BAB 13: ULANG KAJI

Mesej Untuk Guru:

Guru yang dikasihi, ini merupakan bab ulang kaji untuk penggal ini. Adakah kamu secara peribadinya telah mempunyai hubungan yang lebih erat dengan Tuhan melalui pengajaran dan pembelajaran dalam penggal ini? Jika ya, Syukur! Matlamat utama melayani Tuhan adalah untuk kembali kepada pembangunan semula iman kepercayaan peribadi agar benar-benar dapat menyampaikan kasih dan kuasa Tuhan kepada anak-anak domba secara ikhlas. Daud, Yonatan, Mefiboset, Absalom dan Raja Salomo ialah tokoh utama dalam bab 8 hingga 12, Daud yang berkenan di hati Tuhan, Yonatan mengasihi Daud, dengan cuma-cuma Mefiboset mendapat kasih karunia oleh sebab ayahnya, kesudahan Absalom yang menyedihkan kerana kedurhakaannya dan Raja Salomo memohon hikmat dan membina bait suci. Kami menggunakan masa ulang kaji bagi membolehkan adik-adik sekali lagi memahami pelajaran yang Tuhan inginkan kita pelajari. Kiranya Tuhan meneguhkan kerja yang kita lakukan dan memberkati kita!

 

Bab 8: Daud Menjadi Raja

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran:

  1. Memahami bahawa Nabal dihukum oleh Tuhan kerana dia membalas kebaikan dengan kejahatan.
  2. Mempelajari daripada Abigail yang bijak berbicara.

Ayat Hafalan: Akal budi adalah sumber kehidupan bagi yang mempunyainya. (Ams 16:22)

 

Bab 9: Daud Yang Mengasihi Sahabat

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran:

  1. Menghormati kawan-kawan yang tergolong sebagai orang kurang upaya (OKU).
  2. Meneladani Raja Daud yang menepati janjinya dengan Yonatan.

Ayat Hafalan: Tetapi hendaklah kamu ramah seorang terhadap yang lain, penuh kasih mesra dan saling mengampuni. (Ef 4:32)

 

Bab 10: Absalom, Putera Yang Jahat

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran:

  1. Memahami bahawa Absalom, putera yang jahat mempunyai kesudahan yang menyedihkan disebabkan perbuatannya yang jahat.
  2. Mengetahui bahawa mentaati ibu bapa wajib dilakukan dalam kehidupan seharian.

Ayat Hafalan: Hormatilah ayahmu dan ibumu, supaya kamu berbahagia dan panjang umurmu di bumi. (Ef 6:2-3)

 

Bab 11: Raja Memohon Hikmat Daripada Tuhan

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran:

  1. Menggalakkan adik-adik untuk memohon hikmat daripada Tuhan.
  2. Memahami dan mengenal pasti hikmat lebih indah daripada mutiara.

    Ayat Hafalan: Permulaan hikmat adalah takut akan Tuhan. (Ams 9:10)

 

Bab 12: Raja Salomo Membina Bait Suci

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran:

  1. Supaya adik-adik mengagumi kerja baik pembinaan bait suci.
  2. Menggalakkan adik-adik untuk belajar bersungguh-sungguh agar digunakan oleh Tuhan pada waktu dewasa kelak!

Ayat Hafalan: Sebab bait Allah adalah kudus. (1 Kor 3:17)

 

Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran:

Carta ataupun gambar-gambar untuk kelima-lima bab ini (bab 8 hingga 12).

 

Doa:

Dalam nama Tuhan Yesus berdoa: Bapa Syurga yang pengasih, terima kasih kerana membenarkan kami mendengar banyak cerita; adanya tentang Daud, Yonatan, Mefiboset, Absalom dan Raja Salomo. Kami harus dengan rendah hati belajar daripada kekuatan semua orang supaya kami tidak melakukan sebarang kesilapan. Kiranya Engkau membantu kami. Haleluya, amin!

 

Cara Ulangkaji:

  1. Lukis petak 5×5 dan tulis nombor soalan 1-25 mengikut urutan.
  2. Adik-adik dibahagikan kepada dua kumpulan. Minta dua orang guru menjadi ketua kumpulan dan memainkan peranan untuk menguruskan barisan adik-adik. Setiap adik akan memilih soalan untuk dijawab mengikut urutan barisan mereka. Kumpulan yang terlebih dahulu terbanyak kali menjawab soalan dengan betul  dikira menang.
  3. Kedua-dua pasukan menggunakan helaian kertas yang berbeza warna dan cop    nombor soalan yang betul.
  4. Kedua-dua ketua pasukan boleh menggunakan carta atau gambar-gambar, ayat suci dan poster untuk membantu adik-adik menjawab dengan betul.
  5. Sediakan hadiah kecil.

 

Topik Rujukan:

  1. Hafal ayat suci bab 8: Kasihilah “musuh”mu dan “berdoalah” bagi mereka yang menganiaya kamu.
  2. Ketika Daud melarikan diri, dia bertemu dengan Raja Saul yang juga masuk ke dalam gua. Apakah yang Raja Saul lakukan? ”Membuang hajat”
  3. Mengapakah Daud tidak membunuh Raja Saul di dalam gua? “Tidak berani membunuh orang yang diurapi oleh Tuhan kerana menghormati Tuhan.”
  4. Mengapakah Raja Saul mahu membunuh Daud? “Raja Saul takut Daud akan merampas takhtanya dan kerana syaitan tinggal dalam hati Saul.”
  5. Apakah kesudahan Raja Saul? “Dilukai anak panah di medan perang lalu menjatuhkan dirinya di atas pedangnya sendiri dan mati.”
  6. Hafal ayat suci bab 9: Tetapi hendaklah kamu “ramah” seorang terhadap yang lain, penuh kasih mesra dan “saling mengampuni”.
  7. Siapakah sahabat baik Daud? “Yonatan”
  8. Siapakah nama anak Yonatan? ”Mefiboset”
  9. Apakah yang berlaku dengan kaki Mefiboset? “Tempang dan tidak boleh berjalan.”
  10. Bagaimanakah Daud memperlakukan Mefiboset? “Memberikan harta Raja Saul kepadanya dan membenarkan Mefiboset makan bersama dengannya.”
  11. Hafal ayat suci bab 10: “Hormatilah ayahmu dan ibumu”, supaya kamu berbahagia dan panjang umurmu di bumi.
  12. Daud mempunyai seorang anak lelaki yang ingin membunuh dan merampas takhtanya. Siapakah dia? ”Absalom”
  13. Bagaimanakah rupa Absalom? ”Rambutnya panjang dan sangat kacak” Bagaimanakah dengan hatinya? “Hatinya jahat. Dia mahu mengejar dan membunuh ayahnya.”
  14. Apakah yang terjadi kepada Absalom selepas itu? “Rambutnya tersangkut pada pohon lalu tergantung di situ dan dibunuh orang.”
  15. Absalom sudah mati. Bagaimanakah dengan ayahnya, Daud? “Sangat sedih dan menangis kerana dia mengasihi Absalom.”
  16. Hafal ayat suci bab 11: Permulaan hikmat adalah takut akan “TUHAN”.
  17. Apakah yang diminta oleh Raja Salomo daripada Tuhan? “Hikmat”
  18. Apakah aspek yang menunjukkan bahawa Raja Salomo bijak? (Mengadili kes tentang siapakah ibu yang sebenar)
  19. Siapakah ratu yang telah menguji Raja Salomo dengan soalan yang sukar? “Ratu Negeri Syeba”
  20. Adik-adik, manakah yang lebih baik, meminta hikmat atau wang yang banyak? Mengapakah sedemikian?
  21. Hafal ayat suci bab 12: Sebab “bait Allah” adalah kudus.
  22. Raja Salomo menggunakan berapa tahun untuk membina bait suci? ”Tujuh tahun”
  23. Apakah yang perlu disediakan untuk membina bait suci? ”Emas, perak, batu permata, tenaga buruh, kayu aras, kayu sanobar dan batu-batu besar.”
  24. Selepas bait suci dibina, apakah yang memenuhi bait suci itu? “Kemuliaan Tuhan”
  25. Adik-adik, apakah yang boleh kamu lakukan untuk gereja? ”Jawapan bebas”