BAB 2 : TUHAN YANG MENGASIHI MANUSIA

Mesej Untuk Guru :

Guru yang dikasihi, dalam bab ini, kita mahu memberitahu kanak-kanak tentang tujuan Tuhan mencipta manusia pada mulanya, dan bagaimana Tuhan menjaga dan mengambil berat terhadap manusia. Oleh itu, terlebih dahulu kita harus membuat kanak-kanak faham bahawa pada mulanya kita serupa dengan Tuhan, kita dicipta menurut gambar Tuhan. Selanjutnya, kita membiarkan kanak-kanak memperhatikan Tuhan benar yang mahatinggi di syurga, bukan sahaja mencipta manusia, bahkan menyediakan segala makanan dan tempat tinggal bagi manusia, agar manusia dapat hidup dengan selesa.

     Akhir sekali, memberikan peringatan kepada kanak-kanak: Tuhan sangat menaruh kepercayaan dan memandang berat terhadap kita. Malahan Tuhan juga serahkan segala ciptaan-Nya di bumi ini untuk diuruskan manusia!  Perasaan Tuhan melihat manusia boleh diibaratkan manusia dengan semut. Semut sangat bijaksana, mereka mempunyai organisasi sendiri, berdisiplin, cekap, akan tetapi kita memandang rendah terhadap semut, hanya dengan jari kita dan tanpa belas kasihan kita memicit dan membunuh semut. Namun, Tuhan tidak memperlakukan sedemikian terhadap kita yang hina seperti semut, Dia bukan sahaja mendengar tangisan kita, juga memberi respon terhadap permohonan kita. Dia juga segera menyelamatkan kita ketika kita berada dalam bahaya. Hanya kerana Dia mengasihi kita. Oleh itu, betapa bahagianya kita yang ada Tuhan sebagai sandaran!


Nas Alkitab :
Kejadian 1:26 – Kejadian 2


Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
Supaya kanak-kanak memahami bahawa Tuhan sangat memandang berat terhadap manusia.


Ayat Hafalan :
 

Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah diciptakan-Nya dia. (Kejadian 1:27)


Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran : 

Bahan-bahan pelajaran tambahan.


Doa : 

Dalam Nama Tuhan Yesus berdoa. Tuhan Yesus yang dikasihi, terima kasih kerana Engkau telah menciptakan langit dan bumi untuk kami, juga mengaruniakan terang, udara, buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan juga pelbagai jenis haiwan kepada kami, supaya kami membesar dengan sihat. Oleh itu, tiap-tiap hari saya mahu berdoa, sentiasa bersyukur kepada-Mu. Haleluya, Amin.


Isi Pelajaran :

Pendahuluan 

Adik-adik, adakah kamu masih ingat cerita minggu yang lalu? Tuhan berfirman dengan mulut sahaja, maka jadilah terang, udara, lautan, gunung, daratan, rumput, pohon yang berbuah, matahari, bulan dan bintang-bintang. Wah, banyaknya benda-benda yang telah diciptakan dalam masa yang begitu singkat. Sebenarnya bukan sahaja benda-benda ini, hari ini Tuhan masih mempunyai ciptaan yang lebih besar, lebih hebat! Hari ini, cikgu akan membiarkan kamu melihat bagaimana rupa Tuhan! Adakah telinga kalian sudah bersedia? Mari kita bermula!


Tuhan Mencipta Burung-Burung Dan Ikan

Pada hari kelima, Tuhan melihat dalam laut tidak ada apa-apa selain air, maka berfirmanlah Tuhan kepada lautan: “Wujudkanlah makhluk-makhluk yang hidup!” Lalu jadilah ikan besar dan kecil yang berenang, udang, ketam, katak dan banyak makhluk yang hidup di dalam lautan dan sungai. Maka Tuhan melihat lalu berfirman: “Di bumi ada pohon-pohon, dalam lautan ada ikan, di udara juga ada … (Guru menunjukkan aksi burung berterbangan, biarkan kanak-kanak menjawab) yang suka menyanyi”, terbang ke sana sini. Maka jadilah banyak jenis burung yang bersayap dan bernyanyi sambil berterbangan di langit. Adik-adik, bolehkah kamu sebutkan apakah benda-benda yang boleh terbang? (Membiarkan kanak-kanak menyuarakan pendapat).

 

Tuhan Mencipta Binatang

Semasa ibu bapa membawa kamu melawat ke zoo, apakah haiwan yang dapat kamu lihat? (Membiarkan anak-anak menyuarakan pendapat). Betul! Semua binatang itu merupakan ciptaan Tuhan. Tuhan mencipta binatang besar seperti harimau, singa dan gajah. Tuhan juga mencipta binatang kecil yang boleh menjadi teman kita, seperti anak domba, anak kucing, anak anjing dan sebagainya. Tuhan juga telah mencipta pelbagai jenis serangga kecil seperti semut, kumbang tahi (beetle), kumbang kura-kura (ladybug), semua serangga ini dapat membawa kegirangan kepada kanak-kanak.


Tuhan Menciptakan Adam

Setelah Tuhan menciptakan langit bumi dan segala isinya, Dia ingin menciptakan seorang yang dapat mengendalikan dunia ini. Cuba kita fikirkan, betapa besarnya langit dan bumi, terdapat banyak sekali benda, bukankah ia sangat susah untuk dikendalikan? Bukankah orang ini harus sangat bijak dan berkebolehan? Akhirnya, Tuhan menggunakan debu tanah (hanya menggunakan tanah pula), mengikut gambar-Nya, mencipta satu orang tanah, kemudian Tuhan menghembuskan nafas ke dalam hidung orang tanah itu, kemudian hiduplah orang tanah itu, pandai bergerak sudah. 

Adakah kamu pandai membuat orang dari tanah liat? Adakah dia akan bergerak sekiranya kamu menghembuskan nafas ke dalam hidungnya? Tidak, kerana kita bukan Tuhan! Sebab Tuhan adalah yang Mahakuasa, membuat manusia itu menjadi makhluk yang hidup, betul? Manusia yang diperbuat dari debu tanah itu goyang-goyangkan tangannya, goyang-goyangkan kakinya, lalu melihat dirinya dan juga melihat Tuhan. Eh! Rupa saya sama dengan Tuhan! Adik-adik, inilah manusia pertama di dunia, iaitu nenek moyang kita “Adam”. Cuba kamu teka bagaimana rupa Tuhan? Ya, sama dengan rupa kita. Tuhan begitu mengasihi kita sehingga menciptakan kita menurut gambar-Nya, sebab Tuhan mahu segala ciptaan-Nya baik dan indah, itulah sebabnya kita mempunyai rupa Tuhan, adalah anak-anak Tuhan benar. Oleh itu, kita patut mendengar firman Tuhan dan jangan mendukakan hati-Nya, betul tak? 


Rumah Adam — Taman Eden

Setelah Tuhan menciptakan Adam, walaupun di bumi ada bunga, rumput dan pohon yang berbuah, namun Tuhan terlalu menyayangi Adam, lalu Tuhan menciptakan sebuah taman yang gembira iaitu “Taman Eden” sebagai tempat tinggal Adam, sebagai rumahnya. Tuhan juga telah menciptakan pelbagai jenis pohon buah-buahan agar buahnya dapat menjadi makanan Adam. Di dalam Taman Eden terdapat lagi empat sungai yang berkeliling, membuat Adam berasa selamat dan selesa. Adik-adik, adakah Tuhan melayan Adam dengan baik? Maka berfirmanlah Tuhan kepada Adam: “Adam, Aku serahkan Taman Eden ini kepada kamu untuk diusahakan dan dipelihara. Lihat, semua pohon dalam taman ini boleh kamu makan buahnya dengan bebas, kamu juga bertanggungjawab untuk memberi nama kepada burung-burung dan binatang, bagaimana kamu menamai makhluk itu, demikianlah nama makhluk itu.  (Rupa-rupanya, nama haiwan pada awal zaman itu diberikan oleh Adam). Tuhan berfirman lagi: “Hanya satu perkara yang mesti kamu ingat, pohon pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat itu, jangan kamu makan buahnya, kalau kamu memakannya, pastilah kamu mati. Mesti kamu ingat hal ini! Hal-hal yang lain, Aku serahkan segalanya kepadamu.” Justeru, Adam mendengar firman Tuhan dan mula mengusahakan Taman Eden.


Kesimpulan

Adik-adik, adakah kamu mendapati bahawa cerita pada hari ini adalah tentang Tuhan menjaga manusia, Tuhan menciptakan Taman Eden untuk Adam sebagai tempat tinggalnya, ada pohon-pohon yang menghasilkan buah-buahan untuk Adam makan, menjemput Adam untuk memberikan nama kepada semua makhluk hidup di dunia. Wah, Tuhan benar memang penuh kasih dan sangat teliti. Mengapakah Tuhan begitu baik terhadap manusia? (Biarkan anak-anak untuk memberikan pendapat). Oleh kerana Tuhan sangat mengasihi manusia, maka Dia menciptakan manusia seperti gambar-Nya. Tuhan berharap agar manusia mendengarkan firman-Nya dengan baik-baik di dalam Taman Eden, menjalani kehidupan yang bahagia dan gembira untuk selama-lamanya. Adik-adik, adakah kamu ingin tahu apa yang dilakukan oleh Adam di dalam Taman Eden? Cikgu akan menceritakan kisah tentang Adam pada minggu depan.  Ingat, awal sikit datang!