Nas Alkitab : Rujuk ayat-ayat alkitab Bab 7 hingga Bab 12.
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
- Ulang kaji isi kandungan cerita Bab 7 hingga Bab 12.
- Ulang kaji objektif tingkah laku Bab 7 hingga Bab 12.
Ayat Hafalan : Ulang kaji ayat hafalan Bab 7 hingga Bab 12.
Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran :
Bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dari Bab 7 hingga Bab 12. (Gambar yang berkaitan boleh disediakan oleh guru)
Doa : Jemput adik-adik untuk memimpin.
Ulang Kaji Isi Kandungan Cerita :
Setelah tamat pembelajaran penggal ini, kita telah mengenali sebelas orang tokoh yang tercatat dalam Alkitab dengan pelbagai identiti. Lima tokoh yang pertama adalah yang lemah lembut dan penurut (Ribka), yang memimpin bangsa (Harun), yang melakukan kebajikan (Dorkas), perempuan kafir yang menyembunyikan pengintai (Rahab), berani menghapuskan musuh (Yosua). (Boleh menggunakan cara soal jawab supaya kanak-kanak menjawab soalan-soalan di atas)
Bab 7 : Barnabas Yang Giat Memberi Persembahan
- Barnabas ialah orang pada zaman apa? (Zaman rasul-rasul)
- Apakah yang telah dipersembahkan oleh Barnabas? (Harta bendanya, dan mempersembahkan diri untuk memberitakan injil)
- Apakah kelebihan Barnabas? (Giat memberi persembahan, pandai menghiburkan dan menasihati orang)
Ulang kaji ayat hafalan: 2 Tawarikh 29 : 14
Bab 8: Timotius, Pemuda Yang Mengasihi Tuhan
- Ada seorang yang tinggal di Listra, dia suka membaca alkitab sejak kecil. Setelah besar, dia menjadi pekerja Tuhan yang baik. Siapakah dia? (Timotius)
- Iman kepercayaan Timotius sangat baik, siapakah yang mengajarnya? (Ibu dan nenek)
- Ada seorang adik perempuan di England, rumahnya sangat miskin sehingga dia tidak dapat pergi ke sekolah. Tetapi dia sering pergi ke gereja untuk mendengarkan cerita alkitab yang disampaikan oleh guru. Kemudian, dengan cara yang apakah dia mendapat sebuah alkitab? (Mengumpulkan duit membeli gula-gula, dan berjalan sepanjang hari, baru dapat membeli sebuah alkitab)
Ulang kaji ayat hafalan: 1 Petrus 1 : 24 – 25
Bab 9 : Markus, Pembantu Yang Muda
- Adik sepupu Barnabas tinggal di Yerusalem. Ibunya bernama Maria, seorang saudari yang giat dan mengasihi Tuhan. Siapakah dia? (Markus)
- Pada mulanya, Markus takut kepada kesusahan, tetapi kemudian adakah dia berubah? (Ada)
- Sewaktu Markus masih muda, dia mengikuti Paulus dan Barnabas untuk memberitakan injil, bagaimanakah prestasinya? (Dia pulang ke rumah di pertengahan jalan)
Ulang kaji ayat hafalan: 2 Timotius 2 : 3
Bab 10 : Lidia, Peniaga Yang Percaya Kepada Tuhan
- Apakah pekerjaan Lidia? (Seorang peniaga yang menjual kain ungu)
- Setelah Lidia mendengar khutbah yang disampaikan oleh Paulus, dia percaya kepada Tuhan dan dibaptis. Selain daripada menyembah Tuhan dengan giat, apakah kerja suci yang mahir dilakukannya? (Melayani orang lain)
- Adik yang bernama Shin Zhen adalah seorang yang sangat pemalu, dia menyembunyikan diri ketika tetamu datang. Selepas ibu menyampaikan cerita untuk mendorongnya, apakah keputusan yang dibuat olehnya? (Apabila tetamu datang, dia tidak akan menyembunyikan diri lagi)
- Bagaimanakah seharusnya kita menyambut tetamu, terutamanya para penatua, diakon, pendeta dan penguasa yang penat bekerja? (Terlebih dahulu, beri salam kepada mereka, jemput mereka duduk, hidangkan air atau minuman untuk melayani mereka)
Ulang kaji ayat hafalan: Ibrani 13 : 2
Bab 11 : Suami Isteri Teladan – Akwila dan Priskila
- Apakah pekerjaan Akwila dan Priskila? (Membuat khemah)
- Apakah keistimewaan Akwila dan Priskila? (Bekerja bersama-sama dengan Paulus, giat memberitakan injil)
Ulang kaji ayat hafalan: Kisah Para Rasul 16 : 31
Bab 12 : Onesimus Yang Bertaubat Dan Mengakui Kesalahan
- Siapakah tuan Onesimus? (Filemon)
- Apakah kesalahan yang dilakukan oleh Onesimus? (Mencuri barang tuannya dan melarikan diri, tidak bekerja untuk tuannya)
Ulang kaji ayat hafalan: Efesus 4 : 32
Sesi Aktiviti:
- Nama Aktiviti : Pertandingan Menghafal Ayat Hafalan
- Objektif Aktiviti : Hafal ayat-ayat hafalan penggal ini, supaya adik-adik mengingati kata-kata Tuhan.
- Persediaan sebelum aktiviti:
- Kertas catatan yang tertulis nombor soalan, digunakan untuk cabutan.
- Kad-kad ayat suci sebagai hadiah.
- Isi kandungan aktiviti:
- Pertandingan menghafal dijalankan secara berkumpulan atau individu.
- Menghafal secara individu (ketika sedikit peserta). Buat cabutan untuk menentukan ayat hafalan yang perlu dihafal; Secara berkumpulan, jemput wakil setiap kumpulan untuk membuat cabutan nombor soalan, kemudian jemput seorang ahli daripada setiap kumpulan untuk berdiri dan menghafal.
- Ketika menghafal, guru memberitahu sumber ayat itu, contohnya: (Amsal 19 : 22), atau menyebut beberapa perkataan di hadapan, kemudian disambung dan dilengkapkan oleh orang yang menghafal.
- Orang yang menghafal dengan cemerlang secara individu akan diberikan hadiah kecil sebagai dorongan; berikan juga hadiah kecil sebagai dorongan kepada kumpulan menghafal yang menang.
- Selain daripada memberikan kad ayat suci, guru membuat kesimpulan: Mendorong adik-adik agar senantiasa mengingati kata-kata Tuhan.