YESUS BERADA DI RUMAH SAYA

YESUS BERADA DI RUMAH SAYA

(Pendeta Chen Enxi)

 

Yesus berada di rumah saya, dan “saya” ini adalah rahmat yang semua orang perlu terima.

Ketahuilah bahwa pada hari-hari terakhir akan datang masa yang sukar. Manusia akan mencintai dirinya sendiri dan menjadi hamba uang. Mereka akan membual dan menyombongkan diri, mereka akan menjadi pemfitnah, mereka akan berontak terhadap orang tua dan tidak tahu berterima kasih, tidak mempedulikan agama, tidak tahu mengasihi, tidak mau berdamai, suka menjelekkan orang, tidak dapat mengekang diri, garang, tidak suka yang baik, suka mengkhianat, tidak berpikir panjang, berlagak tahu, lebih menuruti hawa nafsu dari pada menuruti Allah. Secara lahiriah mereka menjalankan ibadah mereka, tetapi pada hakekatnya mereka memungkiri kekuatannya. Jauhilah mereka itu! (2 Timotius 3:1-5)

Paulus mengingatkan kita: “Jauhilah mereka itu.” Walaupun kata-kata ini diucapkan dua ribu tahun yang lalu, ia juga mengingatkan kita hari ini. Melihat bahawa generasi hari ini adalah seperti Babel, kita sedar bahawa zaman akhir telah tiba! Taktik iblis semakin hebat, dan memasuki terus ke dalam gereja, ke dalam kehidupan dan rumah setiap pemercaya.

 

Rumah Adalah Tempat Yang Mementingkan Kasih Dan Bukannya Rasional

Kita harus menjemput Tuhan untuk menjadi Raja di rumah saya dan hati saya. Dan biarkan Yesus Kristus menduduki tempat pertama saya dalam “segala hal”. Sama ada suami isteri atau antara ibu bapa dan anak-anak, haruslah mengagungkan Tuhan Yesus pada setiap masa, bukan hanya sekali-sekala.

Kadar penceraian sangat tinggi pada zaman moden ini kerana kita kini mengutamakan hak asasi manusia. Jika pasangan bertegas dengan hak dan kewajipan yang 50/50, mereka akan mudah berpisah. Jika mereka berkira antara satu sama lain dan takut melakukan terlalu banyak, mereka akan melakukan sedikit, dan kemudian melakukan semakin kurang, dan keretakan antara keduanya akan menjadi semakin besar. Tetapi jika kita bersedia untuk berkompromi dan mempunyai hati Yesus Kristus, Tuhan mahu saya untuk bertolak ansur dan memaafkan. Saya tidak mengira hak yang 50/50, saya rela untuk melakukan 60, seperti yang diajar dalam Alkitab: “Hai suami, kasihilah isterimu sebagaimana Kristus telah mengasihi jemaat dan telah menyerahkan diri-Nya baginya.” (Efesus 5:25) Dengan cara ini, apa yang anda sanggup lakukan bukan sahaja 50, malah 60 atau 70. Apabila dua orang memberi lebih daripada 50 pada masa yang sama, mereka akan bertindih, dan tiada keretakan lagi. Kita tidak akan lagi membezakan awak dan saya, dan tidak akan ada peluang untuk dua orang ini berpisah. Oleh itu, biarlah Yesus Kristus menjadi kasih kita di rumah kita, bukannya mementingkan rasional atau hak asasi manusia, tetapi kasih.” Biarlah Yesus Kristus menjadi Tuan di rumah kita.

Pada suatu masa dahulu, ada seorang Encik Chen di Lukang. Sebelum dia percaya kepada Yesus, dia suka berjudi sehingga menjadi muflis. Sesekali apabila dia menang, dia akan membeli barang dan menjamu semua orang untuk makan dan minum. Tetapi kebanyakan masa dia kalah… dan keadaannya sangat teruk apabila kalah. Tidak ada wang untuk menjamu semua orang makan. Apabila sampai di rumah, dia memukul isteri dan anak-anak untuk melepaskan geram. Dia mahu berjudi juga setelah kalah dan kehabisan wang, bahkan mahu menjual anak kerana hutang judi. Menjual anak adalah perkara biasa pada masa dahulu.

Syukur kepada Tuhan, rahmat Tuhan meneranginya. Semua orang memberitahunya bahawa dia tidak boleh terus seperti ini. Dia mula menghadiri kebaktian di Gereja Lukang. Yesus memasuki rumahnya dan dia mula mendapat kedamaian dan sukacita. Dia juga menerima kebenaran dan dilahirkan kembali dari air dan Roh! Dia mengubah tabiat buruknya dan berhenti berjudi. Dia juga memasuki gereja Tuhan untuk bekerja, menjadi AJK dan diurapi sebagai diakon. Dia pernah berkata kepada anak-anaknya: “Mujurlah saya percaya kepada Yesus, jika tidak, mungkin kamu telah dijual oleh saya seorang demi seorang.”

 

Biarlah Yesus Menjadi Guru

Biarlah Yesus Kristus berada di rumah saya, bukan sebagai orang asing, bukan sebagai tetamu, tetapi sebagai Guru. Kita harus menjadikan Yesus sebagai Guru keluarga.

Hai anak-anak, taatilah orang tuamu di dalam Tuhan, karena haruslah demikian. Hormatilah ayahmu dan ibumu–ini adalah suatu perintah yang penting, seperti yang nyata dari janji ini: supaya kamu berbahagia dan panjang umurmu di bumi. Dan kamu, bapa-bapa, janganlah bangkitkan amarah di dalam hati anak-anakmu, tetapi didiklah mereka di dalam ajaran dan nasihat Tuhan. ( Efesus 6:1-4 )

Ramai orang berkata: “Saya tidak tahu bagaimana untuk mengajar anak-anak saya, kerana mereka tidak mendengar saya.” Ini kerana pendidikan dan pembelajaran pada zaman akhir adalah jahat, dan belajar kejahatan adalah lebih banyak dan lebih cepat daripada kebaikan. Apakah yang harus kita lakukan? Rahasianya ialah: Dengarkan firman Tuhan, dan biarlah Tuhan Yesus menjadi Guru. Kerana hikmat datang daripada Tuhan, permulaan hikmat adalah takut akan Tuhan, dan mengenal Yang Mahakudus adalah pengertian. (Amsal 9:10) Ini mengajar kita bahawa ibu bapa tidak boleh memukul atau memarahi, atau menggunakan emosi jasmaniah, tetapi kita mesti mendidik dan memimpin anak-anak kita mengikut ajaran Tuhan.

Berdasarkan catatan dalam Kejadian, Abraham memimpin keluarganya dalam kehidupan di dunia. Ke mana-mana saja dia pergi, dia mendirikan khemah dan membina mezbah untuk Tuhan. Inilah membina mezbah keluarga dan menjemput Yesus Kristus untuk datang ke rumah saya dan menjadi Guru saya, serta mengajar seluruh keluarga saya untuk memanggil nama Tuhan. Tingkah laku seperti ini mewujudkan imannya kepada Tuhan, dan ini juga mempengaruhi anak-anaknya, yang juga memanggil Tuhan dalam semua perkara yang mereka hadapi. Walaupun Ishak sendiri terikat di atas gunung untuk dipersembahkan sebagai korban bakaran, dia tidak takut, tetapi taat, percaya, dan hormat.

 

Keluarga Diberkati Bersama

Kita harus membina hubungan peribadi dengan Tuhan di rumah kita. Terdapat seorang Encik Huang di Shipai. Isteri dan anak-anaknya terlebih dahulu percaya kepada Yesus, dan mereka sering berdoa untuk ayah. Gereja Shipai mengadakan mezbah keluarga dan mempunyai jadual bacaan Alkitab yang tetap, dan biasanya akan berdoa bersama. Isteri dan anak perempuan membaca Alkitab mengikut jadual setiap minggu. Mereka bukan sahaja membacanya dengan kuat, mereka juga tahu berkongsi. Pada mulanya, suami tidak pernah menyertai dan hanya melihat telefonnya. Tetapi dia menyendengkan telinga dan mendengar pengalaman kehidupan isteri dan anaknya. Secara beransur-ansur, dia perlahan-lahan meletakkan telefon bimbitnya dan mendengar apa yang mereka bualkan. Dia juga menyertai mereka untuk berbincang tentang maksud Alkitab. Dia juga menyedari bahawa firman Gereja Yesus Benar adalah sangat baik, bukan autoriti, tetapi firman yang indah. Ayah mula mengambil bahagian dalam mezbah keluarga mereka dengan rela, bahkan menerima Roh Kudus sewaktu berdoa di rumah. Kerana pengalaman yang indah ini, dia mula mencari firman di gereja, dan kemudian memasuki kepercayaan ini. Mezbah keluarga bukan sahaja mengajar kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa.

Kesengsaraan yang dihadapi Ayub adalah kemusnahan dan kematian ahli keluarganya, ini jauh melebihi apa yang dapat ditanggung oleh orang biasa. Apabila dia menghadapi pencobaan di tangan iblis, imannya tetap teguh. Malah isteri di sisinya tidak dapat menanggung penderitaan ini, dan menyuruhnya untuk meninggalkan kepercayaan. Namun, dia dengan tegas memberitahu isterinya: “Apakah kita mau menerima yang baik dari Allah, tetapi tidak mau menerima yang buruk?” (Ayub 2:10)

Ayub menyembah Tuhan setiap hari dan sering mempersembahkan korban untuk anak-anaknya. Mezbah keluarga adalah teras keluarga, yang membolehkan dia mengetahui bahawa Tuhan boleh disandari apabila menghadapi situasi yang sukar. Kemudian, selepas Tuhan menghapuskan penderitaannya, Tuhan memberinya kemuliaan yang berganda. Kemuliaan seperti ini membolehkan isteri Ayub menerimanya, dan isteri juga berkongsi kemuliaan-Nya. Isteri yang lemah telah diteguhkan oleh iman suami yang kuat. Kemuliaan Tuhan membolehkan Ayub bangkit dari dasar lembah, menerima kemuliaan dan kelimpahan yang berganda.

 

Ajar Dengan Tingkah Laku Dan Berikan Teladan Kepercayaan

Tetapi ini tidak bermakna bahawa selepas menubuhkan mezbah keluarga, tidak perlu lagi datang ke gereja. Kita juga perlu membawa anak-anak kita ke gereja untuk menyembah Tuhan. Yesus adalah Guru kita. Untuk memupuk perwatakan rohani, kita mesti melihat bagaimana orang lain melayani dan menyambut, tahu bagaimana mengasihi orang lain, dan belajar untuk mengasihi satu sama lain. Ini sangat penting dan tidak dapat dipelajari di luar.

Saya dibesarkan di gereja. Dalam tanggapan saya, ayah saya tidak pernah mengajar saya bagaimana untuk melakukan pelayanan di gereja. Saya melihat abang dan kakak melakukannya, dan melihat bagaimana guru-guru bersedia. Saya telah mengambil bahagian dalam koir kanak-kanak sejak saya kecil, dan saya telah mempelajarinya melalui telinga dan mata saya. Ini adalah anugerah Tuhan yang indah, yang dapat mengajar kanak-kanak bagaimana untuk melayani orang lain dan disayangi.

“Injil Yohanes” menyatakan bahawa di Betania ada tiga adik-beradik yang mengasihi Tuhan. Kakak iaitu Marta pandai melayani, dan adik perempuan Maria sangat berusaha mengejar kebenaran, dan sering menyembah dekat kaki Tuhan. Sudah tentu, dia juga belajar daripada semangat kakaknya. Adik lelaki Lazarus pula mengalami kematian dan kebangkitan, menerima rahmat besar Yesus Kristus. Ini adalah kesaksian dan pengajaran tingkah laku.

Abraham dan pendahulu rohani yang lain telah mengajar kita bahawa mengajar melalui teladan adalah lebih penting daripada segala-galanya. Hanya pengajaran melalui teladan boleh memberikan contoh menghormati dan mengasihi Tuhan, dan kita harus mengejarnya dengan lebih berusaha.

 

Mewarisi Anugerah Untuk Beribu-ribu Generasi

Tetapi Aku menunjukkan kasih setia kepada beribu-ribu orang, yaitu mereka yang mengasihi Aku dan yang berpegang pada perintah-perintah-Ku. (Keluaran 20:6)

Jika anda mengasihi Tuhan, anda akan menganggap Yesus sebagai Guru hidup anda, menerima bimbingan kebenaran-Nya, dan mengajar anak-anak anda dengan firman kebenaran Tuhan. Anak-anak akan menghormati ibu bapa mereka. Bagaimana keluarga seperti ini boleh tidak bahagia? Pengurusan keluarga akan diberkati oleh Tuhan, dan kasih Tuhan akan diwarisi kepada beribu-ribu generasi.

Gereja adalah rumah Tuhan. Jika ia disambungkan kepada Kepala iaitu Kristus, Tuhan akan memberkatinya, dan berkat Tuhan akan dicurahkan. Bukan sahaja dalam gereja, tetapi juga dalam rumah. Kristus menjadi sumber berkat kita. Sama seperti Yesus mengasihi jemaat, kita tahu cara untuk mengasihi keluarga dan pasangan kita. Kita akan menjalankan pengurusan dengan semangat “menyangkal diri”, dan keretakan boleh diperbaiki. Apabila terdapat pertikaian, kita boleh memaafkan dan mendamaikannya.

Demikian juga Roh membantu kita dalam kelemahan kita; sebab kita tidak tahu, bagaimana sebenarnya harus berdoa; tetapi Roh sendiri berdoa untuk kita kepada Allah dengan keluhan-keluhan yang tidak terucapkan.” (Roma 8:26) Roh Kudus akan berdoa bagi pihak kita dengan keluhan yang tidak terucapkan. Kadang-kadang emosi kita tidak sesuai dengan kehendak Tuhan, kita tidak mampu berdoa lagi, malah kita rasa tertindas dan tidak dapat menanggungnya, apa yang harus kita lakukan? Roh Kudus tidak akan menyalahkan Tuhan untuk kita. Roh Kudus akan berkata untuk kita: “Saya minta ampun! Saya sangat lemah. Tuhan tolonglah saya.” Roh Kudus ialah Roh Tuhan dan boleh berdoa bagi pihak kita. Kita boleh menerima penghiburan dan bimbingan Tuhan dalam roh, mampu berdiri semula dalam kelemahan, dan mendapat kesukacitaan yang menyegarkan hati kita, ini bukanlah sesuatu yang boleh diterima oleh keluarga biasa.

Berbahagialah setiap orang yang takut akan Tuhan, yang hidup menurut jalan yang ditunjukkan-Nya! Apabila engkau memakan hasil jerih payah tanganmu, berbahagialah engkau dan baiklah keadaanmu! Isterimu akan menjadi seperti pohon anggur yang subur di dalam rumahmu; anak-anakmu seperti tunas pohon zaitun sekeliling mejamu! Sesungguhnya demikianlah akan diberkati orang laki-laki yang takut akan Tuhan. Kiranya Tuhan memberkati engkau dari Sion, supaya engkau melihat kebahagiaan Yerusalem seumur hidupmu, dan melihat anak-anak dari anak-anakmu! Damai sejahtera atas Israel! (Mazmur 128)

Ini adalah gambaran keluarga yang bahagia dan harmoni. Apabila orang menyambut Yesus sebagai Ketua keluarga dan Guru keluarga, seluruh keluarga akan mendapat penyertaan Yesus Kristus, dan berkat yang tidak berkesudahan. Apabila Kristus ada di rumah saya, seluruh keluarga akan diberkati. Tidak kira secara peribadi, iaitu hati saya adalah bait Tuhan, apabila datang ke rumah atau gereja kita, kita akan melihat Tuhan memberkati tempat ini sepanjang hidup kita, dan beribu-ribu generasi akan diberkati dan mewarisi iman. Apabila saya menjemput Yesus ke rumah saya, saya akan menerima semua berkat rohani dari syurga.