DARIPADA KHEMAH PERTEMUAN, BAIT SUCI KEPADA JEMAAT
(Pendeta Huang Ji Dian)
Khemah Pertemuan, Bait Suci dan jemaat merupakan perkembangan bertahap yang menyatakan rahsia Tuhan dalam penyelamatan dan penebusan. Pernyataan khemah Tuhan di tengah-tengah manusia akan memberikan segala penghiburan, hidup dan kuasa kepada manusia (Why 21:3-5). Kita mesti menyedari kehendak Tuhan ini semasa mengembangkan jemaat agar jangan sampai perlindungan jemaat beransur-ansur pecah (tembok kebun anggur) (Yer 5:10) walaupun seolah-olah ada sedikit hasil dalam perkembangan.
KONSEP
Seluruh proses perkembangan jemaat boleh dibahagikan kepada lima tahap: mezbah pada zaman primitif, Khemah Pertemuan pada zaman hukum Taurat, Bait Suci pada zaman raja-raja, jemaat pada zaman kasih karunia, dan hati manusia pada zaman kedatangan kembali Kristus. Kita dapat melihat dengan jelas rahsia penyelamatan dan penebusan Tuhan daripada proses ini. Bagaimana Tuhan menggunakan kita untuk menunjukkan semua kuasa dan perbuatan-Nya? Seperti yang dikatakan oleh Yesus: “Sesungguhnya barangsiapa percaya kepada-Ku, ia akan melakukan juga pekerjaan-pekerjaan yang Aku lakukan, bahkan pekerjaan-pekerjaan yang lebih besar dari pada itu.” (Yoh 14:12). Khemah Pertemuan, Bait Suci dan jemaat ialah lambang skala ini. Konsepnya adalah seperti berikut:
A. KHEMAH PERTEMUAN
Daripada dibaptis (dibaptis dalam kematian Tuhan) dengan “tidak mementingkan diri sendiri dan tidak bersifat peribadi” (semangat mezbah) serta menyatakan keharuman Kristus (mezbah) berubah menjadi “Khemah Pertemuan”. “Khemah Pertemuan” menyempurnakan pelayanan dengan semangat cara penggunaan “mezbah” untuk menyatakan penyelamatan dan penebusan yang sempurna serta menyatakannya dengan lebih jelas. Mungkin ada kelemahan dalam prosesnya, tetapi arah panduannya juga ditunjukkan dengan sangat spesifik.
Struktur Khemah Pertemuan:
Dikelilingi oleh pelataran, bahagian luar pelataran ialah tanah negeri asing, manakala bahagian dalamnya ada sejumlah ruang. Ketika pelataran didirikan, tempat kudus dan tanah negeri asing dipisahkan dengan jelas. Jadi tema pelataran ialah: menjadi kudus. Khemah ini mempunyai banyak aksesori dan hanya dapat berdiri dengan menggabungkan semuanya bersama untuk menunjukkan kekuatan kekudusan. Butiran ini mengajar kita tentang kepentingan pemercaya menjadi satu dari segi kebenaran dengan bersandarkan Roh Kudus. Jika jemaat tidak dapat menjadi kudus, jemaat akan mundur menjadi kumpulan agama umum. Kewujudan ini merupakan cemuhan bagi Tuhan.
Terdapat “pintu gerbang” di sebelah timur Khemah Pertemuan. Tirai linen halus kain ungu tua, kain ungu muda, dan kain kirmizi digantung di atasnya, dan tirai ini mesti disingkap ketika memasuki pintu gerbang. Tindakan menyingkap tirai menjelaskan: anjakan paradigma peribadi dan komitmen terhadap diri sendiri. Hal ini menjelaskan kesedaran pendirian rohani (ungu tua), kuasa (ungu), dan pengorbanan (kirmizi) yang perlu ada dalam hidup untuk memasuki Khemah Pertemuan.
Setelah memasuki Khemah Pertemuan, ada mezbah tembaga dan bejana pembasuhan tembaga. Dua barang kudus di pelataran luar ini juga merupakan dua garis besar “dibenarkan kerana iman”. Mezbah tembaga melambangkan penyelamatan dan penebusan Yesus. Anugerah keselamatan telah tergenap ketika Yesus mati di atas kayu salib. Jadi bagaimana membolehkan anugerah keselamatan diselesaikan pada manusia? Caranya adalah dengan menjadi seperti “korban”, iaitu yang diletakkan di atas mezbah kosong dan dengan “api” diletakkan di antaranya. Jika tidak ada “api”, kewujudan mezbah tidak ada fungsinya. Jadi seseorang mesti mempunyai semangat yang bersedia untuk menerima “baptisan api” .
Perlambangan bejana pembasuhan ialah: kekudusan yang sesungguhnya, bersiap untuk memasuki tempat kudus. Hal ini kerana seseorang hanya dapat menjadi kudus sesungguhnya dengan adanya penyelamatan dan penebusan Tuhan. Kita harus melihat dengan jelas kekudusan dalam penyelamatan dan penebusan agar sifat manusia (perlambangan kayu penaga) dapat ditingkatkan. Sifat manusia hanya dapat ditingkatkan dalam kekudusan agar tidak menyebabkan kekakuan dalam kehidupan iman kepercayaan dan kekudusan menjadi prototaip.
Singkap tirai sekali lagi (satu lagi anjakan paradigma) dan masuk ke tempat kudus. Ringkasan tempat kudus ialah “pelayanan”. Penggunaan meja roti sajian, kandil emas dan mezbah pembakaran ukupan emas menyatakan tiga garis besar utama pelayanan jemaat. Dalam sejarah jemaat, kita dapat melihat Tuhan menggunakan “penyempurnaan rohani” sebagai kekuatan untuk menyelesaikan semua masalah. Cara ini amat luar biasa. Cara ini membolehkan kesaksian Tuhan dapat dilihat di mana-mana semasa menangani semua masalah. Oleh itu, kita harus merenungkan dan mengkaji pelayanan yang dinyatakan oleh tiga barang kudus ini untuk mengembangkan jemaat.
Meja roti sajian menjelaskan dengan cara perlambangan: perkongsian (roti) yang dipersembahkan oleh sifat manusia (kayu penaga) yang digabungkan dengan iman (bingkai emas). Perkongsian (roti sajian) ini dibuat sesuai dengan ketetapan Tuhan dan disusun sesuai dengan ketetapan Tuhan untuk menyatakan norma pelayanan jemaat. Pelayanan bukannya dilakukan dengan cara yang kita mahukan. Kandil emas harus diisi dengan minyak zaitun tumbuk yang murni / tulen (akhlak pembaharuan Roh Kudus) supaya lampu dapat dipasang dan menyala. Kandil emas ditempa daripada sepotong emas. Struktur dan bentuknya memperlihatkan ketelitian kemahiran pembuatannya. Hal ini menjelaskan niat untuk mempertahankan kesatuan. Persekutuan harus memberikan perhatian pada hal “satu tubuh” dalam pelayanan. Mezbah pembakaran ukupan emas adalah seperti doa syafaat pengantara. Pelayanan ini adalah ajaib dan sempurna dalam iman kepercayaan. Bahan untuk “ukupan” menunjukkan arah penyempurnaan rohani sehingga mencapai pelayanan ini.
Yesus telah membuka bagi kita jalan untuk memasuki tempat maha kudus. Dia membuka jalan yang baharu dan yang hidup dengan darah-Nya (Ibr 9:11-12, 10:19-20). Di tempat maha kudus, ada kerub-kerub (cherubim) yang mengembangkan kedua-dua sayapnya ke atas untuk menudungi tutup pendamaian. Di bawah tutup pendamaian, ada tabut hukum yang mengandungi loh-loh batu hukum, tongkat Harun yang pernah bertunas, dan sebuah buli-buli emas berisi manna. Tempat maha kudus ialah tempat Tuhan berfirman kepada manusia. Apabila berdiri di sini, seseorang dapat memahami kehendak Tuhan (loh-loh batu hukum) dengan jelas, menyatakan kuasa dibenarkan (tema pelataran luar) seperti tongkat Harun yang pernah bertunas (Rm 8:10-11) dan menikmati makanan rohani (manna). Tempat maha kudus juga merupakan titik kemuncak yang menyatakan rahsia penyelamatan dan penebusan. Tutup pendamaian dalam bahasa asal bermaksud tempat “menutupi dosa”. Dosa di sini ialah kesempatan untuk mengalami penyelamatan dan penebusan (kerub-kerub mengembangkan kedua-dua sayapnya ke atas untuk menudungi tutup pendamaian). Janji penyelamatan dan penebusan menjadi kekuatan rohani sehingga tidak ada lagi penderitaan kelemahan dan perbudakan / perhambaan. Hal ini kerana kita tidak lagi disebut berdosa oleh Tuhan (dibenarkan). Roh yang memberikan hidup telah memerdekakan kita dalam Kristus. Barang-barang kudus di tempat maha kudus diperbuat daripada kayu penaga dan disalut dengan emas. Tiba di sini melambangkan bahawa sifat kita adalah seperti sifat semula jadi ilahi. Walaupun manusia mempunyai kelemahan fizikal, mereka dapat menjadi serupa dengan Tuhan kerana janji tutup pendamaian, iaitu Tuhan mahu menggunakan kita untuk menunjukkan semua perbuatan-Nya. Demikianlah rahsia dalam penyelamatan dan penebusan.
Perlambangan jenis bahan, struktur, dan fungsi pelbagai barang kudus di dalam Khemah Pertemuan membolehkan kita memahami sepenuhnya rahsia ini dan menyatakan semua kemuliaan Tuhan. Kehendak inilah yang disempurnakan oleh Tuhan untuk kita pada hari ini dan Dia juga menguatkan kita dengan rahsia ini (Rm 16:25-27). Saudara-saudari dalam Tuhan harus tahu: Tuhan telah menyatakan rahsia bagi kita melalui perintah. Kita harus mempunyai hati yang positif dan berani menghadapi rahsia Tuhan untuk menunjukkan kasih karunia yang dijanjikan oleh Tuhan dalam pemilihan-Nya.
B. BAIT SUCI
Daud bermaksud hendak mendirikan Bait Suci untuk Tuhan, tetapi Tuhan tidak berkenan kepadanya. Daud tidak berputus asa tetapi beralih kepada menyediakan bahan-bahan secara aktif dan melancarkan pembinaan Bait Suci oleh Salomo. Demikianlah permulaan sejarah Bait Suci yang menunjukkan kaedah yang harus dipelajari oleh orang yang telah bertaubat daripada pelanggaran mereka dalam aspek pelayanan.
Salomo mengambil masa selama tujuh tahun untuk menyelesaikan pembinaan Bait Suci sesuai dengan spesifikasi dan petunjuk yang dinyatakan oleh Tuhan kepada Daud (1 Taw 28:9-19). Barang-barang kudus semua bahagian tersedia, dan barang-barang kudus yang telah hilang pada akhir zaman Khemah Pertemuan ditambah semula. Perbuatan-perbuatan yang telah berubah kualiti seperti minum-minum dan bersenang-senang di dalam Khemah Pertemuan dibuang dan mereka memulakan langkah baharu. Tembaga ditekankan pada tahap ini. Contohnya mezbah tembaga, “laut” tembaga, dan bejana tembaga. Beberapa barang kudus yang pada asalnya hanya satu telah berubah menjadi sepuluh (1 Raj 7:27,38). Bilangan ini ialah perlambangan bagi kesempurnaan (sepuluh) dan terang (tembaga). Kerub diukir pada tiang-tiang dan dinding-dinding unutk menyatakan kasih karunia “rohani”. Dalam kepenuhan kasih karunia rohani, ada terang yang sempurna dan kasih karunia rohani meliputi segala sesuatu.
Salomo berdoa setelah dia menyelesaikan Bait Suci dan berkenan kepada Tuhan sehingga kemuliaan Tuhan memenuhi Bait Suci. Oleh itu, umat menikmati kedudukan yang tinggi dalam kalangan bangsa-bangsa dan menunjukkan bahawa kasih karunia rohani dapat meliputi segala keajaiban. Hal ini merupakan sesuatu yang mesti dilihat dan didirikan kembali oleh jemaat hari ini.
Bait Suci dibina dengan banyak emas, perak dan batu permata. Bahan-bahan berharga ini kemudiannya menjadi punca yang menggoda umat untuk berbuat dosa. Orang ramai menggali Bait Suci dan membinasakan Bait Suci untuk mendapatkan “barang-barang berharga”. Sejarah Alkitab mengajar generasi akan datang bahawa konsep “materialisme” harus ditinggalkan semasa membangun jemaat dan mengembangkan kerja suci. Perkara ini juga merupakan fokus besar pada tahap Bait Suci ini. Kita harus belajar daripadanya, mementingkan penyempurnaan rohani, menjaga ciri-ciri Bait Suci (jemaat) yang didirikan oleh Tuhan, menunjukkan kasih karunia penyertaan Tuhan, dan menyaksikan bahawa kasih karunia rohani dapat meliputi segala keajaiban.
C. JEMAAT
Kita memasuki tahap “jemaat” setelah menggabungkan pengajaran daripada pelbagai barang kudus dalam Khemah Pertemuan di samping menggabungkan seluruh sejarah daripada mezbah kepada Khemah Pertemuan dan kepada Bait Suci. Rahsia penyelamatan dan penebusan Tuhan dinyatakan pada tahap ini. Dalam definisi “jemaat”, kalimat pertama mengatakan: “Jemaat yang adalah tubuh-Nya,” (Ef 1:23). Satu tubuh, seperti yang diajarkan dalam Sakramen Perjamuan Kudus; satu roti menjelaskan satu tubuh (1 Kor 10:17), dan jemaat yang diselamatkan adalah satu-satunya. Walaupun Tuhan mempunyai domba-domba lain di tempat lain, tetapi domba-domba Tuhan akan mendengar suara Tuhan. Tuhan akan menuntun mereka sehingga mereka menjadi satu kawanan dengan satu gembala (Yoh 10:16).
Pada masa lalu, “kehendak manusia” campur tangan dalam jemaat sehingga menyebabkan kehilangan kasih karunia secara beransur-ansur. Perbezaan idea-idea teologi dan pengaruh kesedaran kewibawaan agama menyebabkan terbentuknya banyak “jemaat”. Walau bagaimanapun, keadaan ini lebih lagi menunjukkan keajaiban “satu” tubuh. Banyak denominasi yang berbeza dengan jemaat menurut kehendak Tuhan. Oleh itu, mereka disebut “kumpulan agama”. Kumpulan-kumpulan ini bukan tubuh Kristus. Betapa uniknya jemaat yang didirikan sesuai dengan kehendak Tuhan. Jemaat ialah tubuh Kristus. Jemaat tidak mahu dihitung dalam antara bangsa-bangsa kafir dan tidak disenaraikan bersama dengan kumpulan-kumpulan agama. Istilah “jemaat” merupakan istilah khas dalam Alkitab. Jemaat ialah pintu keselamatan, tiang penopang dan dasar kebenaran serta rumah / keluarga Tuhan. Tuhan menggunakan jemaat untuk menyatakan rahsia penyelamatan dan penebusan (Ef 3:8-11), bukan menggunakan kumpulan agama. Umat Tuhan mesti jelas dan tahu menguduskan diri dalam persoalan yang sangat serius ini. Dalam slogan-slogan untuk memasuki masyarakat kebelakangan ini, banyak tempat telah merendahkan norma-norma rohani untuk memenuhi selera sosial. Kita seolah-olah telah kehilangan iman yang seharusnya dimiliki oleh jemaat dan melupakan hikmat Tuhan. Maka, walaupun kita telah mencapai beberapa hasil dalam pelayanan, namun “jaminan” jemaat telah hilang secara beransur-ansur. Perkara ini tidak boleh dilalaikan. Oleh itu, kita mesti mengembangkan “jemaat” dengan melihat pengajaran daripada Khemah Pertemuan dan Bait Suci.
Pada masa awal jemaat zaman rasul-rasul, murid-murid mendapat pembaharuan dan menunjukkan kehidupan rohani yang sempurna kerana kepenuhan Roh Kudus pada masa itu. Dengan demikian, keperluan setiap orang dapat dipenuhi dan pelayanan Injil juga berkembang sehingga penyelamatan dan penebusan dibawa kepada bangsa asing. Begitulah caranya kerja Tuhan memasuki satu tahap yang baharu. Pada masa awal gereja ini, pemercaya mempunyai “pengalaman bersama”. Hati mereka tertolong dan mendapat kekuatan kerana mereka mengutamakan penyempurnaan rohani dan mengejar pembangunan rohani. Dengan itu, kesukaran dan masalah dalam kehidupan dapat diselesaikan. Pengalaman ini sekali lagi memenuhi perlambangan Khemah Pertemuan dan Bait Suci: kasih karunia rohani dapat meliputi semua keajaiban. Apabila perkembangan jemaat memasuki tahap akhir, iaitu “hati manusia ialah bait Tuhan”, jemaat akan memasuki zaman kesempurnaan walaupun rumah ibadat dimusnahkan di bawah pelbagai penganiayaan. Rahsia penyelamatan dan penebusan akan dinyatakan sepenuhnya pada masa ini. Tuhan berjanji bahawa orang-orang kudus yang menang, seperti Yesus, akan melakukan pekerjaan-pekerjaan yang dilakukan oleh Yesus, bahkan melakukan pekerjaan-pekerjaan yang lebih banyak daripada Yesus. Dalam zaman kesempurnaan ini, jemaat ada selagi “saya” ada. Demikianlah kehendak Tuhan. Demi memenuhi kehendak yang dijanjikan oleh Tuhan dalam jemaat, kita harus mengejar kepenuhan Roh Kudus, membangun dasar yang sempurna, dan menunjukkan kesaksian “darah” seperti Yesus yang menyatakan rahsia yang disediakan oleh Khemah Pertemuan dengan darah-Nya sendiri (Ibr fasal 9).
DASAR YANG MENJAYAKAN PERKEMBANGAN INI
Perkembangan daripada Khemah Pertemuan kepada Bait Suci dan seterusnya kepada jemaat menyatakan sepenuhnya rahsia penyelamatan dan penebusan Tuhan. “Dibenarkan kerana iman” merupakan dasar perkembangan ini. Kita harus melihat model “dibenarkan kerana iman” dengan menggunakan konsep Alkitab supaya kita dapat merasakan kedalaman dan keajaiban iman yang digenapkan oleh Yesus.
“Perjanjian Baru” ialah zaman ketika Yesus menyatakan perlambangan penyelamatan dan penebusan dengan menggunakan darah-Nya sendiri. Dalam Perjanjian Baru, tema setiap gulungan kitab adalah berkaitan dengan “dibenarkan kerana iman”. Jika “dibenarkan kerana iman” dibuang, hampir seluruh Perjanjian Baru perlu dibuang. Hal ini memperlihatkan betapa pentingnya dasar “dibenarkan kerana iman” dalam “Perjanjian Baru”.
Sekiranya ingin “dibenarkan”, seseorang mesti menghadapi dosannya dengan jujur. Kita mencari perbuatan berdosa dalam diri kita melalui pelbagai peluang pelayanan. Kita juga mengalami penyelamatan dan penebusan dengan lebih konkrit dalam pelayanan. Pengalaman ini merupakan makna “kerja suci”. Kini, darah Yesus telah ditumpahkan bagi kita dan kita mempunyai lebih banyak peluang untuk menerima pengalaman ini. Namun, jika kita menggunakan hasil pelayanan untuk mengiktirafkan diri sendiri dan menyembunyikan sifat berdosa sendiri, maka kita kehilangan makna kerja suci. Jangan lupa bahawa iman yang dibangun daripada kesaksian “dibenarkan” merupakan dasar yang sangat penting bagi perkembangan kehendak Tuhan dalam mendirikan jemaat.
Yakobus mengingatkan kita supaya jangan sesat tentang anugerah Tuhan. Setiap anugerah daripada Bapa segala terang dan yang datang dari atas pastinya baik dan sempurna (Yak 1:16-18). Demikian juga dengan “iman”. Mengapa Yakobus berkata bahawa iman tanpa perbuatan adalah mati (Yak 2:17,20,26)? Apakah maksudnya? Kata-katanya bermaksud bahawa seseorang mendapatkan peluang untuk dibenarkan melalui perbuatannya (Yak 2:23,25; Rm 2:13). Dari segi iman, kata-katanya bermaksud menerima kesaksian pembenaran kerana perbuatan. Iman yang pasti ada hidup daripada Tuhan ini tentunya tidak mati. Iman pada masa ini adalah ajaib dan akan dinyatakan di atas kita seperti yang dijanjikan oleh Alkitab. Kita harus mengingatkan diri kita agar jangan sesat.
Konsep dibenarkan kerana iman ialah: kitab Roma, kitab Galatia, dan kitab Ibrani. Khemah Pertemuan dapat dilihat dengan lebih jelas jika lima korban dan tujuh hari raya digabungkan. Dibenarkan kerana iman ialah kunci yang membuka rahsia penyelamatan dan penebusan. Hal ini kerana tema setiap gulungan kitab dalam Perjanjian Baru mempunyai kaitan dengan “dibenarkan kerana iman”, dan Perjanjian Baru ialah pernyataan rahsia penyelamatan dan penebusan. Buah yang dihasilkan daripada pertumbuhan pembangunan rohani dibenarkan kerana iman iaitu kedaulatan Tuhan merupakan kekuatan yang menyatakan rahsia. Kedaulatan ini mesti dilihat dengan jelas oleh orang Kristian masa kini dan tidak boleh ditafsirkan secara harfiah. Oleh itu, tinjauan tentang “iman” menjadi tema utama yang sangat penting dalam perkembangan jemaat. Sekiranya tidak ada “kesaksian pembenaran”, iman itu dengan mudah akan menjadi kesedaran beberapa dogma dan desakan tradisi. Iman ini berbeza dengan iman yang digenapkan oleh Yesus.
Dalam Khemah Pertemuan, “mezbah tembaga” dan “bejana pembasuhan” digunakan untuk menggambarkan konotasi “dibenarkan kerana iman”. Dari segi doktrin, kedua-duanya menjelaskan konotasi penyelamatan dan penebusan kayu salib serta kekudusan yang digenapkan oleh Yesus. Dari segi penyempurnaan rohani, “kayu penaga” digunakan untuk menjelaskan tema utama peningkatan “sifat manusia”. Peningkatan sifat manusia harus diberikan perhatian dalam isu “iman” agar kita dapat mengelak daripada tidak bersifat kemanusiaan kerana iman kita. Tindakan ini bukan firman dalam Alkitab. Adalah diharapkan kita mempunyai hati yang tenang dan mengejar kepenuhan Roh Kudus untuk membangun “dibenarkan kerana iman” dan mengembangkan kehendak Tuhan dalam mendirikan jemaat.
PENUTUP
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, adakah kita terlalu tergesa-gesa dan melupakan bimbingan Alkitab dalam perkembangan jemaat sehingga menyebabkan campur tangan duniawi? Adakah kita sering seperti tikus membaiki labu dalam “hasil” dan terjatuh ke dalam desakan kesedaran peribadi sehingga kehilangan diri sendiri tetapi masih berfikir bahawa kita bekerja segiat-giatnya untuk jemaat? Oleh itu, kita harus menegaskan kembali “Khemah Pertemuan”, “Bait Suci”, dan “jemaat” untuk mendapatkan kembali cara Tuhan bagi menggalakkan pembaharuan perkembangan jemaat.
AYAT-AYAT RUJUKAN
Keluaran fasal 25 – 31; 2 Raja-raja fasal 6 – 8; 2 Tawarikh fasal 2 – 7; Efesus.
SOALAN PERBINCANGAN
A. Mengkaji semangat pelayanan
- Adakah ada anjakan paradigma dari segilingkungan yang ditetapkan oleh seseorang individu?
- Bagaimana berjuang ketika menghadapi kelemahan? Adakah ada semangat “darah”dan menunjukkan kesaksian?
- Bagaimana meningkatkan “diri besar”dalam hasilnya? Terus maju?
- Bolehkah anda meluangkan waktu untuk berdoa dengan tenang dan menguruskan perasaan anda tentang “jemaat” selepas itu?
- Apakah pendapat anda tentangkenyataan bahawa “hasil” tidak semestinya kerja suci? Bolehkah anda membandingkannya dengan pengalaman anda sendiri?
B. Menetapkan kesedaran krisis jemaat
- Apakah kesan positif dan negatif permintaanprofesional dalam pelayanan?
- Apakah pengalaman pertumbuhan “penyempurnaan rohani”dalam pelayanan?
- Apakahmentaliti yang ditunjukkan oleh tindak balas pertukaran personel terhadap posisi asal?
- Adakah kebendaanatau wang akan terlibat secara berperingkat dalam pelayanan?
- Apa yang memenuhi keperluan sosial? Apakah perubahan dalam konsep jemaat? Sebagai contoh,konsep kekudus
- Adakah anda bersedia berdiri di barisan kerjasuci untuk selama-lamanya?