PRAKATA PENERBIT

Syukur kepada Tuhan, dengan kerjasama antara jabatan penggembalaan dan Toko Buku Filemon, buku “Yesus Tiba Di Rumah – Perkongsian Amalan Mezbah Keluarga” telah dikeluarkan. Sebab buku ini diterbitkan, ia bermula apabila jabatan penggembalaan mempromosikan aktiviti audio-visual “Mezbah Keluarga”.

Untuk melaksanakan “Mezbah Keluarga” di rumah pemercaya di gereja-gereja tempatan, Jabatan Penggembalaan telah menubuhkan “Unit Bahan Pengajaran Audio-visual Mezbah Keluarga” untuk menghasilkan koleksi audio-visual mezbah keluarga, yang bertajuk “Masa Di Bawah Bumbung”. Para pemercaya di setiap tempat juga digalakkan untuk menonton dan berkongsi dalam talian dengan keluarga mereka di rumah.

Penerbitan buku ini juga mempunyai matlamat yang sama, dengan harapan saudara-saudari di setiap gereja tempatan akan melakukannya dengan berusaha dari titik permulaan kepercayaan: “Rumah”.

Pada masa lalu, Taiwan menangguhkan sementara perhimpunan gereja kerana wabak. Kebanyakan pemercaya terpaksa menonton pelbagai isi kandungan kebaktian secara dalam talian di rumah, tetapi ia juga membuatkan kita memikirkan semula, apa lagi yang boleh ditawarkan oleh keluarga antara satu sama lain dalam kepercayaan mereka? Ini bukan sekadar kebaktian dalam talian untuk ditonton bersama, apa yang lebih penting ialah perkongsian antara ahli keluarga, menerusi Alkitab atau kidung pujian, untuk mengekalkan sokongan kepercayaan antara satu sama lain.

“Semuanya sukar pada mulanya.” Anda mungkin berasa sukar untuk memulakan aktiviti mezbah keluarga dan tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Lebih sukar jika anda ingin bertahan. Kita boleh memberikan pelbagai dorongan terlebih dahulu kepada saudara-saudari melalui buku ini, tentang bagaimana untuk mula memasuki mezbah keluarga, dan beberapa contoh yang telah dilaksanakan oleh gereja-gereja tempatan, supaya semua orang melihat pengalaman yang berbeza dari mezbah keluarga mereka, dan juga melihat proses mengapa semua orang dapat bertahan. Diharapkan semua saudara dan saudari boleh menyertai pembinaan mezbah keluarga anda sendiri.

Kepercayaan setiap orang dibina bukan hanya dengan menghadiri kebaktian, atau dengan hanya menempatkan anak-anak di kelas pendidikan agama gereja. Ini adalah tanggungjawab setiap orang, seperti yang dikatakan dalam Filipi 2:4 “dan janganlah tiap-tiap orang hanya memperhatikan kepentingannya sendiri, tetapi kepentingan orang lain juga.” Selain menjaga kepercayaan sendiri, juga harus menjaga kepercayaan keluarga. Diharapkan bahawa kita semua boleh membantu satu sama lain dan membina mezbah keluarga kita sendiri, supaya Yesus tiba di rumah.

 

Gereja Yesus BenarĀ  Jabatan Penggembalaan