BAB 6 : PULANGLAH TANPA KHUATIR!

Nas Alkitab : Yohanes 4 : 46 – 53

Ayat Bacaan : Yakobus 5 : 16

 

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :

  1. Memahami keagungan kuasa Tuhan Yesus dan iman pegawai istana yang bersandar kepada Tuhan.
  2. Rela untuk belajar menjadi anak-anak Tuhan: mendoakan penyembuhan penyakit untuk diri sendiri dan orang lain.

 

Ayat Hafalan :

Karena itu hendaklah kamu saling mengaku dosamu dan saling mendoakan, supaya kamu sembuh. Doa orang yang benar, bila dengan yakin didoakan, sangat besar kuasanya. (Yak 5 : 16)

 

Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran :

  1. Sediakan barang-barang iaitu sepasang cermin mata, satu pelitup muka, sebatang penyuntik yang tidak pernah digunakan, satu tiub getah atau tiub plastik, pembalut dan gunting kecil.
  2. Gambar bahan bantu mengajar (peralatan doktor untuk merawat).
  3. Tayangkan bahan-bahan yang perlu digunakan pada minggu depan.

 

Doa :

Dalam nama Tuhan Yesus berdoa. Terima kasih Tuhan Yesus, kerana engkau selalu menolong kami. Sekarang kami datang untuk menyembah Engkau, dengan mulut dan hati, kami memuji Engkau. Kiranya agar Tuhan Yesus menyertai kami. Haleluya. Amin.

 

Isi Pelajaran :

Menarik minat – perbincangan perihal “sakit”

Adik-adik yang pernah sakit sila angkat tangan. Baiklah, sila turunkan tangan. Adik ______ sila beritahu kami apa jenis penyakit yang pernah anda alami? (Selsema, sakit gigi,sakit perut…) (ditanyakan pada tiga atau empat orang) Bagaimana rasanya semasa adik-adik sakit? (Tidak selesa, berbuat bising…) Apa yang harus adik-adik lakukan ketika sakit? (Jumpa doktor, makan ubat, dapatkan suntikan, berehat, berdoa)

Kisah yang akan diceritakan oleh guru pada hari ini adalah mengenai seorang doktor hebat yang menyembuhkan penyakit seorang kanak-kanak. Adakah adik-adik tahu siapakah doktor yang hebat ini? (Tuhan Yesus) Ya! Marilah kita sama-sama mendengarkan bagaimana Tuhan Yesus menyembuhkan penyakit kanak-kanak ini.

 

Anak Lelaki Pegawai Istana jatuh Sakit

Semasa Tuhan Yesus menginjil, terdapat seorang pegawai istana yang tinggal di Kapernaum, dia bekerja di dalam istana. Anaknya sakit tenat. Dia menderita demam panas dan tidak makan untuk beberapa hari, dia hanya tidur dalam keadaan separuh sedar. Si ibu sangat cemas dan si ayah juga sangat risau tetapi mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk menyembuhkan penyakit anaknya.

 

Pegawai Istana pergi Mencari Tuhan Yesus

Pada masa ini, Tuhan Yesus sedang menginjil di Kampung Kana, berhampiran dengan rumah pegawai tersebut. Ketika pegawai istana mendengar bahawa Tuhan Yesus akan datang, dia bergegas mencari Tuhan Yesus kerana dia mendengar orang lain berkata bahawa Tuhan Yesus adalah juruselamat, Dia telah menyembuhkan ramai orang yang sakit. Ketika dia datang kepada Tuhan Yesus, dia melihat Tuhan Yesus dikelilingi oleh orang ramai. Pegawai istana sambil menghimpitkan diri antara orang ramai sambil berfikir: “Begitu ramai orang mencari Tuhan Yesus. Adakah Tuhan Yesus dapat meluangkan masa untuk menyembuhkan anak saya? Tetapi jika saya tidak mencari Tuhan Yesus, anak saya akan mati kerana sakit.”

Ketika pegawai istana berjumpa dengan Tuhan Yesus, dia berlutut dan berkata kepada Tuhan Yesus: “Tuhan Yesus! Anakku akan mati. Cepatlah selamatkan dia!” Tuhan Yesus sedang sibuk berkhubah. Kata-Nya kepada semua orang: “Hanya iman dapat menyembuhkan penyakit itu.” Pegawai istana ini juga mendengarnya dan mengetahui bahawa kita mesti beriman ketika memohon penyembuhan daripada Tuhan.

 

Pegawai Istana Beriman

Ketika pegawai istana melihat bahawa Tuhan Yesus begitu sibuk sehingga Dia tidak dapat pergi ke rumahnya, dia sangat cemas. Dia berfikir: “Sekiranya Tuhan Yesus tidak pergi, anak itu akan mati.” Oleh itu dia dengan cemas berkata kepada Tuhan Yesus: “Tuhan Yesus! Anakku hampir mati, tolonglah segera sembuhkan dia!”

Tuhan Yesus berkata kepada pegawai itu: “Pulanglah tanpa khuatir! Anakmu hidup.” Pegawai istana itu beriman. Fikirnya Tuhan Yesus adalah Tuhan yang benar dan pasti akan menyembuhkan penyakit anak itu. Setelah dia mendengar apa yang Tuhan Yesus katakan kepadanya, maka pulanglah dia dengan segera.

Ketika pegawai istana itu sampai di pertengahan jalan, dia melihat hamba rumahnya berlari dari jauh ke arahnya. Hamba itu tersenyum dan berkata kepadanya: “Tuan! Saya melaporkan khabar baik kepada tuan bahawa penyakit tuan muda itu sudah sembuh!” Pegawai istana bertanya: “Pukul berapa anak itu mulai sembuh?” Hamba itu menjawab: “Kemarin siang pukul satu demamnya hilang.” Pegawai istana itu teringat, oh… pada waktu itulah Tuhan Yesus memberitahunya: “Pergilah! Anakmu hidup.”

Pegawai itu pulang dengan gembira dan melihat bahawa anaknya sudah dapat makan, berlari dan melompat. Dia dan keluarganya segera berlutut dan berdoa, berterima kasih kepada Tuhan Yesus kerana telah menyembuhkan penyakit anaknya itu.

Adik-adik, Tuhan Yesus tidak pergi ke rumah pegawai istana atau melihat anaknya. Bagaimanakah dia dapat menyembuhkan penyakit anak pegawai istana itu? Kerana Tuhan Yesus adalah Tuhan, doktor yang hebat! Dia tidak perlu memberi suntikan dan ubat kepada pesakit. Asalkan pesakit beriman untuk bersandar kepada-Nya, maka Dia akan menyembuhkan penyakit orang itu.

Pegawai istana itu sungguh beriman, sehinggakan anaknya disembuhkan oleh Tuhan Yesus. Ketika diri kita jatuh sakit atau ayah, ibu, abang, kakak, adik perempuan, adik lelaki, saudara mara atau rakan kita sakit, kita juga harus beriman dan berdoa kepada Tuhan Yesus, maka Tuhan Yesus akan menyembuhkan penyakit kita dan membuatkan kita sembuh dengan segera.

 

Malaikat Menyembuhkan Ayah Wan En

Terdapat seorang anak bernama Wan En di gereja. Ayahnya menghidap penyakit kanser. Anggota keluarganya sentiasa mendoakannya. Pada suatu malam, ibu dan kakak Wan En telah pergi ke gereja, tinggallah dia dan dua kakaknya di rumah.

Ayah mereka meminta mereka mendoakannya di tepi katil. Wan En berlutut dan berdoa, tidak lama kemudian dia telah melihat penglihatan. Dalam penglihatan itu, terdapat lapan malaikat memainkan alat muzik untuknya, sisir rambutnya dan bermain dengannya. Akhirnya malaikat itu menunjukkan dua keping foto kepadanya. Foto-foto tersebut aktif seperti televisyen. Gambar pertama kelihatan ayah sedang berjalan-jalan. Foto kedua kelihatan kaki ayah telah dipatahkan oleh Iblis lalu terjatuh. Sekeluarga berkumpul keliling katil dan berdoa. Wan En sangat sedih ketika melihat ini lalu memanggil: “Ayah! Ayah!” Dia mula menangis. Ketika malaikat melihat dia sedang menangis, malaikat menghiburnya: “Wan En, jangan menangis. Kamu harus berdoa dengan bersungguh-sungguh dan Tuhan Yesus akan menyembuhkan ayahmu.” Dia masih menangis berterusan. Selepas ibu dan kakaknya pulang dan melihat Wan En sedang menangis. Mereka membawanya ke dapur untuk membuatkannya susu. Pada masa itu, malaikat belum meninggalkannya dan masih sedang menghiburkannya. Setelah beberapa waktu, barulah malaikat itu hilang. Suatu hari, ayah Wan En hendak bangun berjalan tetapi tulang pahanya patah lalu dia terjatuh ke lantai. Semua orang dengan cepat membantunya bangun dan kemudian mendoakannya. Situasi ini sama seperti dalam foto kedua yang diperlihatkan kepada Wan En oleh malaikat.

Ayah Wan En dihantar ke hospital tetapi doktor tidak dapat menyembuhkan kakinya. Tuhan Yesus mendengarkan doa mereka sekeluarga dan tulang kaki ayahnya telah disambungkan kembali melalui seorang saudara yang pakar dalam penyambungan tulang, sama seperti perkataan yang diucapkan malaikat untuk menghiburkan Wan En.

 

Mendoakan Penyakit Diri dan Orang Lain, Memohon Penyembuhan

Adik-adik yang mempunyai rakan atau ahli keluarga yang sedang sakit? Sila angkat tangan. Baiklah, turunkan tangan. Adik-adik yang sedang sakit juga sila angkat tangan. Baiklah, turunkan tangan. (Sekiranya tiada yang angkat tangan, boleh batalkan bahagian ini) Jatuh sakit adalah sesuatu yang menderita. Selain berjumpa doktor, apa lagi yang harus kita lakukan? (Biarkan adik-adik bersuara, tuliskan pendapat adik-adik di papan putih) Tuhan Yesus mempunyai kuasa yang besar dan dapat menyembuhkan penyakit manusia. Kita boleh mendoakan diri sendiri atau orang lain, untuk memohon penyembuhan daripada Tuhan Yesus. Marilah kita melihat satu ayat suci. Sila rujuk Yakobus fasal 5 ayat 16. Mari baca bersama-sama. Adik-adik membaca dengan baik sekali. Marilah! Beritahu siapa yang ingin adik-adik bantu doa dan beritahu semua orang mengapa adik-adik hendak mendoakannya. (Galakkan adik-adik tampil ke hadapan untuk berbicara, kemudian senaraikan mengikut susunan hal-hal yang ingin dibantu doa)

 

Sesi Aktiviti :

  1. Nama aktiviti : Si Buta Mencari Harta Karun
  2. Matlamat aktiviti : Supaya adik-adik ingat akan kekuasaan dan kebolehan Tuhan.
  3. Persiapan sebelum aktiviti : Potong kertas dinding menjadi 32 keping dan tulis yang berikut di atas kertas untuk mewakili kuasa Tuhan:
    1. Membangkitkan orang mati.
    2. Orang buta dapat melihat.
    3. Lumpuh boleh berdiri.
    4. Dapat mencari balik barang yang hilang.
  1. Isi kandungan aktiviti :
    1. Undang beberapa orang adik-adik untuk keluar dan tutup mata mereka dengan sapu tangan atau topeng kertas. Letakkan potongan kertas pada titik yang tetap dan minta adik-adik mengambilnya satu persatu dan meletakkannya di titik permulaan yang asal. Kemudian lepaskan sapu tangan mereka yang menutup mata mereka dan baca ayat di atas kertas yang mereka ambil mengikut urutan mereka kembali.
    2. Guru membuat penambahbaikan isi kandungan.