PELAJARAN 3: INJIL MATIUS (3)

PERTAMA, TEMA
Pernyataan Juruselamat (fasal 8-20). Matius banyak menceritakan tentang pekerjaan Tuhan Yesus tetapi bukan berdasarkan kronologi masa dan tempat. Dengan ini, Tuhan Yesus menyatakan kepada dunia bahawa: Dialah Raja, Dialah Mesias, Juruselamat manusia yang tunggal, Dia Tuhan benar yang di syurga.

KEDUA, CARA PERNYATAAN
Bagaimana Tuhan Yesus membuktikan bahawa Dialah Tuhan benar yang di syurga?
Satu, melalui tanda-tanda mujizat

  1. Perbuatan tanda-tanda dan mujizat-mujizat
    a) Menyembuhkan orang sakit: contoh (Mat 8:1-17).
    b) Mengendalikan alam semula jadi: contoh (Mat 8:23-27).
    c) Mengusir setan: contoh (Mat 8:28-34).
    d) Membangkitkan orang mati: contoh (Mat 9:23-26).
  2. Tujuan:
    a) Menyatakan kasih Tuhan (Mat 8:17)
    b) Menyatakan kekuatan dan kuasa Tuhan (Mat 9:1-8)
    c) Mendengar doa manusia (Mat 8:6)
    d) Mengiktiraf iman manusia (Mat 15:28)
    e) Menyatakan bahawa Tuhan berkuasa atas nyawa manusia (Mat 9:24)

Dua, melalui kebenaran yang diberitakan (Mat 10:14-15). Kebenaran ini ada kuasa yang sepenuhnya

  1. Tuhan menjelaskan makna sebenar hukum Taurat (Mat 12:1-8, 15:1-9)
  2. Menyatakan kebenaran melalui perumpamaan (Mat 13)
  3. Mengajar manusia dengan kebenaran (Mat 15:10-20)
  4. Menegur kesalahan manusia dengan kebenaran (Mat 16:11-12, 12:22-30)

Tiga, melalui janji yang Dia berikan

  1. Damai sejahtera dalam roh (Mat 11:28-30)
  2. Upah pada masa kelak (Mat 19:28-30

Empat, melalui penderitaan yang Dia bakal tanggung

  1. Mati di atas kayu salib (Mat 20:18-19) – mengalirkan darah yang bernilai, mati untuk manusia, menyucikan dosa manusia.
  2. Bangkit dari antara orang mati (Mat 20:19) – membuktikan Dialah Tuhan benar yang di syurga.

KETIGA, PENGAJARAN PENTING
Satu, keluarga yang mendapat kasih karunia (Mat 8:14-16). Tuhan tiba di rumah Petrus bersama murid-murid yang lain dan menyembuhkan ibu mertua Petrus lalu keluarga ini mendapat kasih karunia. Keluarga ini mendapat kasih karunia kerana mempunyai prestasi yang baik dan ini berbaloi untuk kita pelajari:

  1. Keluarga yang diam bersama dengan rukun (Mrk 1:29): menunjukkan bahawa Petrus tinggal bersama adik-beradiknya dan bersama-sama menjaga orang yang sakit (Mzm 133:1-3).
  2. Keluarga yang menyokong pekerja: walaupun ada yang sakit, Petrus dua beradik masih keluar bekerja bersama dengan Tuhan. Ini menunjukkan sokongan keluarganya.
  3. Keluarga yang saling membantu doa (Mrk 1:30): ada yang memberitahukan keadaannya kepada Yesus.
  4. Keluarga yang melayani dan menerima / menyambut tetamu (Mat 8:15): orang tua ini menunjukkan teladan yang baik dengan menerima / menyambut Tuhan dan murid-muridNya. Dia juga menerima / menyambut sanak-saudara yang datang untuk mendapatkan penyembuhan.

Dua, bangunlah! Beritakan Injil Tuhan

  1. Peroleh anugerah keselamatan dengan cuma-cuma, harus pergi memberitakannya dengan rela hati (Mat 10:8)
  2. Harus tumpukan perhatian (Mat 10:9-10) tidak diseret / disusahkan oleh hal-hal yang bercampur-aduk
  3. Harus ada hati yang hidup secara ringkas (Mat 10:9-10)
  4. Mohon Tuhan memberikan hikmat (Mat 10:16)
  5. Harus ada persediaan untuk menanggung penganiayaan (Mat 10:21-26)
  6. Harus bersandar kepada Roh dan kuasa Tuhan (Mat 10:20)

Tiga, perumpamaan tentang berhutang (Mat 18:21-35)

  1. Harus jelas tentang berapa banyak pengampunan yang diri sendiri perlukan.
  2. Harus hidup dengan rendah hati dan sentiasa menguji diri sendiri.
  3. Harus ada hati yang bersyukur dan bertimbang rasa dalam menghadapi hutang orang lain.
  4. Harus menerima dan mengampuni orang lain dari hati / secara ikhlas.

KEEMPAT, SOALAN KAJIAN

  1. Apa pendapat anda selepas mengkaji tentang keluarga Petrus mendapat kasih karunia?
  2. Dalam pekerjaan memberitakan Injil pada masa kini, apa aspek-aspek yang perlu ditambahbaik?