Nas Alkitab : Yosua 7:10
Ayat Bacaan : Yosua 8:1-2
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
- Kejahatan Akhan telah mendatang akibat yang buruk kepada umat Israel. Nasib baik umat Israel bertaubat dan Tuhan menghulurkan bantuan semula.
- Sanggup melakukan apa yang dikenankan oleh Tuhan.
- Patuhi perintah Tuhan.
Ayat Hafalan :
Asal ada makanan dan pakaian, cukuplah. (1 Timotius 6:8)
Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran :
- Sehelai pakaian yang cantik, rantai perhiasan dan sebagainya, digunakan sebagai bahan bantu mengajar.
- Gambar gambar bantu mengajar.(Gambar yang berkaitan disediakan oleh guru.)
Doa :
Dalam nama Tuhan Yesus berdoa. Terima kasih Bapa syurga kerana melindungi saya selama seminggu. Saya bersyukur kepada-Mu. Tuhan Yesus, beritahulah saya apa yang betul dan apa yang salah; bantulah saya agar jangan menyukai barangan indah milik orang lain, mohon Tuhan Yesus membantu saya menjadi seorang kanak-kanak yang baik yang tidak tamak akan benda milik orang lain. Haleluya. Amin.
Isi Pelajaran :
Adik-adik, beberapa minggu lalu kita telah menyampaikan cerita tentang kejatuhan kota Yerikho, bagaimana ia jatuh? Bagaimana Yosua memenangi pertempuran itu? (Biarkan kanak-kanak menyebut apa yang mereka ingat dan kemudian guru akan menambah poin-poin penting). Umat Israel sangat gembira apabila mereka melihat tembok itu runtuh. Tuhan Benar memerintah semua orang untuk membakar semua benda di Yerikho selepas memasuki kota itu. Hanya emas, perak, tembaga dan besi yang tidak boleh dibakar dengan api mesti dikhususkan kepada Tuhan dan tidak boleh dibawa pulang ke rumah sendiri. Yosua mahu umat Israel mengingati firman Tuhan dan bertindak menurut firman Tuhan.
Akhan Menjadi Tamak
Seorang lelaki bernama Akhan juga masuk ke kota bersama semua orang untuk membunuh musuh. Dia melihat pakaian yang indah, emas dan perak berkilau-kilauan di rumah orang Yerikho. Dia sangat menyukainya. Fikirnya : “Tiada siapa yang melihatnya, apa salahnya jika saya mengambilnya?” Maka dengan segera dia menyembunyikan barang-barang itu secara diam-diam, pulang ke rumah dengan tergesa-gesa, menggali lubang dan meletakkan pakaian, emas, dan perak di dalamnya. Kemudian menutupnya dengan tanah. Beberapa hari sudah berlalu, tiada siapa yang tahu bahawa Akhan telah mencuri sesuatu.
Gagal Menyerang Kota Ai
Tidak lama kemudian Yosua membawa umat Israel menyerang kota Ai, sebuah kota yang kecil. Tetapi umat Israel tewas dalam peperangan tersebut dan 36 orang telah mati dibunuh oleh musuh. Yosua dengan sedih berdoa kepada Tuhan : “Tuhan Benar! Mengapa Engkau membiarkan kami tewas dalam perang? Jika orang Kanaan tahu, mereka akan bersatu untuk menyerang kami, apakah yang harus kami lakukan?” Tuhan Benar berfirman : “Ada di antara kamu yang tidak mendengar perintah-Ku dan telah mencuri barang-barang dari kota Yerikho. Aku tidak menolong kamu, sudah tentu kamu kalah dalam pertempuran!”
Akhan Dimurkai Tuhan Dan Dihukum
Yosua tidak tahu siapa yang mencuri barang, jadi dia meminta semua umat Israel untuk membuang undi dan akhirnya Akhan telah diundi. Yosua sangat marah dan sedih dan berkata kepada Akhan : “Akhan, kenapa kamu tidak taat? Kamu melakukan perkara yang tidak baik dan telah dimurkai Tuhan, mengakibatkan kami tewas dalam perang.” Akhan tahu bahawa dia telah melakukan sesuatu yang salah dan telah dimurkai Tuhan. Dia sangat menyesal lalu mengeluarkan barang barang yang dicuri itu. Umat Israel membakar Akhan dan barang-barang yang dicurinya dengan api dan menimbunkan batu besar di atas mayat Akhan dan menguburkan Akhan di bawah timbunan batu itu.
Selepas Akhan meninggal dunia, redalah kemurkaan Tuhan Benar. Kemudian, umat Israel menyerang Kota Ai sekali lagi. Tuhan menolong mereka dan umat Israel memenangi pertempuran itu.
Orang Gibeon Mahu Berdamai
Orang-orang yang tinggal berhampiran kota Yerikho dan Kota Ai mendengar bahawa Tuhan Benar membantu umat Israel memenangi peperangan dan bahawa Yosua sangat berani. Mereka pun ketakutan.
Oleh sebab Tuhan memerintahkan Yosua tidak boleh berdamai dengan orang orang yang tinggal berhampiran tanah Kanaan, malah mesti membinasakan mereka; maka takutlah orang Gibeon. Mereka berpura-pura datang dari tempat yang sangat jauh dan meminta Yosua menulis surat perjanjian damai; menjadi sahabat dan tidak menyerang mereka. Kemudian Yosua mengetahui bahawa orang Gibeon ini tinggal berhampiran tanah Kanaan, dia sangat marah lalu menghukum orang Gibeon untuk menjadi hamba di rumah Tuhan, melakukan kerja memotong kayu dan menimba air.
Lima Raja Bergabung Menyerang Gibeon
Terdapat lima orang raja lain yang tinggal dekat tanah Kanaan dan mereka juga mendengar bahawa orang Gibeon dan umat Israel telah membuat perjanjian damai. Mereka bergabung lalu menghantar tentera bersama-sama untuk menyerang kota Gibeon. Orang Gibeon segera mencari Yosua untuk meminta pertolongan, maka Yosua memimpin tentera untuk membantu orang Gibeon berperang. Waktu tengah malam, tentera kelima-lima raja semuanya tidur berdengkur. Tiba-tiba terdengar tentera Israel datang. Mereka bangun dengan panik lalu mencari tombak, pedang, dan pakaian untuk dipakai. Tuhan Benar membuat hati mereka takut sehingga mereka tidak tahu bagaimana untuk berperang. Jadi mereka tidak mempunyai pilihan selain melarikan diri ke atas bukit. Tidak ada lampu elektrik atau obor. Ada yang melanggar pokok-pokok besar, ada yang jatuh ke dalam lembah dan Tuhan menjatuhkan hujan batu dari langit untuk memukul mereka, menghempap mereka ke tanah sehingga mereka tidak dapat bangun semula.
Siang Hari Yang Paling Panjang
Pada waktu subuh orang Israel mengejar orang Amori yang melarikan diri. Mengejar dan mengejar, masih banyak orang yang belum sempat dikejar. Yosua berfikir : “Jika matahari tidak terbenam, dapat mengejar mereka yang melarikan diri.” Jadi dia berdoa kepada Tuhan : “Tuhan! Mohon jangan biarkan matahari terbenam dan biarkan bulan terbit perlahan-lahan. biarlah kami terus mengejar orang-orang itu.” Apabila Tuhan mendengar doa Yosua, Dia membuat matahari tetap di langit selama kira-kira satu hari, sehingga orang Israel memenangi pertempuran, barulah matahari mula terbenam dan langit perlahan-lahan menjadi gelap.
Patuhi Perintah Tuhan
Adik-adik, mengapa Tuhan boleh memberitahu matahari supaya tidak terbenam? (Kerana matahari diciptakan oleh Tuhan). Mengapakah Tuhan membantu Yosua dalam peperangan? (Kerana Yosua mematuhi perintah Tuhan). Mengapa umat Israel gagal apabila mereka menyerang kota Ai yang kecil? (Kerana Akhan berdosa, Tuhan tidak menolong mereka). Jika kamu telah melakukan kesilapan, adakah kamu sanggup mengakui kesilapan secara terus terang dan bertobat? (Sanggup). Ya, Tuhan menyukai adik-adik yang tahu kesalahan mereka dan sanggup bertobat. Dan Tuhan lebih mengutamakan mereka yang mentaati perintah-Nya. Jadi apa pun yang kita lakukan, kita harus melakukannya menurut perintah Tuhan.
Kasut Roda
Xiao Ling melihat Fen Fen memakai sepasang kasut roda yang baru dibeli. Sangat cantik dan dia tidak dapat menahan diri daripada menjerit kerana iri hati : “Saya harap saya juga mempunyai sepasang.” Fen Fen berkata kepada Xiao Ling : “Adakah ini cantik?” Kata Fen Fen sambil bangun dan meluncur di jalan. Xiao Ling bukan sahaja berharap dia juga mempunyai sepasang kasut roda, tetapi juga berfikir di dalam hatinya : “Ini benar-benar tidak adil. Saya tidak mempunyai barangan baru, tetapi dia mempunyai segala-galanya. Saya harap saya adalah dia dan dia menjadi seperti saya yang tidak memiliki apa-apa pun. Saya percaya saya boleh meluncur lebih baik daripada dia.”
Xiao Ling meminjam kasut roda daripada Fen Fen tetapi Fen Fen menolak. Dia berkata : “Tidak boleh, saya baru menggunakannya hari ini. Ia masih baru. Biar saya pinjamkan kepada awak esok.” Melihat Fen Fen meluncur ke sana sini, Xiao Ling rasa tidak gembira lalu dia pulang ke rumah.
Pada waktu petang, ibu Xiao Ling menyuruhnya keluar membeli barang. Apabila dia melewati hadapan rumah Fen Fen, dia ternampak kasut roda Fen Fen diletakkan di depan pintu. Sesiapa yang melewati sana pun nampak. Xiao Ling berhenti dan memanggil Fen Fen, tetapi tiada siapa yang menjawab. Xiao Ling mengambil kasut itu dan membawanya ke rumahnya dan meluncur di sana. Kebetulan dilihat oleh ibunya dan bertanya kepadanya : “Dari mana kamu dapat kasut roda ini?” Xiao Ling menjawab dengan teragak-agak : “Um…um…oh Fen Fen meminjamkannya kepada saya.”
Malam itu, hati Xiao Ling tidak gembira. Dalam tidurnya dia bermimpi dia tergelincir dan jatuh beberapa kali, barang-barangnya jatuh merata-rata. Apabila dia bangun pada keesokan harinya Xiao Ling segera pergi melihat kasut roda itu. Semalam dia meletakkan kasut itu di atas meja kecil di tepi tingkap. Mana tahu hujan lebat pada waktu malam dan angin meniup hujan masuk tingkap. Habis basah kasut. Xiao Ling sangat sedih. Dia cuba sedaya upaya untuk mengeringkannya dan kemudian membawanya ke rumah Fen Fen. Hari masih awal dan kebanyakan orang masih tidur. Apabila Xiao Ling tiba di pintu rumah Fen Fen, tiada sesiapa yang nampaknya. Diam-diam dia meletak kasut itu semula di tempat asalnya semalam.
Apabila Xiao Ling pulang ke rumah dia duduk di pintu rumah. Tiada sesiapa memarahinya, tiada sesiapa yang melihatnya. Tetapi dia langsung tidak gembira malah dia tidak mahu meluncur lagi.
Adik-adik, adakah kamu mahu menjadi seperti Xiao Ling? (Tidak). Apa yang kesalahan yang dilakukannya? (Biarkan kanak-kanak bersuara dan guru akan membuat kesimpulan).
Sesi aktiviti :
- Nama aktiviti: Mencari harta karun
- Matlamat aktiviti:
- Jangan tamak
- Dengarkan Firman Tuhan dan jadilah anak yang baik.
- Persediaan sebelum aktiviti: pen/pensel, jalur kertas putih panjang.
- Kandungan aktiviti:
- Setiap adik melukis peta cari harta.
- Peta yang siap, gulungkannya supaya dia dan adik di sebelahnya boleh saling bertukar satu sama lain untuk mendapatkan harta karun.
- Guru boleh membimbing adik adik melukis peta cari harta karun di papan hitam atau atas manila kad. Kemudian biarkan adik-adik melukis sendiri.
- Sebelum tamat, guru membimbing adik adik memberitahu mereka, anak-anak yang tamak dan jahat tidak boleh ke syurga yang indah dsb.