BAB 13 : ULANG KAJI KESELURUHAN

Nas Alkitab : Kejadian fasal 11-33

 

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :

  1. Mengulang kaji bahan pengajaran Bab 7 – 12
  2. Mengulang kaji objektif tingkah laku Bab 7 – 12

 

Ayat Hafalan :

Mengulang kaji ayat hafalan Bab 7 – 12

 

Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran :

Sediakan soalan perbincangan berdasarkan gambar-gambar yang pernah digunakan dalam Bab 7-12.

 

Doa :

Dipimpin oleh murid.

 

Ulang Kaji Isi Kandungan Cerita

(Terlebih dahulu menyediakan soalan berpandukan BBM untuk dipaparkan semasa perbincangan)

  1. Mengapakah Abraham memberikan lembah yang paling baik kepada Lot?
  2. Bagaimanakah Abraham menaikkan doa syafaat untuk Sodom?
  3. Apakah hadiah yang diberikan Tuhan kepada Abraham?
  4. Bagaimanakah Ishak memberikan sumurnya kepada orang lain?
  5. Apakah peristiwa yang menyebabkan Esau bermusuhan dengan Yakub?
  6. Bagaimanakah Esau berdamai dengan Yakub pada kemudian hari?

 

Ulang Kaji Ayat Suci

  1. “Jika kita tidak setia, Dia tetap setia, karena Dia tidak dapat menyangkal diri-Nya.” ( 2 Timotius 2:13)
  2. “Jangan kamu lupa memberi tumpangan kepada orang, sebab dengan berbuat demikian beberapa orang dengan tidak diketahuinya telah menjamu malaikat-malaikat.” (Ibrani 13:2)
  3. “Sebab Kristus adalah “ya” bagi semua janji Allah. Itulah sebabnya oleh Dia kita mengatakan “Amin” untuk memuliakan Allah.” ( 2 Korintus 1:20)
  4. “Saudara-saudaraku yang kekasih, janganlah kamu sendiri menuntut pembalasan, tetapi berilah tempat kepada murka Allah, sebab ada tertulis: Pembalasan itu adalah hak-Ku. Akulah yang akan menuntut pembalasan, firman Tuhan.” (Roma 12:19)
  5. “Hendaklah kamu saling mengasihi sebagai saudara dan saling mendahului dalam memberi hormat.” (Roma 12:10)
  6. “Janganlah membalas kejahatan dengan kejahatan; lakukanlah apa yang baik bagi semua orang!” (Roma 12:17)

 

Refleksi Sikap Sasaran :

(Membuat refleksi bagi setiap bab yang dipelajari sama ada berjaya dilakukan atau tidak)

  1. Rela menjadi kawan baik Tuhan.
    1. Percaya akan kata-kata Tuhan
    2. Memberi tumpangan dengan kasih
    3. Berharap janji Tuhan akan digenapkan
  2. Melayani orang lain dengan kasih.
    1. Bergaul dengan rakan dengan kasih
    2. Hidup dengan kasih sayang antara adik-beradik
    3. Membuat refleksi diri, memaafkan orang lain.

 

Pembacaan kitab oleh kanak-kanak :

  1. Kejadian: 12:1-4
  2. Kejadian fasal 18
  3. Matius: 5:1-12
  4. Kejadian: 26:24
  5. Mazmur fasal 133
  6. Kejadian 33:3-4

 

Sesi Aktiviti :

  1. Nama Aktiviti : Cuba mencari
  2. Objektif aktiviti : Membolehkan kanak-kanak mengulangkaji isi utama dalam lima bab yang pertama melalui aktiviti mewarna.
  3. Persediaan Aktiviti : Pensel warna
  4. Isi Kandungan Akiviti :
    1. Guru mengemukakan soalan dan memimpin kanak-kanak mencari jawapan.
    2. Mewarna mengikut arahan.