KATA PENGANTAR
Syukur! Dengan pimpinan Tuhan yang di syurga, Bahan Pengajaran Kelas Pengajian Tinggi Siri Keempat dapat diterbitkan dengan lancar. Berdasarkan rancangan keseluruhan yang asal, siri ini mengandungi 6 artikel berkenaan panduan pembacaan Alkitab, doktrin, teologi bersistematik, topik khas iman kepercayaan dan kehidupan. Bagi memperkuat kerja penyebaran firman, siri ini menyertakan artikel tentang perbandingan agama dan topik-topik penyebaran agama. Setiap topik hanya dibincangkan secara ringkas kerana ruang yang terbatas. Para petugas dipersilakan membuat penyelarasan di dalam kelas dengan memilih butiran penting yang diperlukan dan banyakkan membuat penambahan supaya pelajar dapat lebih dibangunkan dan supaya bahan pengajaran ini dapat berfungsi pada banyak peringkat.
Terima kasih diucapkan kepada semua seiman yang menyumbangkan artikel. Kiranya Tuhan menambah kekuatan hati mereka supaya mereka dapat menghasilkan lebih banyak maklumat yang baik dan membangun lebih banyak pemercaya.
Tema siri ini ialah “Meninggikan Kristus”. Diharapkan usaha bersama semua orang dapat menyempurnakan kehendak Tuhan: “Itulah sebabnya Allah sangat meninggikan Dia dan mengaruniakan kepada-Nya nama di atas segala nama, supaya dalam nama Yesus bertekuk lutut segala yang ada di langit dan yang ada di atas bumi dan yang ada di bawah bumi, dan segala lidah mengaku: “Yesuus Kristus adalah Tuhan,” bagi kemuliaan Allah, Bapa!” (Flp 2:9-11).
Bahagian Pengajian Tinggi
September 1993