BAB 5 : TEMBOK KOTA TELAH ROBOH

Mesej Untuk Guru :

Kepada guru yang dikasihi, apabila umat Israel akhirnya masuk ke tanah Kanaan, orang Kanaan mengigil ketakutan kerana mereka banyak mendengar bahawa Tuhan sentiasa menyertai orang Israel. Orang Israel telah menghadapi peperangan demi peperangan, dan bagaimanakah mereka dapat menang? Umat pilihan Tuhan mencapai kemenangan dalam peperangan dengan bersandarkan “iman”! Mereka bersandar kepada “Tuhan semesta alam”! Mereka melakukan apa saja yang diperintahkan Tuhan, walaupun permintaan itu tidak sebegitu logik— “Mengelilingi kota”. Tembok bagi kota Yerikho yang teguh itu telah roboh kerana ketaatan umat yang sejati terhadap Tuhan! Ini merupakan pengajaran yang “bertentangan dengan kelogikan dan rasional” yang disampaikan oleh Tuhan kepada kita melalui kitab suci. Terpulang sama ada kita rela memilih untuk taat menanti, anugerah yang berkelimpahan; ataupun bersandar kepada kekuatan jasmani sendiri, berjuang sehingga cedera parah dan berlumuran darah.

 

Nas Alkitab :  Yosua fasal 6

 

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :

  1. Mendidik kanak-kanak supaya mereka mengetahui bahawa peristiwa tembok kota roboh merupakan perbuatan Tuhan yang agung.
  2. Dapat menyatakan satu peristiwa ajaib yang dilakukan oleh Tuhan dalam keluarga sendiri.

 

Ayat Hafalan : Bagi Allah segala sesuatu mungkin. (Matius 19:26)

 

Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran :

  1. Gambar, Kitab suci
  2. Kotak kertas yang dilekatkan gambar tembok kota untuk melambangkan Kota Yerikho.

 

Doa :

Dalam nama Tuhan Yesus berdoa. Bapa syurga yang pengasih, hari ini kami akan mengadakan satu sesi kesaksian yang kecil untuk memberi kesaksian tentang kekuasaan besar Engkau. Kami bersyukur atas pertolongan Engkau supaya dapat menyampaikannya dengan baik. Haleluya. Amin.

 

Isi Pelajaran :

Pendahuluan

Adik-adik, anda semua pasti sangat suka main blok-blok kayu! Kadang kala, adik-adik akan tertendang timbunan blok kayu dan seluruh timbunan blok kayu itu akan roboh. Jika kita tidak menyentuh timbunan blok kayu tersebut, dan hanya berteriak dengan kuat di tepi, adakah timbunan blok kayu akan roboh? (Jika ada blok-blok kayu, boleh cuba untuk membinakannya) Adakah anda semua masih ingat, pada kelas yang lalu, kita telah bercerita tentang kisah Yosua memimpin umat Israel untuk menyeberang sungai Yordan. Selepas mereka menyeberangi sungai Yordan, musuh yang tinggal di Tanah Kanaan mendengar bahawa orang Israel menyeberangi sungai Yordan dengan berjalan kaki dan berasa takjub, sehingga sungai besar pun turut mendengarkan kata-kata Tuhan Allah benar orang Israel. Hati mereka sangat takut kepada orang Israel, dan mereka menjadi penakut.

 

Menyerang Kota Yerikho

Kota Yerikho merupakan sebuah kota yang besar dan kukuh. Orang-orang dalam kota itu takut akan serangan orang Israel, maka mereka menutup pintu gerbang dengan sebaik-baiknya. Tidak ada orang yang dibenarkan masuk dan keluar dari kota itu dengan sesuka hati. Tembok kota itu tinggi dan kukuh. Bagaimanakah orang Israel dapat menyerang mereka tanpa memiliki kereta kebal, meriam besar dan kapal terbang? Tuhan berfirman kepada Yosua: “Jangan kamu takut, Aku akan membantu kamu menawan kota Yerikho. Kamu harus mengambil pedang dan tombak, serta beratur untuk sambil berjalan maju sambil meniup sangkakala tanduk domba. Setiap hari berjalan mengelilingi kota sekali, dan sampai hari ketujuh harus berjalan mengelilingi kota itu sebanyak 7 kali.” (Orang Israel mengelilingi kota) Adik-adik! Adakah kamu berasa cara serangan yang ditunjuk oleh Tuhan kepada Yosua dan orang Israel ke atas kota Yerikho yang kukuh itu sangat pelik? Mereka bukan menggunakan kereta kebal dan meriam besar untuk meletupkan tembok kota atau menggunakan pokok besar untuk melanggar pintu gerbang. Rupa-rupanya, Tuhan ingin mereka menggunakan “iman” untuk menyerang kota Yerikho. Adakah “iman” setanding dengan meriam besar? “Iman” itu tidak dapat dilihat! Tetapi umat Israel sangat taat kepada firman Tuhan pada kali ini dan melakukan apa yang diperintahkan Tuhan dengan taat. Susunan kumpulan mereka yang mengelilingi kota adalah seperti berikut, orang-orang yang bersenjata berjalan di hadapan sekali, diikuti dengan para imam yang meniup sangkakala, kemudiannya tabut perjanjian yang kudus, dan akhir sekali umat yang terletak di belakang sekali.

 

Umat Yang Taat

Pada hari pertama, Yosua menyuruh umat supaya jangan bersorak atau mengeluarkan suara walaupun sepatah kata pun apabila mengelilingi kota. (Keluarkan kotak kertas dan letakkannya di tengah-tengah. Bawa kanak-kanak mengeliling kelas dengan senyap-senyap) Dengan demikian, umat Israel mengelilingi kota itu satu kali. Hanya terdapat imam yang sambil berjalan dan sambil mengeluarkan suara tiupan sangkakala. (Jemput kanak-kanak untuk mengira jumlah hari semasa mengelilingi kelas supaya mereka dapat mengalami bahawa tidak bersungut-sungut dalam hal ini merupakan sesuatu yang tidak senang dilakukan) Pada hari kedua, umat juga mengelilingi kota seperti hari pertama sebanyak satu kali. Pada hari ketiga, hari keempat, hari kelima dan hari keenam, umat juga hanya mengelilingi kota sebanyak satu kali. Adik-adik, selepas kota Yerikho dikelilingi oleh orang Israel selama enam hari, kota itu masih sangat teguh berdiri di atas tanah. Jika anda merupakan orang Israel pada waktu itu, adakah anda akan berasa apakah gunanya saya hanya mengelilingi kota sahaja? Adakah tembok kota itu benar-benar akan roboh sendiri? Tetapi, kali ini orang Israel sangat taat. Mereka penuh dengan iman untuk terus bersiap sedia mengelilingi kota Yerikho pada hari ketujuh.

 

Tembok Kota Telah Roboh

Pada sebelah pagi hari yang ketujuh, orang Israel sekali lagi beratur di bawah tembok kota. Yosua berkata: “Hanya hari ini kita akan mengelilingi sebanyak tujuh kali. Pada kali ketujuh, sangkakala akan ditiup dengan kuat dan semua akan bersorak Tuhan Allah benar telah menyerahkan kota kepada kami.” Adik-adik, hari ini orang Israel akan mengelilingi kota sebanyak tujuh kali. Mari kita kirakan untuk mereka! Satu kali, dua kali, tiga kali, empat kali, lima kali, enam kali, tujuh kali, Yosua berkata: “Bersoraklah dengan kuat, teriaklah dengan suara yang lantang!” (Jemput kanak-kanak menjerit dengan kuat) Orang Israel yang begitu ramai bersorak bersama-sama, suara mereka sangat kuat dan lantang! Oleh itu, “Boom, Boom”! Apakah bunyi itu? Wah! Adik-adik, itulah suara tembok kota roboh! Kota Yerikho yang besar dan kukuh itu telah roboh. Orang Israel mengambil pedang dan tombok dengan gembira sekali menyerang masuk ke dalam kota Yerikho. (Jemput kanak-kanak bersorak-sorai: Tembok kota telah roboh! Syukur kepada Tuhan!).

 

Kesimpulan

Adik-adik, siapakah yang membantu orang Israel memenangi peperangan itu? Siapakah yang merobohkan tembok kota? (Kanak-kanak menjawab satu soalan demi satu soalan). Ya! Tuhan. Kitab suci (Keluarkan kitab suci) memberitahu kita banyak cerita tentang Tuhan benar membantu manusia. Kita hanya perlu berdoa, memohon dan mengucap syukur, maka Tuhan benar pasti akan membantu kita pada bila-bila masa.

 

Sesi Kesaksian Kecil

Sekarang cikgu akan menjemput kanak-kanak untuk menceritakan bagaimana Tuhan membantu mereka di rumah mereka. (Tidak kira bagaimana penyampaian kanak-kanak, guru harus memberikan dorongan. Lebih baik jika dapat memberikan hadiah yang kecil, mengambil gambar atau membuat rakaman.)

Jika ada kanak-kanak yang tidak berpeluang menyampaikan kesaksian pada kali ini, mereka akan menyampaikan kesaksian pada minggu hadapan.