buta itu terkejut? Betul, kerana matanya dapat melihat. Dia dapat melihat matahari yang terang, langit yang biru, awan yang putih, pokok yang hijau, orang ramai dan rumah-rumah, sangat cantik sekali. Dia segera pulang ke rumahnya dengan gembira dan melaporkan khabar yang baik ini kepada ahli keluarganya.
Jiran-jiran Orang Buta Terkejut
Orang-orang yang tinggal di sekitar rumah orang buta itu turut terperanjat melihatnya, mereka berkata: “Bukankah orang itu orang buta yang selalu meminta sedekah di sini?” Seorang lagi berkata: “Ya, betul. Sungguh hairan sekali. Bagaimanakah matanya dapat melihat?” Selepas orang buta mendengar lalu menjawab mereka: “Betul, sayalah orang buta itu yang selalu meminta sedekah daripada kamu. Dulu, saya tidak dapat melihat tetapi sekarang mataku sudah dapat melihat.” Jiran-jiran bertanya kepadanya: “Siapakah yang telah menyembuhkan mata kamu?” Jawab orang buta: “Yesus, Dia menyapukan tanah pada mataku dan menyuruh saya pergi membasuhkan mataku di dalam kolam Siloam. Saya berbuat menurut kata-kataNya maka dapat lihatlah mataku.” Mereka menanya dia lagi: “Jadi, di manakah Yesus sekarang?” Jawab orang buta: “Saya pun tidak tahu.”
Orang Farisi Menanyai Orang Buta Dengan Tegas
Jiran-jiran membawa orang buta itu kepada orang-orang Farisi. Ini kerana Yesus menyembuhkan mata orang buta dengan menggunakan tanah adalah pada hari Sabat. Orang Israel memegang hukum Musa. Telah ditetapkan dalam hukum taurat bahawa tidak boleh menghidupkan api, mengutip kayu api dan tidak boleh bekerja pada hari Sabat. Mereka wajib memegang hari kudus dan beribadah kepada Tuhan benar dengan hati yang tenang. Orang yang bekerja pada hari sabat akan dibawa ke luar dan dilempari dengan batu sampai mati.
Orang Farisi juga beranggapan bahawa menyapu tanah dan menyembuhkan orang itu sudah melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Maka mereka bertanya kepada orang buta itu untuk memahami keadaan demi mendapatkan bukti mendakwa Yesus. Mari kita dengar apa yang ditanya oleh orang-orang Farisi kepada orang buta itu dan bagaimana pula orang buta menjawabnya. Orang Farisi bertanya kepada orang buta: “Bagaimanakah matamu dapat melihat?” Orang buta jawab: “Yesus menyapukan tanah pada mataku dan menyuruh aku membasuhkan mataku di kolam Siloam maka mataku dapat melihat.”
Selepas orang-orang Farisi mendengarnya, lalu salah seorang daripada mereka berkata: “Orang ini bukan datang dari Tuhan sebab Dia tidak memelihara hari Sabat dan menyembuhkan penyakit pada hari Sabat.” Adik-adik , mengapakah mereka mengatakan bahawa Yesus tidak memegang hari Sabat? Ya, betul. Ini kerana Yesus menyembuhkan orang buta itu pada hari Sabat. Namun salah seorang daripada mereka pula berkata: “Bagaimana seorang berdosa dapat melakukan tanda mujizat yang sedemikian?” Maka mulalah orang-orang Farisi bertengkar antara satu sama lain.
Lalu kata mereka pula kepada orang buta itu: “Dan engkau, Yesus telah menjadikan engkau dapat melihat . Jadi Yesus adalah seseorang yang sebagaimana?” Jawab orang buta: “Dia adalah seorang nabi.” Namun orang-orang Farisi itu tidak percaya akan kata-katanya, lalu mereka memanggil ibu bapanya dan bertanya kepada mereka: “Inikah anakmu? Kami difahami bahawa dia adalah buta sejak dilahirkan ? Kalau begitu mengapa pula dia dapat melihat sekarang? Jawab ibu bapanya setelah menelitinya: “Yang kami tahu ialah bahawa dia ini adalah anak kami dan dia adalah buta sejak dilahirkan tetapi bagaimana dia dapat melihat sekarang ? Siapakah yang membuat dia melihat ? Kami tidak tahu. Tanyakanlah kepadanya , dia sudah dewasa dan dapat berkata-kata untuk dirinya sendiri.” Ibu bapanya berkata demikian kerana setiap orang yang mengakui Yesus sebagai Mesias akan diusir dari aula gereja. Jadi mereka tidak berani mengatakan bahawa Yesuslah yang telah menyembuhkan mata orang buta itu.
Orang-orang Farisi Tidak Percaya Akan Orang Buta
Orang-orang Farisi sekali lagi bertanya kepada orang buta itu: “Bukankah awak harus memuliakan Tuhan? Setahu kami orang itu orang berdosa.” Jawab orang buta: “Apakah orang itu orang berdosa, aku tidak tahu tetapi satu hal aku tahu iaitu bahawa aku tidak dapat melihat dan adalah seorang buta pada masa lalu tetapi sekarang aku dapat melihat.” Orang Farisi sekali lagi bertanya: “Bagaimanakah matamu dapat melihat?” Orang buta menjawab dengan marah: “Telah kukatakan kepadamu dan kamu tidak mendengarkannya, mengapa kamu hendak mendengarkannya lagi sekali? Apakah kamu ingin juga menjadi murid-Nya juga?” Orang Farisi turut memarahinya. “Engkaulah murid orang itu tetapi kami murid-murid Musa. Kami tahu bahawa Tuhan telah berfirman kepada Musa tetapi tentang Dia itu kami tidak tahu dari mana Dia datang.”
Orang-orang Farisi tidak ingin mengakui bahawa Yesus berkuasa untuk menjadikan mata orang buta melihat maka bertengkarlah mereka dengan orang buta itu. Orang buta itu berkata kepada mereka: “Yesus telah menyembuhkan mataku dan kamu tidak percaya bahawa Dialah Tuhan. Dari dahulu sampai sekarang tidak pernah ada orang yang menyembuhkan mata orang yang buta sejak dilahirkan. Jikalau orang itu tidak datang dari Tuhan, Dia tidak dapat berbuat apa-apa. Aneh juga kamu tidak percaya. Oh! Aku tahu bahawa Tuhan tidak mendengarkan orang-orang berdosa melainkan orang-orang yang saleh dan yang melakukan kehendak-Nya.” Setelah orang-orang Farisi mendengarnya, mereka berasa sangat marah lalu mengusirnya ke luar.
Adik-adik, betulkah apa yang dikatakan oleh orang buta itu? Adakah kamu percaya apa yang telah dia katakannya? “Yesus adalah Anak Allah yang amat berkuasa. Dia dapat menyembuhkan penyakit dan membangkitkan orang yang telah mati.” Jika kamu adalah orang buta itu, adakah kamu juga akan menyampaikan kesaksian ini dengan berani? (membiarkan kanak-kanak berfikir dan menjawab) Orang-orang Farisi itu tidak percaya bahawa Tuhan Yesus telah menyembuhkan mata orang buta itu, mereka juga tidak percaya bahawa Yesus datang dari Tuhan dan adalah Anak Allah. Mereka beranggapan bahawa orang buta itu berkata-kata dengan sembarangan lalu mengusirkannya dari situ.
Yesus Mengambil Orang Buta Yang Diusir
Yesus mengetahui orang buta itu telah diusir ke luar oleh mereka. Kemudian Dia terserempak dengannya dan berkata berkata kepadanya : “Percayakah engkau kepada Anak Allah? Jawab orang buta itu : “Siapakah Dia, Anak Allah supaya aku percaya kepada-Nya? Kata Yesus kepadanya: “Engkau telah melihat-Nya. Orang yang sedang berkatat-kata dengan awak adalah Anak Allah! ” Setelah orang buta itu mendengar lalu segera berkata: “Aku percaya!”. Lalu dia sujud menyembah Yesus. Adik-adik, orang buta percaya Yesus adalah Anak Allah maka Tuhan Yesus mengambilnya. Selain itu, Yesus juga mengatakan orang-orang Farisi itu berdosa kerana mereka hanya mengutamakan hukum taurat dan peraturan tetapi mereka tidak merahmati orang lain. Mereka telah melihat kuasa besar Yesus dan telah mendengar tanda mujizat yang telah dilakukan oleh Yesus tetapi masih tidak percaya Yesus adalah Anak Allah. Dia membuka mata orang buta itu pada hari Sabat kerana dia merahmati manusia dan juga demi membuktikan bahawa mesej yang Yesus sampaikan adalah kasih. Kerajaan Syurga disediakan untuk orang-orang yang mempunyai kasih jadi jangan kita sesekali serupa dengan orang-orang Farisi itu.
Kesimpulan : Membantu mereka yang memerlukan pertolongan
Adik-adik, mata dikaruniakan oleh Tuhan yang benar kepada kita agar kita dapat melihat dunia cantik yang dicipta oleh Tuhan yang benar. Kita haruslah bersyukur kepada Tuhan dan juga haruslah menjaga mata kita dengan sebaik-baiknya. Jika hari ini, mata xxx (meminta seorang kanak-kanak yang sukarela melakukannya) tidak dapat melihat (menutup matanya dengan penutup mata); adik-adik, bagaimanakah kamu membantunya? (Meminta kanak-kanak yang lain berlakon dan mengatakan perasaan mereka.) Ya, kamu semua dapat lakukan dengan baik sekali dan kamu semua pun mempunyai kasih. Apabila kita melihat orang buta, adakah kita boleh mengetawai atau membuli mereka?
Sebentar tadi kita telah mengalami perasaan mata tidak dapat melihat dan ianya sangat susah. Jadi apabila kamu melihat seseorang yang memegang tongkat atau seseorang yang susah berjalan, adakah kamu akan membantu mereka? (Meminta kanak-kanak mengatakan). Oleh itu, selain daripada bersyukur kepada Tuhan kerana mengaruniakan kita badan yang sihat, kita juga haruslah menolong mereka yang memerlukan pertolongan dengan kasih barulah kita menjadi anak-anak baik yang dikasihi oleh Tuhan.
Pendahuluan :
Adik-adik, pernahkah kamu melihat orang buta? Adakah mereka dapat melihat benda-benda? Ya, mereka mungkin hanya dapat melihat hitam-hitam belaka. Mata sangat penting bagi setiap kita. Oleh yang demikian, kita mesti menjaga mata kita dengan baik. Sekarang, marilah kita mengenali mata kita yang terang ini melalui aktiviti ini.
Sesi Aktiviti 1 : Mata yang Terang
- Objektif : Mengenali struktur mata dan menjaga mata agar tidak tercedera.
- Bahan : Gambar rajah berkenaan struktur mata, cerita tentang penjagaan mata dan cerita tentang mengasihi mata.
- Isi Kandungan :
- Cikgu boleh bermula dengan aktiviti “berjalan dengan mata tertutup” atau “melukis di papan hitam dengan mata tertutup” yang pernah dijalankan pada masa lalu supaya kanak-kanak sekali lagi dapat merasai kepentingan mata.
- Melalui pengalaman aktiviti ini, kanak-kanak mengatakan apa yang akan berlaku jika tiadanya mata.
- Cikgu menggunakan gambar,projektor, tayangan slaid (“slideshow”), buku cerita dan lain-lain untuk mengajar kanak-kanak agar mereka mempunyai pengenalan yang asas terhadap mata dan dapat menjaga mata sendiri.
Nota : Kalau gereja ada projektor boleh membuat tayangan slaid dan membesarkan tayangan slaid itu supaya mendalami kesan pengajaran dan pembelajaran.
Sesi Aktiviti 2 : “Pinball”
- Objektif : Melatih daya koordinasi mata-tangan
- Bahan : Kotak, bola kecil dan sudu.
- Isi Kandungan :
- Membuat lubang pada dua bahagian kotak supaya bola dapat masuk ke dalam lubang dengan mudah dan lekatkan kotak di kedua-dua sisi meja.
- Dua pihak bermain Batu Gunting Kertas. Pihak yang menang melakukan servis dan memulakan pertandingan.
- Sesiapa yang bolanya jatuh dari meja dikira langgar peraturan. Maka pihak lain yang akan melakukan servis.
- Memasukkan bola ke dalam lubang pihak lain menggunakan sudu akan mendapat markah.
- Boleh bertanding secara individu atau secara pasukan dua orang. Bertanding siapakah yang dapat masukkan bola yang paling banyak.