CARA MENGANJURKAN KEBAKTIAN PERSAHABATAN PENCARI INJIL
Kebaktian persahabatan pencari Injil merupakan mekanisme berkesan yang digunakan secara fleksibel dalam kerja penginjilan. Ramai pencari Injil yang mengenali seiman-seiman gereja kerana penyertaan mereka dalam kebaktian persahabatan. Mereka mengenali Gereja Yesus Benar dan iman kepercayaan murni yang bersesuaian dengan Alkitab melalui kajian Alkitab dan perbualan, memahami kuasa iman dan doa melalui pendengaran kidung dan kesaksian, merasai penyertaan Tuhan yang benar dan janji-janji Alkitab melalui doa memohon karunia rohani, serta merasai kasih Kristus serta merasai kebaikan, kesetiaan dan keikhlasan orang Kristian melalui kegiatan-kegiatan gereja. Semua pengalaman ini menarik perhatian mereka untuk menjadi murid Yesus. Seperti yang dicatatkan dalam Alkitab: “Ada lagi pada-Ku domba-domba lain, yang bukan dari kandang ini; domba-domba itu harus Kutuntun juga dan mereka akan mendengarkan suara-Ku dan mereka akan menjadi satu kawanan dengan satu gembala.” (Yoh 10:16).
Satu, kelebihan kebaktian persahabatan pencari Injil
- Manusia ialah haiwan yang beremosi. Mereka dapat bertemu, berkenalan, dan menjalinkan persahabatan yang baik dalam kebaktian persahabatan melalui peluang yang diatur oleh Tuhan. Persahabatan ini menjadi saluran untuk komunikasi dan pemahaman lebih lanjut antara satu sama lain.
- Kebaktian persahabatan adalah sejenis aktiviti untuk menghubungkan persahabatan. Kebaktian persahabatan tidak begitu serius seperti kebaktian penginjilan atau formal seperti menghadiri mesyuarat. Oleh itu, kebaktian persahabatan dapat dijalankan dalam suasana yang semula jadi dan santai. Bagi mereka yang berada di bawah tekanan kehidupan moden, kebaktian persahabatan adalah sejenis aktiviti berfaedah yang bebas, relaks, menarik dan disukai oleh orang biasa.
- Pencari Injil yang belum pernah berhubungan dengan gereja mungkin tidak biasa dengan cara kebaktian yang serius. Namun, kebaktian persahabatan mungkin merupakan sejenis kebaktian yang paling dapat diterima oleh mereka yang julung kali datang untuk menyertai aktiviti gereja.
- Gereja mengatur kebaktian persahabatan di samping melatih penyambut tetamu dan teman bicara. Mereka dapat mengambil inisiatif untuk menghubungi dan berbual dengan pencari Injil tepat pada masanya supaya dapat membina imej yang baik. Melalui perbualan dan komunikasi, mereka dapat saling memahami latar belakang, pandangan dan pertanyaan mengenai iman keprcayaan Kristian, dan juga keperluan fizikal dan psikologi semasa. Pemahaman ini memudahkan gereja untuk memimpin mereka dengan berkesan.
- Setelah bertemu, kita boleh merebut peluang untuk memberitakan Injil. Kongsikan kesaksian tentang diri sendiri atau rakan seiman menerima kasih karunia, kongsikan pengalaman indah dalam hidup, bertukar idea yang berbeza dan cari peluang untuk menjelaskan kebenaran keselamatan.
- Setelah bertemu dan berhubung antara satu sama lain, gunakan panggilan telefon dan surat-menyurat untuk memimpin pihak yang lain datang mendekati gereja, menerima lebih banyak firman, mengenal lebih ramai seiman, dan memahami keluarga rumah Tuhan. Dengan itu, pencari Injil akan lebih mudah untuk masuk ke dalam gereja Tuhan.
Dua, isi kandungan kebaktian persahabatan pencari Injil
- Persahabatan kajian Alkitab: Diadakan secara berkala setiap minggu. Kemajuan pembacaan Alkitab perlu diatur terlebih dahulu agar semua orang dapat bersiap sedia dan membuat praktikal. Apabila tiba masanya, pemimpin memberikan pengenalan ringkas. Kemudian, semua orang bergilir-gilir menyatakan input dan pemikiran mereka, membincangkan pengajaran dalam Alkitab dan faedahnya terhadap kehidupan sesuai dengan latar belakang sosial moden. Semua orang boleh memberi kenyataan sambil meminum minuman. Semua orang boleh bertukar pendapat secara relaks. Selepas itu, pemimpin memetik ayat Alkitab untuk membuat kesimpulan. Nyanyian kidung dan doa boleh dijalankan sebelum dan selepas kajian Alkitab (rujuk: Mzm 119:105; Kis 17:11).
- Persahabatan nyanyian kidung: Pemimpin bersiap sedia dengan isi kandungan lirik nyanyian kidung. Pemimpin boleh mengumpulkan maklumat seperti latar belakang kidung, kisah / motif atau kesaksian pengarang Maklumat ini boleh digunakan sebagai isi kandungan khutbah Injil pendek atau kenyataan ringkas pada waktu rehat selepas sesi nyanyian kidung. Tindakan ini dapat menimbulkan persefahaman dan membawa mesej indah ke dalam hati para pencari Injil untuk mendorong nyanyian yang mengharukan orang lain. Pemimpin boleh meluangkan masa untuk pencari Injil memesan kidung dan menyatakan sebab dia menyukai kidung itu serta pemikirannya mengenai kidung itu. Pemimpin juga boleh menjemput seiman atau pencari Injil untuk menyanyi kidung secara solo, secara paduan suara, secara serentak atau secara bergilir-gilir. Pengajaran nyanyian kidung boleh dijalankan sebelum kebaktian. Banyakkan berdoa sebelum dan sesudah persahabatan (rujuk: Mzm 96:1-4; Ef 5:19).
- Persahabatan kesaksian: Pemimpin boleh terlebih dahulu mengatur seiman atau pencari Injil untuk menyampaikan kesaksian. Satu atau dua orang penyampai kesaksian sudah mencukupi, tetapi isi kandungannya tidak boleh terlalu panjang dan tidak kemas. Setelah kesaksian, butiran-butiran utama harus ditegaskan semula, dan adalah lebih baik jika dapat memberi dorongan dengan ayat-ayat Alkitab. Bagi mengelakkan isi kandungan kesaksian yang tidak bersifat membangun, pemimpin harus terlebih dahulu bertanya dengan jelas, memberi cadangan yang sesuai dan mengelakkan pembaziran. Nyanyian kidung dan doa harus dijalankan sebelum dan selepas kebaktian. Masa persahabatan juga perlu diatur agar pencari Injil berpeluang untuk berkomunikasi dan berbual dengan s Sekiranya ada kesaksian yang istimewa dan nyata, kita boleh menaip, mencetak dan menyebarkannya kepada jemaat sebagai bahan kesusasteraan Injil (rujuk: Mzm 103:2-6; Kis 4:20).
- Persahabatan lawatan: Gereja menetapkan satu hingga dua hari untuk melawat satu hingga tiga buah gereja. Rancang pelannya terlebih dahulu, termasuk menghubungi gereja yang bakal dilawat untuk menentukan urusan sambutan, dan bertanya sama ada ahli jawatankuasa berkenaan dapat mengatur orang yang sesuai untuk kesaksian kasih karunia, pertukaran kidung, sambutan dan teman bicara agar dapat merapatkan jurang. Khutbah dan kesaksian boleh diatur untuk mencapai tujuan persahabatan dan penyebaran Injil. Semasa lawatan, kita boleh mengatur untuk turun daripada bas dan menikmati pemandangan di satu atau dua tempat yang indah. Persahabatan lawatan membolehkan pencari Injil mengenali inti gereja benar lalu bertekad untuk memberi diri dibaptis dan dibenarkan (rujuk: Kis 28:30-31).
- Persahabatan kembara: Cari jadual perjalanan yang sesuai, dorong pencari Injil untuk menyertainya secara aktif. Berbual dan berkomunikasi antara satu sama lain, saling berkenalan, bertanya tentang kehidupan, saling mengambil berat, menyaksikan kasih karunia Tuhan, berkongsi kasih Tuhan, memperkenalkan Yesus, dan memimpin pencari Injil kepada Tuhan melalui aktiviti berjalan kaki atau mendaki gunung. Dalam aktiviti kembara, kita boleh berhubungan dengan orang-orang yang belum percaya secara semula jadi, mengeratkan hubungan sambil menikmati makanan, dan menyaksikan Injil dalam perbualan yang tulus. Keberkesanan aktiviti adalah bergantung pada latihan menyeluruh yang dijalankan sebelum seiman dalam Tuhan menyertai aktiviti (rujuk: Luk 24:13-15).
- Persahabatan jamuan kasih: Pada tarikh dan waktu yang dipilih, pakar masakan seiman atau pencari Injil bertugas sebagai tukang masak. Makanan yang berkhasiat dan lazat disediakan menurut jumlah peserta yang mendaftar supaya semua pencari Injil dan seiman yang mengambil bahagian dapat menikmatinya bersama-sama. Kita memuji Tuhan melalui nyanyian kidung, bersyukur kepada Tuhan melalui doa bahasa akal, menyatakan kasih karunia Tuhan melalui ucapan kesyukuran, mengeratkan persahabatan melalui perbualan antara satu sama lain di meja makan, saling berkenalan melalui perkenalan mesra, dan menyampaikan khabar Injil melalui kesaksian diri
- Persahabatan seminar: Undang pendeta, diaken atau rakan seiman yang mempunyai kepakaran untuk mengadakan seminar berdasarkan keperluan pencari Injil dan tema-tema yang dipentingkan oleh mereka. Ajak rakan untuk menghadiri seminar ini. Adakan perbincangan kumpulan selepas kebaktian dan adakan komunikasi dua hala sambil menikmati jamuan. Setiap kumpulan perlu ada seiman untuk memimpin perbincangan agar bersesuaian dengan penjelasan ayat-ayat Alkitab dan dapat memberi pengajaran positif. Topik-topik yang boleh dikongsikan adalah seperti “Kesedaran di Abad Baru”, “Dunia Perasaan Orang Muda”, “Sistem Perkahwinan yang Mematuhi Etika”, “Pekerjaan dan Kerjaya”, “Pekerjaan dan Pengangguran”, “Melanjutkan Pelajaran dan Mencari Pekerjaan”, “Akademik dan Minat”, “Cinta Sejati dan Cinta Monyet”, “Apa itu Pendidikan Kasih”, “Hubungan Ibu Bapa-Anak yang Harmoni”, “Kekeliruan Dunia Moden”, “Definisi Kebebasan”, “Damai Sejahtera dan Sukacita”, dan lain-lain lagi. Jelaskan keindahan dan kebaikan mematuhi kebenaran melalui perkongsian pengalaman dan pertukaran pendapat dalam kumpulan.
Tiga, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian
- Kebaktian-kebaktian persahabatan yang dianjurkan perlu dilaporkan kepada gereja tempatan. Sekiranya menghadapi kesulitan, kita boleh meminta bantuan dan menerima bimbingan daripada ahli jawatankuasa gereja. Setiap kebaktian persahabatan harus memperuntukkan masa untuk membuat pengenalan agar pencari Injil yang hadir dapat mengenali semua orang dalam suasana yang santai, mesra dan ramah.
- Kejayaan kebaktian persahabatan bergantung pada pembangunan dari segi Oleh itu, berdoalah dengan penuh fokus terlebih dahulu untuk memohon penyertaan dan pimpinan Roh Kudus, dan berusahalah sedaya upaya untuk melakukannya dengan baik setelah diberikan pertimbangan yang teliti (termasuk pertimbangan dari segi kewangan).
- Selain membuat pengumuman selepas kebaktian dan mendorong para seiman untuk berusaha mengajak rakan-rakan datang turut serta, kita juga boleh menyediakan kad jemputan dan juga memasang poster sebagai publisiti untuk mencapai hasil yang terbaik.
- Masa perbualan untuk pencari Injil dan seiman harus diperuntukkan dalam setiap jenis kebaktian persahabatan. Hal ini kerana tujuan kebaktian persahabatan bukan hanya untuk menghubungkan persahabatan, tetapi perkara yang paling penting ialah penyebaran Injil. Oleh itu, bagaimana menyebarkan khabar Injil melalui perbualan sehingga pihak yang lain menerima iman yang murni dengan sukacita tanpa kesedarannya? Caranya bergantung pada pendidikan pembangunan rohani dan latihan kemahiran perbincangan firman pada hari-hari biasa.
- Perhatian khusus perlu diberikan kepada pelbagai aktiviti persahabatan dengan isi kandungan yang berbeza. Contohnya, “persahabatan kajian Alkitab” harus memerhatikan sama ada pemimpin dan pembimbing yang hadir mempunyai iman kepercayaan yang murni terhadap firman; “persahabatan nyanyian kidung” harus memerhatikan pilihan kidung iaitu sama ada kidung yang pilih sesuai dengan doktrin gereja atau melanggar undang-undang penyelewengan (isu hak cipta); “persahabatan kesaksian” harus memerhatikan prestasi kehidupan iman kepercayaan orang yang menyampaikan kesaksian pada hari-hari biasa dan kestabilan berucap di atas pentas (tidak ada perkara-perkara yang tidak diingini pada saat-saat terakhir, atau mengucapkan kata-kata yang tidak membangun); “persahabatan lawatan” harus memahami aktiviti gereja yang dilawat pada hari yang dipilih dan samada dapat bekerjasama dengan baik dengan petugas sambutan tetamu, lokasi aktiviti, dan acara persahabatan; “persahabatan kembara” harus mempertimbangkan aspek keselamatan laluan (keadaan jalan, topografi di sepanjang jalan, hujan dan jalan yang licin, rehat di tengah jalan, dan lain-lain) dan kesesuaian aktiviti (pemandangannya menyenangkan, ada tempat rehat, kemampuan fizikal yang dimiliki, waktu perjalanan, kumpulan umur yang sesuai untuk mengambil bahagian); “persahabatan jamuan kasih” harus mempertimbangkan aspek bilangan peserta dan lebih baik mendaftarkan nama terlebih dahulu beserta dengan nama pencari Injil supaya pembeli bahan dapat membuat anggaran; “persahabatan seminar” harus menyediakan topik untuk perbincangan kumpulan dan terlebih dahulu diserahkan kepada pemimpin kumpulan untuk membuat persiapan yang mencukupi supaya perbincangan dan kesimpulan yang berkesan dapat dibuat sesuai dengan
- Gereja perlu kerap mengadakan “latihan perbincangan firman” supaya seiman tahu cara menjawab soalan pencari Injil. Oleh itu, kita boleh membuat kesimpulan bahawa: kebaktian persahabatan pencari Injil merupakan saluran penting untuk memimpin pencari Injil dengan berkesan. Seperti yang dicatatkan dalam Alkitab: “Jadi karena dalam Kristus ada nasihat, ada penghiburan kasih, ada persekutuan Roh, ada kasih mesra dan belas kasihan, karena itu sempurnakanlah sukacitaku dengan ini: hendaklah kamu sehati sepikir, dalam satu kasih, satu jiwa, satu tujuan.” (Flp 2:1-2). Semoga kita prihatin untuk berdoa dengan tekun dan memohon pernyataan kuasa Roh Kudus supaya seluruh pemercaya memiliki kuasa melakukan firman untuk memuliakan nama Tuhan, memiliki kuasa memberikan kesaksian untuk memberitakan Kristus, memiliki kuasa doa syafaat untuk menyembuhkan penyakit dan mengusir roh jahat, dan juga kuasa berkhutbah untuk memimpin orang kembali kepada Tuhan.