BAB 5 : TUHAN YESUS MENGASIHI ANAK-ANAK KECIL
Mesej Untuk Guru :
Kepada guru yang dikasihi, isi kandungan bab ini sangat ringkas dan mudah. Ini adalah sama seperti yang dinyatakan tajuk di atas: Tuhan Yesus mengasihi kanak-kanak. Belakangan ini terdapat banyak buku dalam pasaran yang membincangkan tentang pemikiran yang kreatif dan kehidupan yang gembira. Hampir setiap buku fokus kepada satu rahsia, iaitu belajar daripada anak-anak kecil. Teladanilah hati anak-anak kecil yang rasa ingin tahu, mempelajari daripada anak-anak kecil untuk bertanya “mengapa”, mempelajari anak-anak kecil yang dapat bersandar dengan hati yang murni, dan mempelajari anak-anak mempunyai impian. Sebenarnya pada beberapa ribu tahun yang lalu, Tuhan Yesus telah mengemukakan satu rahsia bagi kehidupan yang gembira. Kita juga haruslah tahu bahawa “Barangsiapa tidak menyambut Kerajaan Allah seperti seorang anak kecil, ia tidak akan masuk ke dalamnya.” Inilah isi utama bab ini. Cuba perhatikan keadaan sekeliling kita , uji diri kita sendiri. Berapa orang di antara kita yang memiliki syarat-syarat ini?
Kita haruslah sentiasa memberitahu kanak-kanak, ciri-ciri apakah yang perlu ada supaya dikasihi Tuhan Yesus. Contohnya, murni, naif, jujur, gembira, mesra, berbelas kasihan, rasa ingin tahu, imaginasi, dan banyak lagi yang dapat diterokai. Marilah kita menggalakkan kanak-kanak untuk memiliki semua ciri-ciri tersebut dan tidak berubah buat selama-lamanya. Ini bukan sahaja dapat menjamin mereka untuk memiliki kehidupan yang gembira, malahan mengingatkan diri sendiri supaya segera meneladani anak-anak kecil. Marilah kita sama-sama memiliki hati seorang anak kecil dan menuju ke kerajaan syurga.
Nas Alkitab : Markus 10: 13-16, Lukas 18: 15-17, Matius 19: 13-15
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
Memahami bahawa Tuhan Yesus mengasihi dan memberkati anak-anak yang mendekati-Nya.
Ayat Hafalan :
Biarkanlah anak-anak itu datang kepada-Ku, dan jangan kamu menghalang-halangi mereka. (Lukas 18:16)
Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran :
Cikgu haruslah datang ke kelas dengan lebih awal untuk bersapa dengan murid-murid; kemaskan kelas bersama-sama murid dan prihatin terhadap mereka. Keprihatinan guru terhadap kanak-kanak membolehkan kanak-kanak dapat merasai bahawa Tuhan Yesus mengasihi mereka.
Doa :
Dalam nama Tuhan Yesus berdoa, Bapa syurga yang dikasihi, kami suka datang ke gereja beribadah kepada-Mu, menyanyi kidung dan memuji-Mu. Engkaulah sahabat terbaik bagi kami. Engkau mengasihi kami seperti ibu bapa mengasihi kami. Kami bersyukur kepada-Mu. Haleluya, Amin.
Isi Pelajaran :
Adik-adik, masih ingatkah cerita pada minggu lalu? Terdapat seorang anak pegawai istana yang telah sakit tenat dan hampir mati. Selepas itu, …… Baik sekali . Adik-adik boleh ingat cerita ini. Tuhan Yesus melihat bapa anak itu sangat beriman, maka Dia telah menyembuhkan penyakit anak itu. Adik-adik, tahukah tidak Tuhan Yesus mengasihi kita? Dia bukan sahaja menyembuhkan kita semasa kita jatuh sakit, bahkan sentiasa melindungi kita apabila kita berada dalam bahaya. Tuhan juga menunggu kita untuk berbual-bual dengan-Nya setiap hari. Adik-adik, cara apakah yang kita gunakan untuk bercakap dengan Tuhan Yesus? Ya, dengan berdoa. Adakah kamu rela untuk berdoa kepada Tuhan Yesus setiap hari? Cikgu percaya Tuhan Yesus pasti akan lebih menyayangi kamu. Pada hari ini, cikgu akan menyampaikan sebuah cerita tentang Tuhan Yesus mengasihi anak-anak kecil.
Ibu Bapa Membawa Anak-anak Kecil Kepada Tuhan Yesus
Pada suatu hari, setelah Tuhan Yesus selesai menyampaikan firman, terdapat ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka datang kepada Tuhan Yesus. Mereka bersesak-sesak ke hadirat Tuhan Yesus agar Tuhan Yesus menjamah anak-anak mereka. Ketika murid-murid Tuhan Yesus melihat sesetengah ibu membawa anak-anak mereka bersesak-sesak untuk datang kepada Tuhan Yesus; murid-murid berasa tidak senang hati. Mereka berkerut kening dan memarahi mereka: “Pergi! Pergi! Tuhan Yesus masih ada banyak kerja untuk dilakukan selepas selesai berfirman. Jangan kamu ganggu Dia.”
Tuhan Yesus Melayani Anak-anak
Ketika Tuhan Yesus mendengar murid-murid-Nya tidak membenarkan anak-anak dan ibu-ibu untuk mendekati-Nya; lalu Dia marah dan berkata kepada mereka: “Saya paling menyukai anak-anak kecil, mana boleh menghalau mereka? Biarkanlah anak-anak itu datang kepada-Ku, jangan menghalang-halangi mereka, sebab orang-orang yang seperti itulah yang empunya Kerajaan Allah. Sesungguhnya barangsiapa tidak menyambut Kerajaan Allah seperti seorang anak kecil, ia tidak akan masuk ke dalamnya.” Selepas anak-anak kecil itu mendengarnya lalu berlari menuju ke sisi Tuhan Yesus dengan gembiranya. Tuhan Yesus membuka tangan-Nya,memeluk mereka, dan membiarkan mereka duduk di atas lutut-Nya. Dia menjamah kepala mereka dengan lembut dan memberkati mereka. (Guru bergilir-gilir memeluk kanak-kanak dan membelai kepala mereka agar mereka turut terasa mereka dikasihi dan diberi keprihatinan.)
Tuhan Yesus Mengasihi Setiap Anak
Tuhan Yesus sangat mengasihi anak-anak kecil dan mereka juga sangat menyukai Tuhan Yesus. Dalam perjalanan pulang ke rumah, mereka bernyanyi dengan gembira. Keadaan ini adalah sama seperti waktu adik-adik berkelah. Tuhan Yesus juga berfirman, barangsiapa yang ingin masuk ke dalam Kerajaan Allah, haruslah seperti seorang anak kecil. Pada hari ini, Tuhan Yesus juga sangat mengasihi setiap kanak-kanak di sini. Dia mengasihi xxx dan xxx. (menyebut nama kanak-kanak) Dia juga mengasihi cikgu. Tuhan Yesus menyukai setiap anak-anak yang berkawan dengan-Nya. Jika kamu selalu berkebaktian di gereja dan selalu berdoa berbual-bual dengan Tuhan Yesus, maka Tuhan Yesus yang di syurga juga akan memberkati kamu. Cikgu harap kamu dapat datang ke gereja bersama-sama dengan ibu bapa setiap minggu untuk mendengar cerita tentang Tuhan Yesus dan menjadi sahabat terbaik Tuhan Yesus.
Kesimpulan : Anak-anak yang Suka Berkawan Dengan Tuhan Yesus
Adik-adik juga mengetahui bahawa Tuhan Yesus suka kita menjadi seorang anak yang baik.
Sekarang, marilah kita sama-sama renungkan:
- Bagaimanakah menjadi seorang anak yang baik, agar Tuhan Yesus menyayangi kita? (Meminta kanak-kanak bergilir-gilir mengemukakan pandangan dan guru membuat penambahan)
- Apa yang harus dilakukan oleh adik-adik di rumah? (harus mendengar cakap ibu bapa, mengemas barang sendiri,…)
- Apa yang harus dilakukan semasa berada di sekolah? (harus bersopan santun, mematuhi peraturan, menghormati guru, mengasihi murid-murid,…)
- Apa yang harus dilakukan semasa berada di gereja? (menyanyi kidung, berdoa dan beribadah kepada Tuhan, tidak berbuat bising di dalam aula gereja,…)
- Apa yang harus dilakukan apabila bersama-sama dengan kawan-kawan? (Saling mengasihi, saling menolong,…)
- Pada pandangan anda, sifat anda yang manakah paling comel ? (biarkan kanak-kanak memikirkannya dan setiap orang bergilir-gilir menjawab)
Perkara Yang Harus Diberi Perhatian :
Tentang bahagian “Dia mengasihi xxx dan xxx” dalam teks di atas, di mana guru menyebut nama kanak-kanak khasnya. Guru boleh memanggil nama kanak kanak yang mempunyai tingkah laku yang kurang baik ataupun yang jarang datang ke gereja, memberitahu mereka bahawa Tuhan Yesus juga mengasihi mereka. Ini merupakan suatu dorongan yang positif, agar mereka mengetahui Tuhan Yesus mengasihi aku dan aku harus menjadi anak yang mendengar cakap.
Pendahuluan :
Adik-adik, Tahukah tidak? Tuhan Yesus paling mengasihi anak-anak kecil. Sudikah awak menjadi anak baik yang dikenan oleh Tuhan Yesus? (Murid-murid menjawab) Jadi, bagaimanakah kita menjadi anak yang disukai oleh Tuhan? (Kanak-kanak menjawab) Kita haruslah melakukannya dan bukanlah hanya sekadar berkata-kata dalam mulut sahaja. Kita haruslah saling mengenali dan saling menjaga. Sekarang, mari kita bermain permainan “Siapa Ketuk Pintuku”
Sesi Aktiviti 1 : Siapa Ketuk Pintuku?
- Objektif : Mengenali dan biasakan diri dengan suara orang lain dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
- Bahan : Tuala
- Isi Kandungan :
- Kanak-kanak duduk dalam bulatan. Letakkan satu kerusi di tengah-tengah bulatan ini.
- Meminta seorang duduk di atas kerusi ini. Tutupkan matanya dengan tuala.
- Seorang budak yang lain pula pergi mengetuk belakang kerusi dengan tangan (jika tiada belakang kerusi, boleh mengetuk bahagian belakang badan kanak-kanak itu).
- Kanak-kanak yang duduk di atas kerusi bertanya: ”Siapa mengetuk pintuku? ”
- Budak yang mengetuk belakang kerusi menjawab: “Saya, anak kecil Tuhan Yesus.”
- Budak yang duduk di atas kerusi harus meneka nama kawan itu selepas mendengar suaranya. Jika salah meneka, harus menutup matanya sekali lagi. Gantikan kanak yang lain untuk datang mengetuk belakang kerusi. Jika dapat meneka dengan betul, maka kanak yang mengetuk itu boleh duduk di tengah dan tutupkan matanya untuk meneka kawan lain pula.
- Apabila kanak yang duduk di tengah-tengah ini dapat meneka dengan betul, maka semua orang menepuk tangan dan memberikan galakan, bagi menambahkan suasana yang gembira.
Sesi Aktiviti 2 : Biarkanlah Anak-anak Datang Kepadaku
- Objektif : Dapat merasakan Yesus paling mengasihi anak-anak melalui permainan ini.
- Bahan : Setengah keping surat khabar bagi setiap kanak-kanak, muzik atau lagu kanak-kanak yang rancak.
- Isi Kandungan :
- Membuka surat khabar dan meletakkannya di atas lantai. Kanak-kanak memijak di atasnya. Apabila wisel (atau bunyi lain) dibunyikan, mengoyakkan surat khabar supaya menjadi dua.
- Kedua-dua belah kaki memijak dua keping surat khabar itu, letakkan kedua-dua tangan di belakang bahagian pinggang. Membengkokkan badan sedikit dan meniru aksi meluncur ais dengan diiringi muzik.
- Guru ataupun satu dua orang murid berlakon menjadi murid-murid Yesus yang datang menghalang.
- Selepas meluncur sampai ke destinasi, bacakan ayat hafalan bab ini. Selepas siap membaca, guru membelai kepalanya, sebagai suatu pujian.
- Boleh kembali ke tempat masing-masing setelah dipuji oleh guru yang lain dan sampai giliran kanak yang lain, hanya jika telah dipuji oleh cikgu. (Ketika pusingan yang kedua, tidak perlu lagi berlakon menghalang orang lain)
Catatan : Lokasi batu pengisar atau lantai asal adalah yang paling sesuai