JANGAN MEMANDANG RINGAN DIDIKAN TUHAN
(Saudari Zhong Peiru)
Hai anakku, janganlah engkau menolak didikan Tuhan, dan janganlah engkau bosan akan peringatan-Nya. (Amsal 3:11-12)
Memulakan Mezbah Keluarga Semasa Wabak
Pada masa lalu, kami selalu berfikir bahawa “perkara besar di tangan Tuhan, perkara kecil di tangan saya.” Kami hanya perlu memohon kepada Tuhan tentang segala yang berkaitan dengan kebaktian, doa, persahabatan, dan gereja, dan kami mesti berusaha sendiri dalam kehidupan. Namun, dalam kehidupan sebenar, Tuhan memukul kami dengan kuat. Hanya dalam tiga atau empat tahun, kewangan keluarga mengalami kesukaran yang besar, dan khemah kediaman sementara kami di dunia dipindahkan sekali demi sekali, sehingga kami menetap di kawasan Shipai di Beitou. Kami pergi ke Gereja Shipai yang berdekatan dan menjalani kehidupan penyempurnaan rohani iaitu seluruh gereja “membaca Alkitab satu fasal setiap hari”.
Pada mulanya, empat ahli keluarga masing-masing membaca pada masa lapang mereka sendiri, dan seluruh keluarga berkumpul hanya apabila ada masa. Sehingga Mei 2021, Taiwan memasuki tahap kecemasan ketiga kerana wabak COVID-19 yang serius, dan orang ramai terpaksa terperap di rumah. Anak-anak saya bersekolah di rumah, kerja suami saya telah tergendala, dan waktu kerja saya telah dipendekkan kerana waktu perniagaan pasaraya yang dipendekkan, jadi saya perlu bekerja satu hari dan bercuti satu hari, dan ini menyebabkan kekangan besar dalam kehidupan seharian.
Walau bagaimanapun, kesudahan manusia adalah permulaan Tuhan. Kami tidak dapat menghadiri kebaktian gereja fizikal, gereja membuka saluran bacaan dan tafsiran Alkitab pada 7:30 setiap malam, dan kehidupan keluarga kami mula berubah secara mendadak. Dari mempersiapkan hati kami untuk berdoa dan menyanyikan kidung pujian sebelum kebaktian; sehingga kebaktian rasmi pada pukul 8 untuk mengkaji dan belajar. Setiap hari, kami melepaskan segala urusan tepat pada masanya dan menumpukan perhatian pada waktu mezbah keluarga yang khasnya milik kami. Kanak-kanak pada mulanya berasa keberatan dan bertanya berulang kali: “Mengapa dulu tidak melakukannya, tetapi sekarang perlu melakukannya?” Beberapa siri tentangan telah berlaku.
Pada mulanya, saya dan suami tidak dapat menjawab. Kami hanya percaya bahawa ini adalah perkara yang betul dan kami mesti melakukannya dengan taat. Kasih Tuhan menerangi rumah kami apabila kami mengarahkan pandangan kami kepada Tuhan Yesus. Setiap hari kami berdoa untuk menanggung kelemahan satu sama lain, membaca ayat-ayat suci bersama-sama, dan membincangkan pengajaran yang telah kami pelajari. Dengan cara ini, kami mengikut jejak langkah Musa berjalan di padang gurun dan keluar dari Mesir. Kemudian membaca Imamat dan Bilangan, kami melakukan perkara yang sama hari demi hari. Anak perempuan saya, yang merupakan pelajar darjah dua, juga menerima Roh Kudus yang bernilai di mezbah keluarga.
Mengakui Kesilapan, Berkat Datang
Dalam tempoh ini, penggembala gereja tempat asal kami menelefon kami untuk mengambil berat tentang kehidupan kepercayaan selepas pandemik. Kami tergerak dalam hati kami dan membuka mulut kami. Kami dengan tegas bercakap tentang pengalaman indah membaca Alkitab setiap hari, dan dengan kuat menggalakkan gereja bahawa mesti menggerakkan pembacaan satu fasal Alkitab setiap hari. Kerana keluarga kami telah memperoleh kedamaian dan ketenangan yang tidak dapat digambarkan, ia telah menenangkan hati suami saya yang gelisah, dan Tuhan Yesus Kristus telah benar-benar menjadi Tuan bagi keluarga saya. Melalui perbualan dan perkongsian ini, kami telah mendapat jawapan dalam hati kami, dan menjawab anak-anak dengan pasti: “Masa Tuhan tidak boleh diambil. Cara kepercayaan yang tidak betul pada masa lalu harus dibetulkan dan mengakui kesilapan masa lalu.”
Apabila kami bersandar sepenuhnya pada Tuhan, tiba-tiba kami sedar bahawa kami harus bertanya kepada Tuhan sama ada semua yang dilakukan adalah mengikut kehendak-Nya, tidak kira hal besar atau kecil. Ternyata segala yang tidak lancar pada masa lalu adalah hajaran Tuhan yang indah. Sebagai contoh, suami saya yang telah berkecimpung dalam bidang agensi perumahan selama lebih tiga puluh tahun tiba-tiba mendapati bahawa pada masa lalu, dia sentiasa percaya bahawa kedua-dua pembeli dan penjual perlu menguasai nasib di tangan sendiri untuk mendapatkan lebih banyak wang, dan perlu menggunakan kepandaian dan kemahiran manusia, namun kerja itu tetap tidak berhasil. Mezbah keluarga tahun ini membolehkan suami saya belajar berdoa kepada Tuhan untuk memohon pimpinan, meninggalkan cara manusia, dan menjauhi kejahatan. Setelah berulang kali berdoa dan memohon Tuhan, Tuhan membuatnya memahami bahawa pada masa lalu, matanya dibutakan oleh keinginan diri. Kerana tamak untuk mendapatkan lebih banyak, akhirnya dia mendapat sedikit, dan terlepas peluang yang terbaik untuk berurus niaga. Dia menyedari kesilapan dengan segera dan terus bertaubat. Apabila mata hatinya dibersihkan sedikit demi sedikit oleh “firman”, berkat Tuhan pun datang.
Selepas kecemasan tahap ketiga ditarik balik, suami pernah menemani pendeta dan unit lawatan untuk melawat pemercaya, kemudian membawa pendeta kembali ke Gereja Xinzhuang untuk berehat. Pendeta bertanya: “Saudara, pekerjaan apakah yang kamu lakukan?” Suami menjawab pendeta dengan jujur bahawa dia telah berkecimpung dalam agensi perumahan selama bertahun-tahun. Selepas mengetahui perkara ini, pendeta mengucapkan kata-kata berkat: “Pekerjaan kamu memerlukan peluang, dan apabila peluang datang, akan ada penghasilan yang besar. Semoga Tuhan mengingati jerih payah kamu mengambil dan menghantar saya untuk lawatan berkali-kali.” Tidak lama selepas itu, saya bimbang kerana kaunter akan diubah suai selepas tahun baru, dan kami tidak akan ada pendapatan lebih daripada sebulan, dan kami akan kehabisan makanan. Namun berdasarkan iman, kami sekeluarga memasukkan perkara ini dalam doa sewaktu mezbah keluarga, dan memohon Tuhan untuk membuka jalan bagi kami mengikut kehendak-Nya.
Kebetulan yang ajaib telah berlaku, tak sampai sebulan sebelum tahun baru, suami saya telah menyelesaikan urus niaga tiga buah rumah berturut-turut. Proses urus niaga berjalan dengan lancar sekali. Tak ada rasa risau dan takut. Tuhan akan sediakan perbelanjaan yang diperlukan untuk sepanjang tahun. Kami hanya perlu memberikan persembahan persepuluhan berdasarkan iman. Seperti yang dikatakan dalam Alkitab: “Akuilah Dia dalam segala lakumu, maka Ia akan meluruskan jalanmu.” (Amsal 3:6), “Bagi Dialah, yang dapat melakukan jauh lebih banyak dari pada yang kita doakan atau pikirkan, seperti yang ternyata dari kuasa yang bekerja di dalam kita.” (Efesus 3:20)