BAB 6 : MEMBUANG UNDI MENANGKAP PENCURI

Mesej Untuk Guru :

Kepada guru yang dikasihi, “orang tamak” kedua dalam penggal ini telah muncul – iaitu Akhan. Dalam kalangan umat Tuhan, satu orang berdosa, akan mempengaruhi kemajuan dan kemunduran keseluruhan umat. Dalam bab sebelum ini, usaha menyerang kota Yerikho yang kukuh itu telah berjaya. Oleh itu, serangan ke atas kota Ai bukanlah satu masalah yang besar! Akan tetapi pada kali ini, orang Israel kalah dalam peperangan itu. Ia disebabkan oleh suatu kesalahan yang tersembunyi daripada mata orang ramai. Melalui cerita kesalahan seorang yang mendatangkan musibah ke atas orang ramai ini, memberikan kita satu amaran, iaitu pencuri yang tersembunyi di mata orang tidak dapat mengelak daripada mata Tuhan. “Membuang Undi Menangkap Pencuri” merupakan suatu pekerjaan Tuhan yang sangat ajaib dan membuat orang takut akan-Nya. Tuhan ingin menghapuskan segala harta dan manusia yang terdapat di kota Yerikho supaya orang Israel terlindung daripada kenodaannya! Tuhan meminta kita untuk menjaga kekudusan yang sepenuhnya, supaya kita mendapat bahagian dengan-Nya. Walaupun hal ini tidak mudah untuk dilakukan, tetapi kita haruslah berusaha mengerjakannya. Marilah kita saling menasihati di antara kanak-kanak.

 

Nas Alkitab : Yosua Fasal 7

 

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :

  1. Dapat mengetahui bahawa Akhan dihukum kerana sikap tamaknya.
  2. Mendidik anak kecil supaya suka memberi kesaksian bagi Tuhan sejak muda.

 

Ayat Hafalan :

Biarlah selalu putih pakaianmu (Pengkhotbah 9:8)

 

Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran :

  1. Gambar (Gambar yang berkaitan disediakan oleh guru.)
  2. Sehelai pakaian yang cantik, barang kemas dan rantai.
  3. Beberapa jalur label. Salah satu ditandakan supaya guru yang berlakon sebagai Akhan mengambilnya.

 

Doa :

Dalam nama Tuhan Yesus berdoa. Bapa syurga yang pengasih, Engkau telah mengajar kami supaya jangan tamak dan jangan berbohong, kerana ketamakan dan bohong akan menyebabkan kami ditipu oleh muslihat Iblis, juga akan menyebabkan Engkau sedih. Semoga Engkau membantu kami, dan kami juga dapat memuliakan nama-Mu. Haleluya. Amin.

 

Isi Pelajaran :

Pendahuluan

Adik-adik, dalam cerita cikgu minggu lepas, kota manakah yang diserang oleh orang Israel di bawah pimpinan Tuhan Allah benar? (Kota Yerikho) Adakah mereka menggunakan senjata dan kereta kuda untuk menyerang? Apakah cara yang mereka gunakan? (Sila berikan pendapat). Sangat baik, kamu semua ada menumpukan perhatian dalan kelas! Baik, kamu pasti pernah bermain permainan polis menangkap pencuri kan? (Atau menonton berita di televisyen) Cuba kamu fikirkan, pencuri telah mengambil barang yang bukan milik mereka. Oleh itu, mereka ingin mengelakkan diri daripada polis, dan hati mereka pasti sangat cemas! Kadang-kala, polis sangat hebat dan mereka mampu menangkap pencuri dengan cepat. Tetapi kadang-kala, pencuri juga sangat licik. Polis cuba sedaya upaya untuk memeriksa tetapi masih tidak dapat mengesan pencuri yang sebenarnya. Pada masa itu, pencuri pasti akan ketawa sambil menyembunyikan diri dalam kalangan orang ramai! Pernahkah kamu dengar cerita tentang membuang undi untuk menangkap pencuri? Hari ini saya ingin memberitahu kamu bahawa Tuhan itu mahatahu, dan tidak ada pencuri yang tidak dapat ditangkap oleh-Nya!

 

Perintah Tuhan

Semasa orang Israel sedang menyerang kota Yerikho, Tuhan benar ingin Yosua memberitahu umat tentang suatu perintah yang sangat penting. Disebabkan penduduk di kota Yerikho melakukan banyak kejahatan, maka Tuhan ingin orang Israel membunuh semua orang di Kota Yerikho, tanpa mengira jantina atau lingkungan umur, juga membunuh semua lembu, kambing dan keldai. Semua benda di kota Yerikho juga mesti dibakar. Hal ini demikian kerana Tuhan berasa penduduk, haiwan dan barang yang digunakan di kota Yerikho sangat tidak tahir. Tuhan tidak ingin orang Israel dinodai oleh perkara yang tidak tahir. Hanya barang emas, perak, tembaga dan besi akan dikembalikan ke perbendaharaan TUHAN untuk dipersembahkan kepada Tuhan.

Apabila orang Israel menyerang masuk ke kota Yerikho, Yosua  mengingatkan mereka dengan khasnya untuk memegang perintah Tuhan. Jangan kamu tamak dan mengambil barang kemas atau pakaian yang cantik. Kamu haruslah kembalikan semua barang ke dalam perbendaharaan TUHAN. Adik-adik, jika kamu adalah orang Israel, adakah kamu akan taat? Apabila kamu melihat di kota Yerikho ada begitu banyak barang dan pakaian yang cantik, ada lagi lembu kambing yang gemuk-gemuk serta barang-barang kemas, adakah kamu ingin mencuri sedikit barang dan simpan di rumah?

 

Akhan yang Tamak

Dalam kalangan orang Israel yang ramai itu, kebanyakan daripada mereka telah memegang perintah Tuhan. Tetapi terdapat seorang yang bernama Akhan, (Boleh menjemput seorang guru untuk memainkan peranan Akhan) apabila dia melihat sehelai pakaian yang cantik di kota Yerikho, maka timbullah niat tamakya. Dia tidak sanggup membakar pakaian itu, dan dia membawa pakaian itu pulang ke khemahnya tanpa diketahui orang lain untuk disembunyikan. Kemudian dia melihat banyak perak dan emas, maka hatinya berfikir: “Mungkin tiada orang yang akan tahu saya telah mengambil sedikit emas dan perak! Sangat baik sekali, saya memang sangat bijak! Hehe…” Akhan telah menyembunyikan emas, perak dan pakaian di bawah khemahnya. Semasa dia menanamnya, dia  berfikir: “Pasti tidak ada seorang pun yang tahu bahawa terdapat barang yang tersembunyi di bawah khemah saya. Saya akan menunggu seketika sebelum menggalikannya semula. Hehe… Saya dapat menjamin bahawa di bumi ini tiada orang yang akan tahu.” Hari pertama, kedua dan ketiga, banyak hari telah berlalu dan tiada seorang pun yang tahu bahwa Akhan telah mencuri dan menyembunyikan barang.

 

Gagal Menyerang Kota Ai

Adik-adik, cuba kamu fikir, adakah betul-betul tidak seorang pun yang tahu bahawa Akhan telah mencuri emas dan perak yang harus dipersembahkan kepada Tuhan? Tuhan benar kita yang mengetahui segala sesuatu, apakah cara yang digunakan-Nya untuk menangkap Akhan, si pencuri yang tamak itu? Okey! Selepas suatu jangka masa, Yosua akan memimpin orang Israel untuk menyerang sebuah kota yang kecil, bernama “Kota Ai”. Adakah kamu masih ingat bahawa umat Israel telah menyerang kota Yerikho yang kukuh itu? Yosua berfikir dalam hatinya, mereka mampu menawan kota Yerikho yang besar, maka kota Ai yang kecil itu bukan satu masalah yang besar! Adik-adik, cuba kamu teka, adakah umat Israel dapat menang dalam serangan ke atas kota Ai yang kecil itu? Aduh!

Tuhan benar membiarkan orang Israel kalah, dan sebanyak 36 orang Israel telah mati. Semua orang takut dan melarikan diri. Yosua mengoyakkan pakaiannya. Dia sangat sedih dan meniarap di hadapan tabut perjanjian sehingga waktu malam. Yosua berdoa kepada Tuhan dan berkata:  “Ya Tuhan! Mengapakah kami gagal menyerang kota Ai yang kecil itu?” Tuhan berfirman: “Dalam kalangan kamu terdapat seorang yang mencuri barang di kota Yerikho. Oleh itu, saya tidak membantu kamu, dan akibatnya kamu telah gagal dalam peperangan.” Rupa-rupanya, peperangan itu menang atau kalau, semuanya bergantung kepada keputusan Tuhan!

 

Akhan Dihukum

Tetapi, siapakah pencuri itu? Mereka saling memandang antara satu sama lain. Tuhan mengajar Yosua supaya menggunakan cara “membuang undi” untuk menangkap pencuri, maka Yosua memanggil seluruh umat Israel untuk membuang undi. (Guru sila sediakan banyak label untuk memberi kanak-kanak membuang undi. Kemudian minta guru yang berlakon sebagai “Akhan” mendapat label “pencuri”. Sila buat satu tanda pada label itu terlebih dahulu.) Akhirnya mereka mendapati bahawa orang itu ialah Akhan! Akhan mengaku dosanya di hadapan orang ramai: “Saya telah melakukan perkara yang berdosa terhadap Tuhan. Tuhan benar memang tidak dapat ditipu kerana perkara jahat yang saya lakukan diketahui oleh-Nya.” Orang Israel telah mencari barang-barang yang dicurinya dan membakar barang-barang itu. Kemudian, mereka melempar dia dengan batu sehingga mati, lalu menguburkannya di dalam timbunan batu.

 

Kesimpulan

Selepas Akhan mati, Tuhan tidak lagi murka. Tuhan juga membantu orang Israel untuk menyerang kota Ai pada kali kedua. Orang Israel mengikut perintah Tuhan dan membunuh semua orang di dalam kota Ai tanpa meninggalkan seseorang. Rupa-rupanya, tidak kira kota itu besar atau kecil, jika mereka taat kepada perintah Tuhan, maka Tuhan akan membantu orang Israel untuk mendapat kemenangan dalam sesuatu peperangan. (Apabila menghafal ayat hafalan, guru sila terangkan ayat “Biarlah selalu putih pakaianmu”. Ia membawa maksud bahawa kita haruslah sentiasa berjaga-jaga dan jangan biar kelakuan yang jahat menodai sendiri.) Jika kita ingin mendapat bantuan daripada Tuhan, kita haruslah taat kepada perintah Tuhan. Adakah kamu rela untuk mengikut perintah Tuhan? Minggu depan kita akan bercerita mengenai suatu kisah yang menarik. Dalam sejarah terdapat satu hari matahari tidak terbenam. Mengapakah hal ini berlaku? Oh! Disebabkan orang Israel sedang berperang. Tetapi mengapakah semasa orang Israel berperang, matahari tidak terbenam? Adik-adik, kamu akan tahu jika kamu hadir pada minggu depan!

 

Sesi Kesaksian Kecil

Seterusnya, cikgu akan menjemput kanak-kanak naik ke pentas untuk mengongsikan kesaksian mengenai bantuan Tuhan dalam keluarganya.

 

Panduan :

Adik-adik, siapakah nama pencuri dalam cerita pada hari ini? Apakah yang dilakukan olehnya? Oh! Disebabkan Akhan tamak dan melanggar perintah Tuhan serta mencuri pakaian dan emas perak di kota Yerikho, maka dia telah mengakibatkan orang Israel gagal dalam serangan ke atas kota Ai. Akhirnya Akhan telah dikenalpasti sebagai pencuri melalui cara membuang undi. Adik-adik, Tuhan benar dapat melihat segala perkara yang kita lakukan. Oleh itu, jangan kamu menganggap bahawa tiada orang yang melihat maka kamu boleh melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Lebih-lebih lagi, apabila kamu melakukan sesuatu yang tidak baik, hati kamu akan berasa tidak selesa.

Lain kali apabila kamu melakukan hal yang lain, kamu juga akan melakukannya secara senyap-senyap kerana kamu takut diketahui oleh orang lain. Jika sedemikian, maka kita akan menjalani kehidupan dengan menderita. Harap kamu jangan mencontohi perbuatan Akhan, dan menjadi seorang kanak-kanak yang taat kepada Tuhan. Hari ini, cikgu akan bermain satu permainan yang bernama “Siapa itu Akhan”! Sila dengar peraturan permainan ini dengan teliti sebelum bermain!