BAB 8 : LAUT MENDENGAR KATA TUHAN

BAB 8 : LAUT MENDENGAR KATA TUHAN

Mesej Untuk  Guru :

Kepada guru yang dikasihi, bab ini merupakan kesinambungan bab sebelum ini. Setelah Yesus melakukan tanda mujizat mengenyangkan lima ribu orang dengan lima roti dan dua ikan di danau Galilea berhampiran Betsaida, Dia menyuruh murid-murid-Nya menyeberangi laut. Beberapa jam kemudian, terjadilah angin ribut. Yesus berjalan di atas air menuju ke arah mereka dan perahu mereka pun segera tiba di Genesaret.

Kita dapat melihat keberanian Petrus dalam perenggan ini. Dia bukanlah ingin mencobai Tuhan; sebaliknya dia merupakan satu-satunya orang yang menyahut Yesus dengan iman. Permintaannya yang terburu-buru itu memberikannya peluang untuk mengalami kekuatan Tuhan. Cuba fikirkan, jika kita ialah Petrus, adakah kita juga mempunyai keberanian dan iman seperti Petrus pada waktu itu?

Dia tenggelam disebabkan matanya telah beralih daripada Tuhan Yesus dan dia menumpukan perhatian kepada gelombang laut di sisinya. Maka goyanglah imannya. Kemungkinan adalah mustahil bagi kita sekarang untuk berjalan di atas air tetapi kita juga akan menghadapi keadaan yang susah. Jika kita menumpu sepenuh perhatian kepada angin kencang dan gelombang laut semasa menghadapi kesusahan maka kita tidak dapat melihat pertolongan Tuhan. Jadi apabila kita menyampaikan cerita ini , selain daripada memperlihatkan kuasa besar Yesus yang berjalan di atas air, kita juga jangan sekali-kali terlupa untuk tegaskan supaya peliharakanlah iman kita,pandanglah pada Yesus, bersandar sepenuhnya kepada-Nya dan serahkan segala-galanya kepada Yesus semasa kita menghadapi kesukaran dan kegagalan.

Nas Alkitab : Matius 14: 23-36, Markus 6: 45-56, Yohanes 6: 16-21

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :

Mengenali Tuhan yang amat berkuasa.

Ayat Hafalan :

Tetapi tanpa iman tidak mungkin orang berkenan kepada Allah. (Ibrani 11: 6)

Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran :

Gambar berkaitan dengan laut dan pantai atau gambar nelayan bekerja.

Doa :

Dalam nama Tuhan Yesus berdoa, Tuhan Yesus yang dikasihi, kami mengetahui bahawa Engkau adalah Tuhan yang berkuasa. Engkau telah menciptakan dunia ini dan juga telah menciptakan manusia. Kami bersyukur kepada Engkau kerana Engkau senantiasa menyertai kami. Engkau tetap melindungi kami tidak kira kami berada di rumah, di sekolah atau semasa bermain.  Mohon Engkau mencurahkan kekuatan kepada kami agar kami lebih beriman semasa berada dalam kesusahan. Haleluya, Amin.

Isi Pelajaran  :

Adik-adik, pernahkah kamu melihat lautan besar atau pantai? Apa yang kamu lakukan semasa berada di pantai? Kamu pergi ke situ pada musim sejuk atau musim panas? Selesakah tidak ketika ditiupkan angin semasa di pantai? (membiarkan kanak-kanak mengongsikan pengalaman beriadah di pantai) Ya, jawapan kamu semua baik sekali. Walaupun sangat seronok bermain di pantai tetapi kamu haruslah menjaga keselamatan juga ya. Betapa teruk jika kita tidak berhati-hati lalu terjatuh ke dalam laut. Adik-adik, kamu sekadar bermain sahaja di pantai  tetapi ada sesetengah orang pula perlu bekerja di atas laut iaitu nelayan. Tidak kira cuaca baik atau buruk, sejuk atau panas mereka tetap perlu berlayar di atas laut untuk menangkap ikan. Selepas itu, ikan tersebut akan dijual di pasaraya barulah kita ada ikan yang segar dan sedap untuk dimakan. Cuba kamu fikirkan, setiap hari nelayan akan berada di bawah panas matahari yang terik serta ditiup angin laut dan ada kalanya mereka tidak dapat menangkap sebarang ikan pun. Bukankah mereka penat sekali? Cerita yang akan disampaikan pada hari ini adalah cerita yang berlaku di pantai. Marilah kita mendengar apa yang dilakukan oleh Tuhan Yesus dan murid-muridNya di pantai dan apakah yang telah berlaku di atas laut tersebut.

Murid-murid Naik Ke Perahu dan Berangkat Ke Seberang

Adik-adik, masih ingatkah tidak cerita pada minggu lalu? Iaitu kisah berkenaan dengan seorang budak lelaki yang mempersembahkan makanannya sendiri kepada Tuhan Yesus . Maka Tuhan Yesus mengenyangkan lima ribu orang dengan lima roti dan dua ekor ikan yang disimpan dalam bekas makanan itu. Cerita ini berlaku di danau Galilea. Setelah Tuhan Yesus melakukan tanda mujizat ini, Dia berkata kepada murid-murid-Nya: “Kamu naik ke perahu dan mendahului Aku pergi ke seberang. Aku berharap orang-orang yang datang mendengar firman ini dapat pulang ke rumah dengan segera.” Murid-murid meninggalkan tempat itu dengan perahu setelah mendengar kata-kata Yesus. Yesus menunggu sehingga semua orang telah pulang ,barulah Dia naik ke atas bukit seorang diri untuk berdoa.

Yesus Berjalan Di Atas Air

Ketika hari sudah malam, Yesus masih berdoa di atas bukit. Murid-murid membawa perahu ke bahagian  tengah danau. Angin di atas laut sangat kencang dan laut bergelora kerana angin yang kencang ini . Perahu juga diombang-ambingkan gelombang. Datanglah Yesus menuju ke perahu mereka dengan berjalan di atas air. Ketika murid-murid-Nya melihat ada orang berjalan di atas air, mereka terkejut dan berasa takut sekali lalu berseru dengan suara nyaring:  “Itu hantu!“ Yesus mendengar teriakan mereka lalu segera menghiburkan mereka: “Tenanglah! Aku ini, jangan takut!”

Petrus Berjalan Di Atas Air

Pada waktu ini, ada seorang murid Tuhan Yesus yang bernama Petrus di mana merupakan seorang nelayan sebelum mengikuti Tuhan Yesus dan menjadi murid Yesus.  Dia menaiki perahu dan menangkap ikan di laut setiap hari. Apabila dia melihat Tuhan Yesus berjalan di atas air, lalu berkata dia kepada Tuhan Yesus dengan penuh iman  “Tuhan, jika itu ialah Engkau, suruhlah aku datang kepada-Mu berjalan di atas air.” Kata Yesus: “Datanglah!” Maka Petrus turun dari perahu dan berjalan di atas air mendapatkan Yesus. .Dia berjalan dan angin semakin kencang dan laut bergelora akibat tiupan angin yang kencang. Petrus terasa takut kerana angin yang kencang ini . Oleh kerana dia takut maka dia telah kehilangan iman. Pada mulanya dia dapat berjalan di atas air dengan bersandar kepada kuasa Yesus tetapi sekarang dia mulai tenggelam.

Adik-adik, apakah yang akan berlaku jika kita tenggelam? Betul, kita akan terminum banyak air laut yang masin dan tidak dapat bernafas di dalam air ,akhirnya akan mati. Petrus cemas dan berteriak: “Tuhan, tolonglah aku!” Segera Yesus menghulurkan tangan- Nya, memegang dia dan berkata: “Hai orang yang kurang percaya, mengapa engkau bimbang? Mengapa engkau takut?” Setelah mengatakan semuanya itu Yesus menghulurkan tangan dan memegang Petrus naik ke perahu. Pada waktu ini, suatu perkara yang ajaib telah berlaku. Sebaik sahaja Yesus dan Petrus naik ke perahu maka angin pun reda. Orang-orang yang ada di perahu berasa sangat takjub ketika melihat hal ini. Mereka berlutut menyembah Tuhan Yesus dan percaya sesungguhnya Dia Anak Allah.

Yesus Tiba Di Seberang dan Melakukan Tanda Mujizat

Setibanya perahu mereka di seberang mereka mendarat di suatu tempat bernama Genesaret. Orang-orang di situ melihat mereka dan mengenali Yesus serta murid-murid-Nya. Lalu mereka segera menghantar utusan ke seluruh daerah itu supaya membawa semua orang yang sakit ke hadapan Yesus. Mereka memohon supaya diperkenankan menjamah jubah-Nya untuk menyembuhkan penyakit mereka. Sungguh ajaib sekali kerana semua orang yang telah menjamah-Nya yang pada mulanya sakit kini semuanya telah sembuh.

Kesimpulan :

Adik-adik, selepas mendengar cerita ini adakah kamu terasa Tuhan Yesus sangat agung? Adakah kita dapat berjalan di atas air seperti Tuhan Yesus jika hanya bersandar dengan kekuatan manusia? Ini mustahil kerana laut sangat dalam dan luas. Untuk menyeberangi laut jika bukan berenang maka perlu menaiki perahu kerana mustahil untuk berjalan menyeberanginya. Hanyalah Tuhan yang berkuasa dapat menjadikan sesuatu yang tidak mungkin kepada sesuatu yang mungkin . Dalam cerita ini murid Yesus iaitu Petrus sangat beriman pada mulanya tetapi apabila dia melihat laut bergelora lalu menjadi takut. Dia terlupa bahawa Tuhan Yesus ada di sisinya dan sepatutnya tiada apa yang harus ditakuti. Mujurlah dia masih ingat  berseru kepada Tuhan Yesus untuk menyelamatkannya. Jika tidak, dia pasti akan tenggelam di dalam lautan besar dan akan mati. Yesus adalah Tuhan  yang Mahakuasa maka kita haruslah menyembah-Nya sama seperti orang-orang di Genesaret, mereka mengenal Tuhan Yesus dan mempercayai bahawa Dia amat berkuasa. Bahkan  mereka percaya orang yang sakit dapat disembuhkan hanya dengan menjamah jubah Yesus. Adik-adik, adakah kamu juga beriman seperti mereka? Apabila kamu berhadapan dengan kesusahan, apa yang akan kamu lakukan? (kanak-kanak memberikan pandangan) Ya, semua pun menjawab dengan betul . Jadi  adalah dipercayai Tuhan akan sentiasa menyertai anda sekalian dan membantu kalian.

Sesi Aktiviti : (Ulangkaji bab 1 – 7)

  1. Cara Ulangkaji: Mengulang kaji isi cerita dengan menggunakan permainan Bingo.
  2. Cara Bermain:
  • Lekatkan (lukiskan) kad bingo di atas papan putih. Beritahu kanak-kanak bahawa kita akan mulakan permainan dan harus mematuhi peraturan permainan. Kanak-kanak yang menjawab soalan dengan penuh tumpuan  akan mendapat hadiah kecil selepas tamat sesi ulangkaji ; sebagai dorongan kepada mereka kerana tumpukan perhatian semasa sesi ini berlangsung.
  • Bahagikan kanak-kanak kepada dua kumpulan. Minta kanak-kanak memilih simbol wakilan (O atau X) (Nota: Boleh menggunakan gambar untuk menggantikan simbol tersebut dan lekatkan magnet di belakang gambar tersebut terlebih dahulu).
  • Letakkan dua jenis alat muzik di bawah papan putih (tempat paling depan di dalam kelas).
  • Jelaskan peraturan permainan. Aturkan giliran menjawab soalan.
  • Setiap kumpulan menghantar seorang murid tampil ke hadapan untuk bersiap sedia menjawab soalan. Cikgu mula mengemukakan soalan.
  • Wakil kumpulan yang akan menjawab soalan haruslah membunyikan alat muzik tersebut. Cikgu perhatikan kumpulan mana yang membunyikan alat muzik terlebih dahulu dan meminta murid dari kumpulan tersebut untuk menjawab soalan. Murid yang menjawab dengan betul boleh memilih satu petak di kad bingo dan lukiskan simbol mereka di petak tersebut (atau meletakkan simbol). (Jika murid itu tidak pandai melukis ia boleh menunjukkan petak yang ingin dilukiskannya dan meminta bantuan dari cikgu untuk melukiskannya). Jika  jawapannya salah , maka ahli kumpulan yang lain boleh menjawab.
  • Teliti kumpulan yang paling cepat melengkapkan satu garisan panjang dan bandingkan kumpulan mana yang memiliki paling banyak garisan panjang.
  • Berikan dorongan serta galakan kepada kanak-kanak yang bersungguh-sungguh dalam aktiviti ini .

Nota :

  1. Tetapkan peraturan permainan. Contohnya: tidak boleh menjawab sebelum membunyikan alat muzik itu jika tidak kumpulan lain pula akan terdengar jawapan tersebut. Harus mendengar soalan dengan teliti, kemudian bunyikan alat muzik dan menjawab soalan . Akhir sekali meletakkan simbol…dan sebagainya.
  2. Berikan peluang penyertaan kepada setiap kanak-kanak.

Soalan :

Bab 1:

  1. Siapakah nama ibu Yesus? (Maria.)

 

  1. Dalam perjalanan ke Betlehem, Maria dan Yusuf tidak menjumpai tempat untuk berehat. Akhirnya mereka tinggal di mana? (Kandang kuda yang telah dibersihkan.)
  2. Di manakah Maria menempatkan bayi Yesus ? (Dalam palungan kuda.)
  3. Tuhan Yesus dilahirkan di kota mana? (Betlehem.)
  4. Malaikat memberitakan kabar indah kepada siapa di padang lalu mereka masuk ke dalam kota untuk menyembah Yesus? (gembala-gembala)
  5. Soalan ayat kitab: Hari ini telah lahir bagimu Juruselamat, iaitu Kristus, Tuhan, di kota Daud. (Luk 2: 11) (Dapat menghafal dengan sempurna)

Bab 2: 

  1. Beberapa orang majus dari tempat yang jauh datang ke Betlehem untuk mencari siapa? (Tuhan Yesus.)
  2. Benda apakah yang memimpin orang-orang majus mencari Tuhan Yesus? (Bintang yang sangat besar dan terang.)
  3. Mengapakah orang-orang majus tidak pulang memberitahu Raja Herodes di mana Tuhan Yesus berada? (Kerana malaikat menyuruh mereka untuk tidak pulang.)
  4. Mengapakah Yusuf membawa Tuhan Yesus yang masih kecil lagi itu melarikan diri ke Mesir? ( Ini kerana Raja Herodes ingin membunuh anak kecil Yesus . Namun malaikat menampakkan diri kepada Yusuf dalam mimpi , menyuruh mereka pergi ke Mesir.)
  5. Siapakah raja yang sejati? (Tuhan Yesus adalah raja segala bangsa dan raja segala raja)
  6. Soalan ayat kitab: Hari ini telah lahir bagimu Juruselamat, iaitu Kristus, Tuhan, di kota Daud. (Luk 2: 11) (Dapat menghafal dengan sempurna)

 

Bab 3:

  1. Pada usia berapakah Tuhan Yesus pergi ke Yerusalem untuk beribadah kepada Tuhan bersama-sama dengan ibu bapa-Nya? ( Usia dua belas tahun.)
  2. Aula gereja sama seperti bait suci. Apakah yang kita lakukan di dalam aula gereja? (Beribadah kepada Tuhan.)
  3. Apakah yang harus kita lakukan apabila tiba di aula gereja? (Berjalan perlahan-lahan dengan senyap, tidak berbuat bising, menyanyi kidung, berdoa dan memuji Tuhan.)
  4. Setelah selesai mendengar firman, anak kecil Tuhan Yesus dan ibu bapaNya pulang ke rumah dari Yerusalem. Namun dalam perjalanan tersebut mereka tidak dapat mencari Yesus. Di manakah Tuhan Yesus berada? (Masih berada di bait suci.)
  5. Anak kecil Tuhan Yesus tidak pulang ke rumah bersama-sama dengan ibu bapaNya. Apakah yang dilakukan- Nya dalam bait suci? (Membaca kitab suci bersama-sama dengan orang-orang dewasa di bait suci; sambil mendengar penyampaian alim ulama sambil mengemukakan soalan.)
  6. Soalan ayat kitab: Dan Yesus semakin bertambah besar dan bertambah hikmat dan besar-Nya, dan makin dikasihi oleh Allah dan manusia. (Luk 2: 52) (Dapat menghafal dengan sempurna)

 

Bab 4:

  1. Apakah yang telah berlaku ke atas anak seorang pegawai istana di Kapernaum? (Sakit tenat dan hampir mati.)
  2. Siapakah yang telah menyembuhkan penyakit anak pegawai istana yang sangat beriman itu? (Tuhan Yesus.)
  3. Adakah Tuhan Yesus pergi ke rumah pegawai istana? (Tidak) Apa yang Dia katakan kepada pegawai istana itu? (“Pergilah dengan aman tenteram, anakmu hidup dan telah sembuh!”)
  4. Soalan ayat kitab: Kerana begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal. (Yoh 3: 16)

 

Bab 5:

  1. Pada suatu hari, setelah Tuhan Yesus selesai menyampaikan firman; datanglah ibu bapa yang ramai bersama anak-anak mereka kepada Yesus. Namun murid-murid-Nya tidak senang hati pula. Apakah yang dikatakan oleh murid-murid kepada mereka ? (Menyuruh mereka pergi dan jangan ganggu Tuhan Yesus.)
  2. Tetapi apa yang dikatakan oleh Tuhan Yesus ? (Biarkanlah anak-anak itu datang kepada-Ku dan jangan kamu menghalang-halangi mereka sebab orang-orang yang seperti itulah yang empunya Kerajaan Allah.)
  3. Tuhan Yesus berkenan kepada anak-anak yang sebagaimana? (Yang mendengar cakap ibu bapa, suka datang ke gereja, … dan lain-lain.)

 

Bab 6:

  1. Apakah yang telah berlaku di rumah Yairus , seorang kepala rumah ibadat ? (Anak perempuannya mati dan Tuhan Yesus membangkitkannya.)
  2. Soalan ayat kitab: Biarkanlah anak-anak itu datang kepada-Ku, dan jangan kamu menghalang-halangi mereka, sebab orang-orang yang seperti itulah yang empunya Kerajaan Allah. (Luk 18: 16)

 

Bab 7:

  1. Seorang budak lelaki telah memberikan makanannya kepada Tuhan Yesus. Apakah makanan tersebut? (Lima roti dan dua ikan.)
  2. Yesus telah mengenyangkan berapa orang setelah Dia mengambil roti dan ucapkan berkat, kemudian pecah-pecahkannya kepada mereka? (Mengenyangkan lima ribu orang)
  3. Murid-murid telah mengumpul berapa bakul potongan-potongan roti dan ikan? (Dua belas bakul.)

 

Kad Bingo

 

Dua jenis gambar. Contohnya: Bintang dan matahari.