Nas Alkitab : Injil Lukas 2 : 39 – 52
Ayat Bacaan : 1 Timotius 4 : 8 – 9
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
- Mengetahui bahawa Bait Suci adalah rumah Tuhan.
- Hendaklah beriman dan percaya akan janji Tuhan: ketika pergi ke gereja mestilah mempunyai sikap soleh.
Ayat Hafalan :
Latihan badani terbatas gunanya, tetapi ibadah itu berguna dalam segala hal, karena mengandung janji, baik untuk hidup ini maupun untuk hidup yang akan datang. (1Tim 4:8)
Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran
- Guru mengumpulkan foto adik-adik ketika mereka masih kecil (guru boleh meminta ibu bapa untuk membawanya) dan foto guru ketika waktu kecil dan sesudah dewasa. Jika adik-adik tidak ada foto ketika kecil, guru boleh menyediakan sebarang gambar bayi.
- Benda maujud seperti tukul, gergaji, paku.
Doa :
Dalam nama Tuhan Yesus kami berdoa. Syukur kepada Tuhan, kerana sekali lagi telah melindungi kami selama seminggu. Hari ini kami datang menghadiri kelas pendidikan kanak-kanak. Kami mesti mendengar cerita dengan bersungguh-sungguh, belajar tentang Tuhan Yesus, dan menjadi anak baik yang suka menghadiri kelas pendidikan dan mentaati ibu bapa. Haleluya. Amin.
Isi Pelajaran :
Di sini, cikgu mempunyai sekeping gambar bayi. Cuba teka siapa ni? Ini adalah gambar ______ (sebut nama adik di dalam kelas) ketika dia masih kecil. (Ambil gambar yang lain.) Ini adalah gambar cikgu ______ ketika dia masih muda. (Tukar gambar lain.) Ini adalah foto cikgu _______ sesudah dewasa. Kita sedang bertumbuh besar secara berterusan. Bayi Yesus yang kita ceritakan minggu lalu juga membesar dengan perlahan dan telah menjadi budak lelaki.
Yesus adalah Penolong yang Baik
Adik-adik, ada sesiapa yang tahu apakah pekerjaan bapa Yesus? (Seorang tukang kayu), boleh jemput adik-adik yang pernah melihat tukang kayu bekerja untuk menerangkan kerja seorang tukang kayu. Kanak-kanak, Yesus semakin membesar dari hari ke hari, dia sudah mengerti cara menolong ibu bapanya membuat kerja rumah. Bapa Yesus, Yusuf seorang tukang kayu. Dia boleh menggunakan gergaji, tukul dan alat-alat lain untuk membuat pelbagai jenis peralatan seharian seperti meja, kerusi, katil, almari pakaian dan sebagainya. (guru boleh sambil berbicara, sambil menunjukkan cara penggunaan tukul dan gergaji). Yesus sering menolong bapanya mengemas alat-alat kembali ke dalam peti peralatan, menyusun papan dengan kemas dan membersihkan habuk papan di lantai. Kedua-dua Yusuf dan Maria berkata: “Yesus adalah seorang yang gemar membantu dan juga seorang anak baik yang menghormati orang tuanya.”
Pada waktu petang setelah Yusuf dan Maria selesai bekerja, mereka akan menceritakan kisah-kisah alkitab kepada Yesus. Yesus serius dan suka mendengarkan kisah-kisah Tuhan sama seperti kanak-kanak zaman ini. Setelah mendengarkan kisah, dia akan berdoa bersama-sama ibu bapanya sebelum tidur.
Yesus pergi ke Bait Suci
Ketika Yesus berusia dua belas tahun, iaitu semasa dia seumur abang kakak yang berada di darjah enam, suatu hari Yusuf dan Maria memberitahunya bahawa mereka akan pergi ke Bait Suci di Yerusalem untuk beribadah kepada Tuhan, sama seperti kita yang datang berkebaktian sekarang. Mendengarkan berita ini, dia berasa sangat gembira lalu membantu ibu bapanya menyediakan pakaian dan makanan yang hendak dibawa, mengenakan pakaian mereka yang paling indah, dan berangkat ke Yerusalem.
Ini adalah kali pertama Yesus datang ke Bait Suci. Dari jauh lagi, mereka dapat melihat atap Bait Suci yang berwarna emas dan berkilau-kilauan. Ketika mereka memasuki Bait Suci, mereka melihat dinding dan tiang juga berwarna keemasan. Malahan terukir banyak gambar pada permukaannya. Wah! Cantik sekali.
Terdapat ramai orang yang datang ke Bait Suci untuk menyembah kepada Tuhan, tetapi setiap orang yang datang ke Bait Suci sangat berdisiplin. Ini disebabkan kerana Bait Suci adalah rumah Tuhan, jadi tiada yang bercakap dengan kuat, kanak-kanak juga berjalan dengan senyap dan perlahan. Tidak ada yang berlari ke sana sini.
Yesus yang muda sedang mendengar Khotbah di Bait Suci
Yesus dan ibu bapanya mendengarkan kebenaran di dalam Bait Suci. Setelah beberapa hari, mereka perlu pulang ke rumah. Terdapat ramai orang yang datang untuk menyembah Tuhan juga bersedia pulang ke tempat masing-masing. Yusuf dan Maria menyangka bahawa Yesus berada di antara rakan-rakannya. Tetapi setelah berjalan selama satu hari, mereka tidak menemukan Yesus. Mereka sangat cemas kerana tidak dapat juga menemukannya di antara saudara-mara mereka. Akhirnya mereka terpaksa kembali ke Bait Suci untuk mencarinya.
Adik-adik adakah anda tahu apa yang Yesus sedang lakukan di dalam Bait Suci? Adakah dia leka bermain dengan kanak-kanak lain di dalam Bait Suci? Di Bait Suci, Yesus bukan sedang bermain atau menangis ingin mencari ibu bapanya. Cuba anda fikir, apakah yang Yesus sedang lakukan di dalam Bait Suci? (Biarkan adik-adik menyuarakannya.) Ternyata Yesus dan ramai orang dewasa sedang membincangkan ajaran kitab suci di dalam Bait Suci. Dia tidak tahu bahawa ibu bapanya sedang mencarinya sepanjang masa tersebut. Yesus adalah anak Tuhan, bukannya anak yang biasa. Oleh itu dia mengerti lagi banyak kebenaran Tuhan berbanding dengan orang-orang dewasa tersebut. Tetapi Yesus tetap sambil mendengarkan mereka dan sambil mengajukan pertanyaan-pertanyaan kepada mereka, dan dengan sopan sekali menjalankan perbincangan dengan semua orang. Orang-orang dewasa berasa hairan, Anak siapakah ini? sungguh bijak!
Yusuf dan Maria menemukan Yesus dan berkata kepada Yesus: “dengan sedih kami mencari kamu!” Yesus menjawab: “Ibu, ini juga rumah saya! Saya sedang mendengarkan firman Tuhan di sini.” Adik-adik, mengapakah Yesus berkata bahawa Bait Suci adalah rumahnya? (Biarkan adik-adik menjawab.) Ya betul! Kerana dia adalah anak Tuhan, Bait Suci juga adalah rumah-Nya. Yesus mengucapkan selamat tinggal kepada guru-guru di dalam Bait Suci dengan penuh kesopanan lalu pulang ke rumah bersama ibu bapanya. Sama seperti sebelumnya, Yesus mendengarkan kata-kata ibu bapanya dan menjadi seorang penolong yang gembira dan baik. Oleh itu setiap orang sangat menyukainya. Tuhan yang benar di syurga juga menyukainya. Makin Yesus bertumbuh membesar, makin bertumbuh hikmat-Nya.
Sikap Soleh yang Perlu Ada Sewaktu Di Gereja
Adik-adik, sekarang kita datang ke rumah ibadat untuk berkebaktian, ianya bagaikan orang-orang yang menyembah Tuhan di Bait Suci pada zaman dahulu. Apakah yang harus kita lakukan? (Biarkan adik-adik menyatakan dan tuliskan pendapat mereka di papan putih.) Ya! kita juga harus mematuhi peraturan dengan berjalan perlahan-lahan, bercakap dengan suara rendah, jangan berlari ke sana sini sesuka hati, kerana gereja adalah rumah siapa? Ya! Ia adalah rumah Tuhan. Tuhan yang benar suka pada budak yang bersopan-santun dan mendengar cakap, Dia telah memberikan dua janji kepada kita, anak yang baik dalam kitab suci.
Mari kita membaca bersama-sama dalam 1 Timotius fasal 4 ayat 8 dan 9. Bagus! Cikgu suka mendengar adik-adik membaca kitab suci. Bacakan sekali lagi untuk cikgu. Syukur pada Tuhan, adik-adik membacanya dengan baik sekali. Kedua-dua ayat ini memberitahu kita harus menghormati Tuhan, bersikap sopan. Dengan itu, bukan sahaja kita akan diberkati oleh Tuhan sekarang, malah kita juga dapat masuk ke syurga di masa depan. Adik-adik, adakah kamu rela menjadi anak yang soleh?
Sesi Aktiviti :
- Nama aktiviti : Penolong Yang Baik
- Matlamat aktiviti :
- Supaya adik-adik mencontohi Tuhan Yesus untuk menjadi penolong yang baik bagi Tuhan dan ibu bapa mereka.
- Persiapan sebelum aktiviti : pensel warna, pensel, pemadam
- Kandungan aktiviti :
- Tanyakan kepada adik-adik: tahukah mereka bagaimana Tuhan Yesus telah membantu ibu bapa-Nya dan bagaimana Dia bekerja untuk Tuhan? Adakah dia penolong yang baik untuk orang tuanya? Adakah dia penolong yang baik bagi Tuhan? Patutkah kita belajar daripada-Nya?
- Tanyakan kepada adik-adik: apa yang harus dilakukan untuk menjadi seorang penolong yang baik bagi Tuhan dan ibu bapa mereka?
- Tuliskan jawapan adik-adik di papan putih lalu jelaskan satu persatu, minta mereka mengangkat tangan jika mereka dapat melakukannya.