BAB 6 : ULANG KAJI

Nas Alkitab : Kejadian fasal 1-7

 

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :

  1. Mengulang kaji teks bahan teks Bab 1-5 .
  2. Mengulang kaji dan meninjau objektif tingkah laku Bab 1-5

 

Ayat Hafalan :

Mengulang kaji ayat Alkitab Bab 1-5.

 

Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran :

Gambar-gambar yang pernah digunakan di dalam kelas, kad-kad soalan.

 

Doa :

Dipimpin oleh murid.

 

Ulang Kaji Isi Pelajaran Cerita :

(Berdasarkan gambar, topik akan dipaparkan dan dibincangkan satu persatu)

  1. Berapa harikah yang digunakan oleh Tuhan untuk menciptakan langit dan bumi?
  2. Apakah yang dicipta pada hari pertama?
  3. Apakah yang dicipta pada hari kedua?
  4. Apakah yang dicipta pada hari ketiga?
  5. Apakah yang dicipta pada hari keempat?
  6. Apakah yang dicipta pada hari kelima?
  7. Apakah yang dicipta pada hari keenam?
  8. Bagaimana asal usul Hari Sabat?
  9. Mengapakah Adam dan Hawa diusir dari Taman Eden?
  10. Adakah manusia dijelma dari monyet?
  11. Mengapakah Nuh membuat bahtera?
  12. Bagaimanakah Nuh membuat bahtera?
  13. Bagaimanakah Nuh bersyukur kepada Allah kerana menyelamatkan seisi keluarganya?
  14. Ulang Kaji Ayat Alkitab :
    1. Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi. (Kejadian 1: 1)
    2. Ya,TUHAN, Tuhan kami, betapa mulianya nama-Mu di seluruh bumi. (Mazmur 8: 2)
    3. Memang ibadah itu kalau disertai rasa cukup, memberi keuntungan besar. (1 Timotius 6: 6)
    4. Mengucap syukurlah dalam segala hal, sebab itulah yang dikehendaki Allah di dalam Kristus Yesus bagi kamu. (1 Tesalonika 5:18)
    5. Dengan segala sesuatu yang kamu lakukan dengan perkataan atau perbuatan, lakukanlah semuanya dalam nama Tuhan Yesus, sambil mengucap syukur oleh Dia kepada Allah, Bapa kita. (Kolose 3:17)

 

Menyemak Objektif Tingkah Laku :

(Meninjau pelajaran yang telah dipelajari item demi item)

  1. Mampu mengenali keagungan Allah :
    1. Berikan contoh perbezaan antara objek buatan Allah dan objek buatan manusia.
    2. Dapat menyayangi dan menghargai alam semula jadi ciptaan Allah.
    3. Sentiasa mencukupkan diri dan bersyukur dan patuh pada pimpinan Allah.
  2. Dapat bersyukur kepada Allah dengan kata-kata sendiri :
    1. Jadilah sama seperti Nuh supaya sentiasa mempunyai hati yang bersyukur.
    2. Dapat berdoa, bersyukur kepada Allah dengan kata-kata sendiri.

 

Pengajaran Lagu Kanak-kanak : Nuh dan Bahtera.

Lagu kanak-kanak

Nuh membina bahtera
Hujan lebat akan datang, hujan lebat akan datang
Air besar mengalir di sekitar kapal
Banjir surut, banjir surut
Nuh melepaskan merpati
Buka bahtera, buka bahtera
Nuh berlutut, bersyukur lindungan Allah

 

Aksi :

  1. Paparkan aksi segi sempat besar dengan menggunakan dua tangan.
  2. Goyangkan tangan dari atas ke bawah agar membuat gaya hujan.
  3. Selangkan kedua-dua tangan di depan dada berpusing dalam bulatan.
  4. Bengkokkan badan ke bawah dan ayunkan tangan ke belakang sambil mengundur.
  5. Merentangkan dua tangan untuk membuat gaya burung terbang.
  6. Tarik tangan ke kiri dan ke kanan untuk gaya menutup pintu.
  7. Berlutut dan jabatkan tangan .

 

Murid-murid  Membaca Ayat Alkitab : (bergilir membaca ayat Alkitab yang telah dibaca)

  1. Kej 1:3-5
  2. Kej 1:29-31
  3. Kej 2:1-3
  4. Kej 6:9-10
  5. Kej 8:20-22

 

Sesi Aktiviti :

  1. Nama Aktiviti: Kelakuan apakah yang disukai Allah ?
  2. Objektif Aktiviti: Dari aktiviti memilih perkataan, mengulangkaji ayat-ayat hafalan dan objektif tingkah laku bab-bab awal penggal.
  3. Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran : Guru mengulangkaji lima bab yang pertama.
  4. Isi Kandungan Aktiviti:
    1. Arahkan kanak-kanak mencari teks mengikut nombor.
    2. Tulis teks yang dijumpai di ruangan atas nombor.
    3. Mengulangkaji kisah lima bab pertama sambil mencari teks menurut peraturan tertentu.
  5. Catatan: Bagi kanak-kanak yang baru memasuki kelas tahun satu, tolong tuliskan notasi fonetik.

 

Aktiviti Rujukan :

Sekiranya masa mengizinkan, guru terlebih dahulu menunjukkan cara dan isi kandungan doa dan kemudian membimbing kanak-kanak belajar doa bahasa akal. Meminta  kanak-kanak memimpin mengikut giliran.