BAB 3 : ANAK YANG MENYUKAI KEBENARAN
Mesej Untuk Guru :
Kepada guru yang dikasihi, bab ini ialah satu bab yang fokus kepada penerangan ringkas tentang Tuhan Yesus yang mengejar kebenaran pada zaman kanak-kanak-Nya. Kemunculan bab ini adalah untuk menyerlahkan kesedaran diri dan sifat ilahi Yesus waktu Dia berumur dua belas tahun. Sememangnya, Dia luar biasa dari orang biasa. Yang paling penting ialah Tuhan Yesus ingin memperlihatkan kepada kita bahawa pengenalan Yesus terhadap kebenaran adalah juga hasil daripada usahanya untuk mengejar kebenaran. Walaupun Dia mempunyai hikmat dan kekuatan dari Tuhan, tetapi Tuhan pula membiarkan Yesus melalui semua jalan yang manusia harus tempuhi. Dia tidak cuai sesekali pun. Selain itu, Yesus juga telah memberi teladan kepada kita terutamanya mentaati ibu bapa-Nya. Oleh itu, Yesus yang datang dari Tuhan juga dapat berbuat demikian, maka kita juga harus mempelajari semangat belajar dan sikap pembawaan terhadap ibu bapa yang ada pada-Nya .
Nas Alkitab : Lukas 2: 39- 52
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
Mengenali bait suci ialah rumah Tuhan dan suka datang ke gereja.
Ayat Hafalan :
Dan Yesus semakin bertambah besar dan bertambah hikmat-Nya dan besar-Nya, dan semakin dikasihi oleh Allah dan manusia. (Lukas 2: 52)
Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran :
Mengumpul pelbagai gambar gereja.
Doa :
Dalam nama Tuhan Yesus berdoa, Bapa di syurga yang dikasihi, kami bersyukur kerana Engkau mengasihi kami. Kami mahu belajar seperti sewaktu Tuhan Yesus masih kecil yang suka pergi ke gereja untuk beribadah dan mendengar guru menyampaikan cerita kitab suci. Kami akan berusaha menjadi seorang anak yang suka berkebaktian. Haleluya, Amin.
Isi Pelajaran :
Adik-adik, masih ingatkah cerita yang cikgu sampaikan pada minggu lalu? Betul. Ada beberapa orang majus datang ke Betlehem untuk menyembah Tuhan Yesus sewaktu kecil. Kemudian, ada orang yang hendak membunuh Tuhan Yesus. Jadi ,adakah Tuhan Yesus telah dibunuh? Ya, sudah tentu tidak. Ini disebabkan Tuhan Yesus mengasihi, menolong dan menyelamatkan kita, maka Tuhan Yesus datang ke dunia ini dari syurga, Dia sama seperti seorang bayi yang semakin bertumbuh besar. Berapakah umur kamu sekarang? Adakah kamu sudah pandai berjalan, membaca buku, melukis, dan melakukan banyak perkara lagi? Apa lagi yang boleh anda lakukan ? Ya, kamu semua pandai-pandai. Dalam Cerita kita pada hari ini berkenaan dengan Tuhan Yesus yang mana Tuhan Yesus juga seperti budak-budak yang lain. Dari usia- Nya 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun, 4 tahun, dan sekarang. Dia telah berumur dua belas tahun. Semasa Tuhan Yesus berumur 12 tahun, pada suatu hari, ibu bapa membawa-Nya pergi ke bait suci. Selepas kebaktian, tiba-tiba Dia telah hilang. Apakah yang telah berlaku? Mari kita lihat.
Tuhan Yesus Pergi Ke Bait Suci
Ibu bapa Tuhan Yesus pergi ke Yerusalem pada Hari Raya Paskah setiap tahun iaitu beribadah kepada Tuhan (Hari raya bagi mengingati Tuhan memimpin orang Israel keluar dari Mesir). Ini sama seperti kita sekarang datang ke gereja berkebaktian. Tuhan Yesus yang berumur dua belas tahun berasa sangat gembira apabila mendengar mereka akan pergi ke Yerusalem untuk beribadah kepada Tuhan. Akhirnya, tibalah Hari Raya Paskah. Yesus, ibu bapa, saudara-mara dan kawan-kawan bersama-sama bertolak ke Yerusalem. Ini merupakan kali pertama Dia ke bait suci untuk beribadah kepada Tuhan, jadi Dia berasa sangat gembira. Rumah Tuhan Yesus sangat jauh dari bait suci. Ibu bapa Tuhan Yesus juga dengan khasnya memberitahu-Nya hal-hal yang harus diambil perhatian apabila tiba di bait suci. Bait suci pada waktu itu adalah sama seperti aula gereja kita untuk berkebaktian sekarang. Orang yang datang ke bait suci untuk beribadah kepada Tuhan sangatlah ramai. Ini adalah sama seperti orang yang datang berkebaktian pada hari sabat sekarang juga sangat ramai. Walaupun bilangan orang yang berkebaktian sangat ramai, namun kita semua mematuhi peraturan. Ini disebabkan bait suci ialah rumah Tuhan. Tiada orang bercakap dengan kuat;kanak-kanak juga berjalan dengan perlahan-lahan. Tiada orang berlari-lari ke sana sini.Ini adalah sama seperti kamu semua yang begitu dengar cakap duduk dalam gereja.
Yesus Mendengar Firman Dalam Bait Suci
Tuhan Yesus mendengar firman bersama ibu bapa-Nya di dalam bait suci.Mereka akan berkebaktian beberapa hari setiap kali mereka ke sana kerana mereka hanya dapat pergi ke bait suci sekali untuk suatu jangka masa yang panjang. Selepas beberapa hari, mereka akan pulang rumah. Orang ramai yang datang beribadah kepada Tuhan juga akan balik. Maka semua orang pun beredar dari bait suci dan bertolak pulang. Disebabkan terlalu ramai orang, maka seperti lazimnya, mereka akan membiarkan anak-anak dan wanita-wanita berjalan di depan. Manakala lelaki pula berjalan di belakang. Mereka menyangka Tuhan Yesus berjalan dalam kalangan orang ramai bersama-sama saudara-mara dan kawan-kawan.
Setelah berjalan sehari, ibu bapa Tuhan Yesus ingin melihat di manakah Tuhan Yesus. Lalu mereka mencari Tuhan Yesus di antara saudara-mara dan kawan-kawan di merata tempat. Mereka berteriak: “Yesus! Yesus! Di manakah Kamu?” Namun, adik-adik, Tuhan Yesus telah hilang! Mereka mencari Tuhan Yesus di merata tempat, tetapi tidak menemui-Nya. Tuhan Yesus telah pergi ke mana? Adakah Dia telah ditangkap oleh penjahat? Mari kita tolong fikirkan di manakah Tuhan Yesus berada? (kanak-kanak memberikan pendapat) Oleh Kerana mereka tidak dapat menemukan Tuhan Yesus di mana-mana pun, maka Yusuf dan Maria berpatah balik dan kembali menuju ke bait suci. Mereka berjalan sambil bertanya kepada orang lain. Akhirnya mereka sampai di bait suci. Sebaik saja Yusuf dan Maria melihat, bukankah orang itu yang duduk membaca kitab suci bersama-sama dengan banyak orang dewasa, mendengarkan kata-kata alim ulama sambil mengangkat tangan dan mengajukan pertanyaan kepada guru, ialah Tuhan Yesus? Orang dewasa yang mendengar kata-kata Yesus juga berasa hairan dan terkejut. Ini disebabkan Tuhan Yesus hanya berumur dua belas tahun dan Dia sangat cerdas dan dapat mengajukan banyak pertanyaan. Dia sangat fokus mendengar sambil mengajukan pertanyaan, maka Dia langsung tidak tahu ibu bapa-Nya asyik mencari-Nya dengan cemas.
Tuhan Yesus Mentaati Ibu Bapa
Setelah Yusuf dan Maria menemukan Tuhan Yesus, mereka berkata kepada-Nya: “Kami bersusah-payah mencari kamu dan juga sangat risau akan kamu.” Jawab Tuhan Yesus:“Ibu, Saya sangat suka mengkaji firman Tuhan bersama-sama alim ulama di sini.Betapa baiknya saya dapat mendengar firman Tuhan di sini.“ Tuhan Yesus sangat ingin tinggal di dalam bait suci untuk mendengar firman, tetapi Dia tahu ibu bapa akan mencari-Nya. Maka Dia mendengar cakap ibu bapa. Dia memberi salam jumpa lagi kepada alim ulama dalam bait suci dengan sopan dan pulang ke rumah bersama-sama ibu bapaNya. Dia mendengar cakap Yusuf dan Maria seperti dahulu, mentaati mereka, dan menjadi seorang penolong baik yang gembira. Dengan itu, semua orang sangat menyayangi-Nya, Tuhan benar di syurga juga menyayangi-Nya. Tuhan Yesus semakin tumbesar dan makin cerdas.
Rela Meneladani Tuhan Yesus
Adik-adik, setelah mendengar cerita anak kecil Tuhan Yesus; adakah kamu juga merasa Tuhan Yesus belajar bersungguh-sungguh semasa pelajaran yang disampaikan? Selain itu, Dia juga mengangkat tangan dan mengajukan pertanyaan kepada cikgu apabila ada pertanyaan. Dia bukan sahaja merupakan seorang pelajar baik yang cerdas. Dia juga merupakan anak baik yang mendengar cakap ibu bapa. Jadi Tuhan menyayangi-Nya, ibu bapa juga menyayangi-Nya, dan pak cik dan mak cik turut menyayangi-Nya. Apa yang cikgu perhatikan kamu semua juga sangat fokus mendengar cerita, maka, kamu juga sama seperti Tuhan Yesus, suka pergi ke gereja mendengar firman Tuhan dan cerita dalam kitab suci kan? Baik sekali. Cikgu percaya kamu juga rela menjadi seorang anak yang mendengar cakap. Mari kita sama-sama fikirkan, bagaimanakah mempelajari dari Tuhan Yesus sewaktu kecil? Apakah yang dilakukan oleh Tuhan Yesus dalam bait suci?
Bagaimana untuk mendengar cakap ibu bapa? (memimpin kanak-kanak memberikan pendapat) Ya, anak yang baik. Kalau begini, bukan sahaja ibu bapa akan menyayangi kamu, Tuhan di syurga juga akan menyayangi kamu, Dia akan membawa kamu bermain di syurga pada waktu kelak. Pada minggu hadapan, cikgu akan menyampaikan cerita Tuhan Yesus yang bertumbuh besar menjadi orang dewasa. Oleh kerana Dia fokus mendengar firman Tuhan, maka kekuatan Tuhan menyertai-Nya dan Dia mula melakukan tanda mujizat. Pada minggu hadapan, kita akan melihat Tuhan Yesus melakukan tanda mujizat. Jadi, jangan kamu lewat datang ya.
Pendahuluan :
Adik-adik, Yesus semakin bertumbuh beasr. Dia suka pergi ke gereja menghadiri kebaktian dan mendengar firman Tuhan. Zaman Tuhan Yesus waktu itu tidak sama dengan sekarang yang senang dapat pergi ke gereja.Mereka harus menempuh jalan yang jauh baru sampai di bait suci. Kita haruslah belajar daripada Tuhan Yesus, suka datang ke gereja dan menjadi seorang anak baik yang mentaati Tuhan dan ibu bapa. Adik-adik, tahukah ada berapa jenis pengangkutan yang boleh kita gunakan untuk pergi ke gereja dari rumah? Kamu selalunya menggunakan apa jenis pengangkutan? Dalam perjalanan ke gereja, apakah yang kamu dapat lihat?
Sesi Aktiviti 1 : Gembira Pergi Ke Gereja
- Objektif : Kanak-kanak dapat menyatakan pemandangan dalam perjalanan ke gereja dan memupuk daya pemerhatian.
- Bahan : Sebuah peta untuk setiap kanak-kanak, gambar rajah, gunting, gam, krayon.
- Isi Kandungan :
- Meminta setiap kanak-kanak mengatakan siapakah yang pergi ke gereja bersama-sama mereka ? Bagaimana mereka pergi ke gereja?
- Apakah benda (pemandangan) yang dapat dilihat dalam perjalanan dari rumah ke gereja?
- Guru mengeluarkan peta. Guru memberikan petunjuk tentang benda yang mungkin dapat dilihat semasa pergi ke gereja dari rumah.
- Guru mengeluarkan gambar rajah. Menguntingkan dan melekatkan gambar tersebut (benda yang dilihat dalam perjalanan pergi ke gereja) di atas peta itu.
Sesi Aktiviti 2 : Mencari Tuhan Yesus sewaktu kecil
- Objektif : Memupuk kesedaran, daya membezakan, daya pemerhatian, dan daya fokus.
- Bahan : Dua keping gambar
- Isi Kandungan : Mencari Tuhan Yesus dalam gambar tersebut dan memberikan pengenalan ringkas akan apa yang Yesus sedang lakukan.