BAB 13 : ULANG KAJI
Mesej Untuk Guru :
Kepada guru yang dikasihi, pelajaran untuk penggal 1 hampir tamat, isi kandungan penggal ini sama seperti apa yang dikatakan dalam ‘Mesej Untuk Guru’ di Bab 9, manusia hidup dalam kitaran yang tidak berhenti berbuat dosa, dihukum dan dibinasakan. Oleh itu, menurut Kitab Suci, kita boleh mengambil pelajaran dari kesalahan orang terdahulu, haruslah khasnya lebih berwaspada memelihara kanak-kanak yang berada dalam zaman akhir ini, janganlah seperti manusia yang dahulu, angkuh dan menyembah wang seperti orang lain, mengejar kenikmatan dalam dosa. Asalkan kita hidup beribadah, Tuhan pasti tahu, Dia juga akan menjaga dan memberkati kita seperti Nuh dan Abraham.
Nas Alkitab : Kejadain fasal 1 – 33
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
Supaya kanak-kanak tahu bahawa Tuhan suka orang yang mendengar firman-Nya.
Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran :
- Bahan pengajaran tambahan (Rajah) untuk Bab 7- 12
- Mencari kad dengan label “O” dan “X”. (Memberikan satu kepada setiap orang)
Doa :
Dalam nama Tuhan Yesus berdoa. Bapa syurga yang dikasihi, terima kasih, kerana membuat kami mengenali orang-orang baik, iaitu Nuh, Abraham dan Ishak. Sekarang kami telah tahu, apakah yang Engkau suka kami lakukan, dan apakah yang Engkau tidak suka kami lakukan. Kami ingin menjadi anak baik yang Engkau suka. Haleluya, Amin.
Cara Ulang Kaji :
- Edarkan satu kad dengan label “O” dan “X” kepada setiap kanak-kanak.
- Bermula dari Bab 7, ceritakan secara ringkas dahulu sekali, baru ajukan soalan-soalan berikut, biarkan anak-anak tunjukkan kad sama ada “O” ataupun “X”.
- Sekiranya semua jawab dengan betul, tepuklah tangan dan memuji dengan penuh ghairah. Sekiranya ada dua jenis jawapan, suruhlah kanak-kanak yang memberi jawapan yang berlainan berdiri untuk memberi penjelasan, akhir sekali gurulah yang mengumumkan jawapan yang tepat.
Cara membaca soalan : “Ambil perhatian! Adakah……….(soalan)…….. betul atau tidak, sila tunjukkan kad!”
Soalan :
Bab 7 :
- Pada suatu hari, manusia di bumi mengadakan perbincangan untuk membina sebuah menara yang sangat tinggi sampai ke langit, tujuannya untuk memuji keagungan Tuhan.
Jawapan: “X”
-
- Untuk memuji manusia. Kerana manusia pada waktu itu, merasakan diri mereka hebat, dengan itu, mereka sengaja membina menara sampai ke langit, untuk memberitahu Tuhan bahawa mereka tidak ingin Tuhan mengurus mereka.
- Tuhan sangat berhikmat, Tuhan membiarkan orang yang membina menara Babel itu mengucapkan bahasa yang berlainan, oleh itu, semua orang tidak dapat berbincang tentang bagaimana membina menara itu, akhirnya, mereka menghentikan pembinaan itu.
Jawapan: “O”,
-
- Mulai dari saat itu, mereka mula mengucapkan bahasa yang berlainan.
- Hamba Abraham suka bertengkar dengan hamba Lot, dengan itu, Abraham membenarkan Lot memilih tanah terlebih dahulu untuk dijadikan tempat tinggal setelah berpisah, akhirnya, Abram marah kerana Lot telah memilih tempat tinggal yang indah.
Jawapan: “X”
-
- Sedikit pun Abram tidak marah, dia memberikan semua yang baik kepada Lot, sendiri tinggal di Tanah Kanaan yang kosong.
Bab 8 :
- Tuhan membantu Abram mengubah namanya kepada Abraham, dan mengubah nama Sarai kepada Sarah.
Jawapan: “O”
-
- Pada waktu itu, Abram berumur 99 tahun dan Sarai berumur 90 tahun.
- Sarah mendengar tetamu berkata bahawa dia akan melahirkan anak pada tahun depan, dia tertawa dalam hatinya, tetapi tidak diketahui orang lain.
Jawapan: “X”
-
- Dengan segera tetamu itu berkata: “Mengapa engkau tertawa?” Tetamu itu adalah Tuhan.
- Abraham adalah seorang datuk tua yang berumur 100 tahun, pada waktu itu, isterinya, Sarah juga seorang nenek tua yang baru melahirkan seorang bayi.
Jawapan: “O”
-
- Pada waktu itu Sarah sudah menjadi nenek tua yang berumur 91 tahun. (Bagi yang mempunyai nenek, sila angkat tangan. Adakah dia masih mampu melahirkan seorang bayi? Membenarkan kanak-kanak menyuarakan pendapat)
Bab 9 :
- Abraham terus-menerus memohon kepada Tuhan, jangan musnahkan Sodom sekiranya ada 10 orang benar dalam kota itu. Akhirnya, Tuhan mendapati ada 10 orang benar, jadi kota Sodom tidak dimusnahkan.
Jawapan: “X”
-
- Dalam kota Sodom tiada pun 10 orang benar, jadi ia dimusnahkan oleh Tuhan dengan Api yang besar.
- Lot menjemput dua tetamu untuk tinggal di rumahnya kerana dia tahu dua orang tetamu itu adalah malaikat.
Jawapan: “X”
-
- Lot sama sekali tidak tahu, itulah sebabnya malaikat menyelamatkan Lot dan seisi keluarganya daripada dimusnahkan oleh api yang besar.
- Isteri Lot tidak mendengar kata, rasa sayang akan benda-benda di rumahnya, jadi dia menoleh ke belakang dan menjadi tiang garam.
Jawapan: “O”
-
- Oleh itu, kita haruslah mendengar firman Tuhan.
Bab 10 :
- Tuhan ingin Abraham mengikat dan persembahkan Ishak kepada-Nya, Abraham tidak sanggup lalu dia membawa Ishak dan melarikan diri dan bersembunyi di gunung.
Jawapan: “X”
-
- Bukan sahaja Abraham tidak bersembunyi, malah dia bangun awal pada keesokan harinya dan berangkat bersama-sama Ishak, seperti yang difirmankan Tuhan.
- Ishak tahu bahawa ayahnya akan mengikatnya dan persembahkannya kepada Tuhan, dia sangat takut, lalu berlari dan menangkap seekor kambing jantan dan berikan kepada ayah sebagai persembahan kepada Tuhan.
Jawapan: “X”
-
- Ishak baik dan membiarkan ayahnya mengikatnya, hampir dibunuh oleh ayahnya, Tuhan menyediakan kambing jantan bagi mereka untuk mengganti Ishak sebagai persembahan kepada Tuhan. Tuhan ingin melihat sama ada Abraham mendengar firman Tuhan atau tidak, Abraham mendengar firman Tuhan dan mendapat lebih banyak berkat.
- Hamba-hamba Ishak menggali sumur, namun terus-menerus dirampas oleh orang Filistin, Ishak tetap tidak bertengkar dengan mereka, memberikan sumur itu kepada orang Filisitin, dan dia pergi ke tempat lain untuk menggali sumur.
Jawapan: “O”
-
- Oleh itu, Tuhan memberkatinya, menyebabkan dia mendapat banyak harta, lembu sapi dan kambing domba.
Bab 11 :
- Ishak yang baik itu adalah ayah kepada Esau dan Yakub.
Jawapan: “O”
-
- Ibu mereka adalah Ribka.
- Oleh kerana Esau menganggap menjadi abang sulung tidak penting, dia pun menukarkan hak sebagai abang sulungnya itu dengan Yakub untuk bubur kacang merah.
Jawapan: “O”
-
- Akhirnya, dia tidak mendapat berkatnya sebagai abang sulung, dengan hati yang pedih, dia memohon kepada ayahnya untuk memberikan dia berkat, namun ayahnya tidak dapat berbuat apa-apa.
- Seperti abangnya Esau, tangan Yakub berbulu, dia juga suka memburu, disebabkan ini, ayahnya tidak dapat mengecam Yakub.
Jawapan: “X”
-
- Bulu pada tangan Yakub ialah bulu kambing yang dilekat dengan bantuan ibunya, lalu Yakub memakai baju abangnya, dengan itu, Ishak, ayahnya yang kabur matanya itu ditipu oleh Yakub.
Bab 12 :
- Disebabkan Yakub telah merebut berkat abangnya, Esau, dia takut dibunuh abangnya lalu melarikan diri ke rumah pak ciknya.
Jawapan: “O”
-
- Oleh kerana Yakub melakukan perkara yang jahat, menyebabkan dia harus meninggalkan ibu bapanya dan menderita di rumah pak ciknya.
- Kerana Yakub mencintai Rahel, dia bekerja untuk pak ciknya selama 14 tahun.
Jawapan: “O”
-
- Pak ciknya, Laban, membuli Yakub, kahwinkan kakak, Lea kepada Yakub terlebih dahulu, lalu baru membiarkan Yakub mengahwini Rahel.
- Esau terus-menerus ingin membunuh Yakub, tidak membenarkan Yakub pulang.
Jawapan: “X”
-
- Awal lagi, Esau telah memaafkan Yakub, apabila dia melihat Yakub, dia memeluk Yakub sambil menangis, serta ingin Yakub membawa isteri dengan anak-anaknya untuk pulang dan tinggal bersama.