MEZBAH DALAM TALIAN KUMPULAN KELUARGA

MEZBAH DALAM TALIAN KUMPULAN KELUARGA

(Saudari Huang Jingchun)

 

Syukur kepada Tuhan, seisi keluarga kami percaya kepada Tuhan. Saya dan suami adalah pemercaya generasi pertama yang dipilih Tuhan bersama ibu bapa kami. Keluarga kami ialah keluarga tipikal dengan tiga generasi hidup bersama. Walaupun keadaan keluarga kami harmoni, saya masih merasakan kekurangan dalam kehidupan rohani, dan saya tidak pernah dapat mendirikan mezbah keluarga yang sebenar. Saya hanya mengamalkan doa yang tetap pada setiap malam.

Pada suatu hari di awal tahun 2019, suami saya telah mencadangkan untuk mewujudkan kumpulan keluarga. Sebab utama ialah anak kedua dalam keluarga ketika itu sedang belajar di luar negara. Pada mulanya, kami hanya ingin mengumpul ahli-ahli keluarga untuk berbual tentang kehidupan seharian. Kemudian, saya juga berkongsi pengalaman ringkas pembacaan Alkitab harian saya, beberapa kesaksian yang menyentuh hati saya, kidung pujian, pautan khutbah… Namun, kadangkala saya sibuk dan tidak memberikan makanan setiap hari. Sehingga Mei tahun lalu (2021), kebaktian fizikal tidak lagi dapat dilakukan kerana wabak yang semakin meningkat. Di bawah pengairan yang tekun oleh para pendeta dan diakon, Gereja Shipai mengedarkan beberapa makanan rohani setiap hari. Oleh itu, saya juga kongsikan kepada keluarga sekali dengan maklumat tambahan saya, walaupun tiada respon (baca dan tidak membalas), tapi saya teruskan tanpa berhenti sehingga sekarang (Februari 2022).

Syukur kepada Tuhan, saya mendapati bahawa pada mulanya keluarga saya tidak biasa menghadiri kebaktian dalam talian, dan saya tidak dapat merasakan apa-apa perubahan dalam hidup saya. Secara beransur-ansur, saya akan mendengar seseorang membaca Alkitab pada waktu pagi. Orang yang biasanya suka memberi komen tentang hal semasa akan bercakap dengan lembut, dan sikap pemarahnya beransur-ansur reda. Dia juga boleh bekerjasama dengan saya untuk berdoa pada bila-bila masa. Mereka yang sebelum ini membaca tanpa membalas, kadang-kadang akan memberi respon. Mereka yang jarang menghadiri kebaktian mingguan pun sanggup pergi. Bukan sahaja keluarga saya, malah diri saya telah diubah oleh firman Tuhan tanpa disedari!

Dan lagi Aku berkata kepadamu: Jika dua orang dari padamu di dunia ini sepakat meminta apapun juga, permintaan mereka itu akan dikabulkan oleh Bapa-Ku yang di sorga. Sebab di mana dua atau tiga orang berkumpul dalam Nama-Ku, di situ Aku ada di tengah-tengah mereka. (Matius 18:19-20)

Keluarga yang mempunyai kepercayaan yang sama sepatutnya boleh berkomunikasi secara rohani tanpa halangan, tetapi memang sukar untuk mengumpulkan domba-domba yang sudah biasa dengan kesibukan sendiri supaya bertenang dan beribadat kepada Tuhan. Tapi saya percaya pada kuasa Tuhan. Selagi saya berdoa dengan lebih bersungguh-sungguh, berusaha untuk mengejar kekudusan dalam perkataan dan perbuatan, dan mengingatkan diri saya untuk melakukan perkara yang dikenan Tuhan setiap masa, Tuhan pasti akan memberi saya peluang untuk membina semula kepercayaan seluruh keluarga saya.

Syukur atas bimbingan Tuhan, dengan bantuan satu demi satu gelombang wabak sejak dua tahun yang lalu, peringatan harian saya dalam kumpulan telah mendatangkan berkesan. Sepanjang tempoh ini, kami suami isteri sering sehati dalam doa, membaca Alkitab, dan mengikuti kebaktian bersama. Tuhan juga memberi kami pengalaman beberapa kesaksian tentang doa yang dikabulkan dengan segera, seperti gangguan bekalan elektrik dipulihkan serta-merta, demensia ibu disembuhkan dengan bersandarkan Tuhan, dan anak-anak di luar negara dilindungi oleh Tuhan semasa kecemasan wabak, dan sebagainya yang tidak akan habis diceritakan. Walaupun mezbah ini tidaklah sempurna, tetapi Tuhan telah membuat saya merasakan perkenan-Nya, dan saya percaya bahawa suatu hari nanti seluruh keluarga dapat disatukan untuk menikmati kesukacitaan rohani.

Aku hendak mengajar dan menunjukkan kepadamu jalan yang harus kautempuh; Aku hendak memberi nasihat, mata-Ku tertuju kepadamu. Janganlah seperti kuda atau bagal yang tidak berakal, yang kegarangannya harus dikendalikan dengan tali les dan kekang, kalau tidak, ia tidak akan mendekati engkau. Banyak kesakitan diderita orang fasik, tetapi orang percaya kepada Tuhan dikelilingi-Nya dengan kasih setia. (Mazmur 32:8-10)

Dan telingamu akan mendengar perkataan ini dari belakangmu: “Inilah jalan, berjalanlah mengikutinya,” entah kamu menganan atau mengiri. (Yesaya 30:21)