BAB 3 : KITA TETAP SAUDARA UNTUK SELAMANYA
Nas Alkitab : Kejadian 42-46:12
Ayat Bacaan : Efesus 4:31-32
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
- Yusuf memaafkan abang-abangnya kerana kasih.
- Rela menjadi anak Tuhan yang baik; memaafkan kesilapan orang lain.
Ayat Hafalan :
Kasihilah musuhmu, berbuatlah baik kepada orang yang membenci kamu. (Lukas 6:27)
Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran :
- Tuliskan persoalan-persoalan berikut di papan hitam kecil atau di kertas kecil.
- Jika orang lain berbuat salah terhadap aku, aku akan bergaduh dengannya.
- Aku tidak akan menyalahi orang lain dengan sembarangan.
- Orang yang memaafkan orang lain barulah dikatakan anak Tuhan yang baik.
- Pendapat akulah yang terbaik, aku tidak rela menerima pendapat orang lain.
- Jika kita bersalah terhadap orang lain, kita haruslah mengucapkan “minta maaf ” kepadanya.
- Gambar-gambar pengajaran dan pembelajaran. (Gambar yang berkaitan disediakan oleh guru.)
Doa :
Dalam nama Tuhan Yesus berdoa. Tuhan yang dikasihi, kami bersyukur kepada-Mu kerana Engkau mengaruniakan kasih kepada kami, sehinggakan apabila orang lain meminta maaf dengan kami, kami memaafkan kesalahan orang tersebut. Kami rela berusaha belajar menjadi anak-anak-Mu yang baik, mendengar firman-Mu, hormat dan taat kepada ibu bapa, supaya kami dapat menerima berkat yang Engkau janjikan kepada kami. Haleluya. Amin.
Isi Pelajaran :
Adik-adik, kita tahu bahawa Yusuf sangat mendengar cakap ibu bapanya sejak dia kecil lagi. Dia juga sentiasa berdoa, oleh kerana itu Tuhan dan bapanya sayang kepadanya. Apabila Yusuf memakai jubah maha indah yang dihadiahi oleh bapanya semasa pergi melihat abang-abang dan kambing domba, abang-abangnya telah menjualnya kepada orang yang lewat dari situ. Abang-abang Yusuf membawa jubah maha indah Yusuf balik ke rumah dan menipu bapa mereka bahawa Yusuf telah dimakan binatang buas. Hal ini sangat menyedihkan bapa mereka dan menyebabkan bapanya menangis selama beberapa hari demi Yusuf. Adik-adik, adakah perbuatan abang-abang Yusuf ini betul? (Tidak betul). Sangat baik, kamu memang bijak.
Yusuf telah dijual oleh abang-abangnya ke Tanah Mesir yang jauh semasa dia berumur 17 tahun. Walaupun dia dipenjarakan di Mesir, tapi dia masih sentiasa berdoa, bersandar kepada Tuhan yang benar dan tidak melakukan kejahatan. Kemudian hari, dia mentafsirkan erti mimpi raja dan sebagai tanda terima kasih kepada Yusuf, raja melantik Yusuf menjadi mangkubumi atas Mesir, seluruh rakyat Mesir perlu taat kepada kata-kata Yusuf.
Kampung Halaman Yusuf Mengalami Kelaparan
Setelah Yusuf menjadi pembantu raja yang baik, Tanah Mesir mengeluarkan hasil yang berkelimpahan selama tujuh tahun. Tanah itu ditanam dengan jagung, gandum, ubi manis, kacang tanah, pohon-pohon juga menghasilkan buah-buahan yang banyak. Tujuh tahun yang seterusnya, hujan tidak diturunkan. Di mana-mana pun tiada air, semua tanaman di ladang telah mati, tidak ada jagung, tidak ada gandum, tidak ada ubi manis, tidak ada kacang tanah dan tidak ada hasil buah-buahan di atas pokok, ramai orang tidak ada makanan dan terpaksa menderita dalam kelaparan, sungguh kasihan sekali!
Oleh kerana Yusuf sentiasa berdoa untuk memohon Tuhan membantunya, maka Yusuf seorang yang berakal budi dan bijaksana. Sebelum hujan berhenti diturunkan, dia telah menyuruh orang membina banyak gudang lumbung untuk menyimpan semua makanan yang boleh disimpan lama dan yang tidak mudah rosak. Dengan itu, walaupun lama hujan tidak diturunkan, orang Mesir masih ada makanan dan tidak akan mati kelaparan. Walaupun orang di Mesir ada wang, tetapi mereka tidak boleh sembarangan membeli makanan, mereka mesti mendapatkan keizinan daripada Yusuf barulah mereka boleh membeli makanan untuk dimakan.
Apabila Mesir tidak ada tepung gandum untuk membuat roti, tempat tinggal bapa dan abang-abang Yusuf juga sama, tidak ada tepung gandum untuk membuat roti. Bapa berkata kepada abang-abang : “Telah kudengar, di Mesir yang sangat jauh itu ada gandum, bawalah wang ke sana dan belilah gandum di sana, kalau tidak, kita semua akan mati kelaparan.”
Abang-abang ke Mesir Membeli Makanan
Setelah sepuluh orang abang Yusuf mendengar kata-kata bapa mereka, maka bertolaklah mereka dengan membawa wang pergi ke Mesir yang sangat jauh untuk membeli makanan. Adik kecil Benyamin tinggal di rumah untuk menemani bapa.
Sesudah mereka sampai di Mesir, barulah mereka mengetahui bahawa hanya di tempat mangkubumi raja sahaja baru mereka akan dapat membeli makanan. Dengan itu, mereka membawa wang ke tempat mangkubumi raja, mereka tidak tahu bahawa mangkubumi tersebut merupakan Yusuf. Semasa abang-abangnya memberi tabik hormat kepada Yusuf, Yusuf telah dapat mengecam bahawa sepuluh orang ini adalah abang-abangnya. Adik-adik, apakah kamu teringat akan mimpi Yusuf, iaitu cerita tentang dia dan abang-abangnya mengikat berkas-berkas gandum di ladang? Sekarang, benar-benar abang-abang Yusuf memberi tabik hormat kepada Yusuf. Mengapakah abang-abang memberi tabik hormat kepada Yusuf? (Kanak-kanak memberi pendapat secara bebas). Ya, betul! Untuk menunjukkan mereka hormat kepadanya. Sama seperti adik-adik memberi tabik hormat kepada cikgu semasa berjumpa dengan cikgu. Yusuf berpura-pura tidak mengenali mereka dan berkata kepada mereka: “Dari mana kamu? Apa tujuan kamu datang ke sini? Adakah kamu datang untuk membuat kejahatan?” (Dengan suara yang rendah dan tegas). Tubuh abang-abangnya menggigil kerana ketakutan lalu berkata : “Kami bersaudara, ada seorang adik bongsu lagi tidak datang, kami datang bukan untuk berbuat jahat melainkan mahu membeli makanan.”
Yusuf ingin tahu sama ada abang-abangnya mendengar cakap bapa di rumah, dan sama ada mereka mengasihi adik bongsu, Benyamin seperti mana Tuhan mengasihi kita? Maka dia sengaja memasukkan mereka ke dalam rumah tahanan selama tiga hari. Kemudian Yusuf terdengar kata-kata abang sulungnya kepada abang-abang yang lain : “Semua ini adalah sebab kamu tidak mendengar cakap, bukankah dahulu aku kata jangan kamu berbuat jahat, janganlah kamu berbuat jahat terhadap adik, tetapi kamu tidak mendengar perkataanku. Lihatlah sekarang, apakah yang boleh kita buat?”
Yusuf berasa gembira kerana mendapati abang-abangnya telah menjadi abang yang baik, akhirnya dia hanya meminta abang keduanya tinggal di situ, manakala abang-abang yang lain disuruhnya cepat-cepat bawa barang-barang yang diberi oleh Yusuf balik ke rumah supaya bapa dan orang-orang di rumah dapat makan. Yusuf memesan kepada mereka supaya membawa adik bongsu, Benyamin datang bersama ketika mereka datang lagi, sebab Yusuf sangat rindu akan adik bongsunya, dia teringin sekali melihat adiknya.
Kali Kedua Abang-abang Ke Mesir
Tidak lama kemudian, makanan yang dibawa dari Mesir telah habis dimakan. Abang-abang terpaksa kembali ke Mesir untuk membeli makanan. Kali ini, mereka mesti membawa bersama adik bongsu mereka, Benyamin, kerana mangkubumi raja telah meminta mereka buat demikian. Namun bapa tidak membenarkan adik bongsu pergi ke Mesir, sebab dia takut adik bongsu tidak akan balik ke rumah selepas pergi ke sana sama seperti apa yang terjadi pada Yusuf. Tetapi, sekiranya adik bongsu tidak ikut pergi, mangkubumi raja tidak akan menjual makanan kepada mereka. Akhirnya disebabkan tiada lagi cara lain, dengan hati yang sedih, bapa terpaksa mengizinkan adik bongsu ikut pergi ke Mesir bersama abang-abang.
Lalu, abang-abang membawa adik bongsu, Benyamin pergi ke Mesir mengunjungi mangkubumi Yusuf. Yusuf berasa sangat gembira dan juga sedih semasa melihat adiknya, dia berpura-pura tidak mengenalnya, dan bertanya kepada abang-abang : “Apa khabar bapamu? Badan masih sihatkah? Inikah adikmu yang telah kamu sebut-sebut kepadaku?” Yusuf berkata kepada adiknya : “Apa khabar adik? Kiranya Tuhan membantu engkau menjadi anak yang baik.” Ketika Yusuf memandang adiknya, dia tidak dapat menahan hatinya lagi dan mahu menangis, namun masa itu dia belum mahu abang-abang dan adiknya tahu siapakah dirinya, lalu dia masuk ke dalam biliknya dan menangis di situ.
Selepas Yusuf menghidangkan makanan kepada abang-abang dan adiknya, mereka dibenarkan pulang dengan membawa banyak makanan. Dalam pertengahan jalan, Yusuf sengaja menyuruh mereka kembali dengan alasan adik bongsu mereka telah mencuri piala peraknya, dan mahu mereka tinggalkan adik dan pulang. Abang-abangnya berasa sangat sedih, dan berkata jika adik tidak balik bersama, bapa pasti sangat susah hati, oleh kerana mereka juga tidak mahu pulang jika adik bongsu mereka tidak pulang bersama, mereka mahu menemani adik bongsu melakukan kerja berat di Mesir.
Yusuf Memperkenalkan Dirinya Kepada Abang-abangnya
Yusuf sangat gembira kerana mengetahui bahawa abang-abangnya sangat menyayangi adik bongsu. Dia tidak dapat bertahan lagi lalu menangis dengan suara yang kuat. Abang-abangnya berasa sangat hairan mengapa mangkubumi ini menangis demikian? Yusuf mengelap air matanya dan berkata : “Akulah Yusuf, kamu tidak kenal aku?” Abang-abangnya tidak tersangka mangkubumi ini ialah Yusuf, mereka semua berdiri terpaku dan tidak dapat menjawab apa-apa.
Yusuf Memaafkan Abang-abangnya
Abang-abang berasa sangat takut, mereka berfikir : “Ah, celakalah kita kerana menjual Yusuf, adakah dia masih marah akan kita?” Yusuf tahu bahawa abang-abangnya berasa takut, disuruhnya mereka mendekatinya lalu berkata : “Janganlah takut, kita tetap bersaudara, sebab Tuhan mengasihi kita, maka Dia mengatur supaya kamu menjual aku ke Mesir. Tuhan tahu bahawa selepas saya menjadi mangkubumi raja, barulah dapat membantu semua orang. Segeralah kamu bawa bapa dan semua orang dalam keluarga datang tinggal di sini, sebab merata-rata tempat akan kekurangan air dan tidak ada makanan untuk lima tahun lagi, Mesir sahaja yang ada makanan dalam lima tahun ini.”
Yusuf berjabat tangan dengan setiap abangnya dan berbual-bual dengan mereka dalam suasana yang mesra. Abang-abangnya berasa sangat gembira kerana adik mereka, Yusuf yang baik hati telah memaafkan mereka, mereka berfikir : “Tuhan mengasihi aku, adik juga mengasihi aku, mulai sekarang aku juga mahu mengasihi orang lain.”
Dapat Memaafkan Kesalahan Orang Lain
Yusuf yang baik hati tidak menjadi sombong kerana telah menjadi mangkubumi raja. Sebab Yusuf tahu bahawa Tuhan mengasihi aku, bapa juga mengasihi aku, oleh itu aku juga harus mengasihi orang lain. Adik-adik, Tuhan mengasihi kita, ibu bapa juga mengasihi kita, oleh itu kita juga harus mengasihi orang lain. Di sini cikgu berikan beberapa soalan, kita sama-sama fikirkan, sama ada kata-kata ini betul atau tidak? (Kemukakan soalan satu persatu, cikgu bacakan soalan kemudian dibincangkan bersama, mengapa? Mengapa salah?)
Sesi Aktiviti :
- Nama aktiviti: Mari, Kita Bersama
- Objektif aktiviti: Supaya murid dapat menghafal perkataan Tuhan dalam hati.
- Persediaan sebelum aktiviti: Buku teks murid, pen, kertas kulit buku (kertas yang tebal), gam, hadiah (contoh:gula-gula…)
- Isi kandungan aktiviti:
- Pendahuluan
Adik-adik, setiap Sabtu (atau Ahad) kita datang menghadiri kelas kanak-kanak dan telah mendengar banyak cerita tentang Daud, Yusuf dan banyak lagi. Adakah kamu masih ingat firman Tuhan?
-
- Keadaan statik:
- Memikirkan firman Tuhan bersama-sama, minta adik-adik menulis perkataan yang sesuai di tempat yang kosong. Kalau tak pandai tulis, lukis pun boleh.
- Bersama-sama membaca sampai jadi mahir.
- Keadaan dinamik: Pertandingan melekatkan ayat suci
- Guru sediakan kertas kulit buku (kertas tebal) yang ditulis dengan ayat hafalan.
- Guru sediakan ayat hafalan yang sama, potong ayat hafalan satu perkataan demi satu perkataan dan lipatkan kertas itu.
- Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan mengikut bilangan murid. (contoh: 5-6 orang satu kumpulan, kebolehan adik-adik perlulah sama rata)
- Cara pertandingan:
- Lekatkan ayat hafalan setiap kumpulan di papan tulis, potongan perkataan dan gam disediakan di depan.
- Apabila pertandingan bermula, setiap kumpulan hantar seorang datang ke depan untuk mengambil satu potongan perkataan kemudian lekatkan perkataan di bawah ayat hafalan mengikut susunan perkataan yang sesuai. Selepas lekat, kembali ke kumpulan masing-masing dan berbaris di belakang, orang yang kedua akan mengulang aksi peserta pertama…
- Kumpulan yang paling cepat menyelesaikan susunan ayat dan lekatkan potongan perkataan dengan paling kemas akan menjadi pemenang, hadiah diberi sebagai satu galakan.
- Keadaan statik: