Nas Alkitab : Ayat kitab Bab 1-6
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
- Mengetahui bahawa Tuhan maha mengetahui, Maha Kuasa dan Maha A
- Mengetahui bahawa mentaati Tuhan dan menjadi anak yang taat akan mendapat pertolongan Tuhan.
Ayat Hafalan :
- Jangan ada padamu Allah lain di hadapan-Ku. Jangan membuat bagimu patung; Jangan sujud menyembah kepadanya atau beribadah kepadanya (Keluaran 20:3-5)
- Tetapi tanpa iman tidak mungkin orang berkenan kepada (Ibrani 11:6)
- Sesungguhnya, mendengarkan lebih baik daripada korban sembelihan, memperhatikan lebih baik dari pada lemak domba-domba jantan. (1 Samuel 15:22)
- Jangan mengingini rumah sesamamu; atau apa pun yang dipunyai sesamamu. (Keluaran 20:17)
- Supaya semua bangsa di bumi tahu, bahwa kuat tangan TUHAN. (Yosua 4:24)
- Yesus memandang mereka dan berkata: “Bagi manusia hal ini tidak mungkin, tetapi bagi Allah segala sesuatu mungkin.” (Matius 19:26)
Doa :
Dalam nama Tuhan Yesus berdoa. Bapa yang dikasihi, Engkau mengasihi kami dan kami juga mengasihi-Mu, ibu bapa dan semua orang. Terima kasih kerana membantu kami menjadi anak yang cergas, taat, tidak bohong dan tidak tamak. Haleluya. Amin.
Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran :
Gula-gula. (Kuantiti mengikut bilangan kanak-kanak)
Isi Pelajaran :
Adik-adik, adakah kamu melihat gambar-gambar dan karya yang dilekat pada dinding dalam kelas anda? Melihat gambar dan karya ini kamu mesti ingat cerita yang pernah kamu dengar. Sekarang mari kita ulangkaji untuk melihat siapa paling mengingati dan mendengar dengan penuh perhatian cerita guru. Adik-adik yang boleh menjawab, sila angkat tangan.
BAB 1
- Tuhan Benar memberi Musa dua loh batu di Gunung Sinai. Apakah yang ditulis-Nya di atasnya? (Sepuluh Firman)
- Apabila umat Israel melihat Musa tidak turun dari gunung, mereka bising dan meminta Harun membuat seekor binatang dengan menggunakan emas. Apakah binatang itu? (Anak lembu)
- Umat Israel menyembah anak lembu emas dan Tuhan sangat murka sehingga Dia mahu membinasakan mereka. Siapakah yang menjadi pengantara yang memohon untuk mereka? (Musa)
- Siapa yang paling membenci penyembahan berhala dan makanan/barangan yang telah dipersembahkan kepada berhala? (Tuhan Benar)
Adik-adik telah menjawab dengan baik. Sekarang marilah kita hafal ayat hafalan pelajaran pertama: “Jangan ada padamu tuhan lain di hadapan-Ku. Jangan membuat bagimu patung. Jangan sujud menyembah kepadanya atau beribadah kepadanya. (Keluaran 20:3-5)
BAB 2
- Tuhan Benar memesan Musa menghantar berapa orang pengintai untuk melihat tanah Kanaan? (Dua belas orang)
- Apakah yang dibawa kembali oleh pengintai-pengintai? (Setandan anggur besar, buah ara dan delima)
- Pengintai-pengintai jahat melaporkan berita buruk dan membawa apa akibat kepada orang Israel ? (Mereka menangis dengan sedih sepanjang malam dan ingin pulang ke Mesir.)
- Siapakah dua orang pengintai yang baik di mana menghiburkan umat Israel? (Yosua dan Kaleb)
- Apakah akibat yang dialami oleh pengintai-pengintai jahat berdusta itu? (Tuhan Benar tidak mengizinkan mereka masuk ke tanah Kanaan.)
Pandai sangat adik-adik semua. Sekarang mari kita membaca ayat hafalan pelajaran dua. “Tetapi tanpa iman tidak mungkin orang berkenan kepada Allah.” (Ibrani 11:6)
BAB 3
- Apabila umat Israel berada di padang gurun dan tidak ada apa-apa untuk dimakan, apakah yang Tuhan Benar berikan kepada mereka untuk dimakan? (Manna)
- Umat Israel berkata: “Yang ini tidak sedap, yang itu tidak sedap” Apabila jalan itu tidak mudah untuk dilalui kepada siapakah mereka bersungut? (Tuhan Benar dan Musa)
- Umat Israel telah membangkitkan kemurkaan Tuhan Benar; binatang apakah yang diperintahkan Tuhan Benar untuk menggigit orang Israel? (Ular tedung)
- Selepas umat Israel memohon maaf kepada Tuhan, Tuhan menyuruh Musa lakukan apa untuk menyelamatkan orang Israel? (Membuat patung ular tembaga)
- Tuhan Benar telah mencipta banyak makanan yang lazat. Apakah yang harus kita lakukan? (Harus bersyukur kepada Tuhan dan makan semua jenis ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan gembira.)
Adik-adik telah menjawab dengan baik sekali. Sama-sama kita ayat hafalan: Sesungguhnya, mendengarkan lebih baik daripada korban sembelihan, memperhatikan lebih baik dari pada lemak domba-domba jantan. (1Samuel 15:22)
BAB 4
- Apabila orang Israel tiba di negeri Moab, Raja Moab menjemput seorang nabi untuk menyampaikan kata-kata yang jahat untuk orang Israel. Siapakah nabi itu? (Bileam)
- Adakah Tuhan Benar mengizinkan nabi Bileam menyampaikan kata-kata yang jahat untuk orang? (Tidak)
- Nabi Bileam yang tamak ingin mendapatkan hadiah dari raja, dia pergi berjumpa raja. Siapakah yang dijumpainya semasa dalam perjalanan? (Malaikat dengan pedang)
- Bileam yang tamak hampir dibunuh oleh malaikat. Siapakah yang menyelamatkan nabi Bileam? (Keledai)
- Jika kita telah melakukan sesuatu yang salah, apakah yang harus kita lakukan? (Berani mengakui kesilapan dan bertaubat)
Baiklah, mari kita ulangkaji ayat hafalan pelajaran ini. “Jangan mengingini rumah sesamamu; atau apa pun yang dipunyai sesamamu (Keluaran 20:17)
BAB 5
- Beberapa orang Israel yang tidak taat membangkitkan kemurkaan Tuhan. Bagaimana Tuhan menghukum mereka? (Tidak mengizinkan mereka memasuki tanah Kanaan)
- Mereka berjalan di padang gurun selama berapa tahun sebelum memasuki tanah Kanaan? (Empat puluh tahun)
- Selepas Musa meninggal dunia, siapakah yang dipilih Tuhan untuk memimpin umat Israel? (Yosua)
- Berapa orang pengintaikah yang dihantar oleh Yosua ke Yerikho? (Dua orang)
- Siapakah yang menyelamatkan kedua-dua orang pengintai itu? (Rahab)
- Bagaimanakah umat Israel menyeberangi Sungai Yordan? (Menyeberangi sungai dengan menyusuli tabut Tuhan)
- Apakah yang disimpan di dalam tabut itu? (Tongkat Harun, manna dan dua loh batu)
- Apabila imam yang membawa tabut itu menginjakkan kakinya ke dalam air, apakah yang berlaku kepada sungai yang mengalir itu? (Tiba-tiba berhenti)
- Untuk membuktikan kekuasaan-Nya, Tuhan Benar menghentikan air sungai agar umat Israel dan keturunan mereka ingat buat selama-lamanya bahawa Tuhan Benar pernah menolong umat Israel menyeberangi Sungai Yordan. Tuhan telah memesan mereka supaya memindahkan berapa batu ke dasar Sungai Yordan? (Dua belas batu)
Adik-adik sungguh bijak. Tepat sekali jawapan adik-adik. Mari hafal ayat hafalan untuk bab ini: “Supaya semua bangsa di bumi tahu, bahwa kuat tangan TUHAN” (Yosua 4:24)
BAB 6
- Bagaimanakah tembok-tembok Yerikho? (Tembok itu tinggi dan kukuh)
- Apabila orang Israel menyerang Yerikho, siapakah yang datang dan memimpin tentera Tuhan dalam peperangan itu? (Tuhan Benar)
- Tuhan Benar memberitahu umat Israel bagaimana cara untuk mengelilingi kota Yerikho? (Hari pertama hingga hari keenam mereka akan mengelilingi kota itu sekali dalam sehari dan pada hari ketujuh mereka akan mengelilingi kota itu tujuh kali)
- Selepas mengelilingi kota buat kali ketujuh, Yosua menyuruh umat Israel buat apa? (Bersorak dengan kuat)
- Apakah yang berlaku selepas itu? (Tembok runtuh)
- Selepas umat Israel masuk ke kota Yerikho, mereka membakar banyak barang tetapi apa yang perlu dikekalkan? (Keluarga Rahab, emas, perak, tembaga dan besi yang dikhususkan untuk Tuhan.)
- Mengapa Tuhan menolong umat Israel? (Kerana umat Israel mendengar firman dan mematuhi perintah Tuhan.)
- Dalam buku apakah Tuhan Benar memberitahu kita banyak kisah tentang Dia yang menolong umat-Nya? (Alkitab)
- Apakah yang harus kita buat untuk mendapat pertolongan daripada Tuhan? (Memohon doa dan bersyukur)
Adik-adik mari kita hafal ayat hafalan berikut: Yesus memandang mereka dan berkata: “Bagi manusia hal itu tidak mungkin, tetapi bagi Allah segala sesuatu mungkin.” (Matius 19:26).
Adik-adik telah mendengar dengan penuh perhatian dan menjawab dengan baik. Sekarang cikgu mengajak adik-adik makan gula gula. Ingat! Ini bilik darjah kita dan rumah Tuhan. Jangan buang sampah.
Sesi aktiviti :
- Nama aktiviti: Taman Burung
- Matlamat aktiviti: Ulangkaji cerita bab 1 hingga 6
- Persediaan sebelum aktiviti: Pensel
- Kandungan aktiviti:
- Soal Jawab: Adik adik menjawab soalan secara lisan.
- Tuhan Benar memberi Musa dua loh batu di Gunung Sinai. Apakah yang tertulis di atasnya? (Sepuluh Firman)
- Siapa yang membenci penyembahan berhala dan makanan/barang yang telah disembah berhala? (Tuhan Benar)
- Selepas Musa meninggal dunia, siapakah yang Tuhan pilih untuk memimpin orang Israel? (Yosua)
- Dalam buku manakah Tuhan Benar memberitahu kita banyak kisah tentang Dia yang menolong umat-Nya? (Alkitab)
- Umat Israel membangkitkan kemurkaan Tuhan, binatang apakah yang mematuk umat Israel? (Ular tedung)
- Siapakah yang telah menyelamat kedua orang pengintip? (Rahab)
- Bileam yang tamak hampir dibunuh oleh malaikat. Siapakah yang menyelamatkan nabi Bileam? (Keldai)
- Tulis jawapan: Minta adik-adik menulis jawapan pada ruangan burung-burung mengikut urutan soalan di taman burung.
- Soal Jawab: Adik adik menjawab soalan secara lisan.