PELAJARAN 2: INJIL MATIUS (2)

PERTAMA, TEMA
Pengumuman Injil (fasal 5 – 7). Matius menyusun dan menggabungkan pengajaran penting Tuhan Yesus menjadi “Khotbah di Bukit”. Dari pengumuman ini, kita dapat melihat konotasi seluruh Injil dan memahami semangat, prinsip “Kerajaan Tuhan” yang diberitakan oleh Tuhan Yesus. Apabila kita menerima dan melakukannya dengan hati yang tulus, kita dapat menunjukkan kepercayaan dan kehidupan yang sebenar dengan lebih baik.

KEDUA, KONOTASI INJIL KERAJAAN TUHAN
Satu, konsep nilai rohani (5:1-12)
Dua, makna kepercayaan dan kehidupan (5:13-16) – jadi garam dan terang
Tiga, semangat kepercayaan yang benar:

  1. Menunjukkan kebenaran sebagai prinsip hidup (Mat 5:17-20).
  2. Kejar penghormatan dan pengampunan yang sebenar (Mat 5:21-26, 7:1-6).
  3. Kejar kekudusan yang sebenar (Mat 5:27-32).
  4. Kejar hati yang jujur (Mat 5:33-37).
  5. Kejar kasih yang sejati (Mat 5:38 – 6:4).
  6. Kejar ibadah yang sebenar (Mat 6:5-18, 7:7-14).
  7. Kejar kekayaan yang sebenar (Mat 6:19-34) – Oleh itu, belajarlah berserah, percaya dan bersandar kepadaNya, berasa cukup, beri persembahan.
  8. Kejar perubahan dan pertumbuhan hidup (Mat 7:15-23).Kejar untuk mendirikan sebuah kepercayaan yang mempunyai dasar (Mat 7:24-29).

KETIGA, PENGAJARAN PENTING
Satu, hal mengasihi musuh

  1. Harus mempunyai cita-cita yang lebih tinggi (Mat 5:38) – Tidak berpuas hati dengan tahap orang biasa (Mat 5:20).
  2. Menjauhi perselisihan (Mat 5:39) – Untuk mendapatkan damai sejahtera yang sebenar.
  3. Mempunyai konsep nilai rohani (Mat 5:40) – Rela menanggung kerugian dari aspek material, apa yang dipentingkan ialah perkara-perkara rohani.
  4. Mempunyai hati yang berpengharapan (Mat 5:44) – Berharap dapat mengubah orang yang berbuat salah.
  5. Merenungkan teladan Tuhan Yesus (Mat 5:45-48).

Dua, hal berdoa – belajar daripada kata doa Tuhan

  1. Minda doa:
    a) Setiap hari dan setiap perkara (Mat 6:11) – Dalam aspek keperluan yang paling ringkas dan keperluan harian.
    b) Memikirkan tentang hal Tuhan (Mat 6:9-10).
    c) Ada pengharapan (Mat 6:13) – supaya kerajaan Tuhan mendapat pujian dan kemuliaan.
  2. Prinsip doa:
    a) Berasa cukup, percaya dan bersandar (Mat 6:11) – makanan harian.
    b) Kejar perdamaian (Mat 6:12).
    c) Pertahankan kepercayaan (Mat 6:13).
  3. Sumber kuasa doa
    a) Kerana Tuhan ialah Bapa kami yang di syurga (Mat 6:9).
    b) Kerana janji Tuhan (Mat 7:7)

Tiga, mendirikan kepercayaan yang mempunyai dasar

  1. Kenalpasti pengorbanan yang diperlukan untuk iman kepercayaan (Mat 7:13-14) – (Kis 14:22).
  2. Berwaspada terhadap godaan nabi-nabi palsu dan ajaran-ajaran sesat (Mat 7:15) – Harus sentiasa mempunyai minda yang menghormati Kebenaran, mohon Tuhan mengaruniakan hikmat yang rohani untuk membezakannya.
  3. Kejar perubahan dan pertumbuhan hidup (Mat 7:21-23).
  4. Bertekad untuk berbuat menurut permintaan Kebenaran (Mat 7:24).

KEEMPAT, CATATAN
Mat fasal 5 – 7 digelar sebagai “Khotbah di Bukit”. Bukit ini merujuk kepada sebuah bukit kecil di sebelah barat danau Galilea, berdekatan dengan Kapernaum dan jauh daripada hiruk-pikuk kota. Ini membolehkan manusia mendengar pengajaran Tuhan Yesus dengan penuh perhatian di dalam persekitaran yang aman dan tenang.

KELIMA, SOALAN KAJIAN

  1. Apakah kesukaran yang dihadapi dalam mengampuni orang lain? Bagaimana untuk mengatasinya?
  2. Bagaimana mengelak daripada mengkritik, menghakimi dan menghina orang lain? Bagaimana mengutarakan cadangan dengan niat yang baik?