BAB 2 : SEUTAS TALI KASUT & SEUTAS BENANG

Nas Alkitab : Kejadian 14 : 17 – 24; II Raja-raja 5 : 1 – 19; Lukas 22 : 3 – 6.

 

Pembacaan Alkitab : Filipi 4 : 11 – 12; 1 Timotius 6 : 7 – 10.

 

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :

  1. Memahami contoh keserakahan dalam Alkitab dan akibatnya.
  2. Boleh memberi dua contoh dalam hal yang tidak boleh tamak.

 

Ayat Hafalan :

“Janganlah kamu menjadi hamba wang dan cukupkanlah dirimu dengan apa yang ada padamu. Kerana Allah telah berfirman: ‘Aku sekali-kali tidak akan membiarkan engkau dan Aku sekali-kali tidak akan meninggalkan engkau.'” (Ibrani 13 : 5)

 

Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran :

Lukis jadual di papan hitam dan isi dengan nama tokoh: Akhan, Gehazi, Yehuda. (Rujuk lampiran buku teks)

 

Isi Pelajaran :

Semasa kelas sebelum ini, cikgu telah membincangkan tentang “Kejujuran dan Berbohong”. Bagaimana Tuhan menghukum Gehazi kerana berbohong? (Dia dan keturunannya dijangkiti penyakit kusta yang parah.) Ini menunjukkan bahawa Tuhan tidak suka pada orang yang berbohong. Sekarang, semua orang tutup mata, dengar soalan cikgu dengan teliti, dan angkat tangan jika anda dapat melakukannya.

Adik yang tidak mengatakan sebarang bohong sepanjang minggu lalu, sila angkat tangan.

Adik yang merasakan kejujuran mereka membawa hasil yang baik sepanjang minggu lalu. (Catatkan nama)

Adik yang sebelum tidur semalam merenungkan adakah mereka telah berbohong atau tidak.

(Guru memberi pujian kepada adik yang mengangkat tangan dan meminta adik yang mengangkat tangan untuk menyuarakan pandangan bagi soalan ke dua tadi. Tidak perlu menegur adik yang tidak mengangkat tangan. Hanya mengingatkan mereka supaya mengakui kesalahan secara jujur dan jangan mengulangi lagi pada masa hadapan.)

 

Seutas Tali Kasut, Seutas Benang

Pada hari ini, cikgu akan bercerita tentang “Seutas Tali Kasut, Seutas Benang,” yang tercatat dalam Alkitab. Kita buka kitab Kejadian 14 : 23: “Aku tidak akan mengambil apa-apa dari kepunyaanmu itu, sepotong benang atau tali kasutpun tidak, supaya engkau jangan berkata, Aku telah membuat Abram menjadi kaya.”

Mengapa Abram menyampaikan kata-kata ini? Apa yang perlu kita pelajari dari perkataan ini?

Pada zaman Abram, terjadi peperangan besar di kawasan Kanaan. Empat raja bersekutu menyerang lima raja, dan akhirnya pasukan lima raja kalah. Empat raja tersebut merampas semua harta benda, penduduk dan bekalan makanan. Antara mereka yang dirampas termasuk seorang anak saudara Abram. Tahukah tidak siapakah dia ini? (Lot) Berita ini sampai kepada Abram, dia berasa gelisah dan segera membawa lebih dari tiga ratus orang kebal untuk mengejar, dengan tujuan untuk menyelamatkan anak saudaranya. Mereka berperang pada waktu malam dan berjaya mengalahkan musuh, mengambil semula semua yang dirampas dan menyelamatkan lima raja. Raja Sodom, salah seorang daripada lima raja, berkata kepada Abram, “Ambillah segala harta rampasan ini untuk dirimu.” Abram telah berusaha dengan susah payah untuk menyelamatkan mereka daripada tangan empat raja, maka adalah wajar baginya untuk menerima hadiah ini.  Tetapi Abram dengan rendah hati berkata, “Aku tidak akan mengambil apa-apa dari kepunyaanmu itu, sepotong benang atau tali kasutpun tidak.”

Akhlak baik Abram yang tidak tamak ini telah memberikan suatu teladan yang baik kepada keturunannya. Pada suatu kali, seorang warga Taiwan melancong ke Israel. Tanpa disedari,  dompetnya tercicir di sebuah hotel. Dia tergesa-gesa berlari ke kaunter dan bertanya kepada pelayan, “Adakah sesiapa menemui dompet kulit berwarna coklat, di dalamnya terdapat pasport, cek, dolar Amerika dan beberapa dokumen peribadi?” Pelayan segera mengeluarkan dompet kulit coklat dari kaunter dan memberikannya kepada pelancong tersebut. Dia berkata, “Tuan, jika dalam dompet anda kekurangan satu sen pun, kami akan membayar sepuluh kali ganda.” Lelaki itu segera membuka dompetnya dan mengira wangnya, namun tidak ada yang kurang. Dia bersyukur lalu mengeluarkan seratus dolar Amerika untuk memberi ganjaran kepada pelayan sebagai tanda terima kasih. Namun pelayan tersebut menolak dan berkata, “Keturunan leluhur kita Abram telah meninggalkan teladan yang sangat baik, bahkan seutas tali kasut atau seutas benang pun tidak boleh diambil dari orang lain.”

 

Peringatan Dalam Alkitab

Dalam sepuluh perintah, Tuhan mengingatkan kita untuk tidak tamak. Masih ingat? (Perintah ke-10: Jangan mengingini apapun  yang dipunyai sesamamu.) Setiap orang cenderung untuk menjadi tamak sekiranya benda-benda yang dimiliki sendiri (Wang belanja, pakaian, mainan, alat tulis…) dirasakan tidak cukup atau tidak setanding orang lain. Di sini, cikgu telah menyediakan jadual yang memuatkan beberapa contoh orang yang tamak dalam Alkitab. Mari kita isikan bersama-sama: (Jadual ini boleh dilukis di papan hitam sebelum kelas, dengan ruang kosong untuk “kejadian” dan “akibat” atau bahagian ini ditutup dengan kertas.)

Nama Kejadian Akibat
1. Akhan Ketika menyerang Kota Yeriko, mencuri emas, perak, dan pakaian. (Yosua 7) Beliau dan keluarganya dilempari dengan batu dan mati, harta mereka dibakar.
2. Gehazi Menipu Naaman untuk mendapatkan dua beg duit perak dan dua helai pakaian. (2 Raja-raja 5 : 1 – 19) Beliau dan keturunannya mengidap penyakit kusta yang parah.
3. Yudas Iskariot Mengkhianati Guru mereka, Yesus, dengan tiga puluh wang perak. (Lukas 22 : 3 – 6) Menyesal lalu menggantung diri, jatuh tersungkur, hingga perutnya pecah dan isi perut keluar.
4.

△ No. 4  adalah untuk renungan dan pertimbangan sendiri (contohnya Raja Ahab), atau mereka boleh  gunakan contoh dari kehidupan seharian.

(Jika masa mengizinkan, guru boleh kosongkan isi dalam jadual dan galakkan kanak-kanak mengongsi contoh-contoh dari kehidupan harian yang mereka dengar atau lihat di mana tidak tamak dan diikuti akibatnya.)

Bacaan Alkitab: (Ibrani 13 : 5) “Janganlah kamu menjadi hamba wang dan cukupkanlah dirimu dengan apa yang ada padamu.Kerana Allah telah berfirman: ‘Aku sekali-kali tidak akan membiarkan engkau  dan Aku sekali-kali tidak akan meninggalkan engkau.'”

 

Menakluki Keinginan Serakah – Selalu Gembira Kerana Mencukupkan Diri

Cikgu sebelum ini pernah menyebut bahawa serakah adalah punca kepada jenayah. Dengan keinginan serakah, seseorang mungkin terfikir untuk menipu, berbohong, mencuri bahkan melakukan kejahatan yang lebih serius. Bagaimanakah kita boleh menakluki keinginan serakah ini? Alkitab mengajar kita untuk mencukupkan diri dengan apa yang kita miliki. Tuhan Yesus mengetahui keperluan kita, Dia memberi setiap orang kebolehan yang berbeza-beza.

Kita perlu belajar untuk bersandar kepada-Nya dan tidak menjadi serakah serta tidak berasa tidak cukup. Jika anda sering iri hati dengan barang milik orang lain yang lebih baik daripada milik anda, anda mungkin akan terasa bahawa barang anda terlalu sedikit dan mahu memiliki lebih banyak. Ketika hal ini berlaku, kita perlu mengambil masa untuk merenung, adakah kita tidak merasa cukup dengan apa yang kita miliki dan mula berasa serakah?

Bapa Xiao An adalah seorang tukang kayu dan keluarganya tidak kaya. Namun dia tahu bagaimana untuk bekerja keras dan mengejar kemajuan, jadi semua orang menganggap dia seorang murid yang baik dengan prestasi akademik yang cemerlang. Di kelas Xiao An, hampir setiap murid mempunyai jam tangan kecuali Xiao An. Dia tahu wang hasil kerja keras ayahnya bukan mudah untuk menyara kehidupan keluarga, jadi dia tidak berani bertanya kepada ayahnya. Dalam hatinya, dia benar-benar berasa iri hati dan cemburu dengan rakan sekelas yang memakai jam tangan. Akhirnya dia memikirkan cara yang sangat mudah, iaitu “mencuri”.

Peluang akhirnya datang. Kebetulan giliran Xiao An menjadi murid yang bertugas pada hari itu. Semua rakan sekelasnya telah pergi ke kelas pendidikan jasmani dan hanya dia seorang sahaja yang berada di dalam kelas. Dia kebetulan melihat Xiaohua memasukkan jam tangannya yang cantik ke dalam beg sekolahnya.

Jadi Xiao An semakin berani. Dia menutup pintu dan tingkap kelas dan kemudian mencapai beg sekolah Xiao Hua. Ah! Berjaya menjumpainya. Pada masa ini, denyutan jantung menjadi lebih laju. Dia melihat sekeliling dengan tergesa-gesa untuk memastikan tiada siapa yang melihatnya. Kemudian dia tidak dapat menahan dan ketawa “Ha! Ha!” Dia menghiburkan dirinya dengan bangga: “Saya sangat hebat. Akhirnya saya memiliki jam tangan saya sendiri.”

“Tiba-tiba, kata-kata ‘Jangan serakah!’ muncul fikiran benak Xiao An. Dia segera berasa bahwa dirinya telah melakukan sesuatu yang bersalah terhadap hati nuraninya. Ini adalah salah satu perkara yang paling dibenci oleh Tuhan. Dia juga terfikir, ‘Kalau guru mengetahui, apa yang akan terjadi? Bukankah saya akan dipermalukan di hadapan semua orang?’ Tetapi ketika dia melihat jam tangan yang cantik itu, dia merasa sangat enggan untuk melepaskannya.

“Tidak, walaupun jam tangan itu cantik, tetapi adalah jam tangan yang dicuri dari orang lain. Tidak boleh dipakai secara terbuka. Itu sama seperti tidak memiliki jam tangan sama sekali!”

Jadi Xiao An meletakkan jam tangan itu semula ke tempat asalnya. Malam itu sebelum tidur, semasa berdoa, Xiao An teringatkan kejadian hari ini dan merasa sangat malu. Dia menangis semasa berdoa kepada Tuhan, “Ya Tuhan! Xiao An telah melakukan kesalahan, tolong ampunilah saya. Engkau menginsafkan saya sehingga tidak melakukan kesalahan yang besar. Mulai hari ini, saya tidak akan lagi sebarangan mengambil barang milik orang lain. Tolong ampuni saya, ya Tuhan! Saya tidak akan mengulanginya lagi.”

 

Diskusi Masalah

  1. Mengapa Xiao An mencuri jam tangan Xiao Hua? Dia melihat teman-temannya memiliki jam tangan dan berasa iri hati serta dengki.Akhirnya memunculkan keinginan untuk mencuri.
  2. Setelah mencuri, Xiao An sangat gembira dan bangga tetapi mengapa akhirnya dia memasukkan kembali jam tangan itu ke dalam beg Xiao Hua? Tiba-tiba dia teringat akan perintah Tuhan – untuk tidak menjadi serakah. Tuhan tidak suka anak-anak yang serakah. Selain itu, tidak dapat memakai jam tangan hasil curian secara terbuka. Jika diketahui oleh guru, itu akan menjadi aib di depan semua orang dan teman-temannya akan memandang rendah padanya.
  3. Setelah mendengar kisah ini, apa perilaku baik Xiao An yang patut kita pelajari?
    1. Mengingat perkataan Tuhan dan memasukkan kembali jam tangan ke beg Xiao Hua.
    2. Berani mengakui kesalahan, meminta maaf, dan berdoa memohon pengampunan dari Tuhan.
  4. Terkadang dalam kehidupan sehari-hari, adakah anda tidak merasa cukup dengan apa yang anda miliki jika dibandingkan dengan orang lain? Anda berasa barang-barang yang dimiliki adalah kurang jika dibandingkan dengan orang lain? Misalnya, duit saku rakan anda lebih banyak daripada anda; beg, pen dan pakaian mereka lebih baik daripada milik anda. Jika ada perasaan ini, bagaimana mengatasinya? Jangan membandingkan diri dengan orang lain. Apa yang anda miliki sudah mencukupi. Jangan iri mengkagumi apa yang ada pada orang lain. Dengan begitu, kita akan hidup dengan lebih gembira setiap hari. Kita gembira selalu kerana mencukupkan diri dengan apa yang ada.