MULAKAN SEKARANG

MULAKAN SEKARANG

 

Apabila membaca sampai sini, anda pasti sudah tahu kepentingan “mezbah keluarga” untuk warisan iman, dan ia juga merupakan saluran untuk mendapat berkat Tuhan. Sekiranya rumah anda belum mempunyai mezbah keluarga, sama ada anda seorang ibu bapa atau pelajar muda, anda boleh menjadi imam dalam keluarga dan membina mezbah untuk keluarga anda.

Pertama, anda boleh menjadi pemula dan menjemput seluruh keluarga untuk mengadakan mesyuarat keluarga kecil. Terlebih dahulu, jelaskan kepada keluarga mengapa ingin menjalankan mezbah keluarga, dan tekankan sekali lagi kepentingan mezbah keluarga terhadap keluarga, agar keluarga bersetuju dan bertekad bersama.

Kemudian, seluruh keluarga memilih masa dan kekerapan yang sesuai. Pada masa tersebut, semua orang bersedia untuk mengetepikan segala halangan untuk mengambil bahagian bersama. Sama ada selepas makan malam (tidak perlu mengumpulkan semua orang lagi kerana sudah ada di meja makan), sebelum tidur (semua orang telah menyelesaikan kerja mereka), atau sekali seminggu.

Kemudian, mari pilih ruang bersama-sama! Sekiranya terdapat rasa ritual dalam kehidupan, ia dapat meningkatkan minat, dan tabiat mezbah keluarga juga dapat dibina melalui rasa ritual. Pilih tempat yang sunyi, selesa, dan santai di mana anda boleh membaca Alkitab, berkongsi dengan baik, dan berdoa dengan baik. Di sini, semua orang akan mematikan TV, meletakkan telefon bimbit mereka, berkumpul dalam bulatan, menumpukan perhatian mereka kepada Firman Tuhan dan satu sama lain, serta seisi keluarga menikmati masa dengan Tuhan bersama.

Seterusnya adalah acara utama, iaitu membincangkan isi kandungan dan kaedah pelaksanaan. Adakah anda ingin mulakan dengan kitab Kejadian atau Injil Matius mengikut gulungan Alkitab? Atau mulakan dengan Mazmur, Amsal, dan tema lain yang lazim dalam kehidupan seharian? Atau ikuti perkembangan sumber rujukan: Masa Di Bawah Bumbung, Sentiasa Berdoa.…..? Bagaimana mengatur proses itu? Siapa yang akan memimpin dan siapa yang akan memimpin doa bahasa akal? Adakah perlu mengatur pemain piano dan pemimpin latihan kidung? Tidak ada corak tertentu untuk mezbah keluarga, ini adalah saat yang khusus antara keluarga anda dengan Yesus, asalkan sekeluarga anda dapat berkumpul dan membaca Firman Tuhan bersama-sama, dan berdoa bersama, inilah cara yang terbaik.

Apabila memulakan mezbah keluarga, ia seperti memulakan maraton yang tidak berkesudahan, jika anda tidak mahu memulakannya kerana takut ia akan terhenti, tetapkanlah matlamat jangka pendek! Tetapkan matlamat yang boleh anda capai jika anda sanggup berusaha, dan kemudian berikan ganjaran kepada diri sendiri / keluarga anda! Sebagai contoh, selepas membaca Injil Matius atau gulungan kitab tertentu, atau selama sepuluh minggu mezbah keluarga dijalankan tanpa henti. Selepas mencapai matlamat yang ditetapkan, beli hadiah kecil atau makan besar bersama keluarga untuk memberi galakan kepada diri anda: Sebenarnya kita semua boleh melakukannya! Teruskan! Tetapkan matlamat seterusnya, dan seisi keluarga berganding tangan untuk menempuh perjalanan ke syurga.

Pada ketika ini dalam mesyuarat keluarga, keluarga anda telah membina bentuk mezbah keluarga. Walau bagaimanapun, masih ada orang yang tidak mahu mengambil bahagian atau kurang minat, jadi apa yang perlu kita lakukan? Tidak mengapa! Mulakan dengan ahli keluarga yang rela mengambil bahagian, dan jangan memaksa atau menyalahkan ahli keluarga yang tidak mahu mengambil bahagian, tetapi berikanlah lebih banyak galakan dan jemputan. Mungkin selepas menubuhkan mezbah keluarga, kesaksian rahmat di keluarga ini bertambah banyak, dan ahli-ahli keluarga dilembutkan dan diubah oleh Firman Tuhan…… Mungkin, ahli keluarga yang tidak sudi juga bersedia untuk menyertainya. Berdoalah dan tunggu dengan sabar untuk masa Tuhan!

 

 

 

Minit Mesyuarat Penubuhan Mezbah Keluarga

 

Tarikh mesyuarat: ____ ___ ___ ___

Tema: Menubuhkan Mezbah Keluarga

Pengerusi (Pemula):

Peserta (sila tandatangan jika anda sudi mengambil bahagian):

 

 

── Butiran mesyuarat ──

Masa:

Tempat:

Sumber rujukan:

Cara pelaksanaan:

 

 

Matlamat:

 

 

Ganjaran: