BAB 9 : TUHAN YESUS LEBIH MENGASIHI SAYA

Nas Alkitab : Lukas 12 : 22 – 31; Matius 6 : 25 – 34

 

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :

  1. Ketahuilah bahawa Bapa di syurga mengasihi segala yang ada di dunia.
  2. Jadilah anak yang dikasihi Tuhan: (3) Tidak khuatir atau bertengkar mengenai perkara-perkara yang remeh-temeh dalam hidup.

 

Ayat Hafalan :

Janganlah kuatir akan hidupmu, akan apa yang hendak kamu makan, dan janganlah kuatir pula akan tubuhmu, akan apa yang hendak kamu pakai. (Lukas 12 : 22)

 

Persediaan Prapengajaran dan Pembelajaran :

Gambar pengajaran dan pembelajaran. (Gambar yang berkaitan boleh disediakan oleh guru.)

 

Doa :

Dalam nama Tuhan Yesus berdoa. Bapa yang Maha Pengasih, kami bersyukur kepada-Mu kerana Engkau menjaga kami setiap hari, memberi kami makanan, memberi kami pakaian untuk dipakai, dan memberi kami harapan yang besar iaitu harapan masuk ke kerajaan syurga. Haleluya. Amin.

 

Isi Pelajaran :

Pada suatu kali selepas kelas, guru kelas tadika umumkan berita baik kepada adik-adik: “Kita akan mendaki bukit pada minggu depan. Kamu perlu membawa roti, air, buah-buahan dan gula-gula. Namun jangan membawa terlalu banyak.” Semasa kelas bersurai dan bersedia untuk pulang, Xiao Hui berkata kepada Lily, “Saya sangat gembira. Saya boleh berkelah pada minggu depan dengan pakaian dan kasut baharu yang indah.”

Lily berkata, “Benarkah?” Kemudian dia membawa adiknya yang di tahun pertama pulang ke rumah. Lily pulang dan memberitahu ibunya: “Ibu! Kami akan mendaki bukit pada minggu depan. Bolehkah ibu jahit pakaian baharu untuk saya?” Ibu berkata: “Awak tidak perlu memakai pakaian baharu untuk mendaki. Ini disebabkan pakaian itu akan kotor dan mungkin koyak. Bukankah gaun biru muda awak masih baharu? Pakailah saja pakaian itu.” Lily merajuk dan masuk ke biliknya dengan tidak gembira.

Pada pagi Ahad, Lily dan adiknya bersarapan dan mengambil bekalan roti, gula-gula, buah- buahan dan air yang telah disiapkan oleh ibu untuk mereka lalu bertolak ke gereja. Namun adik lelaki yang tamak mengatakan bahawa buah-buahan itu  terlalu sedikit dan enggan pergi. Ibu berkata : “Jangan bawa terlalu banyak kerana kamu tidak akan dapat mengangkatnya. Lagipun kalau kamu makan terlalu banyak kamu akan sakit perut.” Adik masih enggan pergi juga. Jadi ibunya memberi lebih banyak dan berkata kepadanya : “Adik, jangan makan semuanya sendiri, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain!”

Lily membawa adiknya ke gereja. Dia melihat Xiao Hui memakai pakaian baharu berwarna merah terang dan kasut kulit hitam. Xiao Hui berkata kepada Lily, “Ibu tidak benarkan saya memakainya tapi saya pakai juga. Cuba tengok! Adakah pakaian ini cantik?” Lily hanya menjawab, “Cantik!” (Tapi dia rasa tidak sedap hati). Dia tidak mahu pandang pakaian dan kasut baharu Xiao Hui lagi.

Setelah berkumpul untuk doa, semua mula bertolak ke destinasi. Adik-adik berjalan dan melompat dengan gembira. Hanya adik Lily yang membawa terlalu banyak bekalan berasa sakit tangan. Apabila dia melihat Xiao Qing di sebelahnya hanya membawa bekalan yang kecil, dia pun meminta Xiao Qing membantunya supaya membawa bekalannya. Xiao Qing tidak begitu gembira hari ini. Mengapa? Bapanya sakit dan tidak dapat keluar  untuk bekerja demi mencari nafkah hidup. Dia juga tidak memberi banyak makanan lazat untuk Xiao Qing hari ini. Xiao Qing pula sangat risau akan penyakit bapanya. Bagaimana jika menjadi lebih serius? Mungkin tidak ada makanan untuk dimakan. Bukankah susah nanti? Dia bimbang dan sedih. Oleh itu dia tidak gembira.

Semua orang merasa letih mendaki, lalu mereka duduk di bawah pokok untuk berehat, minum air dan terus mendaki lagi. Pada masa ini, seorang adik perempuan tidak dapat berjalan kerana kakinya ditumbuhi dua lepuh besar dan lepuh itu pecah. Adik-adik cuba teka siapakah dia itu? (Xiao Hui) Ya, itu  ialah Xiao hui. Cikgu menyapu ubat pada kakinya tetapi dia masih tidak dapat berjalan. Jadi guru meminta Xiao Hui menanggalkan kasut kulit baharunya dan teruskan perjalanan dengan berkaki ayam sahaja. Namun telapak kaki terasa sakit pula. Kini dia tahu bahawa dia harus mendengar kata-kata ibunya dan memakai kasut lama, tetapi sudah terlambat.

Terdapat padang rumput dan hutan di bukit itu. Adik-adik semua mendongak dan melihat burung berkicau-kicauan di atas pohon. Burung-burung melompat-lompat makan buah dan ada yang  berterbangan dan memakan ulat. Adik-adik perempuan nampak banyak bunga liar yang indah di bawah pokok dan mereka ingin memetiknya sebentar nanti.

Guru meniup wisel dan semua orang berkumpul di bilik darjah semulajadi yang besar ini. Setelah berdoa, guru mula menceritakan  tentang Tuhan Yesus dan kisahnya.

 

Tuhan Yesus Memberi Burung Makan

Cikgu berkata : Pada suatu ketika dahulu, Tuhan Yesus juga duduk di atas bukit dan berkata kepada murid-murid-Nya dan kepada semua orang: “Pandanglah burung-burung di langit, yang tidak menabur dan tidak menuai dan tidak mengumpulkan bekal dalam lumbung, namun diberi makan oleh Bapamu yang di sorga supaya mereka ada makanan. Bukankah kamu jauh melebihi burung-burung itu? Bapa di syurga tentu akan lebih menjaga kamu, jadi kamu tidak perlu takut tiada makanan kerana Bapa di syurga tidak akan membiarkan kamu mati kelaparan.”

 

Yesus Menjaga Bunga-Bunga Di Ladang

Tuhan Yesus juga berfirman: “Bapa di syurga menjagamu, jadi jangan bimbang tentang apa yang harus dipakai. Perhatikanlah bunga yang cantik; yang tidak memintal dan juga tidak pandai menjahit baju. Namun Bapa syurga masih mendandaninya dengan cantik setiap hari.  Ianya jauh lebih cantik daripada pakaian yang dipakai oleh raja Salomo yang kaya. Oleh itu , janganlah khuatir tiada pakaian. Jangan hanya mahu memakai pakaian yang cantik atau makan makanan yang enak sahaja. Kita hanya perlu memohon kepada Bapa di syurga untuk memberi kita tubuh yang sihat dan meminta Bapa di syurga menolong kita supaya dapat masuk kerajaan syurga pada hari kelak.”

Akhirnya, cikgu berkata: “Adik-adik, kita semua mesti mematuhi kata-kata Tuhan Yesus. Jangan mendesak ibu supaya memberi makanan yang lazat aau merajuk mahu membeli kasut kulit dan pakaian baharu. Tidak kira apa yang kita makan atau apa yang kita pakai, kita harus berterima kasih kepada ibu dan Bapa syurga kerana menjaga kita.”

Setelah cikgu itu selesai berbicara, Xiao Qing mengangkat tangannya dan berkata, “Saya tahu bahawa Tuhan Yesus mesti menjaga saya dan juga menjaga ayah saya. Ayah saya akan cepat sembuh.” Oleh itu, dia tidak lagi merasa sedih.

Lily juga merasakan bahawa kata-kata cikgu itu betul. Saya harus mendengarkan ibu dan tidak akan merajuk meminta pakaian baharu. Xiao Hui menundukkan kepalanya dengan malu dan berfikir: “Jika saya mendengarkan ibu saya, kaki saya tidak akan sakit seperti ini dan pakaian baharu tidak akan koyak atau kotor ditusuk dahan-dahan di pinggir jalan. Lain kali saya akan dengar kata-kata Tuhan Yesus dan ibu. Saya akan jadi seorang anak yang baik.”

Setelah kelas dan permainan dilangsungkan, semua orang mula makan tengah hari. Adik lelaki Lily dan Xiao Qing duduk bersama. Adik mengambil banyak makanan dan meminta Xiao Qing makan. Mereka  berbual-bual sambil makan pelbagai jenis makanan dengan gembira. Tiba-tiba seorang adik berteriak: “Cikgu, saya sakit perut. Aduh! Aduh!” Saya telah memuntahkan semua makanan dari perut saya!” Adik Lily melihatnya dan berfikir sendiri: “Nasib baik saya mendengar kata-kata ibu saya dan tidak makan terlalu banyak. Lain kali saya tidak akan membawa banyak makanan.”

 

Jangan Khuatir Atau Bertengkar Tentang Perkara-Perkara Yang Remeh-Temeh Dalam Hidup

Adik-adik, adakah Bapa di syurga menjaga kita setiap hari? (Ya). Bapa di syurga menjaga kita dan sekeluarga kita. Jadi adakah kita perlu risau sama ada kita akan mendapat makanan pada keesokkan hari? (Tidak perlu). Apabila kita melihat kanak-kanak lain makan makanan yang enak setiap hari, kita merajuk dan mendesak ibu kerana mahu makan makanan yang sama. Baikkah tidak? (Tidak). Ketika kita melihat orang lain memakai pakaian baharu dan kasut baharu,  kita juga mahu ibu belikan untuk kita, baikkah tidak? (Tidak).

Walaupun kita tidak merajuk, ibu juga akan membelikannya untuk kita. Sekiranya keluarga kita tidak mempunyai wang yang banyak, tidak boleh sentiasa memberi kita makan makanan yang baik dan bukan selalu ada pakaian baharu untuk dipakai, ini tidak menjadi masalah. Ini kerana kita mempunyai harapan yang lebih baik. Apakah harapan itu? (Memasuki Kerajaan Syurga). Jika dapat pergi ke kerajaan syurga, ini adalah jauh lebih baik daripada keadaan di mana kita memiliki pakaian baharu dan makanan yang enak tetapi pergi pula ke neraka untuk menderita selamanya. Semoga Tuhan membantu kita agar kita mematuhi firman Tuhan Yesus. Jangan meminta banyak makanan atau pakaian dan jangan bimbang tentang apa yang kurang kerana Bapa di syurga akan memberi kita apa yang kita perlukan dalam hidup.