BAB 12 : RELA MEMBERI PERSEMBAHAN UNTUK MEMBINA KHEMAH PERTEMUAN
Mesej Untuk Guru :
Kepada guru yang dikasihi, buku Keluaran fasal 25 hingga 40 adalah menceritakan tentang pembinaan Khemah Pertemuan, cara dan ketetapan untuk menghasilkan semua perabot dalam tempat kudus. Kemudian, buku Imamat menerangkan ketetapan dan cara “persembahan korban”. Dengan cara ini, Tuhan mendirikan ketetapan dan peraturan gereja untuk umat pilihan, demi menguduskan umat, dapat menjalani kehidupan yang melakukan pelayanan dan teratur. Hukum ini juga boleh dikatakan sebagai undang-undang negara Israel, yang membolehkan negara Israel menjadi lebih kuat dan lebih kukuh dalam kestabilan kerana adanya disiplin.
Nas Alkitab : Keluaran 25:1-9 hingga 35:4-38
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
Mengetahui bahawa cara terbaik untuk membalas anugerah Tuhan adalah dengan mempersembahkan kemahiran dan kekayaan seseorang.
Ayat Hafalan :
Sebab Allah mengasihi orang yang memberi dengan sukacita. (2 Korintus 9:7)
Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran :
Gambar (Gambar yang berkaitan disediakan oleh guru.)
Doa :
Dalam nama Tuhan Yesus berdoa. Bapa syurga yang dikasihi, kami bersyukur kepada Engkau kerana membuat kami mempunyai bagunan gereja yang kukuh dan cantik, di mana kami boleh berkebaktian dan menyembah kepada Engkau. Gereja adalah rumah Tuhan. Kami akan menjaga barang-barang di dalam gereja. Apabila saya melihat cebisan kertas di atas tanah, saya akan mengutipnya dan membuangnya ke dalam tong sampah, supaya gereja sentiasa kemas dan bersih. Kiranya Tuhan membantu kami. Haleluya, amin!
Isi Pelajaran :
Pendahuluan
Adik-adik, dalam beberapa minggu yang lepas, cikgu telah menyampaikan banyak cerita tentang Tuhan menolong umat Israel. Adik-adik masih ingat? Apabila Musa memimpin umat keluar dari Mesir dan sampai ke tepi Laut Teberau, tentera Mesir pula sedang mengejar dari belakang untuk menangkap mereka. Akhirnya, Tuhan menjadikan Laut Teberau terbelah, supaya umat Israel dapat menyeberangi Laut Teberau dengan selamat, manakala tentera Mesir yang mengejar dari belakang telah ditenggelami oleh air. Selain itu, orang Israel tidak tahu hala tuju semasa berada di padang gurun, maka Tuhan menggunakan tiang awan untuk memimpin mereka pada siang hari, dan tiang api untuk menerangi perjalanan mereka pada waktu malam. Apabila orang Israel tiada air untuk diminum atau makanan untuk dimakan, bagaimanakah Tuhan menolong mereka? (Air pahit menjadi air manis, mengalirkan air dari batu besar, mengaruniakan daging puyuh dan manna untuk dimakan oleh umat Israel.) Orang Israel ingin bersyukur kepada Tuhan yang benar di syurga, tetapi bagaimanakah mereka dapat menyembah kepada Tuhan di padang gurun? Adakah membina sebuah aula gereja seperti kita? Sekarang cikgu akan memberitahu adik-adik semua, tentang bagaimanakah mereka menyembah kepada Tuhan di padang gurun.
Tuhan Menurunkan Perintah Untuk Membina Khemah Pertemuan
Tuhan berkata kepada Musa: “Katakanlah kepada orang Israel, supaya setiap orang yang mengenal Aku, yang mengetahui bahawa Aku adalah Tuhan yang maha kuasa dan pengasih, haruslah membuat mempersembahkan khusus kepada-Ku dengan rela, sama-sama membina Khemah Pertemuan untuk menyembah kepada-Ku!” Khemah Pertemuan ialah rumah ibadat, iaitu rumah Tuhan dan tempat orang Israel menyembah Tuhan. Mereka harus berjalan sampai ke Tanah Kanaan, kembali ke tempat nenek moyang mereka tinggal pada waktu dulu. Mereka tidak dapat membina aula gereja untuk Tuhan sama seperti kita sekarang, jadi Tuhan meminta mereka menggunakan kain untuk membuat Khemah Pertemuan, sama seperti kain khemah yang digunakan semasa perkhemahan. Terdapat banyak perabot di dalam Khemah Pertemuan. Sama seperti aula gereja kita mempunyai: mimbar, piano, papan hitam, dan kerusi. Dengan itu, banyak bahan dan ramai orang diperlukan untuk membantu melakukan kerja ini.
Memberi Dengan Sukacita Demi Rumah Tuhan
Oleh itu, Musa berkata kepada semua orang, “Sesiapa yang mengasihi Tuhan dan rela bekerja untuk-Nya, boleh pulang ke rumah untuk mendapatkan bahan-bahan pembinaan Khemah Pertemuan, dan membuat mempersembahkannya secara sukarela untuk Tuhan. Mereka yang bersedia bekerja untuk Tuhan, silalah datang kepadaku dan mendaftar.” Orang Israel berasa sangat gembira apabila mendengar apa yang Musa katakan. Sejak keluar dari Tanah Mesir hingga sekarang, Tuhan benar tidak berhenti-henti menjaga mereka. Kini ada peluang untuk membalas kasih Tuhan yang besar dengan memberi persembahan kepada-Nya. Setiap orang telah mempersembahkan barang-barang mereka yang paling berharga.
Orang Israel kembali ke khemah mereka untuk mengambil emas, perak, batu permata dan segala sesuatu yang diperlukan untuk pembinaan, lalu mempersembahkannya mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat juga yang mempersembahkan kemahiran mereka, ada yang pandai menenun; ada yang pandai membuat pakaian, ada yang membuat meja, ada yang membuat kotak dan ada yang mempersembahkan kulit haiwan, rempah-rempah, minyak-minyak dan sebagainya. Disebabkan semua orang memberi persembahan dengan giat, jadi terdapat banyak benda yang dipersembahkan. Musa tidak mempunyai pilihan selain memberitahu mereka: “Cukup sudah, semua orang tidak perlu membuat persembahan lagi!” Ramai orang yang mengasihi Tuhan dan orang yang dapat membuat peralatan yang cantik, datang untuk membantu membina Khemah Pertemuan. Setiap orang bekerja untuk Tuhan sesuai dengan karunia yang Tuhan berikan kepada mereka. Apabila kanak-kanak melihat ibu bapa mereka sibuk membina Khemah Pertemuan untuk Tuhan, mereka juga mendengar cakap dan tidak mengganggu ibu bapa mereka.
Khemah Pertemuan Siap Dibina
Khemah Pertemuan adalah tempat di mana Roh Tuhan turun. Saiz dan bentuk Khemah Pertemuan dan cara meletakkan sesuatu perabot telah dibuat oleh Musa mengikut perintah Tuhan. Setiap orang membuat Khemah Pertemuan dengan berhati-hati dan teliti. Masa pembinaan Khemah Pertemuan berlalu hari demi hari, akhirnya Khemah Pertemuan siap dibina satu tahun kemudian. Pada masa ini, awan yang sangat indah muncul di langit, meliputi seluruh Khemah Pertemuan. Kemuliaan Tuhan memenuhi seluruh Khemah Pertemuan. Diri-Nya sendiri benar-benar telah datang ke Khemah Pertemuan. Semua orang tergerak hati dan memuji: “Inilah rumah Tuhan! Inilah rumah Tuhan!” Orang Israel suka pergi ke rumah Tuhan. Mereka menyanyikan puji-pujian dan menyembah kepada Tuhan di luar Khemah Pertemuan.
Kesimpulan
Adik-adik, cuba kamu melihat betapa bernilainya jika terdapatnya sebuah Khemah Pertemuan Tuhan. Setiap gereja kita pada masa kini, berjaya siap dibina kerana adanya persembahan yang ikhlas dan rela daripada ramai orang yang mengasihi Tuhan Yesus. Adik-adik, cuba anda lihat, betapa bernilai dan indahnya jika terdapatnya sebuah rumah Tuhan! Adakah anda suka datang ke rumah Tuhan? Mari fikirkan bersama-sama, bagaimana seharusnya kita mengasihi rumah Tuhan? (Semua orang bincang bersama) Walaupun kita masih muda, dan tidak berdaya mempersembahkan wang yang banyak kepada Tuhan yang benar di syurga, tetapi selain daripada mempersembahkan wang, kita juga boleh mempersembahkan mulut kecil kita kepada Tuhan, iaitu memuji Tuhan dengan menyanyikan lagu puji-pujian, di samping itu, kita perlu melarang mulut kita daripada bercakap kata-kata yang buruk, banyak mengucapkan kata-kata yang memuji; kita juga boleh mempersembahkan hati kita kepada Tuhan, iaitu membantu dan membangunkan orang, tetapi bukan untuk menyakiti orang; kita juga boleh membantu mengemas dan membersih, belajar piano baik-baik supaya dapat memainkan iringan muzik kidung puji-pujian yang indah pada masa hadapan. Inilah cara mempersembahkan hadiah yang paling indah. Terdapat banyak juga hal-hal lain, asalkan kita rela melakukannya demi Tuhan, maka semuanya itu adalah persembahan. Sudah tentu Tuhan pasti akan menerima persembahan kita.