BAB 13 : ULANG KAJI KESELURUHAN

 

Nas Alkitab : Yohanes 4 : 46 – 53; Markus 5 : 21 – 43; Lukas 8 : 40 – 56; Matius 14 : 13 – 21; Yohanes 6 : 1 – 14; Lukas 12 : 22 – 31;
Matius 6 : 25 – 34 ; Markus 2 : 1 – 12; Lukus 5: 17 – 26, 10 : 25 – 37; Yohanes 4 : 9, 2 : 13 – 17; Matius 21: 1 – 17.

 

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :

  1. Mengulangkaji bahan pengajaran bab 6 hingga 12.
  2. Mengulangkaji matlamat tingkahlaku bab 6 hingga 12.

 

Ayat Hafalan :

Mengulangkaji ayat hafalan bab 6 hingga 12.

 

Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran :

Gambar atau benda maujud pengajaran penggal ini. (Gambar yang berkaitan disediakan oleh guru.)

 

Doa :

Dalam nama Tuhan Yesus berdoa. Syukur kepada Tuhan kerana memimpin kami melalui seminggu dengan damai sejahtera. Kami semakin tingkat dewasa, cerita yang kami dengar juga semakin banyak. Kiranya Engkau mengaruniakan kami kepintaran dan kebijaksanaan, memahami kisah yang diceritakan oleh guru dan membolehkan kami semakin dewasa dengan berperilaku lebih baik agar ibu, ayah dan guru mengasihi kami. Haleluya. Amin. (Diketuai oleh murid).

 

Ulangkaji Isi Pelajaran Cerita :

Cadangkan gambar pengajaran atau alat bantu belajar yang lain berdasarkan isi cerita.

(Guru fokuskan isi utama sebagai rujukan dan isi kandungannya akan bertambah atau berkurang mengikut jangka masa.)

 

Fokus Bab 6

Terdapat seorang pegawai istana di pekan Kapernaum. Anaknya sakit tenat. Lalu dia bergegas mencari Tuhan Yesus. Ramai orang ketika itu, Tuhan Yesus sibuk menyampaikan khutbah. Adakah Tuhan Yesus pernah pergi ke rumah pegawai istana? (Tidak) Jadi bagaimana Tuhan Yesus menyembuhkan anak pegawai istana itu? Hanya dengan berkata kepadanya: “Pulanglah dengan yakin! Anakmu sudah sembuh sekarang.” Dalam perjalanan pulang, pegawai istana bertemu dengan hambanya itu dan tahu bahawa Tuhan Yesus telah menyembuhkannya anaknya.

 

Fokus Bab 7

Pada masa dulu, ada seorang kepala rumah ibadat. Dia mempunyai seorang anak perempuan yang sakit dan disembuhkan oleh Tuhan Yesus. Siapakah namanya? (Yairus) Ya, anak perempuan Yairus sakit dan hampir mati. Yairus meninggalkan rumah untuk mencari Tuhan Yesus dengan segera. Setelah dia menjumpai Tuhan Yesus, hambanya bergegas memberitahunya apa? (Anak perempuannya sudah mati) Ketika Yairus mendengar ini, dia sungguh sedih tetapi apa yang dikatakan Tuhan Yesus kepadanya? (Jangan takut. Percayalah. Anak perempuan anda tidak mati, tetapi tidur.”) Tuhan Yesus membawa murid-murid itu pergi ke rumah Yairus. Tuhan Yesus berkata kepada anak perempuan kecil itu: “Anak perempuan, bangunlah!” Dia benar-benar duduk semula.

 

Fokus Bab 8

Ada seorang adik bernama Xiao Guai Guai, pada suatu hari dia membawa kotak makanan tengah hari ke atas gunung untuk mendengarkan khutbah Tuhan Yesus. Cuba teka apa yang ada di dalam kotak makan tengah hari Xiao Guai Guai? (Lima roti dan dua ikan) Betul, adik-adik sangat pintar. Setelah Tuhan Yesus selesai menyampaikan firman, semua orang belum makan. Apakah yang Tuhan Yesus lakukan? (Tuhan Yesus meminta murid-murid untuk mencari makanan) Murid-murid itu menjumpai anak kecil itu. Adakah anak kecil itu memberi kotak makanan tengah harinya kepada Tuhan Yesus? (Ya) ya! bagusnya dia. Berapa orang yang makan lima roti dan dua ikan dari kotak makanan tengah hari itu? (lebih daripada lima ribu orang) Berapa banyakkah sisa yang tinggal selepas makan? (dua belas bakul) Wah! Sungguh ajaib. Mengapakah masih terdapat sisa yang banyak sedangkan ramai orang yang memakannya? (Kerana Tuhan Yesus adalah Tuhan yang benar di Syurga, Dia dapat melakukan mujizat)

 

Fokus Bab 9

Setelah anak lelaki bongsu orang kaya mendapat wang ayahnya, ke manakah dia pergi? (Bandar) Dia hidup berfoya-foya, makan dan minum. Dengan cepat dia menghabiskan wang tersebut. Kemudian rakan-rakan lelaki tu tidak rela membantu dan tidak mempedulikannya. Apa yang dia lakukan? (Kembali mencari ayah, mengaku kesalahan depan ayahnya, minta maaf dari ayahnya) Apabila ayah melihat anak bongsunya kembali, bagaimana reaksi bapa? (Memeluk dia, mencium dia, memakai baju baharu dan kasut baharu untuknya, memakai cincin emas dan meraikan kepulangannya) Walaupun anak lelaki itu tidak taat dan melakukan sesuatu yang salah, ayahnya masih sangat menyayangi dan memaafkannya.

 

Fokus Bab 10

Ada seorang lumpuh yang kasihan yang tidak dapat menggerakkan seluruh tubuhnya. Dia ingin memohon kepada Tuhan Yesus untuk menyembuhkannya, tetapi dia tidak dapat mendekati Tuhan Yesus. Kemudian seseorang telah memikirkan satu cara yang baik, apakah caranya? (Membuka bumbung rumah dan turunkan orang lumpuh itu ke dalam rumah dengan perlahan-lahan supaya disembuhkan oleh Tuhan Yesus) Ya, orang yang berbadan berat itu diangkat oleh berapa orang? (Empat) Keempat-empat orang ini benar-benar berkasih. Mereka membuka bumbung dan meletakkan lelaki lumpuh itu ke dalam rumah dengan usaha yang besar. Adakah lelaki lumpuh itu telah disembuhkan oleh Tuhan Yesus? (Ya) Tuhan Yesus berkata kepadanya: “Kepadamu Kukatakan, bangunlah, angkatlah tempat tidurmu dan pulang ke rumahmu!” Dia melompat dan pulang ke rumahnya dengan tempat tidurnya. Ketika semua orang melihat keajaiban ini, mereka semua memuji Tuhan dengan gembira.

 

Fokus Bab 11

Ada seorang peniaga bertembung dengan seorang perompak semasa dalam perjalanannya, dia dipukul hingga hampir mati. Semua wang dan pakaiannya dirompak. Dia terbaring di jalanan dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Tidak lama kemudian, adakah orang yang berjalan lewat di tempat itu telah menyelamatkannya? (Tidak) Bagaimana pula dengan orang kedua yang berjalan melalui situ? (orang kedua itu juga tidak menyelamatkannya.) Bagaimana dengan orang ketiga? (Orang ketiga menyelamatkannya.) Orang ketiga tersebut orang apa? (Orang Samaria) Bagaimanakah dia menyelamatkan peniaga yang kasihan itu? (Menggunakan minyak dan anggur mengelap pada lukanya lalu membawanya ke tempat penginapan untuk berehat sambil menanti kesembuhan. Dia juga memberikan wang kepada pemilik tempat penginapan.) Adik-adik, jika kita terlihat seseorang jatuh atau cedera, adakah kita akan membantunya? (Wajib)

 

Fokus Bab 12

Pada suatu hari, Tuhan Yesus pergi ke Yerusalem dan memasuki Bait Suci. Dia melihat ada penjual sedang menjual lembu, domba, dan merpati. Apakah yang Tuhan katakan kepada mereka? (“Ambil semuanya ini dari sini, janganlah kamu membuat rumah Bapa-Ku menjadi tempat berjualan.”) Ada sekali lagi, pada masa Paskah sebelum Tuhan Yesus disalibkan, Dia meminta murid untuk meminjam seekor keldai. Pemilik keldai dengan senang hati memberikan keldai itu kepada murid-murid Tuhan Yesus. Setelah murid-Nya membawa keldai itu datang, bagaimanakah Tuhan Yesus memasuki Yerusalem? (Semua orang menanggalkan pakaian mereka dan melapiskannya di atas jalan dan juga menebang ranting dahan pokok lalu melapiskannya di atas jalan.) Selain melapiskan pakaian dan ranting, apa lagi yang mereka seru? (”Hosanna (Diberkati), bagi anak Daud. Diberkatilah Dia yang datang dalam nama Tuhan, hosana di tempat yang maha tinggi.”) Tuhan Yesus memasuki Bait Suci dan melihat orang berniaga lagi. Adakah dia marah? (Marah, Tuhan Yesus sangat marah. Dia menghalau semua orang keluar dari Bait Suci.) Di manakah kita menyembah Tuhan? (Rumah ibadat/ gereja) Ini adalah Bait Suci Tuhan. Kita mesti menjaga bait Tuhan dan memastikan bahawa perkara-perkara seperti bermain piano sesuka hati atau coretan di papan hitam dalam aula gereja adalah  tidak berlaku.

Mengulangkaji Objektif tingkah laku: baca kitab terlebih dahulu, kemudian menghafal ayat-ayat suci satu per satu, selidiki sama ada telah mengamalkan objektif tingkah laku.

 

Bab 6 7 8 9 10 11 12 13
Tajuk Pulanglah Tanpa Khuatir! Anak Perempuan Dapat Duduk Semula Anak Lelaki yang tidak mementingkan diri sendiri Ayah, saya salah Bangunlah! Pulanglah dengan Selamat! Tangan yang penyayang Ketika saya datang ke gereja Ulangkaji keseluruhan
Murid Baca Kitab Yak 5 : 16 1 Pet 5 : 7 Kis 2 : 44 – 45 1 Yoh 1 : 9 – 10 1 Tim 1 : 14 Mat 19 : 19 1 Kor 3 : 17
Matlamat Tingkah Laku 1. Rela belajar menjadi anak Tuhan.

2. Dapat mendoakan penyembuhan penyakit untuk diri sendiri dan orang lain.

1. Rela belajar menjadi anak Tuhan.

2. Belajar untuk berserah dan bersandar kepada Tuhan.

1. Rela belajar menjadi anak Tuhan.

2. Dapat mengongsikan mainan dan makanan sendiri dengan orang lain.

1. Rela belajar menjadi anak Tuhan.

2. Berani memikul tanggungjawab dan mengakui kesalahan jika telah melakukan kesalahan.

1. Rela belajar menjadi anak Tuhan.

2. Hendaklah beriman dan berkasih sayang.

1. Rela belajar menjadi anak Tuhan.

2. Menghormati  ayah dan ibu, mengasihi sesama manusia seperti dirimu sendiri.

1. Rela belajar menjadi anak Tuhan.

2. Mengasihi gereja

△Beriman, percaya akan janji Tuhan.

△ Rela belajar menjadi anak Tuhan.

Fokus Bimbingan 1. Membincangkan kesan mendoakan orang lain.

2. Memikirkan sebab mendoakan seseorang.

1. Memikirkan perkara yang mahu diserahkan kepada Tuhan.

2.Berdasarkan berserah kepada Tuhan, guru membimbing adik-adik memperbaik tingkah laku

1. Belajar mengongsikan berkongsi dengan orang lain.

2. Belajar memberitakan injil kepada sahabat.

Membincangkan akibat antara mengakui dan tidak mengakui kesalahan. 1. Menyatakan pengalaman memohon penyembuhan daripada Tuhan. (Adik itu sendiri atau saudara mara)

2. Belajar mendorong orang lain untuk bersandar kepada Tuhan.

1. Nyatakan perihal menghormati ibubapa dan mengasihi orang lain. (Membuat catatan)

2. Menyelidiki amalan tingkah laku.

1. membincangkan contoh-contoh menjaga benda awam gereja.

2. Memelihara kesalehan dalam gereja.

Menurut catatan setiap bab, tinjau satu persatu tahap pengamalan setiap tingkah laku

 

Sesi Aktiviti :

  1. Nama aktiviti: Kura-kura kecil melarikan diri
  2. Matlamat aktiviti: mengulangkaji ayat Hafalan bab 6 hingga bab 12.
  3. Isi kandungan aktiviti:
    1. Cerpen:

Terdapat sekumpulan kura-kura kecil yang tinggal bersama di hutan. Salah satu perkara kegemaran mereka adalah bertanding berjalan. Setiap kura-kura kecil asalkan dapat mendaki gunung di bahagian timur hutan mereka dalam masa satu hari, mereka dikatakan lulus dalam peperiksaan dan boleh menggantung pingat di leher mereka. Sehingga pada suatu hari, kura-kura yang termuda juga telah lulus dalam ujian. Semua orang berasa bahawa mereka boleh mula mencari haiwan lain untuk mencabar diri, jadi mereka membuat keputusan untuk meninggalkan rumah dan bersaing dengan haiwan jenis pertama yang mereka temui di jalanan. Akibatnya, dalam perjalanan mereka terlihat seekor arnab putih kecil datang dari jauh. Walaupun arnab putih kecil itu bersetuju tetapi menggunakan nyawa masing-masing sebagai jaminan. Tanpa disangka, tidak ada kura-kura yang dapat dibandingkan dengan arnab putih kecil itu, mereka berasa sangat terkejut kerana selama ini tiada yang lebih laju daripada mereka. Mereka membuka mata besar-besar untuk memerhatikan bagaimana arnab putih itu berjalan. Arnab putih kecil itu berkata, “Itu bukan berjalan, tetapi berlari.” Pada masa ini, seekor kura-kura tiba-tiba teringat perjanjian mereka dengan arnab putih kecil itu lalu berteriak, “Lari! Kita akan mati, jadi semua kura-kura berlari dengan cepat.” Adik-adik, adakah anda fikir mereka boleh lari? Apakah mereka akan dikejar oleh arnab putih itu?

    1. Membimbing adik-adik untuk mengisi nombor di belakang kura-kura ke tempat kosong yang sesuai.