BAB 13 : ULANG KAJI

Mesej Untuk Guru :

Kepada guru yang dikasihi, bab ini akan merupakan bab yang terakhir bagi penggal ini. Di sini, kita akan sekali lagi melihat keseluruhan penggal ini. Bermula dari keldai membuka mulut berbicara, sungai Yordan terbelah, menjerit untuk merobohkan tembok kota Yerikho, membuang undi menangkap Akhan, matahari berhenti bagi orang Israel, berteriakan untuk menewaskan orang Midian, Simson yang mati bersama-sama dengan orang Filistin, dan terdapat seorang perempuan bangsa asing (Rut) yang diberkati. Semua ini umpama sebuah buku sejarah yang mencatatkan kekuasaan Tuhan. Tetapi jika kita meneroka dengan lebih mendalam, semua itu sebenarnya menegaskan pengajaran Kitab Suci bahawa “Tuhan hanya mementingkan roh dan kebenaran yang terdapat pada seseorang itu.” Dalamnya tidak tercatat terlalu banyak dogma, ia hanya mencatatkan prinsip di mana Tuhan hanya bergaul dengan manusia melalui pemikiran dan niatnya. Musa tidak dijamin untuk masuk ke tanah Kanaan kerana dia merupakan seorang pemimpin; Iman orang Israel tidak sentiasa teguh walaupun mereka selalu melihat banyak tanda mukjizat; Simson tidak diselamatkan daripada bahaya kuil walaupun dia telah insaf dan bertaubat; Rut walaupun merupakan seorang perempuan bangsa lain, tidak bermakna dia tidak diberkati.

Dari sini kita dapat lihat kesudahan yang melampaui segala akal manusia. Melalui musibah, kita juga dapat memahami tanggapan salah yang pernah kita punyai terhadap Tuhan. Sebenarnya, sejak dahulu sampai hari ini, apa yang Tuhan pentingkan adalah perkara yang difikirkan dalam hati manusia. Ini disebabkan kelakuan manusia dilahirkan daripada apa yang difikirkan dalam hati mereka. Oleh itu, jangan kita lupa bahawa, tidak kira apakah cara yang kita gunakan untuk menguruskan iman kepercayaan kita, seperti yang dikatakan dalam Kitab Suci, kita hanya perlu menyembahNya dalam “roh dan kebenaran.” Mari kita saling mendorong bersama-sama dengan kanak-kanak.

 

Nas Alkitab : Ayat Kitab dalam Bab 9 – 12

 

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :

  1. Mengulang kaji isi penting dalam setiap bab. Mementingkan pengajaran-pengajaran yang terdapat pada tokoh-tokoh Kitab Suci dan mentaati pengajaran-pengajaran tersebut.

 

Ayat Hafalan :

  1. Tuhan menolong aku (Mazmur 118:13).
  2. Kerana Engkaulah yang menyelamatkan bangsa yang tertindas (Mazmur 18:28).
  3. Ada teman yang mendatangkan kecelakaan (Amsal 18:24).
  4. Hormatilah ayahmu dan ibumu, supaya kamu berbahagia dan panjang umurmu di bumi (Efesus 6:2-3).

 

Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran :

Pada tempat tertinggi yang dapat dicapai oleh kanak-kanak, lukiskan dua pohon pokok pada kertas manila. Setiap pokok terdapat ruang yang dapat dilekatkan 10 biji buah epal merah. Sediakan 20 biji epal yang digunting daripada kertas manila. Bagi kumpulan yang berjaya menjawab dengan betul, mereka boleh tampalkan sebiji epal. Kita akan lihat kumpulan manakah yang mempunyai biji epal yang paling banyak.

 

Doa :

Dalam nama Tuhan Yesus berdoa. Syukur kepada bapa kami yang di syurga, yang memimpin kita menempuhi setiap hari dengan selamat. Kami sangat suka mendengar cerita. Dalam cerita itu terdapat ramai orang dan banyak pengajaran. Kami ingin mencontohi Gideon serta Rut, dan tidak akan menjadi seperti Simson yang tidak taat kepada perintah. Semoga Engkau terus memimpin kami. Haleluya. Amin.

 

Cara Ulang kaji :

  1. Ulang kaji ayat hafalan.
  2. Keluarkan gambar dan ulang kaji butir penting.
  3. Mengikut lingkungan umur, bahagikan murid-murid ke dalam dua kumpulan yang seimbang, setiap kumpulan akan mempunyai sepohon pokok buah epal. Jemput mereka menjawab soalan mengikut giliran. Adik-adik yang menjawab dengan betul akan tampil ke hadapan untuk melekatkan buah epal.

 

Bank Soalan Guru :

(Jika soalan tidak mencukupi, guru boleh kemukakan soalan sendiri atau gunakan soalan daripada bab 8)

  1. Siapakah hakim yang memilih 300 orang askar untuk menyerang orang Midian? (Gideon)
  2. Apabila Gideon menyerang orang Midian, apakah yang mereka sebutkan dengan suara yang kuat? (Pedang demi Tuhan dan demi Gideon)
  3. Apakah cara yang Tuhan ingin Gideon gunakan untuk memilih askar dalam kalangan orang yang sedang minum air di tepi sungai? Sila demonstrasi aksinya.
  4. (Soalan ayat hafalan), Tuhan menolong ______? (aku)
  5. (Soalan ayat hafalan), Kerana Engkaulah yang ______ bangsa yang tertindas? (menyelamatkan)
  6. Malaikat memberitahu ibu Simson, “Kamu akan melahirkan seorang anak”, dan kamu haruslah berpantang dalam beberapa perkara. Apakah perkara-perkara itu?

(Ibu tidak boleh minum minuman keras, tidak boleh memakan makanan yang tidak tahir, dan tidak boleh mencukur rambut bayinya).

  1. Disebabkan Simson tidak mencukur rambutnya, maka Tuhan telah mengaruniakannya suatu kebolehan yang istimewa. Apakah kebolehan itu? (Kekuatan yang hebat)
  2. Pada suatu hari, Simson telah membunuh seekor singa. Apakah cara yang digunakan olehnya untuk membunuh singa itu? (Guna tangan untuk mengoyakkan singa itu)
  3. Isteri Simson adalah orang apa? (Orang Filistin)
  4. Apabila Simson mengemukakan suatu teka-teki, bagaimanakah orang Filistin mengetahui jawapan itu? (Isteri Simson berjaya menanya Simson untuk mendapatkan jawapannya lalu memberitahukannya kepada orang Filistin)
  5. (Soalan ayat hafalan) Ada ______ yang mendatangkan kecelakaan. (teman)
  6. Apakah 300 ekor haiwan yang telah ditangkap oleh Simson? Dia mengikatkan obor api pada ekor mereka dan membakar segala hasil tanaman orang Filistin (anjing hutan / musang).
  7. Apakah tulang binatang yang Simson gunakan untuk membunuh 1000 orang Filistin? (tulang rahang keldai)
  8. Apakah rahsia Simson? (Jika rambutnya dicukur, maka kekuatannya akan hilang)
  9. Siapakah yang bising dan menangis sehingga Simson menjadi rimas lalu mendedahkan rahsianya? (Delila).
  10. Apakah yang telah berlaku selepas rambut Simson dicukur? (Kehilangan kekuatan, matanya dicungkil dan menjadi banduan yang dipenjarakan)
  11. Tuhan memberikan Simson peluang sekali lagi. Apakah yang dilakukan oleh Simson? (Simson mengunakan kekuatannya untuk merobohkan dua tiang penyokong kuil. Akhirnya, sebanyak 3000 orang Filistin telah dihimpit mati).
  12. (Soalan ayat hafalan) Hormatilah ayahmu dan ibumu supaya kamu ______ dan panjang umurmu di bumi. (berbahagia)
  13. Siapakah menantu perempuan Naomi yang kedua? (Rut).
  14. Apakah cara yang digunakan oleh Rut untuk menyara hidup mertuanya? (Mengutip jelai di ladang).
  15. Siapakah yang mengahwini Rut kemudian? (Boas)
  16. Boas dan Rut kemudiannya telah menjadi nenek moyang kepada siapa? (Raja Daud)