BAB 13: ULANG KAJI
Mesej Untuk Guru:
Kepada guru yang dikasihi, penggal ini telah sampai ke penghujung. “Orang Yang Diperkenankan Tuhan Pasti Akan Mendapat Berkat!” merupakan tema pusat bagi penggal ini. Daripada Yosafat yang bersandar kepada Tuhan, Yoas yang membaiki bait suci, Ester yang taat, Daniel dan tiga kawannya yang mengekalkan kekudusan, nabi Yunus yang bersewenang-wenang dan amaran yang disebarkannya, kita telah jelas melihat mereka mendapat berkat, juga telah melihat kesalahan yang dilakukan oleh orang yang malang. Diharapkan melalui pelajaran penggal ini, kita boleh mendirikan konsep yang betul bagi kanak-kanak dalam kehidupan sebenar iman kepercayaan, agar kanak-kanak mengingati “menjadi orang yang diperkenankan Tuhan pasti diberkati”. Semua cerita memberi contoh tentang perkara yang diperkenankan Tuhan, dan ganjaran yang diperoleh orang yang melakukan perkara itu. Kanak-kanak harus tahu membantu tugas dalam kelas, memberi persembahan dengan giat, prihatin terhadap orang lain, menceritakan kisah dalam Kitab Suci…… merupakan permulaan kerja suci! Guru yang dikasihi, dalam ulang kaji pada hari ini, sila menegaskan lagi idea pusat ini sekali lagi! Semoga Tuhan mencurahkan berkat ke atasmu! Jumpa lagi pada penggal seterusnya!
Nas Alkitab: Ulang kaji ayat suci Bab 7-12.
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran:
Ulang kaji bahan Bab 7-12.
Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran:
Bahan bantu mengajar Bab 7-12 dan beberapa buah patung, membuat 23 soalan menjadi undian, mahkota.
Doa:
Dalam nama Tuhan Yesus berdoa: Bersyukur kepada Tuhan kerana membantu kami, sentiasa datang berkebaktian, nyanyi kidung, doa, dengar cerita dengan menumpukan perhatian. Kami telah mendengar banyak cerita, tahu bahawa kami perlu menjadi orang yang Engkau perkenankan, maka Engkau akan mencurahkan berkat kepada kami, seperti raja Yosafat, raja Yoas, dan juga Daniel serta tiga kawannya. Haleluya. Amin.
Ulangkaji Cerita:
Imbas kembali cerita dengan mengulangi bahan-bahan. (Keluarkan patung dan gambar, gerakkan patung mengikut soalan dan urutan)
Haleluya, apakah khabar adik-adik?
Bab 7
- Mengapakah Daniel dan tiga kawannya tidak makan santapan raja dan tidak minum anggur raja? (Kerana santapan dan anggur itu semuanya makanan yang tidak halal, berkemungkinan pernah disembahkan kepada berhala)
- Daniel dan tiga kawannya hanya memakan sayur dan minum air, tetapi perawakan mereka gemuk dan tegap, bahkan lebih bijak daripada orang lain. Apakah sebabnya? (Kerana Tuhan menjaga orang yang patuh kepada perintah-Nya)
Bab 8
- Raja tidak dapat tidur, kemudian memanggil semua ahli jampi dan sihir segera pergi ke istana, mengapakah ini? (Raja bermimpi, tetapi dia telah lupa apakah mimpinya itu, ingin semua orang memberitahunya)
- Ahli-ahli sihir tidak tahu apakah mimpi raja, raja amat murka. Apakah yang dilakukan oleh raja ke atas mereka? (Membunuh mereka)
- Kemudian, mengapakah raja tidak membunuh mereka? (Kerana Daniel berdoa, Tuhan memberitahu mimpi itu kepadanya, Daniel membantu mentafsir mimpi raja dan menyelamatkan semua orang.)
Bab 9
- Kawan-kawan Daniel tidak sujud menyembah patung emas, lalu dicampakkan ke dalam perapian tetapi tidak mati dibakar, bahkan berjalan-jalan dalam perapian! Mengapakah demikian? (Kerana iman mereka teguh, Tuhan menyertai mereka.)
Bab 10
- Daniel tidak menyembah raja, kekal berdoa setiap hari, lalu dilemparkan ke dalam gua singa. Mengapakah singa tidak memakannya? (Kerana malaikat telah mengatupkan mulut singa, jadi mulut singa tidak dapat dibuka.)
Bab 11
- Aku Yunus. Adik-adik, mengapakah aku ditelan oleh ikan besar? (Kerana Tuhan mengingini aku pergi menyuruh penduduk kota Niniwe bertaubat, tetapi aku tidak mahu pergi.)
- Mengapakah ikan besar memuntahkan aku pada akhirnya? (Kerana aku tetap berdoa di dalam perut ikan dan meminta maaf kepada Tuhan.)
- Akhir sekali, aku pergi menyebarkan amaran di kota Niniwe, penduduk kota Niniwe telah bertaubat menjadi orang baik. Adakah Tuhan memusnahkan mereka? (Tidak, Tuhan telah mengampuni mereka.)
Bab 12
- Yunus marah kepada Tuhan, apakah yang dia harap berlaku kepada kota Niniwe? (Dimusnahkan oleh Tuhan.)
- Tuhan tidak membinasakan kota Niniwe. Justeru, di manakah Yunus tinggal untuk melihat kota Niniwe dimusnahkan? (Atas bukit)
- Tuhan menumbuhkan sebatang pokok apa dalam sehari sebagai tempat teduhan Yunus? (Pohon jarak)
- Mengapakan pohon jarak layu dan mati? (Tuhan menentukan seekor ulat untuk menggerek pokok itu)
- Tuhan berfirman kepada Yunus, pohon itu bukan engkau yang tumbuhkan, pokok itu hanya menemanimu sehari sahaja, engkau sudah begitu mengasihinya, penduduk kota manakah yang lebih dikasihi Tuhan? (Penduduk kota Niniwe.)
Adik-adik harus ingat bahawa “Orang yang diperkenankan Tuhan pasti akan dicurahi berkat”. Terima kasih atas jawapan adik-adik. Salam sejahtera dan jumpa lagi.
Ulang Kaji Ayat Kitab Suci:
Bab 7 : Kerana takut akan Tuhan orang menjauhi kejahatan. (Ams 16:6)
Bab 8 : Mintalah, maka akan diberikan kepadamu. (Mat 7:7)
Bab 9 : Tuhan akan menjaga. (Mzm 121:8)
Bab 10 : Janganlah takut, sebab Aku menyertai engkau. (Yes 41:10)
Bab 11 : Tunduklah dengan penuh ketakutan kepada Tuhan. (1 Ptr 2:18)
Bab 12 : Tuhan berlimpah kasih setia. (Mzm 103:8)
Gunakan masa selebihnya untuk mengadakan pertandingan dalam dua kumpulan. Bahagikan papan hitam kepada papan skor di kiri dan kanan. Dua kumpulan menjawab secara bergilir, satu markah diberi jika jawapan betul, sampai giliran kumpulan lain untuk menjawab jika jawapan salah. Akhir sekali, lihat kumpulan mana yang mendapat lebih banyak markah. Jemput kumpulan yang menang berdiri, cikgu mengenakan mahkota kepada setiap kanak-kanak secara bergilir (menjadi Yoas kecil), dan juga menerima tepukan galakan semua orang.