BAB 8 : RAJA YANG DEGIL

BAB 8 : RAJA YANG DEGIL

 

Nas Alkitab : Keluaran fasal 7-12

Ayat Bacaan : Ibrani 1:35-36

 

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran : 

  1. Tuhan memimpin umat Israel keluar dari Mesir dengan tangan-Nya yang berkuasa.
  2. Bertekad bekerja demi Tuhan: Harus memiliki keberanian yang tidak takut akan penderitaan.

 

Ayat Hafalan :

Ingatlah perbuatan-perbuatan ajaib yang dilakukan-Nya, mujizat-mujizat dan penghukuman-penghukuman yang diucapkan-Nya. (Mazmur 105:5)

 

Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran :

  1. Sediakan satu gelas yang berisi air, sebatang pen tandatangan berwarna merah
  2. tongkat, ular kertas saiz besar dan kecil, satu peti surat kecil.
  3. Gambar-gambar pengajaran dan pembelajaran. (Gambar yang berkaitan disediakan oleh guru.)

 

Doa :

Dalam nama Tuhan Yesus berdoa. Tuhan Benar yang dikasihi, kami tahu bahawa Engkau sentiasa menjaga kami, agar kami dapat keluar dari rumah dengan gembira dan balik ke rumah dengan selamat.  Kami mahu bersyukur kepada-Mu setiap hari, menyanyi kidung memuji-Mu setiap hari. Ya Tuhan, terima kasih kerana Engkau memberi keberanian kepada kami untuk menghadapi segala kesusahan, agar kami dapat berusaha meneladani Musa untuk menjadi seorang pekerja kecil yang dapat melakukan banyak kerja untuk-Mu. Haleluya. Amin.

 

Isi Pelajaran :

Semasa Musa masih sangat kecil, ibunya terpaksa meletakkannya di tepi sungai kerana perintah raja. Tuhan menjaga Musa yang kecil, sehingga mengaturkan seorang puteri yang baik hati datang menyelamatkannya. Puteri membesarkannya seperti anak kandungnya sendiri, memberikan pendidikan kepadanya, sehingga Musa bertumbuh besar dengan cantik dan bijak. Pada suatu hari, Musa tidak berani kembali ke istana kerana telah melakukan kesalahan, maka dia terpaksa melarikan diri ke tempat yang sangat jauh dan membantu orang lain menjaga kambing domba. Ketika Musa menjaga kambing domba, Tuhan berfirman kepadanya, Tuhan menyuruh Musa menuntun orang Israel keluar dari Mesir. Tuhan juga berjanji bahawa akan menyertai dan membantunya. Musa kembali ke Mesir menurut firman Tuhan. Raja Mesir pada ketika itu bukan lagi bapa kepada puteri tersebut.

 

Musa Menghadap Raja

Musa dan abangnya, Harun masuk ke dalam istana untuk menghadap raja dan berkata : “Tuhan yang kami sembah telah mengutus aku menuntun bangsa Israel meninggalkan Mesir supaya mereka beribadah kepada Tuhan di padang gurun.” Adik-adik, cuba anda fikir adakah raja akan membiarkan bangsa Israel beribadah kepada Tuhan? Sudah tentu tidak, sebab jika bangsa Israel meninggalkan Mesir, maka tidak ada lagi orang yang akan melakukan banyak kerja yang susah dan berat di seluruh negara. Raja menjadi sangat marah dan tidak mahu membiarkan bangsa Israel pergi beribadah kepada Tuhan di padang gurun, bahkan dia mahu umat Israel melakukan lagi banyak kerja yang berat.

Tuhan berfirman kepada Musa dan Harun supaya pergi menghadap raja lagi dan katakan kepada raja supaya izinkan umat Israel pergi beribadah kepada Tuhan di padang gurun. Namun raja masih tidak mengizinkannya. Lalu Harun melemparkan tongkat yang berada di tangannya (Keluarkan tongkat) ke tanah, maka tongkat itu berubah menjadi ular. (Tunjukkan ular besar) Raja berfikir, hal ini tidak menghairankan. Dia memanggil orang-orang berilmu dan ahli-ahli sihir Mesir melemparkan tongkat-tongkat lalu tongkat-tongkat mereka juga menjadi ular (Keluarkan ular kertas kecil), tetapi ular dari tongkat Harun dan Musa telah menelan ular dari tongkat ahli-ahli sihir. Maka terkejutlah raja. Akan tetapi, raja ini sangat garang, dia berkata kepada Musa : “Apakah kehebatan Tuhan kamu, tidak, aku tidak akan membiarkan orang Israel meninggalkan Mesir.”

 

Tulah Air Menjadi Darah

Tuhan berfirman kepada Musa dan Harun supaya pergi ke tepi sungai. Pada keesokan hari, ketika mereka tiba di tepi sungai, raja juga berada di situ. Mereka berkata kepada raja : “Tuhan yang kami sembah menghendaki supaya raja membiarkan orang Israel meninggalkan Mesir. Jika raja tidak mengizinkan, maka kami akan memukul air di sungai dengan tongkat yang di tanganku dan air akan berubah menjadi darah.” Semua air sungai di Mesir berubah menjadi darah, bahkan semua air yang disimpan oleh ibu-ibu orang Mesir dalam periuk dan mangkuk juga berubah menjadi darah (Letakkan pen tandatangan ke dalam gelas kaca), semua ikan juga mati. Ibu-ibu orang Mesir tidak ada air untuk memasak, mencuci pakaian, anak-anak orang Mesir berasa haus namun tidak ada air untuk diminum. Apakah yang harus dibuat?  Orang Mesir terpaksa menggali-gali di sekitar sungai mencari air untuk diminum. Setelah genap 7 hari, barulah air sungai kembali menjadi air yang jernih. Namun, raja masih tidak mahu melepaskan orang Israel pergi beribadah kepada Tuhan di padang gurun.

 

Tulah katak

Berfirmanlah Tuhan kepada Musa supaya pergi berkata kepada raja : “Tuhan berpesan supaya engkau membiarkan orang Israel pergi beribadah kepada Tuhan, jika engkau enggan membiarkan mereka pergi, maka akan ada banyak katak naik ke darat untuk bermain-main di Tanah Mesir.” Raja menggelengkan kepalanya. Tuhan menyuruh Harun menghulurkan tongkatnya ke atas permukaan sungai, wah! banyaknya katak (Tunjukkan gambar katak) yang melompat ke darat. Ada katak yang melompat ke atas katil orang Mesir, ada yang melompat ke atas meja dan kerusi, ada yang melompat ke dalam kuali, ada yang melompat ke dalam selimut, di mana-mana pun ada katak, sepanjang hari hanya kedengaran bunyi katak “berkuak-kuak”, sungguh merunsingkan. Waktu raja mahu makan, katak melompat masuk ke dalam mangkuk raja dengan matanya merenung kepada raja. Raja berasa lapar dan marah, terpaksalah dia memanggil Musa dan Harun datang, meminta mereka segera menghalau katak-katak. Musa berdoa kepada Tuhan, lalu semua katak-katak di darat mati, hanya tinggal katak-katak di sungai sahaja. Namun raja masih lagi menggelengkan kepala dan tidak membenarkan orang Israel pergi beribadah kepada Tuhan.

 

Tulah Nyamuk (kutu)
Tuhan menyuruh abang Harun menghulurkan tongkatnya dan memukuli debu di atas tanah, debu tanah berubah menjadi nyamuk (Kutu) sejenis serangga yang kecil, hinggap pada badan orang Mesir sehingga seluruh badan orang Mesir rasa gatal. Badan mereka menjadi sangat yang gatal dan menyebabkan mereka tidak dapat tidur dan makan. Raja pun memanggil Musa dan memintanya berdoa kepada Tuhan supaya mematikan semua serangga kecil. Setelah itu, raja masih lagi menggelengkan kepala, tidak mahu membenarkan orang Israel pergi beribadah kepada Tuhan.

 

Tulah Lalat Pikat

Tuhan membuatkan lalat pikat terbang ke tempat kediaman orang Mesir. Lalat pikat berada di tempat kediaman orang Mesir dan berdengung-dengung sepanjang hari. Bila raja mahu tidur, lalat pikat berdengung-dengung di telinga raja sehingga raja tidak dapat tidur. Bila raja mahu makan, lalat pikat itu terbang ke atas lauk pauk raja pula, sehingga raja tidak berani makan lagi. Raja tidak tahan lagi lalu mengutus orang pergi memanggil Musa dan Harun, dan meminta mereka berdoa kepada Tuhan supaya lalat pikat itu dijauhkan dari raja. Tetapi raja masih lagi menggelengkan kepala, tidak mahu membenarkan orang Israel pergi beribadah kepada Tuhan.

 

Tulah Penyakit Sampar pada Ternak

Tuhan membuatkan semua kuda, unta, kambing domba, lembu orang Mesir mati kerana terkena penyakit sampar. Namun raja masih lagi menggelengkan kepalanya dan tidak mahu membenarkan orang Israel pergi beribadah kepada Tuhan.

 

Tulah Barah 

Kemudian Tuhan membuatkan barah yang memecah sebagai gelembung atas badan orang Mesir. Raja sendiri juga terkena penyakit kulit ini, tetapi dia masih menggelengkan kepalanya dan tidak membenarkan orang Israel pergi beribadah kepada Tuhan.

 

Tulah Hujan Es

Tuhan berfirman kepada Musa supaya memberitahu orang Mesir: “Esok Tuhan akan menurunkan hujan es dari langit, sembunyikanlah dirimu di dalam rumah, jangan keluar dari rumahmu.” Pada keesokan hari, semua orang dan ternakan seperti lembu, kambing domba yang berada di ladang menjerit-jerit kerana ditimpa hujan es. Sayur-sayuran, buah-buahan semuanya ditimpa binasa oleh hujan es, disertai juga dengan guruh dan kilat di langit, raja berasa sangat takut, lalu merayu kepada Musa dan Harun supaya berdoa kepada Tuhan untuk menghentikan bunyi guruh dan hujan es, tetapi raja masih lagi  menggelengkan kepala dan tidak mahu membenarkan orang Israel pergi beribadah kepada Tuhan.

 

Harus Berani dan Tidak Takut Susah

Musa bersandar kepada Tuhan dengan segenap hatinya. Sekali demi sekali dia tidak takut akan kesukaran yang dihadapinya. Akhirnya, raja yang degil menyerah diri di bawah kuasa Tuhan. Adik-adik juga harus mencontohi Musa, bersandar kepada Tuhan dengan segenap hati, jangan takut susah, berusaha memperlengkap diri, barulah dapat melakukan banyak kerja untuk Tuhan. Adik-adik, adakah kamu pernah menghadapi kesusahan? Sila tuliskan kesusahan tersebut dan masukkan ke dalam peti surat ini (Edarkan kertas dan pen kepada adik-adik dan biarkan mereka menulis).

Kiranya Tuhan yang Mahakuasa sentiasa membantu adik-adik, berikan adik-adik iman, supaya menjadi seorang pahlawan yang gagah perkasa dalam memberitakan injil. Setelah mendapatkan kembali peti surat, jika ada persoalan yang sama, boleh segera menjawab, jika ia berkaitan dengan urusan peribadi yang sulit, maka perlulah memilih tempat dan masa yang sesuai untuk memberi bimbingan.

 

Sesi Aktiviti :

  1. Nama aktiviti : Nyayian beraksi (Raja yang degil)
  2. Objektif aktiviti:  Supaya benar-benar mengetahui cerita-cerita alkitab melalui nyanyian beraksi, dan juga ingat akan pengajaran yang diperolehi tentang Firaun, raja Mesir yang tidak mendengar kata-kata Tuhan.
  3. Persediaan sebelum aktiviti: piano, buku muzik ( mengalih suara mengikut kesesuaian)
  4. Isi aktiviti:
    1. Guru menyalinkan nota muzik dan lirik lagu di papan putih atau lukis di pada kertas
    2. Ikut urutan mengenal nota muzik, biasakan diri dengan melodi, menerangkan maksud seni kata lagu, mengajar seni kata dan mengajar adik-adik menyanyi rangkap demi rangkap.
    3. Paling baik minta adik-adik menghafal lagu supaya dapat membantu ingatan.
  5. Hal-hal yang perlu diperhatikan:  Disebabkan lagu perlu padan dengan bilangan perkataan, oleh itu tulah terakhir tidak dapat dimasukkan ke dalam seni katanya, boleh bertanya kepada adik-adik tulah manakah yang tidak terdapat dalam lagu.