CARA MEMBEZAKAN NUBUAT
(Pendeta Lin Yong Ji)
Idea bahawa “Tuhan akan datang kembali pada tahun milenium” benar-benar telah mempengaruhi lingkungan gereja dan lingkungan sosial sejak penyebarannya. Setelah masa berlalu, kita dapat melihat bahawa banyak orang telah membuat nubuat / ramalan yang luar biasa tetapi gugur satu persatu. Hal ini menunjukkan bahawa orang-orang ini telah menjadi nabi palsu (Ul 18:22).
Sebagai pemercaya gereja yang benar, bagaimana kita harus menghadapi persoalan nubuat? Marilah kita benar-benar memainkan peranan sebagai nabi sejati pada zaman ini, menyampaikan mesej daripada Tuhan dengan tepat, dan membimbing dunia untuk segera mempercayai Tuhan Yesus demi menyambut kedatangan kembali Tuhan.
Kita sering menemukan beberapa masalah dari segi hermeneutik semasa mengkaji nubuat-nubuat dalam Alkitab. Oleh itu, selain penggunaan prinsip tafsiran umum, terdapat juga prinsip tafsiran yang mengkaji kitab nabi-nabi.
A. MAKNA
Nubuat adalah bahawa Tuhan mendorong manusia dengan Roh Kudus-Nya untuk mengatakan “perkara yang akan terjadi pada masa kelak” sebelum perkara itu terjadi dan membolehkan manusia tahu bahawa Dialah Tuhan yang benar dengan pemenuhan nubuat itu.
Nubuat itu sememangnya mengandungi unsur meramalkan masa depan. Nubuat terlebih dahulu mengumumkan segala fenomena yang tidak termasuk dalam era itu. Oleh itu, isi kandungannya adalah sejenis rahsia. “Hal-hal yang tersembunyi ialah bagi TUHAN, Allah kita, …” (Ul 29:29). Selama berabad-abad, manusia telah berbondong-bondong mengejar harapan untuk mengungkapkan misteri takdir manusia dengan kebijaksanaan yang terbatas. Walau bagaimanapun, Amos mengungkapkan prinsip Tuhan: “Sungguh, Tuhan ALLAH tidak berbuat sesuatu tanpa menyatakan keputusan-Nya kepada hamba-hamba-Nya, para nabi.” (Am 3:7). Maksudnya, tindakan yang akan diambil oleh Tuhan pada masa depan pasti akan dinyatakan kepada para nabi-Nya terlebih dahulu. Ketika mereka bernubuat dengan setia, Tuhan akan bertanggungjawab atas pernyataan-Nya sehingga “tidak ada satu pun dari firman-Nya itu yang dibiarkan-Nya gugur” serta menunaikannya satu persatu.
Oleh itu, nabi ialah legenda dan sering berjalan di hadapan masa. Walaupun tidak ada pendengar, dia masih berbicara untuk Tuhan dengan berbuih mulut. Nubuatnya bukanlah sejenis gimik yang menyedapkan hati masyarakat umum dan membuatkan mereka menyokongnya. Dia sendiri tahu bahawa nubuat datang daripada Tuhan, dan nubuat bermaksud orang-orang berbicara atas nama Tuhan oleh dorongan Roh Kudus (2 Ptr 1:21).
B. CARA-CARA NUBUAT
Ada tiga cara untuk nabi menyampaikan nubuat:
- Nubuat
Nabi banyak menubuatkan hal yang akan terjadi pada masa depan secara lisan. Namun ada kalanya Tuhan mahu nabi menubuatkan maklumat masa depan melalui tindakan simbolik. Sebagai contoh, Yesaya berjalan dengan telanjang dan tidak berkasut (Yes fasal 20) untuk bernubuat bahawa mereka yang bergantung pada orang Mesir akan mendapat malu manakala Yehezkiel pula mengukir sebuah kota atas sebuah batu bata untuk menunjukkan keadaan kota Yerusalem yang dikepung (Yeh fasal 4).
- Penglihatan (termasuk mimpi)
Pengalaman nabi dalam dunia rohani yang istimewa, iaitu Tuhan menyatakan mesej bersifat nubuat melalui pemandangan luar biasa. Biasa kelihatan dalam sastera apokaliptik, seperti dalam kitab Yehezkiel, kitab Daniel, kitab Zakharia, kitab Wahyu, dan lain-lain lagi.
- Perlambangan
Cara ini ada dalam seluruh Perjanjian Lama dan tidak terhad pada kitab nabi-nabi. Penulis menggunakan orang, peristiwa atau benda tertentu untuk menubuatkan atau menyiratkan Kristus atau pengalaman istimewa mengenai gereja, anugerah keselamatan dan sebagainya dalam Perjanjian Baru. Sebagai contoh, menyeberangi Laut Teberau melambangkan pembaptisan, batu karang melambangkan Kristus (1 Kor 10:1-5), dan Melkisedek melambangkan Kristus (Ibrani fasal 7). Kita akan membincangkannya dalam artikel lain.
C. CIRI-CIRI NUBUAT
- Sebilangan besar nubuat berpusat pada Kristus(The Christ Centric Nature of prophecy)
Tugas seorang nabi yang paling penting adalah dengan bertindak sebagai juru bicara Tuhan pada zaman itu. Nabi merupakan penginjil dan bernubuat tentang mesej yang berkaitan dengan Mesias. Ciri ini boleh dikatakan sebagai ciri khas kerja penginjilan. Dalam zaman kebelakangan ini, gereja secara beransur-ansur melihat dengan jelas bahawa nubuat Mesias merupakan pusat nubuat Perjanjian Lama.
- Nubuat pendedahan secara progesif (The progressive revelation of prophecy)
Nubuat tentang kebenaran tertentu mungkin tidak begitu jelas ketika pertama kali disebutkan, tetapi ketika disebutkan kemudian, nubuat itu menjadi semakin jelas, seperti pelita yang semakin bersinar dalam kegelapan (2 Ptr 1:19-20). Sebagai contoh, nubuat tentang Kristus:
Dalam (Kej 3:15), dinyatakan bahawa keturunan perempuan akan meremukkan kepala ular, manakala ular akan meremukkan tumitnya. Ayat ini secara gabungan menubuatkan dua kali kedatangan Kristus. Kedatangan kali pertama adalah dengan peranan sebagai Mesias yang menderita manakala kedatangan kali kedua adalah dengan peranan sebagai Mesias raja. Contoh kedua, (Yes 7:14) menyatakan bahawa seorang perempuan muda mengandung dan akan melahirkan seorang anak laki-laki yang disebut Imanuel. Selanjutnya, (Mik 5:2) menubuatkan tempat kelahiran Kristus, Betlehem. Dalam Perjanjian Baru (Mat 1:21), nubuat-nubuat di atas telah digenapi, iaitu kedatangan Kristus kali yang pertama. Menurut (Why 11:15), “Lalu malaikat yang ketujuh meniup sangkakalanya, dan terdengarlah suara-suara nyaring di dalam sorga, katanya: “Pemerintahan atas dunia dipegang oleh Tuhan kita dan Dia yang diurapi-Nya, dan Ia akan memerintah sebagai raja sampai selama-lamanya.”” Pada masa ini, kedatangan Tuhan kali yang kedua akan digenapi. Penggenapan nubuat dalam Perjanjian Baru membolehkan kita melihat bahawa nubuat-nubuat dalam Perjanjian Lama telah menjadi semakin jelas secara bertahap.
- Nubuat mempunyai ciri pemenuhan berganda (The multiplex fulfilment of prophecy)
Nubuat nabi mungkin digenapi pada zamannya, tetapi penggenapan pada zamannya ini hanyalah fenomena separa dalam penggenapan komprehensif terakhir pada zaman akhir. Dengan kata lain, ada banyak nubuat yang hanya sebahagiannya digenapi, tetapi semua penggenapannya masih menunggu untuk digenapi. Sebagai contoh: “Lalu TUHAN membawa Abram ke luar serta berfirman: “Coba lihat ke langit, hitunglah bintang-bintang, jika engkau dapat menghitungnya.” Maka firman-Nya kepadanya: “Demikianlah banyaknya nanti keturunanmu.” Lalu percayalah Abram kepada TUHAN, maka TUHAN memperhitungkan hal itu kepadanya sebagai kebenaran.” (Kej 15:5-6). Tuhan bernubuat kepada Abram bahawa keturunannya akan banyak seperti bintang-bintang di langit. Dalam Perjanjian Lama, sebahagian daripada nubuat ini telah digenapi melalui bangsa Israel, manakala penggenapannya yang lengkap ada di syurga (Why 7:9). Bilangan orang yang diselamatkan adalah tidak terkira.
Beberapa nubuat menjadi perlambangan setelah digenapi secara harfiah, dan perlambangan ini sering difahami secara rohani apabila digenapi kemudian.
- Perspektif nabi (Prophetic perspective)
Ketika nabi menerima pernyataan Tuhan dalam Roh dan melihat ke arah masa depan yang jauh, tindakan itu sama seperti seseorang yang memandang puncak tinggi dari kejauhan (perspektif setinggi gunung – the mountain-top perspective). Puncak demi puncak kelihatan seperti sebuah puncak yang sama dan puncak-puncak itu seolah-olah sangat dekat antara satu sama lain walaupun hakikatnya saling berjauhan. Dengan cara yang sama, nabi sering mengumpulkan nubuat yang akan diselesaikan secara bertahap pada masa kelak seolah-olah semuanya akan segera terjadi.
Sebagai contoh: “Roh Tuhan ALLAH ada padaku, oleh karena TUHAN telah mengurapi aku; Ia telah mengutus aku untuk menyampaikan kabar baik kepada orang-orang sengsara, dan merawat orang-orang yang remuk hati, untuk memberitakan pembebasan kepada orang-orang tawanan, dan kepada orang-orang yang terkurung kelepasan dari penjara, untuk memberitakan tahun rahmat TUHAN dan hari pembalasan Allah kita, untuk menghibur semua orang berkabung, untuk mengaruniakan kepada mereka perhiasan kepala ganti abu, minyak untuk pesta ganti kain kabung, nyanyian puji-pujian ganti semangat yang pudar, supaya orang menyebutkan mereka “pohon tarbantin kebenaran”, “tanaman TUHAN” untuk memperlihatkan keagungan-Nya.” (Yes 61:1-3).
Ketika nabi mengatakan nubuat ini, dia berbicara kepada orang-orang sezaman dengannya. Dia bernubuat bahawa mereka akan kembali dari tempat tawanan apabila tiba waktunya. Nabi mungkin tidak tahu bahawa nubuat ini adalah berkaitan dengan kedatangan Kristus sekali lagi pada masa kelak.
Tuhan Yesus memetik daripada nubuat ini (Yes 61:1-2) dan berkata: “Pada hari ini genaplah nas ini sewaktu kamu mendengarnya.” (Luk 4:16-21). Namun (Yes 61:1-3) telah menubuatkan dua perkara: Perkara yang pertama ialah memberitakan tahun rahmat Tuhan yang merujuk kepada kedatangan Kristus kali yang pertama ke dunia (Yes 61:1-2a). Perkara yang kedua ialah hari pembalasan Tuhan (Yes 61:2b-3) yang merujuk kepada kedatangan Kristus kali yang kedua. Oleh sebab perkara kedua belum direalisasikan, maka Yesus tidak membacanya pada masa itu.
D. JENIS-JENIS NUBUAT
- Nubuat-nubuat yang telah digenapi
- Segera digenapi: seperti nubuatbahawa seluruh pasukan tentera orang Mesir yang mengejar akan dilenyapkan (Kel 14:4,13-17).
- Nubuat Perjanjian Lama yang kemudiannyadigenapi dalam zaman Perjanjian Lama: seperti nubuat bahawa anak yang sulung akan mati ketika dasar kota itu diletakkan di Yerikho, dan anak yang bongsu akan mati ketika pintu gerbangnya dipasang (Yos 6:26). Hal ini benar-benar terjadi pada zaman raja Ahab (1 Raj 16:34).
- Nubuat Perjanjian Lamayang digenapi dalam Perjanjian Baru: Sebagai contoh, kehidupan dan pelayanan Kristus menjadi pusat mesej Perjanjian Baru.
- Nubuat Perjanjian Baru yang digenapi dalamzaman Perjanjian Baru: Tuhan bernubuat tentang penderitaan, kematian, dan kebangkitan-Nya. Dia juga bernubuat tentang kehancuran Yerusalem. Semuanya telah digenapi satu per satu.
- Nubuat-nubuat yang sedang digenapi
- Nubuat Perjanjian Baru yang sedang digenapi.Sebagai contoh: moral dunia semakin buruk (2 Tim 3:1-4).
- Nubuat Perjanjian Lama yang sedang digenapi. Sebagai contoh:kaki dan jari-jari “patung yang amat besar” dalam kitab Daniel (Dan 2:41-43).
- Nubuat-nubuat yang bakal digenapi
- Nubuat Perjanjian Lama yang akan digenapi padamasa Sebagai contoh: Kristus akan kembali untuk mendirikan suatu kerajaan (Dan 2:44-45).
- Nubuat Perjanjian Baru yangakan digenapi pada masa Sebagai contoh: pemercaya diangkat dan bangkit (1 Tes 4:13-18).
Seiring berjalannya waktu, nubuat-nubuat yang akan digenapi pada masa kelak akan menjadi peristiwa atau sejarah terkini “secara bertahap” atau “secara tiba-tiba”.
E. ISI KANDUNGAN NUBUAT
Selain klasifikasi di atas, ada satu lagi klasifikasi yang lain, iaitu isi kandungan nubuat boleh diringkaskan kepada tiga kategori:
- Nubuat tentang Mesias
Nubuat kategori ini adalah berkaitan dengan Tuhan Yesus Kristus. Nubuat-nubuat kategori ini banyak terdapat dalam Perjanjian Lama. Tuhan Yesus sendiri pernah berkata: “… harus digenapi semua yang ada tertulis tentang Aku dalam kitab Taurat Musa dan kitab nabi-nabi dan kitab Mazmur.” (Luk 24:44). Penampilan Kristus sebagai hamba Mesias di dunia ini telah digenapi, tetapi penampilannya sebagai raja Mesias hanya akan dipenuhi ketika Tuhan datang kembali.
- Nubuat tentang Israel
Israel ialah umat pilihan Tuhan dan para nabi diutus untuk bernubuat kepada mereka. Sebilangan nubuat ini telah digenapi, dan ada pula yang belum. Penjelasannya adalah seperti berikut:
- Digenapi dalam jangka masayang singkat:
Contoh 1: Ahia bernubuat tentang perpecahan bangsa Israel. Nubuat ini berlaku tidak lama kemudian (1 Raj fasal 11 – 12).
Contoh 2: Elia bernubuat tentang musim kemarau (1 Raj fasal 17). Nubuat ini segera digenapi.
- Digenapi dalam jangka masa yang panjang:
Contoh 1: Nabi Yesaya bernubuat tentang kejatuhan Samaria (Yes 7:8 8:4). Nubuat ini digenapi selepas lebih daripada sepuluh tahun.
Contoh 2: Nabi Habakuk bernubuat tentang orang Kasdim akan menyerang Yehuda (Hab 1:6). Nubuat ini digenapi selepas lebih daripada empat puluh tahun.
- Digenapi di luar sejarah Perjanjian Lama:
Contoh 1: Kitab Daniel ada nubuat tentang kekejian yang membinasakan akan datang untuk memusnahkan bait Tuhan. Nubuat ini telah digenapi dalam Empayar Yunani dan Empayar Rom.
Contoh 2: Israel akan mendapatkan kembali kerajaannya dan menjadi tentera rohani yang kuat. Nubuat ini akan digenapi apabila jumlah bangsa-bangsa asing / bukan Yahudi yang diselamatkan genap pada akhir zaman.
- Nubuat tentang bangsa-bangsa asing / bukan Yahudi
Tema asas Perjanjian Lama menjadikan umat pilihan Tuhan sebagai fokus sejarah. Perjanjan Lama hanya menyebutkan bangsa-bangsa kuat di sekitar yang berkaitan dengan bangsa Israel. Walau bagaimanapun, Perjanjian Lama juga bernubuat bahawa bangsa-bangsa lain berada dalam rancangan anugerah keselamatan.
Contoh 1: Kitab Obaja, kitab Nahum, kitab Yunus, dan kitab Daniel hanya bernubuat tentang satu bangsa.
Contoh 2: Kitab nabi-nabi besar yang bernubuat tentang nasib banyak bangsa:
- kitab Yesaya fasal 13- 22
- kitab Yeremia fasal46 – 51
- Kitab Yehezkiel fasal25 – 32
F. PRINSIP ASAS PENTAFSIRAN NUBUAT
Ada sebahagian pentafsiran nubuat telah digenapi secara harfiah. Sebagai contoh, tempat kelahiran Kristus (Mik 5:1); Kristus memasuki Yerusalem dengan cara seorang raja iaitu mengenderai seekor keldai (Zak 9:9). Sebahagian daripadanya pula mengandungi makna rohani. Sebagai contoh, Sion dan Yerusalem di bumi mewakili tempat kediaman rohani pemercaya (Yes 2:2-3; Ibr 12:22). Perjanjian baharu yang diadakan dengan kaum Israel menerangkan pengalaman rohani pemercaya bangsa asing / bukan Yahudi (Yer 31:31-34; Ibr 8:8-12, 10:15-17). Oleh itu, sama ada boleh mentafsir nubuat secara harfiah umum atau prinsip perlambangan merupakan persoalan yang sukar dalam bidang hermeneutik. Sebagai contoh: penderitaan dan kebangkitan Kristus (Yesaya fasal 53).
Kekaburan makna kata-kata Kristus menyebabkan para sarjana Yahudi sangat bingung. Mereka berpendapat bahawa bahagian kitab ini hanyalah sekadar nubuat tentang kepulangan umat pilihan daripada pembuangan. Namun para penulis Perjanjian Baru telah mendapat pernyataan Roh Kudus. Mereka dapat memahami dengan jelas bahawa nubuat dalam kitab Yesaya fasal 53 adalah merujuk kepada Kristus dan dapat disahkan dengan enam butiran berikut:
- Ditolak oleh umat-Nya —> Yes 53:3 —> Yoh1:11
- Dituduh tetapitidak membuka mulut —> Yes 53:7 —> Mrk 15:4-5
- Penebus persembahan korban —> Yes 53:5—> Rm 5:6-8
- Terhitungdi antara pemberontak-pemberontak —> Yes 53:12 —> Mrk 15:27-28
- “dalam matinya ia ada di antara penjahat-penjahat” —> Yes 53:9—> Mat 27:57-60
- Membenarkanbanyak orang —> Yes 53:11 —> Rm 4:25
Kedua, skop nubuat Alkitab sangat luas dan kompleks serta merangkumi kitab Kejadian hingga kitab Wahyu. Adalah sukar untuk kita menjelaskannya kecuali jika kita mahir tentang Alkitab, sejarah, dan arkeologi. Walau bagaimanapun, jika ada pencerahan Roh Kudus, kita bukan hanya dapat menyelidiki segala sesuatu, tetapi juga dapat membuat anjakan paradigma ketika menghadapi rintangan buatan manusia dalam bidang hermeneutik. Walaupun terdapat banyak kesulitan dalam metafsirkan nubuat, namun masih ada beberapa prinsip dasar yang boleh diikuti:
- Perhatikan makna kata nama khas yang penting dalam petikan itu
- Kata nama geografi
Sebagai contoh: Elam, Duma, Kedar (Yes 21).
“Elam”: tanah milik Persia pada masa itu. Secara kasar melambangkan persekutuan Persia dan orang Madai untuk menggantikan Babel dan menjadi sebuah kerajaan yang besar.
“Duma” (yang bermaksud diam): merujuk kepada pegunungan Seir di Edom berdasarkan konteksnya, jelas merujuk kepada Edom.
“Kedar”: nama umum suku Arab dalam Alkitab.
- Binatang dan tumbuhan
Contohnya: “pohon badam” (Yer 1:11):
“Pohon badam” dan “siap sedia” dalam ayat 12 (teks asalnya “tak bisa tidur”, rujuk Mzm 102:8, 127:1) merupakan perkataan yang berlainan tetapi sama bunyinya. Kedua-duanya berasal daripada kata dasar yang sama dan sebutannya juga sangat serupa dalam teks asal.
Pohon badam merupakan tanaman yang pertama tumbuh pada musim bunga, seolah-olah yang pertama bangun daripada tidur musim sejuk. Jadi pohon ini diberikan nama sesuai dengan perkataan ini. Tuhan menggunakan penglihatan pohon badam untuk memberikan petunjuk kepada Yeremia bahawa “perjanjian-Nya” (terutamanya tentang penghakiman ke atas orang yang durhaka) selalunya sedar dan pasti akan direalisasikan.
- Peristiwa-peristiwa bersejarah
Masa depan yang digambarkan oleh para nabi sering dijelaskan dengan peristiwa bersejarah masa lalu. Sebagai contoh: Penghakiman pada masa kelak dianalogikan dengan air bah pada masa lalu.
“Keadaan ini bagi-Ku seperti pada zaman Nuh: seperti Aku telah bersumpah kepadanya bahwa air bah tidak akan meliputi bumi lagi, demikianlah Aku telah bersumpah bahwa Aku tidak akan murka terhadap engkau dan tidak akan menghardik engkau lagi.” (Yes 54:9). “Dan sama seperti terjadi pada zaman Nuh, demikian pulalah halnya kelak pada hari-hari Anak Manusia: mereka makan dan minum, mereka kawin dan dikawinkan, sampai kepada hari Nuh masuk ke dalam bahtera, lalu datanglah air bah dan membinasakan mereka semua. Demikian juga seperti yang terjadi di zaman Lot: mereka makan dan minum, mereka membeli dan menjual, mereka menanam dan membangun. Tetapi pada hari Lot pergi keluar dari Sodom turunlah hujan api dan hujan belerang dari langit dan membinasakan mereka semua. Demikianlah halnya kelak pada hari, di mana Anak Manusia menyatakan diri-Nya.” (Luk 17:26-30).
- Penggunaan istilah
Ada yang gaya puitis, ada yang bersifat perlambangan atau simbolik. Istilah yang digunakan oleh para nabi kadang-kadang mempunyai makna literal dan kadang-kadang mempunyai makna perlambangan atau simbolik. Kita harus memahami maksud penulis semasa mentafsir.
Contoh 1, perumpamaan: Batu yang dibuang oleh tukang-tukang bangunan merujuk kepada Kristus (Mzm 118:22; Kis 4:11; 1 Ptr 2:7).
Contoh 2, perlambangan: “Sion” (Yes 2:2,3), “Yerusalem sorgawi dan kepada beribu-ribu malaikat, suatu kumpulan yang meriah, dan kepada jemaat anak-anak sulung, yang namanya terdaftar di sorga, dan kepada Allah, yang menghakimi semua orang, dan kepada roh-roh orang-orang benar yang telah menjadi sempurna, dan kepada Yesus, Pengantara perjanjian baru, …” (Ibr 12:22-24).
Contoh 3, makna secara harfiah: “Mereka membagi-bagi pakaianku di antara mereka, dan mereka membuang undi atas jubahku.” (Mzm 22:19). Yohanes menggambarkan bahawa kalimat ini telah digenapi atas Tuhan Yesus pada waktu itu: “Sesudah prajurit-prajurit itu menyalibkan Yesus, mereka mengambil pakaian-Nya lalu membaginya menjadi empat bagian untuk tiap-tiap prajurit satu bagian – dan jubah-Nya juga mereka ambil. Jubah itu tidak berjahit, dari atas ke bawah hanya satu tenunan saja. Karena itu mereka berkata seorang kepada yang lain: “Janganlah kita membaginya menjadi beberapa potong, tetapi baiklah kita membuang undi untuk menentukan siapa yang mendapatnya.” Demikianlah hendaknya supaya genaplah yang ada tertulis dalam Kitab Suci: “Mereka membagi-bagi pakaian-Ku di antara mereka dan mereka membuang undi atas jubah-Ku.”” (Yoh 19:23-24).
- Fahami latar belakang sejarah nubuat
Latar belakang sejarah penulis tidak boleh diketepikan dalam pentafsiran nubuat. Sebagai contoh:
- Kitab Yesaya: Memahami politik Israel, Yehuda dan kerajaan-kerajaan di
- Kitab Yeremia, Yehezkiel: Memiliki pengetahuan tentang masa pembuangan.
- Kitab Obaja: Mengkaji sejarah Edom.
- Kitab Yunus: Memahami sejarah Asyur.
Meskipun nubuat disumbangkan oleh peristiwa sejarah, namun nubuat tidak boleh dibatasi oleh sejarah semata-mata. Hal ini kerana ada ciri-ciri luar biasa dalam nubuat. Sebagai contoh, pembinaan Bait Suci yang disebutkan dalam kitab Hagai adalah berlatar-belakangkan kitab Ezra fasal 4 dan 5. Namun nubuat ini merujuk kepada prospek yang disebutkan dalam kitab (Ibr 12:26-29).
- Perhatikan konteks
Perhatikan sama ada nubuat itu disertakan dengan parafrasa atau petunjuk:
Sebagai contoh: maksud “tempat yang banyak airnya” dalam ayat “pelacur besar, yang duduk di tempat yang banyak airnya” (Why 17:1) dijelaskan dalam ayat (Why 17:15), “Semua air yang telah kaulihat, di mana wanita pelacur itu duduk, adalah bangsa-bangsa dan rakyat banyak dan kaum dan bahasa.”
- Mentafsir Alkitab dengan Alkitab
Penggenapan nubuat yang berganda atau berulang menunjukkan bahawa tidak ada nubuat dalam kitab nabi-nabi yang memberitahu semua hal yang pasti terjadi. Jadi kita harus merujuk kepada ayat-ayat kitab yang selari.
Sebagai contoh: hari TUHAN: hari penghakiman. Kita merujuk nubuat-nubuat lain dan membuat perbandingan secara menyeluruh.
- (Yes 13:6) “Merataplah, sebab hari TUHAN sudah dekat, datangnya sebagai pemusnahan dari Yang Mahakuasa.”
- (Yeh 30:3) “Hari itu sudah dekat, hari TUHAN sudah dekat, hari dengan awan gelap; itu adalah saat bangsa-bangsa.”
- (Yl 2:11) “Dan TUHAN memperdengarkan suara-Nya di depan tentara-Nya. Pasukan-Nya sangat banyak dan pelaksana firman-Nya kuat. Betapa hebat dan sangat dahsyat hari TUHAN! Siapakah yang dapat menahannya?”
- (Za 14:1) “Sesungguhnya, akan datang hari yang ditetapkan TUHAN, maka jarahan yang dirampas dari padamu akan dibagi-bagi di tengah-tengahmu.”
“Sisa-sisa, pencurahan Roh Kudus, pemulihan Israel, berkat tahun Yobel” berulang kali muncul dalam kitab nabi-nabi. Kita akan dapat memahaminya dengan lebih lengkap jika kita membandingkan dan mengkaji nubuat-nubuat yang sama atau serupa ini.
- Harus menilai ciri-ciri setiap petikan semasa mentafsir nubuat
- Adakah petikan itu bersifatnubuat atau seruan?
Sekiranya maklumat itu bersifat seruan, prinsip-prinsip berikut harus diperhatikan ketika kajian:
- Menentukan latar belakang sejarah.
- Mengenal pasti gaya khas.
- Memerhatikan konteksnya.
- Membandingkan sejarah bagi tempoh masa yang sama.
Sebagai contoh, kitab Zakharia fasal 1 bukan semuanya mengenai meramalkan masa depan. Ayat 1-6 ialah bahagian mengenai moral dan etika. Masa itu ialah masa kepulangan selepas pengasingan dan dalam tempoh masa yang sama dengan Ezra dan Nehemia. Nabi mahu umat bertaubat, merenung kembali masa lalu dan jangan mengulangi kesalahan yang serupa.
Ayat 7-17 ialah nubuat. Dalam penglihatan, nabi melihat bahawa Yehuda dijaga oleh malaikat Tuhan. Dia tahu bahawa Tuhan sangat prihatin terhadap umat-Nya. Dia pasti akan sekali lagi menyayangi mereka, memulihkan Bait Suci, dan memulihkan kota-kota Yehuda.
- Adakah petikan itubersyarat? Banyak nubuat adalah tidak bersyarat, dan seruan Tuhan tentang hal yang akan dipenuhi pasti akan
- Contoh 1: Janji tentangJuruselamat dan anugerah keselamatan-N
Secara umumnya, nubuat bersyarat adalah mengenai berkat atau penghakiman (Ul fasal 28). Contohnya, “Mulailah Yunus masuk ke dalam kota itu sehari perjalanan jauhnya, lalu berseru: “Empat puluh hari lagi, maka Niniwe akan ditunggangbalikkan.”” (Yun 3:4). Mesej ini adalah untuk memberikan amaran kepada Niniwe untuk bertaubat. Sekiranya tidak, bencana / malapetaka akan melanda.
- Contoh 2: “Tetapi apabila bangsa yang terhadap siapa Aku berkata demikian telah bertobat dari kejahatannya, maka menyesallah Aku, bahwa Aku hendak menjatuhkan malapetaka yang Kurancangkan itu terhadap mereka. Ada kalanya Aku berkata tentang suatu bangsa dan tentang suatu kerajaan bahwa Aku akan membangun dan menanam mereka. Tetapi apabila mereka melakukan apa yang jahat di depan mata-Ku dan tidak mendengarkan suara-Ku, maka menyesallah Aku, bahwa Aku hendak mendatangkan keberuntungan yang Kujanjikan itu kepada mereka.”(Yer 18:8-10).
- Adakah nubuat itu digenapi? Perbincangan tentang nubuat-nubuatyang telah digenapi dalam sejarah dapat memperdalam iman kita terhadap Tuhan dan pada masa yang sama memperoleh beberapa prinsip yang berharga. Sebagi contoh: Tuhan bernubuat kepada Abraham bahawa Israel akan menjadi hamba di Mesir selama 400 tahun, dan hal itu benar-benar terjadi (Kej 15:13; Kel 12:40-41).
Fahamilah maksud penggenapan berulang dan penggenapan berganda, dan fahamilah cara Perjanjian Lama digunakan dalam Perjanjian Baru. Sekiranya nubuat tertentu telah digenapi dalam sejarah, nubuat itu harus dijelaskan dengan sejarah. Sebagai contoh: “Sebab sekalipun bangsamu, hai Israel, seperti pasir di laut banyaknya, namun hanya sisanya akan kembali. TUHAN telah memastikan datangnya kebinasaan dan dari situ timbul keadilan yang meluap-luap. Sungguh, kebinasaan yang sudah pasti akan dilaksanakan di atas seluruh bumi oleh Tuhan, TUHAN semesta alam.” (Yes 10:22-23). Petikan ini telah digenapi setelah Israel pulang daripada pembuangan. Namun Paulus mengulangi nubuat Yesaya dalam kitab (Rm 9:27-29): “Dan Yesaya berseru tentang Israel: “Sekalipun jumlah anak Israel seperti pasir di laut, namun hanya sisanya akan diselamatkan. Sebab apa yang telah difirmankan-Nya, akan dilakukan Tuhan di atas bumi, sempurna dan segera.” Dan seperti yang dikatakan Yesaya sebelumnya: “Seandainya Tuhan semesta alam tidak meninggalkan pada kita keturunan, kita sudah menjadi seperti Sodom dan sama seperti Gomora.” Petikan ini digunakan untuk menggambarkan bahawa hanya sebilangan kecil orang Yahudi yang akan diselamatkan pada masa akan datang.
Sekiranya nubuat itu bersyarat dan belum digenapi, kita harus memberikan perhatian khusus agar tidak mentafsirkannya secara terpaksa. Sebagai contoh: “Kemudian dari pada itu akan terjadi, bahwa Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua manusia, maka anak-anakmu laki-laki dan perempuan akan bernubuat; orang-orangmu yang tua akan mendapat mimpi, teruna-terunamu akan mendapat penglihatan-penglihatan. Juga ke atas hamba-hambamu laki-laki dan perempuan akan Kucurahkan Roh-Ku pada hari-hari itu. Aku akan mengadakan mujizat-mujizat di langit dan di bumi: darah dan api dan gumpalan-gumpalan asap. Matahari akan berubah menjadi gelap gulita dan bulan menjadi darah sebelum datangnya hari TUHAN yang hebat dan dahsyat itu. Dan barangsiapa yang berseru kepada nama TUHAN akan diselamatkan, sebab di gunung Sion dan di Yerusalem akan ada keselamatan, seperti yang telah difirmankan TUHAN; dan setiap orang yang dipanggil TUHAN akan termasuk orang-orang yang terlepas.” (Yl 2:28-32).
Petrus pernah memetik daripada (Yl 2:28-31) pada waktu pencurahan Roh Kudus semasa hari Pentakosta untuk memberitahu orang-orang Yahudi pada zaman itu: “tetapi itulah yang difirmankan Allah dengan perantaraan nabi Yoel:” (Kis 2:16-21). Dalam kitab Roma, Paulus juga memetik daripada kitab Yoel 2:32 dengan berkata: “Barangsiapa yang berseru kepada nama Tuhan, akan diselamatkan.” (Rm 10:13). Semua ini digenapi dalam Yesus.
Walau bagaimanapun, kata-kata seperti “matahari akan berubah menjadi gelap gulita dan bulan menjadi darah” muncul dalam nubuat Yesus Kristus di Bukit Zaitun (Mat 24:29) dan meterai keenam dalam kitab Wahyu (Why 6:12). Matahari tidak berubah menjadi gelap gelita pada hari Pentakosta. Nampaknya, hanya sebahagian saja daripada petikan Alkitab ini yang digenapi, dan akan digenapi sepenuhnya apabila Tuhan datang kembali.
- Pentafsiran nubuatharus menggunakan makna harfiah ayat sebagai batasan atau panduan pentafsiran
Sangat sukar untuk membuat ketetapan yang jelas sama ada ayat kitab harus ditafsirkan secara harfiah atau rohani. Namun, seorang sarjana berkata: “Tetapi sekalipun kami atau seorang malaikat dari sorga yang memberitakan kepada kamu suatu injil yang berbeda dengan Injil yang telah kami beritakan kepadamu, terkutuklah dia.” (Gal 1:8). Maka kita perlu memahami caranya Perjanjian Lama digunakan dalam Perjanjian Baru.
- Kadang-kadang Perjanjian Lama dipetikuntuk membuktikan suatu hujah atau doktrin
Sebagai contoh, Yesus berkata: “Jika demikian, bagaimanakah Daud oleh pimpinan Roh dapat menyebut Dia Tuannya, ketika ia berkata: Tuhan telah berfirman kepada Tuanku: duduklah di sebelah kanan-Ku, sampai musuh-musuh-Mu Kutaruh di bawah kaki-Mu. Jadi jika Daud menyebut Dia Tuan-nya, bagaimana mungkin Ia anaknya pula?” (Mat 22:43-45). Tuhan Yesus memetik daripada (Mzm 110:1) untuk menjelaskan bahawa Kristus ialah anak Daud dari segi daging; tetapi Kristus ialah Tuhan Daud dari segi kerohanian (Rm 1:3-4). Kita dapat mengenal Tuhan Yesus secara jelas dengan pengetahuan ini.
- Kadang-kadang Perjanjian Lama dipetik untuk menjelaskan suatu hujah
Sebagai contoh: “Waktu itu suara-Nya menggoncangkan bumi, tetapi sekarang Ia memberikan janji: “Satu kali lagi Aku akan menggoncangkan bukan hanya bumi saja, melainkan langit juga.” Ungkapan “Satu kali lagi” menunjuk kepada perubahan pada apa yang dapat digoncangkan, karena ia dijadikan supaya tinggal tetap apa yang tidak tergoncangkan. Jadi, karena kita menerima kerajaan yang tidak tergoncangkan, marilah kita mengucap syukur dan beribadah kepada Allah menurut cara yang berkenan kepada-Nya, dengan hormat dan takut.” (Ibr 12:26-28). Penulis menggunakan petikan ini untuk menjelaskan bahawa orang yang berdosa tidak dapat bertahan di hadapan Tuhan dalam kejadian di gunung Sinai. Walau bagaimanapun, anugerah keselamatan Tuhan telah diselesaikan. Manusia hanya perlu takut akan Tuhan dan memasuki kerajaan yang tidak tergoncangkan – jemaat Tuhan. Kemegahannya yang kemudian akan melebihi kemegahannya yang semula. Walaupun satu kali lagi Tuhan akan menggoncangkan bumi dan juga menggoncangkan langit, namun kerajaan Tuhan tidak tergoncangkan. Petikan ini adalah daripada kitab (Hag 2:7-10) dan menjelaskan prospek indah gereja benar pada masa kelak.
- Kadang-kadang Perjanjian Lama dipetiksebagai hujah kebenaran bagi Perjanjian Baru
Sebagai contoh: “Tetapi aku bertanya: Adakah mereka tidak mendengarnya? Memang mereka telah mendengarnya: “Suara mereka sampai ke seluruh dunia, dan perkataan mereka sampai ke ujung bumi.”” (Rm 10:18). Paulus memetik daripada (Mzmr 19:5) yang bernubuat bahawa Firman Tuhan akan diberitakan di seluruh bumi. Paulus menunjukkan bahawa Injil telah diberitakan kepada orang-orang Yahudi, dan kerja pemberitaan kepada orang-orang Yahudi telah selesai; sekarang ialah masa untuk memberitakan Injil ke seluruh dunia. Bagaimana orang Yahudi boleh mengatakan bahawa mereka tidak mendengar? Tambahan pula, Tuhan telah menyatakan pesanan-Nya melalui dunia semula jadi dan juga menyatakannya kepada dunia dengan menggunakan pelbagai jenis kasih karunia yang ajaib. Bagaimana manusia boleh menolak tanggungjawab?
- Kadang-kadang Perjanjian Lama dipetik sebagai penggenapan secara harfiah dalam Perjanjian Baru
Sebagai contoh: “Maka dikumpulkannya semua imam kepala dan ahli Taurat bangsa Yahudi, lalu dimintanya keterangan dari mereka, di mana Mesias akan dilahirkan. Mereka berkata kepadanya: “Di Betlehem di tanah Yudea, karena demikianlah ada tertulis dalam kitab nabi: Dan engkau Betlehem, tanah Yehuda, engkau sekali-kali bukanlah yang terkecil di antara mereka yang memerintah Yehuda, karena dari padamulah akan bangkit seorang pemimpin, yang akan menggembalakan umat-Ku Israel.”” (Mat 2:4-6). Petikan ini adalah daripada kitab (Mi 5:1) yang menyatakan bahawa Kristus dilahirkan di Betlehem.
- Kadang-kadang Perjanjian Lama dipetik dalam Perjanjian Baru dengan makna perlambanganyang diperluas
Sebagai contoh: “Sebab Allah yang telah berfirman: “Dari dalam gelap akan terbit terang!”, Ia juga yang membuat terang-Nya bercahaya di dalam hati kita, supaya kita beroleh terang dari pengetahuan tentang kemuliaan Allah yang nampak pada wajah Kristus.” (2 Kor 4:6). Paulus memetik kebenaran dalam kitab Kejadian untuk menjelaskan bahawa Tuhan yang mencipta langit dan bumi menyinari dunia yang gelap dengan terang. Kini, cahaya Injil Kristus akan menyinari hati orang-orang yang percaya dengan cara yang sama. Cahaya ini dapat mengusir kegelapan dosa dan menjadikan pemercaya sebagai ciptaan baharu. Paulus secara peribadi telah disinari Roh Kudus lalu mengenal Tuhan.
G. PEMBEZAAN NUBUAT
Penyebaran tentang “serangan Republik Rakyat China ke atas Taiwan pada tahun 1995” sememangnya telah mempengaruhi jaringan gereja dan jaringan sosial. Setelah berlalunya masa, nubuat yang luar biasa ini telah gugur satu persatu. Mereka yang menyatakan nubuat tersebut telah menjadi nabi palsu (Ul 18:22). Terlalu banyak nubuat palsu seperti ini, dan saya akan menjelaskannya dengan satu atau dua contoh:
- Khabar yang dikeluarkan oleh Dami Mission dari Korea – hari kiamat dunia akan tiba pada 28hb Oktober 1992
Sebaik sahaja 28hb Oktober tiba, tidak ada apa-apa khabar daripada berita televisyen. Pada 30hb Oktober, China Times melaporkan satu berita: Bertempat di sebuah ibu pejabat Dami Mission di Hancheng, sudah kira-kira sebulan lamanya pemercaya berkumpul di gereja untuk makan sayur (vegan), mandi dan menyucikan diri sebagai persiapan untuk menyambut kedatangan hari kiamat. Banyak wanita hamil menggugurkan kandungan satu persatu kerana takut tubuh mereka terlalu berat dan menghalang peluang orang lain naik ke syurga ketika Yesus datang. Mereka yang sarat mengandung pula terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi mereka. Pada malam itu, polis menghantar puluhan ribu anggota polis untuk mengepung gereja bagi mencegah kemalangan. Trak bomba dan ambulans juga bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Gereja itu penuh sesak dengan lebih daripada 6,000 orang pemercaya yang melaungkan pujian dan berdoa di dalam kapel. Sehingga jam 12 tengah malam, hari kiamat tidak tiba seperti yang dikatakan oleh para pemimpin gereja. Pihak polis bergegas masuk ke dalam gereja selepas jam 12am dan menahan semua pemercaya. Pihak polis juga menemukan sebilangan besar sekuriti boleh pasar dan wang tunai lebih daripada 100 juta dolar AS di dalam dewan pastor.
- Kejadian “piring terbang”pada 31hb Mac 1998:
Pandangan ini dikemukakan oleh seorang lelaki yang bernama “Chen Heng Ming” (Hon-Ming Chen). Dia berkata bahawa Tuhan akan memusnahkan dunia. Sebelum kemusnahaan, Tuhan akan menghantar “piring terbang” ke dunia untuk membawa pergi mereka yang mempercayainya untuk menyampaikan berita ini. Dia bahkan memberitahu banyak pemercaya yang mengikutinya bahawa Tuhan akan menghantar “piring terbang” ke dunia dan masa kedatangannya adalah pada 31hb Mac 1998. Dia bahkan tahu bahawa “piring terbang” Tuhan akan mendarat di sebuah bandar kecil yang disebut “God’s Land” di Texas, Amerika Syarikat. Akibatnya, banyak orang menjual harta mereka dan mengikutinya ke bandar kecil ini di Amerika Syarikat untuk mula memelihara budi pekerti yang baik dan menyucikan diri dengan mandi untuk menantikan kedatangan piring terbang.
Pada masa itu, ada sensasi dalam kalangan wartawan media Taiwan. Ada yang mengikutinya ke Amerika Syarikat untuk membuat liputan dan mereka juga menarik perhatian beberapa media Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, penduduk bandar kecil ini tidak berpendapat bahawa bandar mereka merupakan tempat mendaratnya “piring terbang” yang dihantar oleh Tuhan. Media televisyen Taiwan melaporkan kejadian itu selama beberapa hari.
Ketika “piring terbang” Tuhan tidak datang pada 31hb Mac, wartawan media bertanya kepadanya, apa yang sedang berlaku? Chen Heng Ming melangkah lebih jauh dengan berkata bahawa Tuhan telah mengubah masa-Nya. Walaupun “piring terbang” tidak datang, namun hari kiamat dunia akan datang, dan masanya adalah pada tahun 1999. Dia berharap semua orang percaya bahawa tahun 1999 yang dikatakannya ialah masanya Tuhan akan mengakhiri hidup bumi.
Walau bagaimanapun, kita semua tahu bahawa hari kiamat dunia masih belum tiba seperti yang dikatakan oleh Chen Heng Ming. Dia juga memberitahu wartawan pada waktu itu bahawa dia akan membunuh diri dengan menikam perutnya jika hari kiamat dunia benar-benar tidak tiba. Namun, dia tidak bunuh diri. Sebaliknya, dia kembali ke Taiwan. Pada 22hb April 2001, dia mengeluarkan surat kepada gereja-gereja Kristian, kuil-kuil Buddha dan Presiden Chen Shui-bian. Dalam surat itu, dia berkata bahawa semua orang boleh menjadi tuhan.
Mungkin kita akan berkata bahawa Chen Heng Ming sudah gila. Namun saya ingin memberitahu semua bahawa orang yang mengikutinya ke Amerika Syarikat bukanlah orang biasa, tetapi golongan intelektual dan orang yang mempunyai kemampuan ekonomi yang cukup baik. Sekiranya tidak, adalah mustahil untuk seisi keluarga tidak bekerja atau mencari nafkah dan pergi ke Amerika Syarikat serta menunggu piring terbang untuk pergi ke syurga setiap hari.
Kita dapat mengetahui betapa hebatnya tipu daya Iblis daripada contoh-contoh di atas. Manusia akan menderita banyak setelah disesatkan. Bagaimana seharusnya pemercaya gereja benar membezakan nubuat yang serupa? Prinsip-prinsip berikut adalah sebagai rujukan:
- Adakah nubuat itu mengaku bahawa Tuhan Yesus telah datang sebagai manusia di samping memuliakan Tuhan Yesus (1 Kor 12:1-3; 1 Yoh 4:1-3)?
Cara untuk menguji nubuat adalah dengan melihat sama ada nubuat ini meninggikan Yesus atau memuliakan manusia dan membolehkan manusia memperoleh wang / keuntungan. Pernah ada seorang hamba perempuan yang memberikan kesaksian bahawa Paulus ialah hamba Tuhan dan dia memberitakan jalan kepada keselamatan. Namun hamba perempuan itu mempunyai roh tenung dan dengan tenungan-tenungannya tuan-tuannya memperoleh penghasilan besar. Walaupun kesaksiannya benar, namun kesaksian itu adalah untuk kepentingan tuannya. Nubuat itu bukan berasal daripada Tuhan.
- Adakah Roh Kudus yang diam di dalam hati saling mengesahkan nubuat yang didengar di dalam hati masing-masing (Yoh 16:13; Ef 4:3)?
Sekiranya seseorang berkata kepada anda: “Roh Kudus mahu saya memberitahu anda untuk menikahi seseorang!” Adakah anda akan berasa terganggu? Jika nubuat seperti ini digerakkan oleh Roh Kudus, tentunya Roh Kudus juga akan menggerakkan anda. Petrus membaptiskan Kornelius, orang bukan Yahudi kerana Roh Kudus yang memberikan perintah kepadanya, dan Roh Kudus juga diturunkan kepada semua orang yang mendengar pemberitaan di rumah Kornelius. Oleh itu, Petrus mengesahkan bahawa penglihatan yang disebut oleh orang-orang yang disuruh oleh Kornelius adalah berasal daripada Tuhan (Kis 11:1-8).
Paulus pergi ke Yerusalem dengan berani tanpa rasa takut akan kesulitan. Hal ini kerana Roh Kudus telah menyatakannya kepada dia sejak awal lagi. Roh Kudus juga telah berkata kepada Agabus supaya Paulus mentaati Roh Kudus (Kis 20:22-23, 21:10-14).
- Adakah nubuat itu bertentangan dengan kebenaran Alkitab (Gal 1:8-9; 2 Tes 2:1-2)?
Sekiranya seseorang tidak mempedulikan kehidupan suami dan anak-anaknya demi melayani Tuhan, berpuasa, berdoa, dan membaca Alkitab sepanjang hari; atau bahkan ingin bercerai dengan suaminya supaya dapat menumpukan perhatian pada perihal melayani Tuhan serta mendakwa bahawa semua ini berasal daripada pernyataan Tuhan, penyataan seperti ini bertentangan dengan ajaran Alkitab. Alkitab memberitahu kita: “Jikalau seorang tidak tahu mengepalai keluarganya sendiri, bagaimanakah ia dapat mengurus Jemaat Allah?” (1 Tim 3:5). Dapat dilihat bahawa setiap pernyataan yang bertentangan dengan kebenaran Alkitab pastinya bukan pernyataan yang berasal daripada Tuhan.
Seseorang yang berbicara seolah-olah memiliki kekuasaan yang besar tetapi membawa ketidakdamaian kepada jemaat akan menjadikannya lebih kacau-bilau. Jemaat di Galatia telah disesatkan oleh guru-guru palsu. Hal ini menyebabkan pemercaya berdendam dengan Paulus dan Paulus telah habis akal terhadap mereka (Gal 4:12-20). Paulus menegaskan bahawa terkutuklah guru-guru palsu yang memberitakan ajaran palsu.
- Adakah orang yang memberitakan khabar itu mematuhi ajaran Tuhan (Mat 7:15-23)?
Paulus sangat mementingkan orang-orang yang memberitakan khabar iaitu sama ada mereka mematuhi ajaran Tuhan. Jika mereka tidak mengerti perkataan mereka sendiri dan pokok-pokok yang secara mutlak dikemukakan oleh mereka, mereka menjadi nabi palsu. Mereka harus dihalang daripada menyampaikan khabar (1 Tim 1:3,7).
- Adakah khabar yang diberitakan memimpin orang untuk mendekati Tuhan (Ul 13:1-11)?
Sekiranya orang yang memberitakan khabar itu berbicara tentang hal-hal duniawi (1 Yoh 4:5), menyesuaikan khabarnya dengan psikologi dunia, mengajar orang mendermakan lebih banyak wang untuk mengumpulkan pahala (2 Tim 4:3-4), membuatkan orang cenderung untuk mengejar duniawi, suka menjadi yang terutama dan diidolakan oleh orang lain; atau mengaku memperoleh pernyataan khas, nampaknya sangat giat untuk mereformasi gereja, sering menghukum orang semasa menyampaikan khutbah, menghakimi orang dengan sembarangan, dan bahkan menyebut diri mereka sebagai nabi dan rasul (2 Tes 2:1-4), semua ini bukan khabar yang berasal daripada Tuhan.
Ada juga orang yang menyampaikan nubuat bencana yang menyebabkan orang berasa takut dan tidak aman. Kemudian, mereka mengaku mempunyai pernyataan daripada Tuhan dan mengajar orang untuk hanya mencari keuntungan dan damai sejahtera tubuh jasmani. Mereka tidak tahu cara untuk menghadapi masalah, tetapi hanya tahu mengelakkan masalah. Jemaat Tesalonika pernah ada kejadian yang serupa (2 Tes 2:1-2, 3:6-16). Nubuat-nubuat ini juga bertentangan dengan ajaran Tuhan. Tuhan berfirman: “Dan janganlah kamu takut kepada mereka yang dapat membunuh tubuh, tetapi yang tidak berkuasa membunuh jiwa; …” (Mat 10:28). Oleh itu, nubuat yang tidak memimpin orang untuk mendekati dan mempercayai Tuhan bukan berasal daripada Tuhan.
- Adakah khabar yang diberitakan digenapi (Ul 18:20-22)?
Nabi Yeremia dan nabi Hananya masing-masing menyatakan nubuat yang sangat berbeza tentang nasib kerajaan Yehuda (Yer 28:1-17).
Hananya bernubuat bahawa semua orang buangan akan kembali dalam dua tahun ini manakala nubuat Yeremia bahawa tanah Yehuda akan ditawan untuk melayani Babel pasti tidak akan terjadi. Namun Yeremia yakin bahawa nubuatnya itu benar berdasarkan pernyataan yang diterimanya adalah sama dengan nabi-nabi yang ada sebelumnya. Tetapi siapa yang boleh dipercayai?
Kemudian, Tuhan berpesan kepada Yeremia untuk memberikan peringatan kepada Hananya: “… tetapi engkau telah membuat bangsa ini percaya kepada dusta. … Tahun ini juga engkau akan mati, …” Akibatnya, Hananya meninggal dunia pada bulan ketujuh tahun itu juga. Hal ini membuktikan bahawa nubuat Yeremia datang daripada Tuhan. Selain itu, umat Yehuda kemudiannya ditawan oleh Babel lalu membuktikan bahawa Yeremia seorang nabi yang benar!
Namun, ada juga nubuat yang bukan berasal daripada Tuhan walaupun telah digenapi. Kita harus sangat berhati-hati untuk membezakannya. Sebagai contoh, Saul memanggil Samuel melalui perantaraan pemanggil arwah dan meminta tunjuk ajar Samuel untuk menghadapi serangan orang Filistin. Walaupun nubuat Samuel itu kemudiannya digenapi, tetapi hal ini tidak bermaksud bahawa Samuel yang dipanggil melalui perantaraan pemanggil arwah itu ialah Samuel yang sebenar melainkan merupakan tipu muslihat Iblis (1 Sam 28:15-19, 31:1-1-6). Oleh sebab Tuhan tidak lagi menjawab pertanyaan Saul melalui perantaraan nabi, bagaimana mungkin Tuhan membiarkan Samuel yang telah meninggal dunia dipergunakan lagi oleh pemanggil arwah untuk bernubuat dan melanggar perintah Tuhan?
H. SIKAP YANG HARUS ADA SEMASA MENTAFSIR NUBUAT
- Dengan iman dan keyakinan bahawa firman Tuhan akan digenapi
- Tuhan merupakan penguasa sejarah. Hanya Tuhan yang dapat memberitahukan hal yang akan terjadi pada masa kelak (Yes 41:21-24). Dia akan melakukan perkara-perkara yang tidak dapat dilakukan oleh tuhan yang lain (Yes 42:8-9) dan membuktikan bahawa Dialah Tuhan yang esa (Yes 44:6-8). Walaupun Alkitab tidak menafikan bahawa para tuhan / dewa-dewa (dewa kesia-siaan / berhala-berhala) yang disebut oleh dunia memiliki kemampuan tertentu, namun Alkitab dengan jelas menunjukkan bahawa kemampuan ini pada akhirnya masih dalam kawalan Tuhan (Yeh 21:18-23; Yes 36:13-20).
- Nubuat Tuhan adalah untuk menyatakan alam / sifat Tuhan supaya orang dapat melihat kesetiaan, keadilan dan penyelamatan Tuhan. Sebagai contoh: alam / sifat Tuhan dapat dilihat dalam kitab Yesaya, kitab Yeremia, kitab Obaja, dan kitab-kitab l
- Dengan hati yang berjaga-jaga dan menunggu (Mat 24:45-51)
- Nubuat adalah untuk mengajar manusia supaya bertaubat supaya menghindari bencana pada masa kelak
- Yunus memberitakan amaran kepada orang Niniwe: “Empat puluh hari lagi, maka Niniwe akan ditunggangbalikkan.” (Yun3:1-9).
- Nubuatjuga mengingatkan manusia untuk bersandar kepada Tuhan yang benar untuk menghadapi masa depan yang tidak selesa.
- Yeremia mengajar raja Zedekia untuk menyerah kepada Babel (Yerfasal37, 38).
- Nubuat membolehkan manusia memahami kehendak Tuhan agar tidak mengambil jalan kejahatan
- Mikhamemperingatkan raja Ahab sebelumnya bahawa dia akan terbunuh dalam pertempuran (1 Rajfasal 22). Dapat dilihat bahawa tujuan nabi yang benar memberitakan khabar adalah untuk mengingatkan orang supaya meninggalkan perbuatan jahat dan kembali kepada Tuhan yang benar. Nabi-nabi palsu ialah dewa kesia-siaan / berhala-berhala yang menggunakan nama Tuhan untuk membiarkan orang melakukan dosa (Am 7:10-17).
- Mengajar manusia untuk memahami hal masa depan supaya mereka dapat memegang peluang untuk melayani Tuhan dengan berjaga-jaga
- Tuhan bernubuat tentang kemusnahan Bait Suci dan tanda-tanda sebelum kedatangan Tuhan di atas Bukit Zaitun (Mat fasal 24).
- Nubuat adalah untuk mengajar manusia supaya bertaubat supaya menghindari bencana pada masa kelak
- Dengan suatu hidup yang penuh pengharapan dan berusaha untuk bertumbuh (2 Ptr 1:4-6)
Mengajar manusia untuk memahami amanat mereka dan menyelesaikan kepercayaan Tuhan.
- Paulus secara aktif memberitakan Injil kepada orang bukan Yahudi kerana menerima pernyataan Tuhan (Kis 9:1-16).