BAB 6 : ULANG KAJI

Nas Alkitab : Kejadian fasal 24, Bilangan fasal 17, Keluaran 4 :10 – 17, 27 – 31, 7 : 1 – 2, Kisah Para Rasul 9 : 36 – 42, Yosua 1 : 1 – 6, fasal 2, 5 : 13 – 15, 10 : 6 – 14.

 

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :

  1. Ulang kaji objektif pengajaran Bab 1 hingga Bab 5.
  2. Ulang kaji objektif tingkah laku Bab 1 hingga Bab 5.

 

Ayat Hafalan: Ulang kaji ayat-ayat hafalan Bab 1 hingga Bab 5.

 

Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran:

Gambar-gambar pengajaran dan pembelajaran Bab 1 hingga Bab 5. (Gambar yang berkaitan boleh disediakan oleh guru )

 

Doa: 

Dipimpin oleh kanak-kanak.

 

Isi Pelajaran : (Ulang kaji dengan cara menyambung cerita berpandukan gambar)

BAB 1 : RIBKA, PENGANTIN PEREMPUAN YANG CANTIK

  1. Siapakah yang dilahirkan sewaktu Abraham berumur seratus tahun? (Ishak) Abraham menyuruh hamba tua melakukan apa untuk Ishak? (Jemput kanak-kanak menceritakan proses perkahwinan Ishak secara menyambung cerita) (Guru sila rujuk isi kandungan dalam buku teks)
  2. Mengapakah Ribka dipilih? (Sebab dia rajin dan penyayang)
  3. Dalam kehidupan harian, bagaimanakah seharusnya kita melayani orang lain? (Biar kanak-kanak menjawab dengan bebas)

Ulang kaji ayat hafalan: Amsal 19 : 22.

 

BAB 2 :  HARUN, PEMIMPIN UMAT ISRAEL

  1. Siapakah abang Musa? (Harun) Baiklah, silakan adik-adik beritahu cikgu, mengapakah Tuhan memilih Harun untuk bekerja? (Dengan cara menyambung cerita, jemput kanak-kanak mengulas cerita tentang proses Tuhan memilih Musa, tetapi Musa asyik menolak)
  2. Walaupun Tuhan menyertai Musa dan Harun, tetapi ramai orang masih tidak berpuas hati, maka terjadilah pemberontakan. Akhirnya, bagaimanakah Tuhan membuktikan bahawa Harun adalah pemimpin yang dipilih oleh Tuhan? (Menjemput 2-3 orang kanak-kanak yang tidak pernah bersuara untuk mengisahkan proses tersebut secara menyambung cerita.)
  3. Mengapakah Korah dan pengikut-pengikutnya membantah Musa dan Harun? (Cemburu terhadap Musa dan Harun)

Ulang kaji ayat hafalan : 1 Petrus 4 : 10.

 

BAB 3 :  DORKAS YANG BANYAK BERBUAT BAIK

  1. Di pelabuhan Yope, ada seorang yang penyayang dan pandai menjahit baju, siapakah dia? (Dorkas) Apakah yang terjadi padanya? (Jemput kanak-kanak menceritakan proses Dorkas disembuhkan dengan cara menyambung cerita)
  2. Dorkas dibangkitkan oleh Petrus dari kematian, betulkah? (Tidak betul, sebab Petrus berdoa kepada Tuhan, dan Tuhan telah menyembuhkan Dorkas)
  3. Kita sentiasa membantu orang lain dan melakukan kebaikan setiap hari. Siapakah yang akan suka kepada kita? (Tuhan dan manusia)
  4. Apakah maksud “berbuat baik setiap hari”? (Melakukan satu kebaikan setiap hari)

Ulang kaji ayat hafalan: Ibrani 13 : 16.

 

BAB 4 : RAHAB, PEREMPUAN YANG BERANI

  1. Apakah itu ‘pengintai’? (Orang yang khasnya mencari dan mendapatkan maklumat musuh) Pada zaman Yosua, dia pernah mengutus dua orang pengintai untuk pergi ke kota Yerikho, bagaimana prosesnya? (Jemput kanak-kanak mengulas dengan ringkas peristiwa pengintai secara menyambung cerita)
  2. Akhirnya adakah seisi keluarga Rahab mengalami kematian semasa orang Israel menyerang kota Yerikho? Mengapa? (Tidak. Sebab dia mengikut pesanan pengintai dan mengikat tali merah di jendelanya, oleh itu hanya seisi keluarganya diselamatkan di kota Yerikho.)

Ulang kaji ayat hafalan: Roma 12:13.

 

BAB 5 : YOSUA YANG MENGHAPUSKAN MUSUH

  1. Yosua pernah melihat seorang yang memakai pakaian perang dan menghunus pedang di tangan-Nya, siapakah Dia? (Panglima Balatentera Tuhan)
  2. Pada suatu kali, orang Gibeon diserang oleh gabungan lima raja, bagaimanakah Yosua mengalahkan musuh-musuh itu? (Jemput kanak-kanak mengulas proses peperangan dengan cara menyambung cerita)
  3. Mengapakah Yosua boleh menghentikan matahari dan bulan agar tidak bergerak? (Dia berdoa dengan iman, dan bersandar kepada bantuan Tuhan dengan segenap hati.)

Ulang kaji ayat hafalan : Roma 8:31.

 

Sesi Aktiviti:

  1. Nama Aktiviti: Isi Tempat Kosong
  2. Objektif Aktiviti: Ulangkaji butiran penting kelima-lima bab serta ayat hafalan.
  3. Persediaan sebelum aktiviti: Buku kerja murid-murid, pensel.
  4. Isi Kandungan Aktiviti:
    1. Edarkan buku kerja murid-murid, isikan nombor jawapan atau perkataan pada setiap soalan.
    2. Setelah selesai mengisi, jemput kanak-kanak berdiri dan menjawab secara bergiliran, semak jawapan dan ulangkaji bersama-sama.
  5. Perhatian: Jika kanak-kanak itu pelajar darjah satu, isikan nombor di tempat kosong; untuk pelajar darjah dua dan tiga, isikan perkataan.

 

Isi Tempat-tempat kosong:

  1. Layanilah seorang akan yang lain, sesuai dengan ____________ yang telah diperoleh tiap-tiap orang.
  2. Bantulah dalam ____________ orang-orang kudus.
  3. Sifat yang diinginkan pada seseorang adalah
  4. Jika Allah ____________ kita, siapakah yang akan ____________ kita?
  5. Dan janganlah kamu lupa ____________ dan memberi bantuan.
  6. ____________ berdoa dan menghentikan matahari dan bulan.
  7. Hanya seisi keluarga ____________ diselamatkan semasa kota Yerikho diserang.
  8. Di antara 12 suku, tongkat ____________ bertunas dan menghasilkan bunga dan berbuah.
  9. Isteri Ishak bernama ____________.
  10. Petrus mendoakan ____________ lalu dia bangkit dari kematian disebabkan kasihnya.