BAB 10 : RATU YANG BAHARU

 Nas Alkitab : Ester 2: 1-20

 

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :

  1. Ketahui bahawa perbuatan baik Ester diberkati oleh Tuhan.
  2. Mampu melakukan kerja rumah dengan sendiri.

 

Ayat Hafalan :

Hormatilah ayahmu dan ibumu. (Ef 6: 2)

 

Persiapan Prapengajaran dan Pembelajaran :

  1. Rakaman perarakan perkahwinan oleh gereja.
  2. Foto pernikahan (untuk paparan dan hiasan)
  3. Gambar pengajaran dan kad nama yang berkaitan disediakan oleh guru)

 

Doa :

Dalam nama Tuhan Yesus berdoa. Tuhan Yesus yang agung, Engkau ialah Tuhan benar yang Esa. Kami mahu menyembah Engkau dan mematuhi perintah-Mu, belajar untuk mentaati ibu bapa kami dan mengasihi saudara-saudari kami. Namun, apabila kami tidak gembira, kami sering melupakan firman-Mu. Oleh itu, tolonglah kami Tuhan. Haleluya. Amin.

 

Isi pelajaran :

Apa jenis muzik yang didengar oleh adik-adik tadi? (Muzik yang digunakan sewaktu perkahwinan). Ada begitu banyak gambar cantik di kelas kita hari ini. Pengantin perempuan begitu cantik! Pernahkah adik-adik melihat pengantin perempuan? (Biarkan kanak-kanak bersuara). Semasa pak cik dan mak cik di gereja berkahwin, di manakah upacara perkahwinan itu diadakan? (Di gereja. Ramai orang datang menghadirinya, menyanyi dan berdoa bersama. Penatua dan diaken menumpangkan tangan untuk memberkati mereka. Selepas upacara itu, ada yang dijemput untuk makan gula-gula, menghadiri perjamuan kahwin … dan lain-lain).

Ini adalah cara yang moden untuk berkahwin. Ia berbeza daripada corak perkahwinan orang pada zaman dahulu. Ini khasnya ketika raja berkahwin, itu lebih meriah. Hari ini guru akan bercerita tentang seorang raja yang mengahwini pengantin perempuan.

 

Raja Akan Berkahwin

Pada masa dahulu ada seorang raja yang ingin mengahwini pengantin perempuan. Cuba kamu teka, apakah jenis pengantin yang akan dikahwini? Sudah tentu dia wanita yang paling cantik dan paling pintar di seluruh negara! Raja telah mengutus banyak orang untuk mencari di seluruh negara. Mereka membawa semua gadis yang cantik ke istana supaya raja dapat memilih sendiri. Tidak lama kemudian, berpuluh-puluh gadis muda telah dipilih dari semua daerah. Mereka semua tinggal dalam bilik di istana dan menunggu.

 

Wanita Muda Yang Kasihan

Di antara begitu ramai gadis muda, ada seorang Cik Ester (tunjukkan kad nama). Semua  membaca: “Ester” tiga kali bersama-sama. Sudah tentu Ester juga sangat cantik, oleh itu  dia terpilih untuk masuk ke dalam istana. Dia adalah seorang gadis muda yang kasihan kerana ketika dia masih sangat muda, dia sudah kehilangan ibu dan ayahnya. Nasib baik dia masih mempunyai saudara yang bernama Mordekhai (tunjukkan kad nama).

Dia melihat Ester sangat kasihan kerana dia telah kehilangan ibu dan ayah sejak kecil lagi. Maka dia  membawa Ester ke rumahnya dan menyayangi dia seperti anak perempuan sendiri. Ester yang kecil juga menganggap Mordekhai sebagai ayahnya sendiri. Dia akan melakukan apa yang disuruh oleh Mordekhai. Ayahnya Mordekhai telah mengajar Ester yang kecil untuk takut kepada Tuhan dan selalu bercerita kepadanya. Jadi ketika Ester masih sangat kecil, dia sudah tahu untuk berdoa setiap hari. Dia tidak pernah bertengkar dengan orang lain dan suka menolong orang lain!

Dia sering membantu melakukan kerja di rumah.  Jadi semua orang mengatakan bahawa Ester yang kecil adalah anak yang disukai semua orang! Adik-adik kecil! Kita pun ingin menjadi baik seperti Ester yang kecil, mendengar kata-kata ibu bapa di rumah, tidak marah atau menangis, tidak bertengkar dengan abang dan kakak, menjaga adik-adik yang kecil dan membantu ibu melakukan kerja.

Apabila datang ke gereja, jangan berlari atau berteriak dengan kuat, jangan membuang sisa kertas di merata tempat. Jika melihat ada sisa kertas yang terbuang, pasti kamu mengambilnya dan membuangnya ke dalam tong sampah. Dengar dengan teliti semasa kelas supaya dapat mengingati apa yang disampaikan dan dapat melakukan perkara yang sesuai dengan kata-kata guru.  Inilah anak baik yang paling disukai oleh Tuhan Yesus. Ester sangat baik, pintar, dan penyayang, jadi semua jiran mengenalinya dan menyukainya. Ketika semua orang tahu bahawa orang yang diutus oleh raja sedang mencari gadis cantik, mereka semua memilih dia untuk turut serta. Untuk hal ini, Mordekhai dan Ester telah berdoa bersama-sama meminta pimpinan Tuhan.

 

Ester Dipilih Sebagai Ratu

Setelah suatu tempoh persiapan untuk gadis-gadis muda yang dipilih dari setiap daerah tamat akhirnya tiba waktunya untuk raja memilih pengantin perempuan. Setiap gadis  beratur masuk untuk menemui raja. Semua gadis berharap dirinya dipilih. Kemudian, sampailah giliran Ester untuk menemui raja. Disebabkan dia sangat rendah hati dan bersopan santun, orang-orang yang bekerja di istana menyukainya. Ketika raja melihat Ester, dia lebih menyukainya. Oleh itu raja meletakkan mahkota ratu di atas kepalanya dan memilihnya sebagai ratu. Mengapakah raja menyukai Ester? Ini kerana Tuhan membuat raja menganggap Ester lebih cantik dan lebih pintar daripada yang lain.

Memandangkan raja telah memilih pengantin perempuan, ia disusuli dengan upacara perkahwinan yang besar-besaran. Ramai pegawai tinggi datang untuk mengucapkan tahniah kepada raja. Raja telah menyediakan banyak hidangan perjamuan kahwin dan mengundang semua orang untuk makan. Raja juga mengurangkan cukai rakyat di seluruh negara. Semua rakyat di negara ini sangat gembira dan mereka bersama-sama memberkati raja dan ratu yang baru. Ester adalah seorang gadis yang sangat penyayang. Setelah menjadi ratu, dia sangat mengasihi rakyat di negara ini dan telah banyak membantu orang yang memerlukannya. Dia benar-benar seorang ratu yang baik.

 

Pilihan Burung Kakak Tua

Xiao Kang, Kai Kai dan Jia Jia berjiran. Mereka juga rakan sekelas Tahun 2 di sekolah rendah yang sama. Mereka pergi ke sekolah bersama dan pulang bersama setiap hari. Mereka selalu bermain bersama setelah menyelesaikan kerja rumah. Ada seorang jiran iaitu nenek Wang yang memelihara seekor burung kakak tua. Setiap hari nenek Wang mengajar burung kakak tua itu untuk bercakap. Pernahkah kamu melihat burung kakak tua bercakap? (Kanak-kanak bersuara). Ada burung kakak tua yang sangat pintar. Contohnya, apabila anda mengatakan: “Hello.” Ia akan mengatakan: “Hello, hello”. Ia juga akan berkata: “Terima kasih Tuhan, syukur Tuhan” kerana selalu mendengar nenek Wang bercakap dan ia telah mempelajarinya. Sangat menarik sekali. Jadi Xiao Kang, Kai Kai dan Jia Jia suka pergi ke rumah nenek Wang dan bermain dengan burung kakak tua.

Pada hari ini, mereka bertiga menyelesaikan kerja rumah mereka dan mereka juga telah membuat temujanji untuk bermain dengan burung kakak tua di rumah nenek Wang. Xiao Kang berkata: “Salam nenek Wang!” Tanpa diduga, ketika burung kakak tua itu mendengar suara Xiao Kang, ia segera berkata: “Puji Tuhan Yesus”. Xiao Kang telah mengajar burung kakak tua untuk menyebutnya beberapa hari yang lalu dan ia telah mengingatnya. Xiao Kang bertepuk tangan dan berkata, “Burung kakak tua ini sangat pintar!” Nenek Wang mendekatinya dan berkata, “Ya! Sayang sekali saya harus memberikannya kepada orang lain untuk memeliharanya.” Rupa-rupanya anak lelaki nenek Wang telah menulis surat dari Amerika Syarikat dan merancang untuk kembali ke Taiwan pada bulan depan untuk menjemput nenek Wang tinggal di Amerika Syarikat. Ketiga-tiga adik kecil itu berkata bersama, “Bolehkah memberikannya kepada saya?” Nenek Wang melihat bahawa hanya ada seekor burung kakak tua. Oleh itu patut diberikan kepada siapa?

Nenek Wang berkata: “Beginilah! Kamu masing-masing membawanya pulang dan memeliharanya selama seminggu, dan mengajarnya: Selamat pagi, selamat petang, dan selamat malam, kemudian barulah saya memutuskan kepada siapa akan saya berikan burung kakak tua ini.”

Xiao Kang adalah orang yang pertama membawa burung kakak tua itu pulang. Dia menggantung sangkar burung kakak tua di ruang tamu. Ketika dia pulang dari sekolah setiap hari, dia tidak melakukan apa-apa selain berdiri di depan burung kakak tua itu dan mengajarnya “selamat pagi.” Ibu datang dan menyuruh Xiao Kang melakukan kerja rumahnya. Xiao Kang berkata, “Tunggu sebentar.” Satu minggu kemudian, burung kakak tua itu telah belajar mengucapkan “selamat pagi” daripada Xiao Kang. Minggu berikutnya adalah giliran Kai Kai untuk memelihara burung kakak tua.

Kai Kai menggantung sangkar burung di dalam bilik. Dia berdiri di depan sangkar burung pada masa lapang dan mengajar burung kakak tua: “Selamat petang.” Ketika ibu berkata: “Kai Kai, tolong sapu lantai!” Kai Kai selalu berkata: “Saya tidak ada masa.” Minggu kedua berlalu lagi, dan burung kakak tua telah belajar mengucapkan “selamat petang” daripada Kai Kai. Sekarang tibalah giliran Jia Jia untuk membawa burung kakak tua pulang.

Jia Jia menggantung sangkar di koridor dapur. Dia mengajar burung kakak tua untuk mengatakan “selamat malam” sambil melakukan sesuatu. Ibu meminta Jia Jia mencuci pinggan, dan Jia Jia berkata, “Baiklah, saya datang sekarang.”

Tiga minggu telah berlalu, ketiga sahabat baik itu membawa sangkar burung itu dan kembali ke rumah nenek Wang untuk melihat siapakah yang boleh mendapat burung kakak tua itu. Apabila nenek Wang mengatakan “selamat pagi”, “selamat petang” dan “selamat malam”, burung kakak tua itu bercakap dengan tepat. Nenek Wang bingung kerana dia tidak tahu kepada siapakah harus diberikan burung kakak tua itu?

Xiao Kang bertanya kepada nenek Wang: “Bolehkah saya mendapatkannya?” Burung kakak tua itu berkata, “Tunggu sebentar.”

Kai Kai bertanya, “Nenek, bolehkah saya membawanya pulang?” Burung kakak tua itu berkata, “Saya tidak ada masa.”

Nenek Wang berkata kepada Jia Jia, “Kamu bercakaplah sekarang.” Jia Jia berkata, “Saya sangat menyukainya.” Adakah anda tahu apa yang dikatakan burung kakak tua itu? Ia berkata, “Baiklah, saya datang sekarang!”

Nenek Wang berkata: “Sekarang burung kakak tua telah membuat keputusan untuk pergi ke rumah yang mana.” Adik-adik kecil, nenek Wang akan memberikan burung kakak tua itu kepada siapa? Adakah Jia Jia tahu bahawa burung kakak tua itu akan mempelajarinya dan berkata, “Baiklah, saya datang sekarang?” Ini kerana dia selalu berkata: “Baiklah, saya datang sekarang.” Ini menunjukkan bahawa Jia Jia adalah anak yang baik.

Setiap kali ada masa lapang, dia secara spontan menolong melakukan kerja rumah, seperti menyapu lantai, mengemaskan bilik, membuang sampah … Dia tidak perlu dipanggil oleh ibunya untuk melakukannya. Ini  kerana dia mengasihi keluarganya dan semua orang dalam keluarga. Dia mengambil berat tentang setiap orang dan setiap perkara di rumah.

Semasa dia mencuci pinggan, adakah dia berfikir: “Saya menolong ibu mencuci pinggan?” Dia tidak berfikir seperti itu. Dia selalu berfikir: “Ini adalah rumah saya, dan urusan rumah adalah urusan saya.” “Dia adalah adik  perempuan saya. Dia memerlukan pertolongan, jadi saya akan segera menolong.” Jia Jia tidak pernah membezakan apa yang harus kamu lakukan atau dia lakukan. Sekiranya tiba giliran abangnya untuk membuang sampah namun apabila dia melihat bahawa abangnya sedang sibuk membuat kerja rumah dan Jia Jia sendiri sudah menyiapkan kerja rumah,  dia akan membuang sampah itu  secara spontan bagi abangnya.

Jia Jia adalah tokoh murid di sekolah dan adalah anak yang baik dan taat di rumah. Oleh itu, semua orang mengasihi dia dan Tuahn Yesus lebih menyayanginya. Ini adalah seperti yang dinyatakan dalam Alkitab (Tunjukkan kad nama): “Hormatilah ayahmu dan ibumu.” Semua orang membacanya sebanyak tiga kali.

Adik-adik, cuba ceritakan bagaimana untuk menghormati ayah dan ibu? (Tunjukkan kad nama).

  1. Salam: Pada waktu pagi dan petang, apabila anda masuk atau keluar dari rumah, anda harus bertegur sapa.
  2. Lakukan kerja rumah secara spontan.
  3. Jangan menyebabkan ibu bapa risau: lakukan kerja sendiri dengan baik.