BAB 13: ULANG KAJI

Mesej Untuk Guru: Guru yang dikasihi, ini merupakan bab ulang kaji untuk penggal ini. Adakah kamu secara peribadinya telah mempunyai hubungan yang lebih erat dengan Tuhan melalui pengajaran dan pembelajaran dalam penggal ini? Jika ya, Syukur! Matlamat utama melayani Tuhan adalah untuk kembali kepada pembangunan semula iman kepercayaan peribadi agar benar-benar dapat menyampaikan kasih dan … Read more

BAB 12: RAJA SALOMO MEMBINA BAIT SUCI

Mesej Untuk Guru: Guru yang dikasihi, perkara yang paling penting dalam kehidupan Raja Salomo ialah membina bait Tuhan dalam masa tujuh tahun. Projek yang besar, penggunaan bahan binaan yang mahal dan khusus, bersikap teliti semasa melaksanakan kerja dan kerelaan umat memberikan persembahan, semuanya itu dalam kitab suci tiada yang dapat menandinginya! Pembinaan bait suci bermula … Read more

BAB 11: RAJA MEMOHON HIKMAT DARIPADA TUHAN

Mesej Untuk Guru: Guru yang dikasihi, kisah Daud akhirnya telah sampai ke penghujung. Dua bab terakhir untuk penggal ini adalah mengisahkan Raja Salomo yang memohon hikmat daripada Tuhan dan Raja Salomo membina bait suci! Perihal Raja Salomo lebih banyak dihuraikan di dalam kitab suci berbanding dengan raja-raja lain, “Dan Allah memberikan kepada Salomo hikmat dan … Read more

BAB 10: ABSALOM, PUTERA YANG JAHAT

Mesej Untuk Guru: Guru yang dikasihi, Daud telah melakukan satu kesalahan yang besar dalam riwayat hidupnya. Iaitu dia telah menyebabkan kematian Uria, seorang yang taat bahkan merampas isterinya, Batsyeba. Kitab suci mencatatkan bahawa Tuhan sangat tidak berkenan terhadap perbuatannya itu. Walaupun Daud kemudiannya telah bertaubat dan Tuhan telah menjauhkan dosanya supaya dia tidak mati, tetapi … Read more

BAB 9: DAUD YANG MENGASIHI SAHABAT

Mesej Untuk Guru: Guru yang dikasihi, apakah persahabatan antara dua sahabat karib ini akan berakhir begitu saja sesudah Yonatan meninggal dunia dan Daud menjadi raja? Bab ini akan menceritakan satu kisah yang indah tentang Daud menunjukkan kasihnya terhadap anak Yonatan, Mefiboset. Kini, berita sensasi dalam masyarakat membuatkan hati manusia menjadi tawar. Kita jarang mendengar berita … Read more

BAB 8: DAUD MENJADI RAJA

Mesej Untuk Guru: Guru-guru yang dikasihi, seterusnya kita akan menceritakan tentang Daud bertemu dengan Nabal semasa melarikan diri, Daud menjadi raja Israel, Daud menunjukkan kasih kepada Mefiboset iaitu anak Yonatan, dan Absalom, anak derhaka Daud, serta Raja Salomo yang paling berhikmat meminta hikmat dan cerita membina Bait Suci. Kitab suci mencatatkan sepasang suami isteri yang … Read more

BAB 7: DAUD YANG BERKENAN DI HATI TUHAN

Mesej Untuk Guru: Kitab Suci menggunakan fasal yang panjang dari 1 Samuel fasal 22 hingga 2 Samuel fasal 2 untuk mencatatkan perihal “Daud melarikan diri” dan kemudiannya menjadi raja. Jikalau kita membaca dengan teliti, kita akan mendapati bahawa kehidupan Daud ketika menjadi pelarian adalah sangat sukar sehingga tiada tempat tinggal yang tetap dan kerap dibuli … Read more

BAB 6: DAUD DAN YONATAN

Mesej Untuk Guru: Guru yang dikasihi, Kitab Suci telah mencatatkan banyak kisah tentang hubungan rakan sekerja yang baik, suami isteri yang baik, adik-beradik yang baik, guru dan murid yang baik, dan sebagainya. Namun, kisah tentang “sahabat karib” tidaklah banyak. Persahabatan antara Daud dan Yonatan melampaui hubungan persaudaraan. Cerita antara mereka berdua merupakan cerita klasik (teladan) … Read more

BAB 5: MEMBUNUH GOLIAT DENGAN BERSANDAR KEPADA TUHAN

Mesej Untuk Guru: Guru yang dikasihi, 1 Samuel 16:18 menggambarkan Daud sebagai “Seorang yang pandai main kecapi. Dia seorang pahlawan yang gagah perkasa, seorang prajurit, petah berbicara, elok perawakan; dan Tuhan menyertai dia.” Pada waktu itu, Roh Tuhan telah mundur daripada Saul, lalu dia diganggu oleh roh jahat yang daripada Tuhan. Daud diperkenalkan kepada Saul … Read more

BAB 4: DAUD, ANAK PENGGEMBALA

Mesej Untuk Guru: Guru yang dikasihi, bab ini akan memperkenalkan riwayat Daud. Dalam Kitab Suci, Tuhan menyebut Daud sebagai seorang raja yang berkenan di hati-Nya. Kita akan menceritakan beberapa cerita yang terkenal mengenai Daud dan sesuai dengan kanak-kanak dalam lima bab yang seterusnya, termasuklah zaman Daud menggembala semasa muda (Bab Empat), Daud membunuh Goliat (Bab … Read more