BAB 4 : YESUS MENYEMBUHKAN BUDAK LELAKI
Mesej Untuk Guru :
Kepada guru yang dikasihi, bab ini menceritakan tentang peristiwa Tuhan Yesus menyembuhkan orang sakit. Kita telah mendengar banyak kesaksian yang sedemikian. Ada juga yang mungkin pernah berlaku di atas diri sendiri atau kanak-kanak. Jika masa mengizinkan, kita boleh meminta kanak-kanak untuk menyampaikan kesaksian seperti penyakit disembuhkan yang mana pernah dialaminya dalam kehidupan atau guru sendiri menyampaikan kesaksian peribadi agar murid-murid lebih memahami bahawa Tuhan itu maha ada dan juga merupakan Tuhan pengasih. Asalkan kita percaya dan bersandar kepada-Nya dan belajar menyerahkah segalanya kepada Tuhan, maka Dia pasti akan membantu kita. Kita dapat melihat iman yang luar biasa pada pengawai istana dalam bab ini.
Dengan itu , dia percaya akan kata-kata Yesus lalu pulang dengan tenang walaupun Yesus tidak datang ke rumahnya, tidak menjamah anaknya dan juga tidak melihat anaknya hidup sebaik saja Yesus berkata kepadanya. Betapa besar imannya ini. Cuba kita fikirkan, jika orang itu ialah kita, adakah kita mempunyai iman seperti itu? Kita haruslah memberitahu kanak-kanak bahawa Tuhan itu maha boleh dan Tuhan ialah doktor yang paling agung. Maka kita haruslah meneladani iman pengawai istana itu kerana kitab suci mencatatkan : “Iman adalah dasar dari segala sesuatu yang kita harapkan dan bukti dari segala sesuatu yang tidak kita lihat”, percayalah dan kamu akan menerimanya.
Nas Alkitab : Yohanes 4: 46-53
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
Memahami asalkan ada iman, Tuhan pasti akan menyelamat dan membantu kita.
Ayat Hafalan :
Kerana begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal. (Yohanes 3: 16)
Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran :
Sepasang cermin mata, satu pelitup muka, satu picagari yang baru (boleh beli di farmasi), ubat-ubatan yang sering digunakan dan beg plastik ziplock perubatan (barang yang dikenali oleh kanak-kanak), corong dengar, kain pembalut atau gunting dan lain-lain. (apa-apa barang yang boleh digunakan untuk berlakon menjadi doktor atau barang keperluan doktor)
Doa :
Dalam nama Tuhan Yesus berdoa, syukur kepada Tuhan Yesus kerana Engkau selalu menjaga kami agar kami sihat. Kami memuji-Mu dengan mulutku dan berdoa kepada-Mu. Mohon Engkau meneguhkan iman kami agar kami tahu untuk memohon penyembuhan dari-Mu ketika jatuh sakit. Haleluya, Amin.
Isi Pelajaran:
(Guru memakai bahan yang telah disediakan sebelum kelas dan berlakon seperti doktor yang sedang menyembuhkan pesakit, untuk menarik perhatian kanak-kanak) Adik-adik, cuba kamu lihat perawakan cikgu , cikgu menyerupai apa? Betul, cikgu seperti seorang doktor. Bilakah ibu bapa akan membawa kita pergi berjumpa dengan doktor? Ya, setelah doktor memeriksa pesakit, doktor akan memberi pesakit ubat-ubatan untuk dimakan atau disapu. Ada kalanya doktor meminta jururawat memberi suntikan kepada pesakit. Ibu bapa juga akan bantu doa untuk kita memohon Tuhan Yesus menjaga agar kita cepat sembuh. (Meminta kanak-kanak mengongsikan pengalaman berjumpa dengan doktor) Pada hari ini , Cikgu akan menyampaikan sebuah cerita tentang seorang doktor yang agung. Dalam cerita ini, ada seorang adik telah menghidapi penyakit yang sangat tenat dan dia tidak dapat pergi berjumpa dengan doktor. Jadi bagaimana? Mari kita segera mendengar cerita hari ini.
Anak Pegawai Istana Sakit
Di Galiliea ada sebuah kota dinamai Kapernaum. Di situ ada sebuah rumah yang sangat cantik. Seorang pegawai istana yang bekerja di istana tinggal di rumah ini bersama isteri, anak dan hambanya. Pada suatu hari, anaknya jatuh sakit dan tenat sekali keadaannya. Dia demam panas dan beberapa hari tidak makan. Dia hanya tidur dengan separa sedar dan hampir meninggal dunia. Ibunya sangat cemas dan ayahnya juga sangat sedih. Namun mereka tidak tahu apa yang harus mereka lakukan supaya penyakit anaknya disembuhkan.
Pegawai Istana Mencari Tuhan Yesus
Pada waktu itu, kebetulan Tuhan Yesus datang ke Kana di Galilea untuk menyampaikan firman kepada orang ramai. Ketika pegawai istana ini mendengar bahawa Tuhan Yesus telah datang ke Galilea, maka dia pun segera pergi mencari Tuhan Yesus. Tempat tinggal mereka (Kapernaum) berjauhan dengan Kana. Pegawai istana bergegas ke Kana. Ketika dia melihat Tuhan Yesus, dia terus sujud dan berkata kepada Tuhan Yesus: “Ya Tuhan Yesus, Anakku hampir mati. Mohon Engkau segera datang ke rumahku menyembuhkannya. “
Pegawai Istana Sangat Beriman
Tetapi Tuhan Yesus sedang sibuk menyampaikan firman. Dia memberitahu semua orang supaya beriman, barulah penyakit akan disembuhkan. Namun , selalunya kita semua berharap dapat melihat Tuhan Yesus sendiri yang menyembuhkan orang sakit dengan mata kita sendiri. Yesus sibuk menyampaikan firman tentang “harus beriman” kepada mereka, jadi mana ada masa lagi ke rumahnya? Pegawai istana sangat cemas. Dia berfikir: “Jika Tuhan Yesus masih tidak pergi ke rumah saya, tidak sempat lagi dan anakku akan mati.” Maka dia dengan cemasnya berkata lagi kepada Tuhan Yesus: “Ya Tuhan Yesus, anakku hampir mati. Sila pergi segera ke rumahku untuk menyelamatkan anakku” Kata Yesus kepadanya: “Pergilah dengan aman tenteram, anakmu hidup dan telah sembuh!” Adik-adik, jika kamu ialah bapa kepada anak itu, percayakah kamu akan kata-kata ini? Ya, mungkin tidak terlalu percaya. Namun pegawai istana in sangat beriman dan dia percaya akan kata-kata Tuhan Yesus. Maka dia pulang dengan segera. Tahukah tidak? Begitu ajaib sekali.
Ketika pegawai istana ini masih di tengah jalan, dia melihat hamba-hambanya datang kepadanya sambil senyum dan berkata: “Ya tuan, saya ingin memberitahumu satu berita yang baik, iaitu anak tuan telah sembuh.” Pegawai istana bertanya kepada mereka pukul berapa anak itu telah sembuh. Jawab mereka: “Petang pukul satu kelmarin demamnya hilang.” Maka teringatlah ayah itu, bahawa pada saat itulah Yesus berkata kepadanya: “Anakmu hidup.” Hatinya tidak berhenti-henti bersyukur kepada Tuhan Yesus kerana telah menyembuhkan anaknya dan dia sangat gembira. Lalu dia pulang ke rumah bersama-sama dengan mereka. Dia melihat anak itu boleh makan , berlari dan melompat sudah. Mereka sekeluarga segera sujud berdoa dan bersyukur kepada Tuhan Yesus kerana telah menyembuhkan anaknya. Maka seluruh keluarga mereka pun telah percaya kepada Tuhan Yesus.
Kesimpulan :
Harus belajar menyerahkan segala sesuatu dalam kehidupan kepada Tuhan dengan iman.
Adik-adik, Tuhan Yesus tidak pergi ke rumah pegawai istana dan tidak melihat apakah penyakit anak itu. Jadi bagaimana pula Dia dapat menyembuhkan penyakitnya? Betul. Ini kerana Tuhan Yesus ialah Tuhan. Dia mengetahui apa yang kita sedang buat dan apa yang kita fikirkan. Jadi asalkan pesakit tersebut beriman untuk bersandar kepada-Nya, maka Dia pasti akan menyembuhkan penyakit orang tersebut. Pegawai istana sangat beriman, maka anaknya mendapat kesembuhan daripada Tuhan Yesus. Jadi apabila kita sendiri atau ibu bapa, abang, kakak, adik, saudara-mara dan kawan-kawan jatuh sakit, kita juga haruslah beriman dan berdoa kepada Tuhan Yesus. Tuhan Yesus mengasihi anak-anak yang beriman dan suka berdoa. Dia pasti akan menyembuhkan penyakit kita dan kita akan cepat sembuh. Adakah kamu berdoa semasa kamu jatuh sakit? Cuba kamu ceritakan proses penyakit kamu disembuhkan oleh Tuhan Yesus. (Meminta kanak-kanak menceritakan pengalaman jatuh sakit atau menyampaikan kesaksian tentang proses penyakit disembukan). Selain daripada jatuh sakit, apabila kita berasa tidak gembira ataupun menghadapi perkara yang kita tidak tahu apa yang harus diperbuat, maka kita haruslah berdoa kepada Tuhan Yesus kerana Tuhan Yesus menyukai orang yang beriman. Pada minggu hadapan, Tuhan Yesus akan menjumpai ramai kanak-kanak. Mengapa? Adakah Tuhan Yesus baik terhadap kanak-kanak? Cikgu akan memberitahu kamu pada minggu hadapan.
Pendahuluan :
Adik-adik, Tuhan Yesus ialah Tuhan yang mengetahui segala sesuatu dan dapat melakukan segala perkara. Tuhan mengasihi kita, jadi kita juga haruslah mengasihi diri sendiri. Kita haruslah selalu bersenam, tidak memilih makanan, sentiasa berdoa mengucapkan syukur kepada Tuhan. Adik-adik, adakah kamu pernah jatuh sakit? Pernahkah kamu berjumpa dengan doktor? Doktor akan berbuat apa terhadap kamu? Jururawat akan berbuat apa pula terhadap kamu? Kamu akan melihat doktor dan jururawat menggunakan apa benda dalam hospital? (Murid-murid menjawab mengikut pengalaman mereka) Sekarang, kita akan membina sebuah hospital milik kita.
Sesi Aktiviti 1 : Hospital Kita
- Objektif : Memupuk semangat bekerjasama dan dapat mengenali kerja kakitangan hospital.
- Bahan : Stetoskop yang digunakan oleh doktor, peti keselamatan, picagari yang baru, botol ubat, kadbod, pencil warna, gam, kertas putih dan “sellotape”.
- Isi kandungan :
- Boleh membahagikan kumpulan dan memberikan watak-watak lakonan bagi setiap orang.
- Menjadikan kadbod sebagai papan tulis dan menulis nama hospital.
- Tuliskan nama pesakit yang berlakon dan nama penyakit di atas kertas putih. ( Guru menulis)
- Murid-murid bergilir-gilir memainkan watak doktor, jururawat dan pesakit. Lakukan kerja mengukur tinggi, ukur berat badan, mengambil suhu badan dan konsultasi. Guru membantu dan membimbing.
- Membimbing murid-murid menyatakan perasaan semasa melakonkan watak yang tidak sama dan memupuk semangat berkerjasama.
Sesi Aktiviti 2 : Mi goreng saya (atau mee sejuk buatan tangan)
- Objektif : Mengenali bahawa kita haruslah mengambil diet yang seimbang dengan makanan yang diberikan oleh Tuhan. Kanak-kanak tidak boleh memilih makanan yang hanya disukai agar tubuh badan sihat.
- Bahan : “Paper clay” berbagai warna dan pinggan kertas.
- Isi kandungan :
- Menggunakan “paper clay” untuk membuat mi dan perasa.
- Masukkan kacang, ayam cincang dan lobak merah yang berwarna cantik serta berbentuk istimewa. Gorengkan mi goreng yang sedap telah siap.
- Panduan pembuatan:
- Menguli tanah liat menjadi panjang dan nipis untuk dijadikan sebagai mi.
- Setelah siap, masukkan satu per satu ke dalam pinggan.
- Menggunakan tanah liat berwarna kuning, hiijau dan oren untuk mengulikannya menjadi kernel jagung, kacang dan hirisan lobak merah.
- Membuat sedikit ketul daging kecil dan cendawan sebagai hiasan.